CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 6 September 2011

TAJUWID..Bismilaahi MAJREEHA..




Dalam Al-Quran, semua fakta yang dinyatakan benar belaka. Tiada lagi kebenaran lain selepas Al-Quran. Jika ada pun, ia dianggap kesesatan.

Malah ulama menyatakan, jika ada diantara kita yang ‘kondem’ 1 sahaja informasinya, iman anda dianggap sudah jatuh. Autoriti anda selaku muslim sudah tidak kredibel lagi.
Baiklah, kalau begitu, mengapa saya masih memilih tajuk ‘auta’ sedangkan saya sendiri berpendirian bahawa semua faktanya benar?

Begini. Saya dapati, ada beberapa kepercayaan tentang Al-Quran yang berlegar dalam masyarakat di mana ada diantara fakta ini kurang tepat. Maka tulisan kali ini akan membahaskanya secara terperinci.

Ini tidaklah bermakna ada ‘auta’ dalam info AL-Quran. Tidak sekali-kali. Sebenarnya, perkataan ‘auta’ itu saya petik dari tagline deejay 1 rancangan radio popular kita iaitu ‘FAKTA ATAU AUTA’, untuk menambah ‘seri’ tajuk.

Mari kita telusuri beberapa fakta & ‘auta’nya :


FAKTA ATAU AUTA 1 :

Masalah tentang cara membunyikan perkataan ‘Majreha’ dalam Surah Hud, ayat 41.

AUTA :
Ia telah dibunyikan secara kurang tepat dgn bunyi ‘RE’ – ‘x-ray’

FAKTA :
Sebenarnya, bunyi yang paling tepat bagi perkataan ini ialah ‘RE’ – ‘rehal’. Lihat penerangannya secara praktikal dalam video di bawah :
Popout

FAKTA ATAU AUTA 2 :

Bunyi huruf ‘Ro’ didalam Al-Quran.

AUTA :
Bunyi huruf ‘Ro’ dalam ayat-ayat Al-Quran dianggap sama semuanya.

FAKTA :
Sebenarnya, bunyi huruf ‘Ro’ dalam Al-Quran boleh berubah-ubah bunyinya, kadang-kala tebal dan kadang-kala nipis, bergantung kepada baris dan keadaannya. Untuk mengetahui bentuk-bentuk ‘Ro’ samada tebal atau nipis, anda boleh merujuk kepada buku tajwid atau bertalaqqi dengan Tuan guru Tajwid Mahir.

Tips untuk anda : jika ingin berlatih mengecam huruf ‘Ro’ tebal dan nipis dengan baik, saya sarankan anda baca surah ini : Surah Al-Qomar, juz 27. Keistimewaannya ialah : semua akhir ayat surah ini diakhiri dengan huruf RO!

FAKTA ATAU AUTA 3 :

3. Tulisan Al-Quran.

AUTA :
Menganggap tulisan Al-Quran sama sahaja satu dunia.

FAKTA :
Untuk makluman, Al-Quran yang selalu kita baca sekarang (bahkan hampir satu dunia) ditulis berdasarkan Qiraat Riwayat Hafs An’ Aasim. Tetapi sebenarnya, ada juga Al-Quran dicetak dengan Qiraat (cara bacaan) yang berbeza. Saya memiliki beberapa Al-Quran Qiraat lain tersebut seperti Al-Quran versi Qiraat Warash dll.

Memang Quran cetakan Qiraat berbeza ini memiliki beberapa perbezaan kecil dari sudut baris, tanda-tanda hukum tajwidnya serta beberapa tanda khusus lain. Perkara ini saya perlu ‘highlightkan’ kerana, saya pernah terdengar beberapa kes jemaah haji kita membaca Al-Quran yang mereka sangka ‘salah cetak’ atau ‘palsu’ di Masjidil Haram (kerana di sana banyak Al-Quran diwakafkan), sedangkan Al-Quran itu sebenarnya asli, cuma versi Qiraatnya berbeza.

FAKTA ATAU AUTA 4 :
Perbezaan pendapat tentang jumlah ayat Al-Quran.

AUTA :
Jumlah ayat Al-Quran ialah 6,666

FAKTA :
Jumlah sebenar ayat Al-Quran ialah 6,236, bukannya 6,666 seperti yang banyak tersebar dikalangan masyarakat. Jika anda masih tidak percaya, sila ambil kalkulator dan mula menambah jumlah ayat setiap surah. Mulakan dari fatihah hingga ke An-Naas dan anda akan dapati jumlahnya seperti yang saya bilang : 6,236!

Saya tidak tahu dari mana sumber ‘auta’ ini berasal. Jika ada mengetahuinya, jangan lupa untuk kongsikan infonya yea…

FAKTA ATAU AUTA 5 :
Salah sangka tentang ayat/surah terakhir diturunkan.

AUTA :
Ada juga diantara kita yang menyangka surah/ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah ialah surah An-Naas. Mereka berhujah ‘sebabnya surah An-Naas kan surah paling akhir kedudukannya dalam Al-Quran….’

FAKTA :
Memang benar, surah paling akhir kedudukannya dalam Al-Quran ialah surah An-Naas, tetapi ia tidak bermakna ia paling terakhir diturunkan. Menurut ulama, pendapat paling rajih tentang ayat terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah Al-Baqarah.

ADA LAGI FAKTA & AUTA LAIN?
Ya, masih ada lagi beberapa fakta yang mengelirukan tentang Al-Quran. InsyaAllah saya akan menyenaraikannya pada kesempatan lain. Tetapi, jika anda menambah senarai yang ada, sila-silakan untuk kongsikannya di ruangan komentar di bawah.

.
.

Share/Save/Bookmark

No comments:

Post a Comment