by Isa
Entry ini gua tak mau cerita pasal politik, makin lama makin menyampah dengan penipuan beEnd dan umPORno yang asyik menipu dan memperbodohkan rakyat. Nak kekal berkuasa macam2 penyundalan yang diorang lakukan... jahanam, laknat lah... puak2 beEnd/umPORno pengadai kedaulatan negara dan pengkhianat bangsa dan agama buat selamanya...
Malam semalam gua keluar mengeteh dengan Dr. Abdul Wahab Arbain (Dr. AWA), banyak perkara yang disembangkan dari hal pengurusan nursery kami hinggalah kepada topik menu makanan eksotik.... terutamanya daging landak dan pelanduk..., tup tup.. pagi tadi setelah selesai menghantar pramugari ke tempat beliau berkursus dalam minggu ni... gua ada assignment di Puncak Alam pada jam 9.30am.
Dari KL gua sms Dr. AWA saja jer... survey line samada orang tua tu continue atau dah bangun tidoq... sms berbalas dan beliau bersetuju untuk menjengok nursery..., 9.00am gua jemput beliau di rumah dan terus ke Alam Jaya, Puncak Alam. Bersarapan di sana dan selesaikan assignment gua... kemudian kami pergi meninjau nursery yang terabai sepanjang bulan Ramadhan lepas.
Pergghhhh.... berserabut dengan rumput meliar dan lalang... pasti berpeluh selepas nih nak membersihkannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah Dr. AWA kami membincangkan soal pembersihan nursery, dan kata putus di capai. Kemudian dari rumah Dr. AWA kami buat perancangan untuk meninjau pula tanah 2 ekar di Sekinchan... untuk projek seterusnya... bertolak ke Sekinchan pulak dahhh....
Punya sedap melantak lupa nak ambik gambar, so pinjam dari sini.
Dari Sekeinchan gua calling-calling Restoran Selera Rimba, panggilan berjawap dan kompom restoran di buka sehingga pukul 5pm beb... dan kompom jugak daging landak ada stok pada hari ini.... apa laaaaagggiiiii..... gua pun henjut kereta menuju ke Sungai Panjang, Sabak Bernam. Tapi sebelum tu sempat jugak singgah di Parit Sembilan, Sekinchan atas urusan peribadi Dr. Awa...
Sampai jer... kat Restoran Selera Rimba... perggghhhh.... kereta yang parking kat situ semuanya ganas-ganas beb.... dan gua pun dengan selambernya parking bagi menambahkan keganasan kat situ..., peduli apa gua... hahaha...
Cari port baeeekkkk... punya dan terus order...., hummm... daging landak setengah kilo 60 hengget... ok..., ayam hutan 3 ketul (seketul 5 hengget) belasah jer...., daging rusa... tak jadi ambik pasal gua dah pernah merasa daging rusa, daging pelanduk tarak stok.... Udang Galah super giant pun tarak stok... ok lah.. belasah jelah apa yang ada... dan sedikit ulam-ulaman cicah cili padi dengan tempoyak... perggghhhh... meleleh air hidung wa cakap luuuuu....
Daging Landak masak rendang dan Ayam Hutan Goreng Berempah..., makan berdua dengan Dr. AWA... itu pun tak habis beb... balance kasi tapau.... total lunch siang tadi 81 hengget..., sendawa lebih kurang angkat kaki blahhhhh.... dalam perjalanan pulang Dr. AWA teringat pulak kat pramugari dia (suami mithali) dah nak tapau pulak untuk pramugarinya... so.. kami pun singgah pula di Restoran Lembah Bernam adik kepada Restoran Selera Rimba... kasi tapau Rendang Daging Landak untuk pramugari Dr. AWA dan gua tapau Ayam Hutan Masak Kicap sekoq buat pramugari dan anak2 gua...
Sepanjang perjalanan balik ke rumah Dr. AWA, sempat jugak gua tapau buah-buahan kat sepanjang jalan Sekinchan tuuuu.... rabak jugaklah poket untuk anak2 kat rumah tuuuu.... asalkan diorang happy gua pun tumpang happy... hahahaha....
Walau macamana pun, syukur Alhamdulillah.... hajat gua untuk makan Daging Landak, Ayam Hutan, Unta, Burung Unta, Bangau, Burung Kendi, Burung Kepala Besar, Burung Wak Wak, Burung Ayam-Ayam, Burung Kuang, Pelanduk dan Rusa dah tercapai.... yang belum tercapai ialah daging Kuda, Kancil, Kijang, Tenuk, Seladang, Gajah dan Harimau... hahahaaaaa.... gua harap satu hari nanti pasti dapat punyeeeaaaarrrrr.....!!!
Lagipun apa yang gua tau Daging Landak nih elok untuk penyembuhan penyakit Asthma/Lelah.... sapa2 yang ingin mencuba boleh klik kat sini... lepas tu klik lagi... hahaha....
Gua ingat nak buat projek ternak landak laaaaa.... ada nilai2 komersial tuuuuuu...... amacam...???? Buyer dah ada.... Tanah 2 ekar pun dah ada tuuuu.... hehehe... orang melayu tak boleh malas2... nanti cepat layu... muakakakaaaaaa....
by ijoks2009
Tag : Merenung Sejenak
Assalamualaikum dan salam blogger,
Jika anak anda jadi mat rempit,suka berlumba haram,its ok masih tak teruk lagi,masih boleh diselamatkan lagi,
Jika anak anda yang berumur 13 tahun sudah mula belajar merokok.itu perkara biasa di zaman ini.Dia masih boleh di selamatkan.
Jika anak anda terlibat dengan berbagai kesalahan jenayah masih lagi tidak seteruk mana,tapi jika dia mengucapkan perkataan ini pada anda ,itu memang teruk dan anda bakal menghadapi masaalah yang besar.
Mari kita ikuti kisah dibawah,kisah seorang anak muda setahun jagung yang meninggalkan Islam kerana terpengaruh dengan dakyah Sitt Al Wuzara dalam FB.
Klik untuk besarkan gambar
Kami nak berkongsi cerita dan isu semasa yang terbaru berkenaan remaja Melayu murtad. Hai…lepas satu-satu. Mudah benar sekarang, budak-budak remaja Melayu hati mereka jadi gelap. Gambar di atas sempat dirakam dalam halaman Facebook.
Nama : Tajul Azri
Umur : 19 Tahun
Negeri : Melaka
Status : Murtad selepas SPM
Ada orang Melaka di sini? Kalau nak diikutkan dah ramai sangat sekarang ini remaja Melayu murtad di Facebook. Siapa ada group lagi. Bukan sikit punya bilangannya. Sangat membimbangkan juga jikalau tiada ditangani dengan segera. Dekat sinilah juga tempat mereka berkumpul bagi mereka-mereka yang dah pun murtad.
Selain daripada kaunseling, paling pentingnya sekarang ini pihak yang berwajib perlu mencari punca utama sehinga menyebabkan ramai remaja Melayu murtad sekarang ini. Manakala di bawah ini pula gambar yang menunjukkkan perbualan budak hingusan Tajul Azri ini dengan maknya. Dikatakan, keluarganya masih berusaha untuk membantunya kembali kepada Islam semula.
klik untuk besarkan gambar
P/S : Dunia makin canggih, budak-budak sekarang dah tak macam dulu. Makin berani. Remaja Melayu murtadsatu hal, siap berani lagi beritahu satu dunia lagi. Bangga ker?
Kredit : Ohduniaku (Gambar) Remaja Melayu Murtad | Ohduniaku http://ohduniaku.com/remaja-melayu-murtad#ixzz1YHk6VhMT
Saya percaya Sit Al Wuzara bukan bertindak secara sendirian dia bergerak dibawah satu organisasi yang besar yang mempunyai keewangan dan strategi yang mantap dengan tujuan memurtadkan lebih ramai anak-anak remaja Islam yang dangkal ilmunya.
Tiap-tiap kita memainkan peranan masing-masing demi menyelamatkan Islam dari terus dihina dan diperlekehkan .Jabatan agama Islam patut memainkan peranan lebih aktif untuk menangani Makcik Sitt Al Wuraza N the gang,jangan sampai lebih ramai anak muda islam disesatkannya.
Cari N3 lama-lama disini
No comments:
Post a Comment