Jul 26, 2011
20 Orang Uyghur Cina Dibunuh Siapa ambil peduli?
[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook3Kebanyakan orang Muslim tatkala ditanya siapakah orang Uyghur itu mungkin akan terpinga-pinga. Secara umumnya kita tidak tahu mengenai identiti dan keturunan orang Uyghur ini dan cuma mengambil kisah tentang keturunan dan adat masing-masing sahaja.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang Uyghur ini adalah kaum etnik di Cina yang kebanyakannya adalah Muslim. Berlakunya pergelutan sosial untuk orang Muslim di sana disebabkan faktor komunis dan policy anti-Agama. Sudah bertahun masyarakat komuniti Ugyur bergelut dan menentang pegangan anti agama (termasuk anti Islam dan Muslim) yang diadaptasi kerajaan Cina, dan kita tidak melakukan apa-apa untuk mereka.
Saya masih belum mendengar seorang Muslim pun yang mengakui perjuangan dan pergelutan mereka menentang penindasan ini. Adalah mudah untuk difahami bahawa kebanyakan dari kita datang dari benua Asia dan keturunan Arab, kita lebih terdedah kepada perihal tempatan sahaja. Bagaimanapun ini bukanlah alasan untuk kita tidak mengenalpasti perjuangan saudara kita yang bergelut di negara lain seperti Cina. Berapa ramaikah Muslim yang tahu mengenai sejarah populasi Cina Muslim?
Berapa ramaikah tahu dialog di antara Saad bin Abi Waqas dengan maharaja Cina yang membawa kepada penubuhan Masjid pertama di Cina? Saa=habat ini adalah contoh terbaik dari segi politik dan hubungan sosial dengan orang bukan Islam dimana hubungannya dengan Maharaja Cina menyebabkan maharaja berasa simpati terhadap orang Islam.
Selanjutnya baru-baru in berlaku serangan terrorist terhadapa orang Uyghur di kawasan Xinjiang namun masih tiada pengumuman berita secara besar-besaran.
Adakah masjid-masjid kita akan mengisahkan cerita ini kepada para pemuda? Adakah mereka akan mendidik pemuda kita tentang maskdunya menjadi seorang Muslim dan adal usul seorang Muslim? Adakah kita akan kekal mementingkan diri melalui pembahagian adat dan cuma melihat apa yang terletak di depan kita? Bilakah masjid kita akan memberitahu pemuda untuk melakukan sesuatu selain berdoa?
Bagi mereka yang masih terasa mengapa orang Muslim terus ditindas dan mengapa doa kita seolah masih tidak terjawab hadith ini bisa menjelaskannya dengan baik:
Rasulullah SAW didatangi orang Badawi dan berkata, “Bolehkah saya melepaskan unta saya, lalu saya bertawakal kepada Allah, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Tambatlah unta itu, lalu engkau bertawakal kepada Allah” (Al-Hadis).
Daripada penjelasan di atas maka bolehlah kita mengambil satu rumusan bahawa segala bentuk urusan atau pekerjaan yang dihadapi hendaklah berusaha terlebih dulu sebelum bertawakal kepada Allah SWT.
Kebanyakan orang Islam tidak cukup aktif dalam sosial dan politik dan lantas bila menyerahkan kepada Allah, mereka akan menggaru kepala dan tertanya mengapa doa mereka masih tidak terjawab tanpa terfikir yang mereka masih belum mengikat tali unta tersebut.
mesej yang ingin disampaikan dari artikel ini adalah kita perlulah lebih mengambil cakna tentang geo-politik dan keadaan sosial semura orang Islam. Nabi Muhammad (selawat ke atas Baginda) berkata-
“The believers, in their love, mutual kindness, and close ties, are like one body; when any part complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever.” [Muslim]
Kita tidak bisa mengakui di atas sedangkan keadaan saudara kita di Cina,Chechnya, Palestin dan tanah lain yang sedang berjuang dan bergelut tidak diambil peduli.
Pengajaran kedua adalah kita perlulah mengambil tindakan dan setelah berusaha kemudian bertawakal kepada Allah. Anggap bahawa tiada tindakan dari kita sebagai punca tidak berlakunya penambahbaikan situasi global dan lokal kita masa kini.
BHO Blog – menunggu masa pebila Islam naik semula atau juga berntindak bersama arus perubahan itu?
beberapa artikel menarik dari blog Ibnu Hasyim yang saya rasa patut dibaca bersama
Terjemahan semula artikel oleh Muslim Public Affair Community oleh BHO Blog
No comments:
Post a Comment