CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 3 September 2011

Masyarakat ISLAM di United Kingdom.

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/09/masjid-russia-01.jpg?w=300
Bermulanya Hidup Sebagai Anak Perantau

Rujukan:
http://www.iluvislam.com/pendidikan/universiti/3492-brunel-neurologi-a-muslim-di-uk.html
Pemergian saya ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master bermula pada Hari Raya Aidil Fitri keempat pada 14hb September 2010 yang lalu.


Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tidak dapat saya lepaskan begitu saja. Lebih-lebih lagi bidang yang saya ceburi hanya ditawarkan di luar negara – Master Science Neurorehabilitation.


Sebelum ini, saya merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Terapi Carakerja, atau lebih dikenali sebagai OCCUPATIONAL THERAPY, bidang pemulihan perubatan kilinikal yang kini sedang berkembang di Malaysia.


Mengapa Master Science Neurorehabilitation


Minat yang mendalam terhadap anatomi dan fungsi otak, proses fisiologi dan keunikannya  mengawal atur tubuh kita membawa saya kepada pengkhususan dalam bidang ini.


Untuk makluman semua, saya bukanlah seorang doktor perubatan, sebaliknya seorang medical therapist yang menjalankan proses rawatan dan terapi perubatan kepada pesakit yang mengalami ketidakupayaan akibat penyakit dan kecederaan seperti Stroke, Traumatic Brain Injury, fracture of the limbs dan juga masalah perubatan yang lain.


Alhamdulillah, dengan sedikit pengalaman kerja yang tidak seberapa sebelum ini, mematangkan diri saya dan membolehkan saya cepat membiasakan diri dengan tekanan dari persekitaran baru. Lebih-lebih lagi apabila ingin memulakan hidup di negara orang. Pastinya persediaan dari segi mental, fizikal, dan spiritual amat penting sebelum menjejakkan kaki ke perantauan.


Pengajian saya adalah bercorak coursework, di mana saya hanya perlu menghadiri kuliah teori selama dua hari seminggu iaitu Selasa dan Rabu sahaja, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Kadang kala saya juga akan ke makmal untuk tugasan praktikal.


Jadi, apa yang saya lakukan pada hari- hari lain? Berjalan ke Trafalgar Square? Berseronok di Hayde Park?Shopping di Oxford Street? Atau tidur sambil berselimut sepuas-puasnya di musim Autumn ini?

Pengajian master saya benar-benar meletakkan saya untuk membaca berpuluh-puluh artikel jurnal dan menganalisis kandungan penyelidikan terkini dalam bidang neurosains dan neuromedical rehabilitation.

Maka, hari-hari lain adalah masa yang terbaik untuk menyiapkan segala tugasan berupa critical essayslab reportsresearch proposal dan group work. Dalam erti kata lain, itulah masa untuk memerah otak saya, menghadap laptop dan menaip segala tugasan sehingga selesai.


Kehidupan Sebagai Muslim Di UK


Tidak sukar menjalani kehidupan sebagai Muslim di sini. Makanan halal ada di mana- mana. Apa yang penting kita tahu bagaimana dan di mana hendak mendapatkan sumbernya. Yang pasti di sini anda pasti akan pandai memasak secara automatik!

Kehidupan saya agak selesa kerana ditemani beberapa kenalan dari Malaysia. Adanya teman-teman yang lebih berpengalaman hidup di UK dari kalangan pelajar PhD benar- benar membantu saya. Merekalah yang menjadi tourist guide, merekalah  cikgu saya di sini, berkongsi pengalaman.

Saya tinggal di asrama kampus (Clifton Hall) bersama-sama para pelajar antarabangsa yang lain. Bersama Alexandro dari Itali, Peter dari England, Pitt dari Thailand, Sven dan Micheal (Jerman), Joy dan Alex (China) membolehkan saya bergaul dan memahami kebudayaan dan corak hidup mereka.


Mereka amat menghormati saya sebagai Muslim, dan setiap dari kami sentiasa bertegur sapa untuk menjalin kemesraan. Hasilnya saya juga mampu bertutur bahasa Itali dengan Alexandro, sekadar menyebut Buana Notte(Selamat Malam), Apyootardi (See you later) cukup membuatkan hati gembira hidup di sini.


Kewajipan menunaikan ibadah tidak pernah menjadi masalah. Memandangkan musim Autumn ini waktu Zohor sekarang masuk pada jam 11.47 pagi dan Asar pada jam 1.51 tengahari, sebagai Muslim; rukhsah dalam solat dengan menunaikan solat jamak menjadi pilihan saya apabila menghadiri kuliah.


Masjid di sini sentiasa dipenuhi oleh masyrakat Muslim UK. Sejak berada di sini, sudah tiga buah masjid saya ziarahi. Apa yang membanggakan, setiap kali tiba di masjid, tidak putus-putus ucapan Assalamualaikum keluar dari mulut jemaah di sini.


 Itu belum lagi yang bertanya saya, “Are you from Malaysia? – MAHATHIR? Would you like to become a part time tuition teacher here, teaching for Muslims children Maths and English?”

UK vs Malaysia


Secara peribadi, tidak saya nafikan terdapat beberapa aspek perbezaan yang ketara dengan negara kita. Antaranya:

Di kaunter bank/pejabat pos: Tiada sistem nombor giliran dan tiada sofa empuk untuk anda.  Kita perlu beratur dan menunggu giliran anda dipanggil di kaunter – “Counter 3 please…”

Zebra-crossing: Sekiranya tiada lampu isyarat di zebra-crossing, anda mempunyai hak untuk melintas dahulu. Kenderaan akan berhenti dan memberi laluan kepada pejalan kaki apabila melintas.
  1. Self-service: Anda makan di restoran , anda mesti membuang sisa makanan anda sendiri ke dalam tong sampah.

  2. Penggunaan beg plastik: Juruwang akan bertanya: “Do you need plastic bag?” Maklumlah di sini aspekrecycle and reusable amat dititik beratkan.

  3. Warga emas/ OKU yang aktif dan berdikari:  Di mana-mana saja, warga emas akan menaiki scooteruntuk membeli belah, OKU pula bertongkat dan berkerusi roda elektrik menaiki bas/ Underground. Ini merupakan salah satu perspektif yang amat ketara berbeza dengan negara kita. Sebagai terapis perubatan, saya kagum dengan sistem kesihatan dan kebajikan rakyat di sini.

  4. Night-life: Kedai-kedai, pusat membeli belah ditutup seawal jam enam petang, maka tiadalah peluang untuk kita membeli-belah sehingga larut malam. Maaf – Tiada restoran mamak 24 jam.

  5. Keramahan warga UK: Anda tersesat? Cubalah bertanya warga British arah jalan anda. Mereka akan menjawab, “My pleasure to help you young man!”

  6. Disiplin: Jangan sesekali memotong barisan semasa beratur. Mereka agak sensitif dengan perkara ini dan mungkin bertindak agresif.

  7. Duit: Wang syiling lebih dihargai dalam urusan jual beli di sini. Malahan, wang syiling 1 pence dan 2pence amat bernilai di sini. Maka saya terpaksa menyediakan dompet khas semata-mata untuk simpanan syiling.

  8. Cuaca: Semestinya! Perubahan cuaca sangat drastik. Mungkin hari ini 14 darjah Celsius, tapi besok hari berkemungkinan 0 darjah Celsius. Maka bersedialah dengan baju tebal, pelembab bibir dan losyen badan. Pengalaman saya – kulit menjadi kering dan gatal. Bibir mula merekah. Ironinya, apabila hujan, cuaca tidak pula sejuk.

Nasihat


Bagi saudara dan saudari yang berminat menyambung pengajian di luar negara, tanamkan sikap positif dan bersedia menghadapi segala cabaran dan dugaan di sini. Biasakan diri untuk bergaul bersama pelajar antarabangsa yang lain untuk memahirkan skil komunikasi dan interaksi anda.

Di samping belajar, cuba buka mata dan minda, perhatikan cara hidup yang positif warga UK di sini. Paling penting, nasihat saya; sentiasa positif dan yakin dengan keupayaan diri kita. Insya-Allah, anda akan berjaya bukan saja dalam akademik, malahan menjadi semakin berani menempuh dugaan dan cabaran mendatang.

GREAT BRITAIN akan jadi Negara Islam???


Jumlah bilangan penduduk Britain yang memilih untuk memeluk Islam telah berganda sejak sedekad lalu, menurut hasil salah satu kajian yang diambil untuk menganggarkan jumlah sebenar masyarakat negara itu yang telah memilih Islam sebagai agama mereka.

Walaupun terdapat banyak spekulasi yang sering memperkatakan tentang keganasan Islam, beribu-ribu masyarakat Britain membuat keputusan untuk memeluk agama Tawhid itu.

Menganggar jumlah mereka yang memeluk Islam di Britain adalah sesuatu yang agak sukar sebenarnya kerana mereka memeluk Islam atau mereka sememangnya Islam sejak lahir.

Anggaran yang pernah dilakukan sebelum ini mendapati bahawa jumlah mereka yang memeluk Islam di UK adalah antara 14,000 hingga 25,000 orang.

Namun, kajian baru yang dilakukan oleh inter-faith think-tank Faith Matters mendapati bahawa kemungkinan bilangan itu telah meningkat kepada 100,000 kerana terdapat lebih 5,000 mereka yang memeluk Islam di seluruh negara setiap tahun.

Berdasarkan data yang diambil dari Scottish 2001 Census – kaji selidik yang bertanyakan responden tentang apa agama mereka ketika mereka lahir dan juga agama mereka ketika kaji selidik itu dijalankan – para pengkaji mendapati bahawa kebanyakan mereka yang memeluk Islam adalah berdasarkan etnik dan kemudiannya perkara tersebut mempengaruhi jumlah bagi seluruh masyarakat Britain.

Kesimpulan yang mereka dapati adalah, terdapat 60,699 penduduk Britain yang memeluk Islam pada tahun 2001, para pengkaji kemudiannya membuat kaji selidik di masjid-masjid sekitar London bagi mengenal pasti berapa jumlah mereka yang memeluk Islam setiap tahun, dan keputusan yang diperoleh adalah 1,4000 dan kemudiannya apabila dikira bagi jumlah untuk seluruh negara, anggaran yang dibuat adalah lebih kurang 5,200 individu yang memeluk Islam setiap tahun.

Keputusan yang diperoleh adalah hampir sama dengan keputusan yang diperoleh di Jerman dan Perancis di mana terdapat 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.

Fiyaz Mughal, Pengarah bagi Faith Matters, mengakui bahawa proses penganggaran ini merupakan sesuatu yang amat sukar namun kajian yang dilakukan adalah kaedah terbaik yang boleh mereka lakukan.

Bagaimanapun katanya, ramai yang tidak mempercayai bahawa terdapat ramai antara mereka yang telah memeluk agama Islam sejak sepuluh tahun lalu.

Apabila ditanya tentang mengapa jumlah ini tinggi, Mughal berkata, “Jumlah ini bertambah mungkin kerana pengaruh Islam dalam mata masyarakat semakin meningkat. Mereka ingin belajar segalanya tentang Islam dan apabila mereka dapat tahu akan tentang Islam, barulah mereka membuat keputusan untuk bertukar agama.

“Kebanyakannya hanya belajar sekadar untuk tahu tetapi ramai yang akhirnya membuat keputusan untuk memeluk agama itu.
http://www.independent.co.uk/news/uk/home-news/the-islamification-of-britain-record-numbers-embrace-muslim-faith-2175178.html


No comments:

Post a Comment