Kenyatan yang dikemukakan oleh Sheikh Imran Hosein bahawa perbankan Islam mengamalkan riba melalui pintu belakang adalah tepat. Kononnya sebagai alternatif kepada umat Islam daripada perbankan riba-kapitalis tetapi hari ini sistem tersebut menjadi peneraju. Setiap langkah, setiap jejak perbankan riba-kapitalis pasti akan dituruti oleh perbankan Islam. Mereka hanya menukar istilah bagi menunjukkan ciri keislaman tetapi hakikatnya sama, contoh Hilah (Capital market), Sukuk (Bond) dll.
Oleh itu langkah Bank Islam menaikkan kadar faedah sejajar dengan pengumuman Bank Negara adalah tidak menghairankan kerana asas perbankan Islam adalah sama iaitu Riba-Kapitalis seperti tersiar didalam akhbar theedge baru-baru ini.
Bank Islam to raise financing rate to 6.60%
Written by Surin Murugiah of theedgemalaysia.com
Wednesday, 11 May 2011 16:13
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd is revising its base financing rate (BFR)from 6.30% per annum to 6.60% with effect from 12 May 2011. In a statement Wednesday, May 11, Bank Islam managing director Datuk Seri Zukri Samat said the rate revision was due to the rise in Bank Negara Malaysia's Overnight Policy Rate by 25 basis points to 3% cent and Statutory Reserve Requirement ratio to 3%. The last revision in Bank Islam’s BFR was on July 13, 2010 when the rate was revised from 6.05%to 6.30%.
Bank Islam adalah bank pertama yang melaraskan kadar faedah sejajar dengan pelarasan oleh Bank Negara. Apa yang saya ingin tekankan disini adalah perbankan Islam hanya menuruti setiap langkah yang ditetapkan oleh perbankan riba-kapitalis. Perbankan Islam bukan hanya sekadar penukaran istilah sahaja tetapi dasar, perjalanan dan perlaksanaan kaedah ekonomi masih berteraskan riba-kapitalis. Sepatutnya cendikiawan kewangan Islam perlu mengemukakan sistem perakaunan islam tersendiri yang mengguna pakai formula yang bebas dari faktor interest.
Persoalan bukan sahaja bank seolah-olah broker atas angin sahaja dengan kaedah penjanaan wang dengan sistem Fractional Reserve Banking; iaitu bank memerlukan hanya sejumlah kecil wang sebenar tidak sampai 5% bagi menghasilkan 95% dalam bentuk wang melalui manipulasi perakaunan.
Mari kita teliti bagaimanakah kaedar faedah yang digunakan oleh bank termasuklah perbankan Islam; interest i ditentukan melalui formula berikut;
dimana P adalah bayaran bulanan, N adalah tempoh pembayaran dan A adalah jumlah bayaran.
Untuk penentuan bayaran bulanan jika kadar interest telah ditetapkan adalah seperti berikut;
Persoalannya; sepatutnya ulamak perbankan jelaskan, apabila jumlah bayaran bertambah berkadaran dengan masa bukankah riba namanya? Bukan setakat bertambah secara mendatar tetapi berganda-ganda?
Wahai ulamak perbankan yang bijak pandai apakah ertinya RIBA? Bukankah riba itu bermakna tumbuh; dan jika ia bertambah dan membiak apabila bertambahnya masa bukankah itu riba yang sebenar-benarnya?
Konsep formula kewangan yang digunakan seperti diatas di namakan Time Value Money. Ini adalah asas kepada teori kewangan riba kapitalis yang mengesahkan keperluan interest (riba). Mengikut teori tersebut, wang sebanyak $100 hari ini yang dilabur selama setahun pada kadar interest 5% akan memperolehi keuntungan masa hadapan sebanyak $105. Sebaliknya kewangan Islam mesti berdasarkan untung-rugi tanpa jaminan keuntungan tetap pada masa hadapan.
Perbankan Islam mengatakan pertambahan harga itu adalah untuk dari mark-up harga yang asal tetapi hakikatnya pertambahan harga itu adalah berkadaran dengan kadar interest seperti jelas dari KENYATAAN RASMI oleh Bank Islam pertambahan kadar caj kewangan adalah berikutan pelarasan kadar interest.
Seperti diketahui umum, kadar keuntungan yang diambil oleh perbankan Islam adalah jauh lebih tinggi dari kadar keuntungan yang di ambil dari perbankan Riba-Kapitalis. Ini adalah terang-terang MEMPEROLOKAN HUKUM ALLAH!
Seperti yang dialami oleh sahabat saya, beliau mengambil pinjaman untuk perumahan yang dibelinya pada tahun 2007. Harga rumah tersebut ialah RM530,000 dan bayaran muka sebanyak RM110,000. Jadi beliau mengambil pinjaman sebanyak RM420,000 selama 19 tahun. Bayaran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM3600. Pada tahun 2010 beliau mengalami masalah kewangan dan menjual rumah itu sebanyak RM580,000. Pinjaman rumah itu dibuat di sebuah bank Islam antarabangsa yang terkenal, bila beliau ingin membuat penyelesaian jumlah yang dikenakan ialah sebanyak RM440,000. Beliau begitu terkejut kerana jumlah yang beliau telah buat bayaran adalah sebanyak RM160,000 dan jika dijumlahkan adalah sebanyak RM600,000. Cuba bayangkan untuk pinjaman selama 3 tahun keuntungan yang dikenakan sebanyak RM180,000! Jauh lebih tinggi dari perbankan konvensional. Selama ini ulamak perbankan membuat perbandingan antara ayam yang disembelih dan tidak disembelih. Perumpamaan itu tidak betul sama sekali kerana ia bukan sekadar melibatkan akad tetapi nilai yang dikenakan adalah sangat berganda dan melebihi nilai pengiraan sistem RIBA sekalipun! Sekali lagi kita bertanya kepada ulamak perbankan dimanakah kedudukan perbankan Islam apabila Allah melarang pengambilan riba seperti didalam ayat berikut;
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (A-li'Imraan 3:130)
No comments:
Post a Comment