CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 24 September 2011

Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa


SUNDAY, SEPTEMBER 25, 2011

Rumah Khadijah, Isteri Pertama Rasulullah Kini Menjadi Tandas Di Mekah !

   
Sejak abad ke-19 bilamana Kerajaan Saudi mengambil alih Mekah mereka mempopularkan fahaman Wahabi sebagai rujukan rasmi. Antara pendapat yang popular bagi mereka adalah objek sejarah boleh membawa kepada amalan syirik, jesteru itu ia perlu dimusnahkan.

Perkara pertama yang kerajaan Saudi buat pada 1920 apabila mereka mengambil alih Mekah adalah membinasakan kubah yang terdapat pada rumah di mana Rasulullah dilahirkan. Kemudiannya rumah tersebut diubah menjadi pusat ternakan. Apabila penduduk Mekah bangkit berdemo membantah perbuatan tersebut. ia ditukarkan menjadi perpustakaan. Dalam aktiviti pembesaran Masjidil Haram sekarang ini berkemungkinan besar ia akan cuba dimusnahkan sekali lagi.

Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 95% kawasan yang menjadi sejarah di bumi suci umat Islam itu telahpun dimusnahkan sejak 1920. Sekarang ini ia bertukar menjadi pusat pendudukan mewah yang penuh dengan hotel tinggi dan menguburkan segala khazanah sejarah di bumi Mekah.


Bangunan yang paling glamour sekarang ini yang telah siap dibina adalah menara jam diraja setinggi 1,792 kaki yang merupakan sebahagian daripada pembangunan pusat hotel mewah di mana hanya segelintir kecil sahaja para jemaah haji yang mampu menyewanya. Ia hanyalah untuk orang-orang kaya.

Untuk membina semua itu, kerajaan Saudi telah memusnahkan keseluruhan Kubu Ajwad yang dibina pada zaman pemerintahan Bani Othman dan meranapkan keseluruhan kawasan berbukit tersebut. Pada bahagian lain pula rumah isteri pertama Rasulullah telah bertukar menjadi tandas. Ketika pembinaan, setelah puas memujuk pihak berkuasa akhirnya mereka membenarkan juga sedikit aktiviti mengorek mencari artifak di kawasan rumah tersebut dan beberapa bahan lama pada zaman Rasulullah telah di temui di situ.

Pembangunan masih lagi berjalan dan tempat-tempat berikut merupakan senarai terakhir yang bakal tewas menjadi mangsa ketagihan kerajaan Saudi menukar Mekah menjadi Bandar serba Mewah dan moden. Antaranya adalah:

1.                   Rumah bersejarah dimana  Rasulullah dilahirkan.
2.                  Masjid Nabawi
3.                  Jabal Mur
Apakah perlu kita mengekalkan bahan serta kawasan bersejarah yang mencatatkan segala kenangan kebangkitan agama Islam di Mekah dan Madinah. Sudah tentu ada berbagai pendapat bergantung kepada tafsiran masing-masing. Yang menjadi kemushkilan adalah dalam banyak-banyak tempat bersejarah di sana, kerajaan Saudi hanya mengizinkan 3 kawasan untuk PBB jadikan sebagai tapak sejarah dunia dan ketiga-tiganya tidak ada kena mengena dengan sejarah Islam!

Bagi pencinta sejarah yang tidak pernah jemu mengorek bahan-bahan bukti sebagai bahan kajian mereka sudah tentu menjadi pihak yang paling kecewa. Apalagi tidak ada sesiapa yang dibenarkan mengorek atau mencari bahan artifak bersejarah di sana sejak dulu. Bagi pengkaji sejarah bukan Islam pula mereka hanya mampu melihat dari jauh dan meleleh air liur tak dapat nak buat apa-apa.


Solat 40 waktu di Masjid Nabawi

Adakah wujudnya dalil mengenai solat 40 waktu di Masjid Nabawi Madinah. Minta penjelasan.

***********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada InSyaAllah.

Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-



"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad].

Hadith ini dipertikaikan statusnya. Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi meriwayatkan sebahagiannya. Hadith ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad, dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah.

Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad adalah sangat sahih.

Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berpendapat hadith ini lemah (Dhaif), ia masih lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal. Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam melakukannya. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadith) yang bukan PALSU, InSyaAllah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadith.

Menurut ulama', latihan 40 waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan Solat berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air masing-masing. (Lihat buku Madinah Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul Rahman). Umat Islam digalakkan banyak melakukan solat di Masjid Nabi sebagaimana hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid al-Haram.

Disana, terdapat sebuah hadith yang statusnya HASAN mengenai kelebihan bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadith dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق

"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmudzi].

Hadith diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).

Kesimpulannya, adalah sangat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi :saw, dimana ganjarannya adalah 1000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai "kelebihan amal" dan hadith tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya. Amalan 40 waktu ini diharap dapat membentuk sikap cintakan solat berjemaah di masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di Masjid Nabawi. WA.

Sekian, wassalam

Posted by aizuddin
من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة كتبت له براءة من النار ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق
Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

    Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

    Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

    Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

    Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

    Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

    Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

    Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

    Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

    Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

    Ertinya :

    Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

    Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

    Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

    "Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

    Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

    Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

    Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

    Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

    http://www.al-azim.com

    No comments:

    Post a Comment