Allah berfirman: ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)
Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam alQuranul Karim.
Makkaul Mukarramah |
Saya petik ayat di atas sebagai pendahuluan artikel ini kerana teransang dengan hujahan seorang blogger yang membuat tuduhan bahawa Kaabah itu adalah berhala kaum Muslimin Saya membuat carian di Google dan menemui sebuah blog yang dirasakan ada sesuatu muslihat terkandung dalam rencana yang ditulis, berdasarkan tajuk-tajuknya. Saya amati tulisannya untuk pastikan adakah dia yang meninggalkan komen mengenai "berhala" dalam blog ini yang telah membangkitkan kemarahan beberapa orang pembaca.. Setelah membuat beberasa semakan, akhirnya saya pasti memang dialah yang cuba melakukan provokasi beberapa kali di blog saya sebelum ini. Blog beliau ialah "kaabahituberhala"
Blog ini seperti yang diduga, lengang dan tidak mendapat sambutan samalah seperti yang terjadi kepada blog Asalama yang kini semakin sepi. Ada beberapa pengikut yang mungkin terdiri dari para simpatis atau rakan-rakannya. Walaupun begitu, terdapat sedikit kelebihan berbanding blog Mahadaya yang berbentuk kuno itu. Paling menarik, hujahan blogger bernama-nick "baca quran" itu banyak menggunakan dalil serta berlandaskan ayat-ayat alQuran, contohnya seperti di bawah:
"Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya: tetapi menafikan beberapa firmanNya".
icon atas nickname baca quran |
Hadis telah ditolak mentah-mentah dengan andaian ia tidak boleh dipercayai kebenarannya dan hanyalah cakap sianu kepada si anu. Katanya:
Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:
"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” .
Daripada beberpa artikel yang dikeluarkan saya dapati manusia ini berbangsa Melayu yang fasih, nampak berpelajaran dan dapat menulis dengan baik . Bagi saya beliau seorang yang agak kreatif juga kerana mampu mencari selidik beberapa sumber dari alQuran. Dalam setengah hal, dia menganggap dirinya lebih bijak, lebih sempurna berbanding orang Islam (Melayu), menyangka dirinya mempunyai ketajaman berfikir (bukan pak turut).
Sayangnya kajian yang dilakukannya tidak dibuat secara menyeluruh dan gagal menemui sesuatu yang tersirat disebalik ayat-ayat alQuran itu. Dari sini kita dapat menelah sesungguhnya dia telah gagal mencapai nur yang dilimpahkah Allah melalui RasulNya dan hanya mampu mentafsirkanya dengan akal yang sejengkal itu. Dengan berbekal akal yang kecil seperti itu, apakah dia mampu mencapai kebenaran?
"Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjadi bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini."
Kita boleh lihat hujahnya yang dangkal itu, andainya alQuran itu tidak diperturunkan dari ulama kepada ulama secara turun temurun sebagaimana hadis, bagaimanakah pula dia dapat membacanya pada hari ini dan mempercayai kandungannya pula. Jika hadis disifatkan sebagai kata-kata yang tidak boleh dipercayai, bagaimana pula halnya dengan alQuran?
Dia hanya bermain dengan akal semata-mata. Di sinilah terlucutnya kebijaksanaannya berhujah. Hanya mereka yang tidak berilmu sahaja yang mungkin akan dapat dipengaruhi. Hujahnya kelihatan "bodoh" dan "Membodohkan". Dia hanya menyesatkan dirinya sendiri walaupun ada niat tersembunyi cuba memperlekeh.kepercayaan kaum Muslimin. Kenyataannya iman itu tidak dapat dijual beli.
Pada satu keadaan saya merasakan blogger ini seorang "Bukan Islam" yang berusaha mempengaruhi sebilangan anak muda atau kaum intelek mengikut kepercayaannya. Tidak mustahil pula ia adalah orang Jesuit yang menggunakan jarum secara halus mempengaruhi anak bangsa meninggalkan Islam. Satu bentuk tipu helah Jesuit dalam usaha meruntuhkan kekuatan Muslimin di Malaysia? Di satu sudud lain pula menggambarkan dia telah hanyut jauh dibawa arus "anti hadis" sehingga menjadi manusia bingung. Kemungkinan juga dia seorang murtad akibat telah tenggelam punca.
Terkejut pula saya bila saya gunakan carian Google mengenai "kaabah", lamannya "kaabah itu berhala" mendapat tempat istimewa dalam carian. Seolah Google juga membantu mempopularkan blognya. Apakah ada konspirasi di sana? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Dalam pada itu, saya terjumpa pula satu blog Hindu yang menghujah bahawa Kaabah dan Hajaratul Aswad itu milik orang Hindu. Hal ini memang melucukan.
"Hindus have been referring their Deity moon goddess Durga as “Allah” in Sankrit in their chants since early period of Hinduism”; Ref: http://www.hinduism.co.za/kaabaa.htm
He also chose Hindu God Lord Siva’s temple “Kaaba” (built by King Vikramaditya* for Moon God Siva) as Islam’s holiest place and required all Muslims to pray and bow towards it. In addition he picked Hindu pilgrimage Haj as the highest form of worship and the only worship which washes all the sins away. He made black stone (Hajar Aswad ,the symbolic lingum (private part ) of Lord Siva , which was made a part of Siva temple Kabah by King Vikramaditya), as the most revered stone of of Islam , to be touched and kissed by all pilgrims.
Penulis mendakwa bahawa pendapatnya berdasarkan sejarah dan kajian yang dilakukan terhadap kitab suci Hindu. Pada saya, jika benar pun ianya ada tertulis di sana (tentunya berkias), ia bukanlah bermakna Kaabah itu sebahagian dari hak orang atau agama "Hindu" sebaliknya kitab tersebut menceritakan kebenaran yang gagal mereka cungkil kerana telah tersasar jauh. Dr Zaki Naik telah berjaya mengupas hakikat Veda itu (Kitab Suci Hindu) adalah sebuah kitab yang asalnya dibawa oleh seorang pesuruh Allah.
Dr Zaki Naik |
Semakin hari semakin ramai orang yang melalut membuat pelbagai andaian yang tidak realistik malah ada yang berkeadaan seperti orang mabuk dan tidak siuman. Saya amat terperanjat bila mengetahui begitu ramai kalangan yang mengambil berat mengenai Kaabah, pusat ritual Kaum Muslimin. Samaada ingin memperbaiki keimanan dengan mengkaji rahsianya atau mempertikai kebenaran atas tujuan untuk menghina atau menentang Islam.
Ada pula pihak yang membuat tuntutan gila yang tidak masuk akal. Apa pun tujuan mereka, secara sepadu mereka yang mempertikai Kaabah ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa Kaabah itu adalah "berhala" dan agama Islam adalah agama pagan dari Arab. Semoga Allah mengampuni mereka atas kejahilan ini.
Pertama kali saya temui mengenai isu ini ialah sekitar 5 tahun yang lalu. Saya dapati gerak kerja Jesuit melalui laman-laman web Indonesia dengan garangnya telah membangkitkan tuduhan bahawa Kaabah itu adalah "berhala" orang Islam. Walaupun saya terasa marah pada mulanya, akhirnya ia memberi kekuatan pula kepada saya untuk mencari jawapan yang konkrit terhadap tuduhan melampau ini serta membantu saya mendapatkan bukti bahawa hujahan mereka itu tersangat lemah dan dangkal. Jika Kaabah itu berstatus berhala sebagaimana "salib" atau patung, kenapa kaum Muslimin tidak membuat replika atau duplicate untuk disembah di rumah atau masjid sebagaimana berhala agama-agama lain?
Dalam pada itu seorang blogger telah memberi satu contoh yang baik:
"Jika kaabah itu mampu diusung dan dibawa ke Malaysia sekalipun, arah kiblat tetap menghadap ke Baitul Haram. Ianya merupakan simbol penyatuan umat. Kami hanya menghadap ke arah satu kiblat. Jika diteliti sejarah nabawiyah, muazzin akan naik ke atas Kaabah untuk melaungkan azan. Dan jika dibandingkan dengan agama lain, pernahkan mereka memijak kepala patung Jesus atau pun Mary ketika beribadah di gereja? Sejadah yang digunakan ketika beribadah, antaranya ada gambar kaabah. Orang Islam memijaknya tanpa ada perasaan melakukan satu kesalahan kerana, bagi orang Islam Kaabah itu bukanlah Tuhan.
Tidak menghairankan pada ketika itu kaum kristian Indonesia menggunakan isu ini kerana mereka sedang bergelut dengan hujahan pendakwah-pendakwah Islam di sana yang telah bangun dengan berani menempelak kepalsuan agama Kristian. Kisah penipuan Paulus telah ditelanjangi dengan hebat dan juga berkaitan isu memakan daging babi, perkara ini amat melemaskan penganut keristian tersebut dan atas gugatan ini timbullah serang balas yang tidak kurang hebatnya dari mereka.
Pemuda Islam Indonesia dan ada juga dari Malaysia harus dipuji kerana mempunyai inisiatif mempelajari beberapa versi bible (mencontohi Syeikh Ahmad Deedat) dan mampu membahas kepalsuan yang wujud di dalam (alkitab) bible berbahasa Indonesia. Sebenarnya tindakan pemuda Islam ini adalah semata-mata bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan ganas penganut Keristian Indonesia terhadap Islam oleh gerakan para mubaligh kristian begitu ghairah untuk memurtadkan seluruh Muslimin Indonesia dan seperti yang kita tahu ia sekarang telah menular ke Malaysia.
Dari sinilah mula timbulnya berbagai propaganda baru atas bantuan penyelidik Jesuit menyerang keutuhan penganut Islam. Mereka melakukan hebahan secara besar-besaran melalui gereja dan internet dengan menggunakan beberapa ciri kelemahan (pada sangkaan mereka) yang mereka anggap mampu memberi tekanan kepada Islam.
Antara yang popular ialah menyamakan umat Islam adalah kaum pagan dan Islam adalah agama pagan Arab. Nabi Muhammad saw adalah pengikut Syaitan, Nabi Muhammad saw mengambil ajaran Bukhaira dan bapa saudara isterinya mencipta agama palsu dan banyak lagi. Orang Islam didakwa penyembah batu (Kotak hitam dan batu hitam) di Makkah. Satu lagi serangan hebat ialah dengan cara meruntuhkan kredibiliti Rasulullah saw, mendakwa Baginda seorang yang gila seks mengahwini ramai wanita. Peribadi Baginda dihina dengan dahsyat dengan memanipulasi kisah Saidatina Aisyah ra yang mengahwini Rasulullah saw pada usia muda.
Serangan terhadap peribadi Rasulullah saw sudah semakin kendur setelah ramai intlektual Islam segera membuat kajian terperinci kisah Saidatina Aisyah ra ini, dan akhirnya mendapati hadis yang digunakan oleh Jesuit tersebut adalah sesuatu hadis yang lemah serta diragui ketepatannya bersandarkan perawinya. Selain dari hadis tersebut, mereka tidak berupaya membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Namun golongan bawahan masih lagi menggunakannya sebagai senjata serangan brutal yang tidak berilmiah. Serangan yang lainnya tidak menggugat kaum Muslimin kerana hujah mereka tidak disokong oleh fakta kukuh.
Mengenai isu Kaabah juga akhirnya mereka menghadapi kebuntuan, namun masih ada beberapa kerat dari mereka yang masih menyanyikannya. Lagu yang mereka dendangkan menjadi semakin serak dan sumbang. Sebetulnya, memang benar janji Allah. Mereka telah sesat dan Allah tambahkan lagi kesesatan mereka. Hati mereka telah terlalu hitam untuk menerima cahaya.
KAABAH Yang Mulia
Qs.5 Maa’idah:97: Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.
Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain. Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur pula, turunnya wahyu llahi yang pertama iaitu surah Al-Alaq. Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril, ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.
Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).
Ada pihak mengatakan piring parabola astro perlu di hadapkan ke arah kiblat untuk mendapat siaran yang lebih jelas. Saya tidak begitu pasti mengenainya, tetapi ianya mungkin satu kebetulan kecuali dapat dibuktikan secara saintifik. Andaian mereka adalah disebabkan Mekah itu pusat bumi dan terdapat satu tenaga atau gelombang yang terpancar dari sana yang lebih kuat dari tempat lain. Mungkin ada pembaca yang dapat memberikan info yang lebih spesifiks mengenainya.
Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama ke bulan telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Neil Amstrong pula secara tidak sengaja telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui penelitian Ilmiah dan juga satu siaran vedio dari Apollo 11 yang kemudiannya telah di ghaibkan oleh pihak NASA. Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di satu area yang sangat gelap, siapakah yang menggantungnya?.”
Terdapat satu "spot" di dalam kegelapan tersebut yang memancarkan cahaya yang sangat terang. Pihak NASA telah membuat ujikaji dan menemui fakta yang memeranjatkan. Cahaya tersebut terpancar dari Bandar Makkah. Selain dari itu para angkasawan melaporkan terdapat satu gelombang pendek yang aneh, setelah menelitinya ia dikesan terpancar dari kaabah menyambungkan Makkah dengan sesuatu di angkasa lepas.
Planet Bumi juga dikesan mengeluarkan radiasi yang sukar diterjemahkan oleh saintis. Radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya dari Kaabah. Mengejutkan lagi adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berujung), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars dan radiasi tersebut masih wujud dan berlanjutan. Para pengkaji Muslim mempercayai bahwa radiasi ini adalah satu sinar yang menghubungkan Kaabah di Bumi dengan Kaabah di langit (Baitul Makmur).
Saintis secara rasminya telah mengumumkannya di Internet, 21 hari kemudian laman tersebut telah hilang dari senarai (ghaib) dan pastinya mempunyai sesuatu tujuan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.
Mungkin wawancara ini dapat membantu mengesahkan dakwaan tersebut
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian sekitar tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian lanjutan dilakukan yang tertuju kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan analisa geografi untuk meneliti tempoh waktu daratan itu dicipta.
Telah menjadi teori yang kukuh secara ilmiah bahwa lempeng bumi terbentuk dalam usia geologi yang amat panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempeng bumi Arab. Lempengan ini terus memusat ke satu arah seolah-olah menunjuk arah Makkah.
Kajian ini dilaksanakan untuk tujuan yang pelbagai, bukan atas maksud untuk membuktikan Makkah adalah pusat bumi. Kajian ini telah diterbitkan di dalam banyak majalah sain di Barat.
"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya." (asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain. Lebih dari itu, daftar kata "ummu (ibu)" itu mempunyai arti yang penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana maksud ungkapan ibu (induk) maka Makkah juga merupakan sumber bagi semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan. Secara tidak langsung, perkataan ‘ibu Qura’ memberi kelebihan Makkah mengatasi semua kota lain di bumi.
Makkah atau Greenwich
Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".
Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.
Berdasarkan pertimbangan yang saksama terbukti bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan olah satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekad yang lalu. Adakah pembinaan Jam Gergasi di sisi Kaabah menjurus kepada tujuan ini? Sila lihat artikel sebelum ini berkaitan Abraj alBait.
Ada banyak argumendari sudud penyelidikan georgrafi membuktikan bahwa Makkah merupakan wilayah "zero" sangkar bujur yang melintasi kota suci tersebut, dan jelas ia tidak melewati Greenwich di Eropah. GMT dipaksakan pada dunia ketika sebahagian besar neger-negara di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu sholat. Perbentangan ini agak prejudis, tetapi itu adalah kebenarannya.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya ialah apabila kita menggunakan kompas di sana, jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.
Penelitian saintis mengungkapkan bahwa batu Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan ia juga didapati aneh kerana boleh terapung di atas air. Di sebuah muzium di Barat, ada tiga potongan kecil batu tersebut yang telah terpecah akibat satu peristiwa, pihak Barat mengambil kesempatan melarikan serpihan kecil itu ke Eropah. Pihak muzium juga mengatakan bahwa batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem bumi. Bermakna ia tidak terdapat di mana-mana kawasan di bumi ini. Kebenaran tersingkap lagi. Apakah masih mereka mahu mempertikaikannya?
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adam lah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam semua urusan dunia atau kehidupan disamping untuk akhirat.
Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur berbanding di tempat lain. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
Telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula menjadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini.
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah. Bagi yang bukan Islam sila kaji dengan kepakaran ilmiah terhadap fakta ini dan pasti akan mendapat kebenaran-Nya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.
Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.
Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. Seorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kaherah, Mesir." http://wwww.mhccgroup.com/article/articleview.cfm?AID=19581
TARIKAN GRAVITI BUMI BERPUSAT DI SEKITAR KAABAH!
Bagi yang belum berpeluang,keinginan kesana pasti ternanti-nanti.Tiada siapa yang sangka suatu ketika dulu ianya merupakan sebuah padang pasir yang kering-kontang kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam.Disitulah letaknya Kaabah sebagai pusat bumi dan disitu jugalah sumber air zam-zam yang tidak pernah putus-putus simpanannya.
Ramai yang telah menyetujuinya dan tak kurang juga memandang sinis terutamanya golongan bukan Islam dan muslim yang hanya berfikiran logik semata-mata. Apatah lagi Stephen Howking yang tidak mempercayai Tuhan, makin bertambah dungulah dia yang sememangnya telah dungu dari cahaya kebenaran jika diberi peluang untuk mengkaji kehebatan kuasa Allah di bumi Makkah itu.
Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru.Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil. Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat, Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator (garisan Khatulistiwa).Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.
Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).
Bagi pengiraan jarak dari peta magnetik (jangan rujuk peta atlas dunia yang biasa), Makkah adalah amat hampir dengan garisan tengah antara kedua-dua kutub magnetik itu. Kekuatan medan magnetnya juga hampir-hampir sifar iaitu 1 darjah ke timur. Perlu diingat disini bahawa pengiraan ini adalah dari keupayaan manusia yang hakikatnya amat sedikit ilmunya berbanding ilmu Allah.
Sudah tentu ilmu Allah tidak terbatas, tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Makkah itu benar-benar di atas pusat dunia, kekuatan graviti yang amat tinggi. Ia disokong pula oleh rumusan Golden Ratio yang telah lazim di gunapakai dalam industri perkilangan, kejuruteraan dan akitek.
Sebelum ini, kiblat umat Islam adalah kearah Masjid Al-Aqsa dan disitulah pusat bumi ketika itu.Kemudian melalui perintah Allah ke atas Nabi S.A.W, kiblat ditukarkan kearah Kaabah di Makkah. Menurut seorang professor, telah terjadi gempa bumi dan pergerakan platlet bumi di tanah Arab. Kesannya pusat bumi telah beralih arah ke Kaabah, Makkah. Kuasa Allah mengatasi segalanya.
Jadi apa rasionalnya kita mengaitkan gejala graviti dan medan magnetik di Makkah ini? Ya memang rasional malahan memang terbukti dari segi saintifiknya. Mengikut saintis, pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsangkan kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan imun badan.Imun badan kita menjadi kuat secara semulajadi tanpa sebarang vaksin. Cuba kita teliti satu dari amalan sunat orang Islam, tidur menghadap tibuh ke arah kiblat. Begitu juga kedudukan mayat yang dibaringkan di liang lahat. Adakah segalanya sia-sia?
Apabila graviti makin kuat, maka banyak ion-ion negatif berkumpul disitu. Memang terbukti bahawa mereka yang sebelum itu mengalami sakit-sakit badan, bila tiba di tanah suci kesakitan yang dialami hilang dengan serta-merta. Tekanan graviti yang tertumpu di situ memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. Jadi keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh badan menjadi lebih baik dan lancar jika dibandingkan keadaan manusia di tempat-tempat lain di sekitar dunia.
Bagi medan magnetnya yang sifar pula adalah disebabkan tarikan untuk kedua-dua medan adalah seimbang. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah, tenaga anda seperti dicas semula dan mendapat kekuatan serta kesegaran yang luar-biasa.Perasaan dan tubuh anda akan rasa tenang, segar dan bertenaga. Sebenarnya, dengan bertawaf mengikut lawan jam juga memberi satu tenaga hayat secara semulajadi kepada alam semesta. Buktinya Neil Armstrong ketika berada di luar angkasa, beliau mengesan satu gelombang yang hebat telah dipancarkan dari bumi.
Setelah diselidikinya, gelombang itu berpunca dari Kaabah.Beliau mencari dimana hujungnya gelombang yang dipancarkan itu berakhir, tetapi tidak di temuinya. Gelombang itu tidak berpenghujung atau infiniti. Ia melimpahkan kekuatan iman dan keyakinan bahawa Baitul Haram (Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur (Langit ke tujuh). Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita. Maka gelombang yang dikesan oleh Neil Armstrong itu dipercayai terus-menerus hinggalah ke Baitul Makmur di mana tempat tawaf para malaikat.
Kemudian apakah kesannya apabila tanah Makkah Al-Mukaram yang tidak diganggu medan magnetik serta berkeadaan graviti yang stabil dan tinggi itu? Menurut pakar sains, tanah-tanah yang mempunyai graviti yang tinggi mengandungi kandungan garam dan air yang banyak.Terbukti sememangnya Makkah itu tidak kering dengan air zam-zamnya. Dipercayai juga dengan kepekatan graviti sungai-sungai dibawah tanah akan terhasil dengan banyaknya. Betapa pentingnya bekalan air yang berterusan andai kita di alam peperangan. Disinilah atas rahmat dari Allah S.W.T, Dia telah menganugerahkan air zam-zam buat kita semua untuk digunakan baik ketika keadaan tenang mahupun genting.
Andaikata umat Islam keputusan bekalan makanan dan minuman, maka Makkah Al-Mukaramlah yang akan mencukupinya. Tidak hairanlah jika berlakunya peperangan besar, Makkah yang akan menjadi benteng Kota terakhir umat islam, paip air zam zam telah di bina oleh kerajaan Arab Saudi menghubungkan Masjidil Haram dengan Masjidil Nabawi di Madinah. Dua kota ini tidak dapat ditembus oleh Dajjal laknatullah. Sudah pasti kita tahu yang air itu merupakan satu keperluan utama bagi manusia. Tiada siapa tahu rancangan Allah yang Maha Perancang lagi Bijaksana.
Dipercayai di akhir zaman kelak,ketika kemunculan sang dajjal laknatullah itu akan menguasai dunia ini terutamanya bekalan air.Dipercayai juga ketika diakhir zaman kemarau yang berpanjangan akan berlaku (mungkin kesan dari perang nuklear?),haiwan ternakan banyak yang telah mati,tumbuh-tumbuhan terbantut dan tercemar,sungai-sungai kering serta hujan berasid.Ketika itulah sang dajjal laknatullah akan “mengofferkan” bantuannya.Jadi apa yang perlu dilakukan?Larilah…carilah perlindungan di kota Makkah dan Madinah.InsyaAllah disitu terjamin keselamatan kita buat umat Islam.
Adakah dajjal akan mengambil bekalan-bekalan air yang telah tercemar sebagai minuman? Tidak,..tidak sama sekali, kerana dia telah membuat perancangan lebih awal. Lihatlah apakah yang ada di monumen-monumen tinggalan tamadun-tamadun purba dahulu? Stonehenge, pyramid, Easter island dan pelbagai tapak sejarah lain mengandungi mata air yang banyak serta bertekanan graviti yang tinggi serta pusat kuasa magnetik. Dia dajjal sang kutuk itulah yang membina monumen-monumen tersebut sebagai persediaan huru-hara di akhir zaman. Cuba lihat hadis dibawah:
Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa” (Riwayat Imam Ahmad.Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26).
Lihatlah sehebat-hebat dajjal laknatullah itu,lebih hebat lagi Allah yang Maha Besar.Perancangan dajjal tidak dapat menandingi perancangan Allah. Allah telah menetapkan keselamatan kaum mukminin sejak dari awal lagi dengan Air Zam-Zam yang tidak putus-putus bekalannya didalam Kota yang amat kebal dan ampuh dari sebarang senjata iaitu Makkah Al-Mukkaramah. InsyaAllah Kota Makkah juga bakal menjadi saksi akan kemunculan pembela umat Islam yang berdarah daging dari Rasullullah S.A.W. Amin… http://wyna95nubies.blogspot.com/2011/05/tarikan-graviti-bumi-berpusat-di.html
kredit untuk IBRAHIM ABDULLAH dari Halaqah
KAABAH DAN MISTERI KEWUJUDANNYA
Adakah Allah menjadikan Kaabah dalam keadaan tergesa-gesa? Mengapa banyaknya bukti terkini yang terbongkar serta tidak dapat dinafikan pula bahawa Kaabah itu berada di Pusat Dunia? Bagaimana Kaabah ditetapkan kedudukannya? Apa kaitannya dengan planet bumi secara keseluruhannya? Adakah ia termasuk antara yang terawal dijadikan oleh Allah? Apa itu tawaf? Kenapa tawaf bertentangan arah jam? Apa pentingnya tawaf kepada manusia? Kepada Bumi? Kepada Alam? ..... Insa-Allah saya akan cuba ulas sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment