SUMBER : http://mastershifoo.wordpress.com/2011/07/02/separuh-tahun-2011-gerhana/
Kisah-kisah GERHANA 2011 / 1432H
Setahun ada 4 bulan haram.. Allah sebut akannya pada surah At-Taubah ayat 36:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranyaempat bulan yang dihormati.
4 bulan tersebut adalah Muharram (1), Rejab (7), DzulQaedah(11) dan DzulHijjah (12). Dalam susunan bulan-bulan dalam setahun, kedudukan Dzul Qaedah, DzulHijjah & Muharram adalah 3 bulan haram yang duduk SEBARIS (berturutan @ sekumpulan) manakala Rejab terasing sendirian.
MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN -
- Sejak 2009, GERHANA iaitu suasana BUMI, MATAHARI & BULAN duduk SEBARIS LURUSmenjelma SEMASA PURNAMA di 2 ‘BULAN HARAM’iaitu MUHARRAM (1) & REJAB (7)…
- Sepanjang 1430H hingga 1434H, ada 9 GERHANA BULAN. Padanya - 3 adalah SEPARA, 3 lainnya adalah PANUMBRA dan 3 lagi adalah GERHANA PENUH. Semuanya BERLAKU SEMASA BULAN HARAM iaitu MUHARRAM dan REJAB!!!
FENOMENA “GERHANA TEPAT PADA PURNAMA DI BULAN MUHARRAM & REJAB” ini hanya berlaku dalam KITARAN 21 TAHUN!!! kali terakhir singgah ke alam adalah pada 20 FEB 1989 yang lalu!! (hari ULANGTAHUN ISTERI saya yang ke 15 – kami belum kenal pun masa tu.. hehe)
Lalu, jika anda mahu tunggu kitaran AKAN DATANG.. insyaAllah akan berlaku lagipada 1453H iaitu tahun 2031 kelak. Entah ada nyawa entah tidak…
1. GERHANA PERTAMA TAHUN 1432H berlaku pada MUHARRAM yang lalu, tepatnya pada 15 Muharram @ 21hb Disember 2010 –GERHANA BULAN
Ianya GERHANA BULAN yang sungguh ISTIMEWA..!! Ia adalah GERHANA BULAN PENUH!!
BAGUS UNTUK DIPERHATIKAN, seperti yang dinyatakan di atas tadi; bahawa dari 9 GERHANA sepanjang 4 tahun sejak 1430H hingga 1434H ini.. hanya 3 GERHANA BULAN PENUH!!! Ianya akan berlaku BERURUTAN!!!
- 14 MUHARRAM 1432H
- 14 REJAB 1432H
- 14 MUHARRAM 1433H
PERHATIKAN >>> TAHUN INI – 1432H hadir dengan 2 GERHANA BULAN PENUH BERTURUTAN PADA DUA BULAN HARAMNYA!!!
2. GERHANA KEDUA TAHUN 1432H berlaku pada 28 Jamadil Akhir @ 01hb Jun 2011 - GERHANA MATAHARI SEPARA – di bahagian menghala ke KUTUB UTARA BUMI.
INI ADALAH SET GERHANA PERTAMA UNTUK TAHUN MASIHI 2011
MENARIK & PELIKNYA..
GERHANA INI BERMULA HARI KHAMIS.. BERAKHIR PADA HARI RABU!!!
Fenomena ini BERMULA DI UTARA JEPUN jam 4:25:16 (waktu Jepun) SUBUH KHAMIS 02 JUN 2011 dan akanBERADA DI KEMUNCAKNYA di NORWAY jam 11:16:11 (waktu Norway) TENGAH MALAM RABU 01 JUN 2011.Gerhana ini akan BERAKHIR JAM 5:06:56 PETANG (waktu Kanada) @ 11:06:56 t/malam waktu GMT RABU 01 Jun 2011 di Timur Laut kanada.
Sekadar mahu berkongsi..
Pada 8 Jun 2011 jam 2:41 petang, menjelang 07 07 1432H; Sang SURIA membatukkan (meletupkan) ‘solar flare’ yang amat kuat sehingga menghasilkan PERCIKAN API SEBESAR BUMI. Kebanyakan plasma yang dilontar ke atas itu telah kembali jatuh ke permukaan matahari! Untungnya MUNTAHAN API itu bukan menghadap ke bumi!!Untungnya BUMI PUNYA PERISAI DIRI (aura@lapisan atmosfera) lalu kesannya sekadar hanya menyebabkan fenomena AURORA menjadi meningkat pada negara-negara berhampiran kutub.
Pun begitu ada sebahagian BAHANG API YANG MEMBOLOSKAN DIRINYA melepasi KAWALAN graviti sang suria lalu BERGERAK LAJU – MAJU KE BUMI pada kelajuan 1100km dalam SESAAT!!!
Sungguh… Allah maha Melindungi.. biarpun kita lalai untuk SELALU memohon perlindunganNya.
kembali kisah gerhana kita..
3. GERHANA KETIGA TAHUN 1432H berlaku pada 14 REJAB @ 15 JUN 2011 – GERHANA BULAN PENUH
MENARIKNYA..
GERHANA INI DIGELAR – BULAN MERAH!!
Saat 1:23pagi tadi, bumi, bulan & sang suria semakin tersusun sebaris. GERHANA sudah mahu bermula. Sejam dari saat itu, BULAN mula GELAB beransur-ansur sehingga KELAM SELURUHNYA tatkala jam 3:22 pagi. Selama 6,000 detik… BULAN HILANG CAHAYANYA!!! Saat itu.. sang bulan 10,000 kali lebih malap dari ketika ia purnama. Lalu, BULAN MERAH serta cahaya debu-debu ahli BIMA SAKTI bakal terlihat di langit dunia…
4. GERHANA KEEMPAT TAHUN 1432H berlaku pada 29 REJAB @ 01 JULAI 2011 -GERHANA MATAHARI SEPARA – di bahagian menghala ke KUTUB SELATAN BUMI.
Sekali lagi GERHANA MATAHARI MUNCUL. Jarak antara DUA GERHANA MATAHARI INI adalah SEBULAN (01 Jun – 01 Julai). Aturan ini bukanlah fenomena yang pelik.. ia mengikut aturan kitaran bumi dan matahari.
PUN BEGITU MENARIKNYA..
Ianya UNIK kerana berlaku MENJELANG ‘AWAL’ REJAB dan ‘AKHIR’ REJAB!!. Juga, 01 JUN – di KUTUB UTARA manakala kali ini 01 JULAI – di KUTUB SELATAN. Lebih menarik lagi.. IANYA MENGAPIT 1 GERHANA BULAN PENUH di antara keduanya!!
Adakah ini kebetulan???!! Renung-renungkan keistimewaannya…
Ramai saintis astronomi TERUJA dengan fenomena tahun ini iaitu fakta bahawa: BERLAKUNYA 3 GERHANA DALAM TEMPOH SEBULAN iaitu:
- GERHANA MATAHARI – SEPARA – pada 01hb Jun 2011
- GERHANA BULAN – PENUH – pada 15hb Jun 2011
- GERHANA MATAHARI – SEPARA – pada 01hb Julai 2011
Seolah hampir sama dengan kisah di tahun 2009, HANYA JENIS GERHANANYA YANG BERBEZA!!
- GERHANA BULAN pada 7hb Julai 2009
- GERHANA MATAHARI pada 22hb Julai 2009
- dan GERHANA BULAN pada 06hb OGOS 2009.
2 GERHANA BULAN MENGAPIT GERHANA MATAHARI DALAM TEMPOH 31HARI (sebulan)!!
5. GERHANA KELIMA TAHUN 1432H akan berlaku pada 28 DZUL HIJJAH @ 25 NOV 2011 -GERHANA MATAHARI SEPARA – sekali lagi di bahagian menghala ke KUTUB SELATAN BUMI.
IA MERUPAKAN SET GERHANA KE 5 & PENUTUP UNTUK MUSIM 1432H – TAHUN YANG MERIAH DENGAN BERBAGAI FENOMENA ALAM.
Nota:
GERHANA KELIMA BAGI TAHUN 2011 (PERTAMA UNTUK TAHUN 1433H) akan berlaku pada 10 DISEMBER 2011 @ 15 MUHARRAM 1433H - GERHANA BULAN PENUH.
[seperti yang telah dimaklumkan di atas tadi.. 3 GERHANA BULAN PENUH yang berturutan - MUHARRAM 1432 > REJAB 1432 > MUHARRAM 1433!!]
Begitulah KISAH-KISAH GERHANA tahun 1432H dan 2011 ini. Banyak perkara yang MENARIK & TERSEMBUNYI pada alam yang harus terus digali ILMUNYA. Laksana ada PESAN pula dari segala AURAN YANG HEBAT. Segalanya membawa kita kembali menghayati KEBESARAN ILLAHI.
Ada tarikh-tarikh istimewa yang menyimpan ENERGI ISTIMEWA. Tak hairanlah ramai yang mengambil kesempatan untuk RETREAT & RECHARGE pada tahun ini. Saya juga mengambil PELUANG untuk RAWAT & PERHEBATKAN ENERGI DIRI. Buat mereka yang mahu.. saya kongsikan cara, tarikh, tempat dan segala yang saya tahu akannya. Mudah-mudahan BANYAK YANG BERMANFAAT.. dan mudah-mudahan ALLAH IZINKAN kepada hambaNya yang mencari.
No comments:
Post a Comment