CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 1 July 2011

KA'ABAH : Berhalakah Dia???




Jika kita berada di dalam hutan / belukar..kita SOLAT dalam keadaan menghala kepada POKOK..adakah itu bermakna, kita jadikan pokok itu sebagai BERHALA??? Jika belajar agama ISLAM..belum habis lagi..belajar sekerat-sekerat, atau belajar dengan tujuan mahu mengutuk agama ISLAM..kamu akan jadi SEBODOH BODOH manusia..

Saya bangkitkan kembali sebahagian dari artikel sebelumnya persoalan yang ditimbulkan oleh manusia yang menamakan dirinya "baca quran". Walaupun ia memberi nama penanya "baca quran" tetapi pada pandangan saya ia tidak menggambarkan hal sebenar dalam setiap artikel yang dia cuba dibentangkan. Beberapa kecacatan dapat dikesan dalam tulisan-tulisannya, menunjukkan dia telah gagal dalam pembacaan dan kefahaman secara sempurna.


Terlalu banyak kecelaruan yang ditimbulkan dalam tulisannya, hanya mampu menceduk beberapa kerat ayat tertentu yang tidak relevan dengan isi kandungan. Ayat-ayat tertentu dipilih hanya bagi disesuaikan dengan keinginannya iaitu menyesatkan umat Islam khususnya orang Melayu.



Blog "kaabahituberhala" dibangunkan khusus untuk menyampaikan dakyahnya merosakkan Islam.

Kenapa pula isu ini serupa dengan propaganda Jesuit dalam beberapa laman di Indonesia? Laman Murtadin di sana sering memutarbelitkan fakta dan sejarah Islam untuk selewengkan kebenaran. Ia serupa dan seiring dengan laman WIKIISLAM yang diurus oleh seorang Murtad. Begitulah aktifnya mereka menggunakan sebarang peluang untuk mendustakan kebenaran.


Mereka ingin memberi gambaran bahawa Islam itu bukanlah agama hanif dan suci. Padahal Kaabah itu hanyalah sebuah kiub batu empat segi yang serba sederhana malah tidak menyerupai sebarang makhluk hidup di dunia. Tiada sebarang keistimewaannya sama sekali dari segi bentuk dan rupa. Jika tidak kerana perintah dari Allah dan RasulNya, orang Islam pasti telah melupakannya. Bagaimana mungkin ia disamakan dengan berhala seperti mana palang salib nasrani?

Saya yakin dia sememangnya orang melayu yang telah tersilap dalam langkahnya mengharungi kehidupannya. Tersalah anggap terhadap Baginda Rasulullah saw dan keseluruhan Sahabat Baginda, para Tabi'in dan Ulama Muktabar keseluruhannya. Hanya berbekalkan alQuran semata-mata dan dihurai mengikut kemampuan akal yang lemah sebagai senjata untuk membunuh keyakinan orang Melayu terhadap para ulama (termasuk para wali Allah), hamba-hamba Allah yang selama berusaha menyebarkan agama suci ini.
Sebelum ini dia sering muncul memberi komen dengan menggunakan kata "muhammad" sahaja untuk maksud Rasulullah saw setelah ada pembaca yang terperasan bahawa dia bukanlah seorang Islam kerana tidak menghormati Baginda, dia memperbaikinya dan mula meletakkan saw selepas "Muhammad" untuk menutup rahsianya. Ia bertindak sebagai seorang yang terpelajar dan menghujah secara akademik tidak seperti gaya Mahadaya yang masih menggunakan kesah dongeng dan kuno.
kitab-kitab-agama-lain-terbatal-selepas QURAN sempurna diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW.

Amat menyedihkan dia rela mempergunakan kemahiran yang telah dianugerah Allah kepadanya untuk meruntuhkan kerukunan Islam dari jiwa orang Melayu. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai pegangan yang teguh atau terasa imannya masih lemah, harap menjauhi blog tersebut. Sebaliknya sesiapa yang yakin tidak akan goyah dan mampu bertahan, silalah menyiasat kebenaran ulasan saya ini.

Apakah niat sebenar atau matlamat usahanya itu, masih lagi disangsikan, tetapi cenderung saya katakan ia mempunyai muslihat yang jahat kerana membahaskan agama melalui kaedah jahiliah yang jauh dari "nur" addin yang suci.

Pokok perkara yang sering diutarakan olehnya ialah "kaabah dan hajaratul aswad itu adalah BERHALA orang Islam". Ia tidak mampu memberi bukti yang lain. Sama ada kurang persediaan atau sememangnya tiada lagi bukti yang dapat menyokong dakwaannya itu. Hujah yang tersangat longgar dan jauh dari kebenaran. Tentu sekali jauh dari hidayah kerana di dalam alQuran sendiri telah jelas diungkapkan bahawa Kaabah itu ialah rumah Allah yang Suci lagi Berkat.

Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam alQuranul Karim. Kenapa dia berdusta? Tidak takutkah azab Allah yang bakal diterima dari hati yang mendustai ayat-ayatNya?

Sebenarnya telah lama saya perhatikan "manusia" ini dan dia pernah muncul dalam beberapa blog popular membuat hujahan propaganda yang penuh kontroversi termasuk di Mistisfiles. Ada beberapa komen yang tersasar sehingga membuka rahsia identiti dirinya. Dia tidak mengaku sebagai orang Melayu kristian sebaliknya mengatakan dirinya adalah seorang Melayu yang telah "Murtad". Menyanjung dan bangga dengan kejayaan tamaddun Barat. Marah dan mengkritik hukum syarie, menghina dan membenci hukuman "pancung" kepada sesiapa yang murtad dari agama (Islam). Memberi ulasan bahawa orang Melayu menjadi bodoh dan miskin diakibatkan Islam. Mendakwa Islam telah menjajah minda dan cara hidup orang Melayu.

Catitan saya dalam artikel yang lepas:

Makkatul Mukarramah


Allah berfirman: ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)



Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". 

 Saya petik ayat di atas kerana teransang dengan hujahan seorang blogger yang membuat tuduhan bahawa Kaabah itu adalah berhala kaum Muslimin Saya membuat carian di Google dan menemui sebuah blog yang dirasakan ada sesuatu muslihat terkandung dalam rencana yang ditulis, berdasarkan tajuk-tajuknya. Saya amati tulisannya untuk pastikan adakah dia yang meninggalkan komen mengenai "berhala" dalam blog ini yang telah membangkitkan kemarahan beberapa orang pembaca.. Setelah membuat beberasa semakan, akhirnya saya pasti memang dialah yang cuba melakukan provokasi beberapa kali di blog saya sebelum ini. Blog beliau ialah "kaabahituberhala"

Blog ini seperti yang diduga, lengang dan tidak mendapat sambutan samalah seperti yang terjadi kepada blog Asalama yang kini semakin sepi. Ada juga beberapa pengikut yang mungkin terdiri dari para simpatis atau rakan-rakannya. Walaupun begitu, terdapat sedikit kelebihan berbanding blog Mahadaya yang berbentuk kuno itu. Paling menarik, hujahan blogger bernama-nick "baca quran" itu banyak menggunakan dalil serta berlandaskan ayat-ayat alQuran, contohnya seperti di bawah:
"Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya: tetapi menafikan beberapa firmanNya".
Hj. Yusof...Jika demikian, berBILLION orang Islam hari ini, di seluruh dunia adalah "BODOH" kerana mengikut membuta tuli, cara ber'ibadat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Saw. Jika demikian, saya minta bloger "nick" merekacipta SATU cara berIBADAT yang baru, gunakan berapa BILLION dollar USA untuk iklan, dan lihat apa hasilnya...Adakah berBILLION manusia akan meniru dengan taat setianya...kepada agama baru ciptaan "nick" itu. Hj. Yusof.

icon yang digunakan atas nickname "baca quran"

Tengok icon sahaja, sudah boleh diagak ke mana hala nak dibawa. Manusia Melayu yang mendewakan tamaddun Barat. Mungkin sahaja ia adalah anak didik Yahudi Keparat atau Jesuit Laknat itu.

Hadis telah ditolak mentah-mentah dengan andaian ia tidak boleh dipercayai kebenarannya dan hanyalah cakap sianu kepada si anu.
"Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:
"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” 

Sayangnya kajian yang dilakukannya tidak dibuat secara menyeluruh dan gagal menemui sesuatu yang tersirat disebalik ayat-ayat alQuran itu. Dari sini kita dapat menelah sesungguhnya dia telah gagal mencapai nur yang dilimpahkah Allah melalui RasulNya dan hanya mampu mentafsirkanya dengan akal yang sejengkal itu. Dengan berbekal akal yang kecil seperti itu, apakah dia mampu mencapai kebenaran?

Daripada beberpa artikel yang dikeluarkan saya dapati manusia ini berbangsa Melayu yang fasih, nampak berpelajaran dan dapat menulis dengan baik . Bagi saya beliau seorang yang agak kreatif juga kerana mampu mencari selidik beberapa sumber dari alQuran. Dalam setengah hal, dia menganggap dirinya lebih bijak, lebih sempurna berbanding orang Islam (Melayu), menyangka dirinya mempunyai ketajaman berfikir (bukan pak turut), katanya.
"Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjadi bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini."

Kita boleh lihat hujahnya yang dangkal itu, andainya hadis tidak boleh diterima dan hanya cakap yang direka-reka, bagaimana pula alQuran yang juga disampaikan secara lisan pada peringkat awal melalui para hafizin yang juga para ulama? Adakah pada fikirannya alQuran itu tidak diperturunkan dari ulama kepada ulama secara turun temurun sebagaimana hadis? Bagaimanakah dia mempercayai alQuran berbanding hadis sebagai rujukan? Ternyata dia mempergunakan alQuran hanya untuk tujuan mengelirukan. Ia dipetik di sana sini yang sesuai dengan seleranya sahaja.


Jika kita mahu kritik "Nasi Minyak" yang dimasak oleh orang lain itu, tidak sedap, tidak kena resepinya...Maka kita mestilah juga seorang TUKANG MASAK yang mahir...ada diploma / ijazah bidang masakan. Kalau kamu sendiri tiada kelulusan SASTERA ARAB berbanding dengan SASTERA QURAN...janganlah pandai pandai kamu mahu beri tafsiran ayat Quran...yang kamu cedok dari Quran terjemahan. Bangsa Arab sendiri pun..tidak dapat memahami tafsiran Quran itu...walaupun mereka itu mahir berbahasa Arab. Sebab itulah Allah Swt. utuskan Nabi Muhammad Saw. sebagai pentafsir...Inikan pulak kamu dari bloger tepi jalan..mahu mentafsir dan terjemahkan Quran sesuka kepala otak kamu.

Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw. pada zaman KEMUNCAK ketinggian sastera ARAB. Setiap tahun ada pertandingan mendeklamasikan sajak / syair dalam bahasa Arab di medan Ka'abah itu sendiri. Namun para sasterawan Arab...tetap mengakui bahawa QURAN itu mengatasi kemahiran kesusateraan Arab pada masa tersebut. Saidina Umar Al Khattob menggeletar tangan dan tubuhnya...semasa merampas dan membaca ayat QURAN dari tangan adik perempuannya. Saidina Umar tidak mengutuk pun ayat QURAN itu, padahal beliau mahir dalam sastera Arab dan masih belum lagi menganut agama Islam.

Keseluruhan rencana yang dimuatkan di dalam blognya hanya berbentuk sangkaan dan bermain dengan akal semata-mata. Di sinilah terlucutnya kebijaksanaannya berhujah. Hanya mereka yang tidak berilmu sahaja yang mungkin akan dapat dipengaruhi. Hujahnya kelihatan "bodoh" dan "Membodohkan". Dia hanya menyesatkan dirinya sendiri walaupun ada niat tersembunyi cuba memperlekeh.kepercayaan kaum Muslimin. Kenyataannya iman itu tidak dapat dijual beli.

Pada satu keadaan saya merasakan blogger ini seorang "Bukan Islam" yang berusaha mempengaruhi sebilangan anak muda atau kaum intelek mengikut kepercayaannya. Tidak mustahil pula ia adalah orang Jesuit yang menggunakan jarum secara halus mempengaruhi anak bangsa meninggalkan Islam. Satu bentuk tipu helah Jesuit dalam usaha meruntuhkan kekuatan Muslimin di Malaysia? Di satu sudud lain pula menggambarkan dia telah hanyut jauh dibawa arus "anti hadis" sehingga menjadi manusia bingung. Kemungkinan juga dia seorang murtad akibat telah tenggelam punca.

Terkejut pula saya bila saya gunakan carian Google mengenai "kaabah", lamannya "kaabah itu berhala" mendapat tempat istimewa dalam carian. Seolah Google juga membantu mempopularkan blognya. Apakah ada konspirasi di sana? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Saya berharap dia membaca ayat ini dan mengkajinya.

Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia".

Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam alQuranul Karim.

Dalam pada itu, saya terjumpa pula satu blog Hindu yang menghujah bahawa Kaabah dan Hajaratul Aswad itu milik orang Hindu. Hal ini memang melucukan..

"Hindus have been referring their Deity moon goddess Durga as “Allah” in Sankrit in their chants since early period of Hinduism”; Ref: http://www.hinduism.co.za/kaabaa.htm
He also chose Hindu God Lord Siva’s temple “Kaaba” (built by King Vikramaditya* for Moon God Siva) as Islam’s holiest place and required all Muslims to pray and bow towards it. In addition he picked Hindu pilgrimage Haj as the highest form of worship and the only worship which washes all the sins away. He made black stone (Hajar Aswad ,the symbolic lingum (private part ) of Lord Siva , which was made a part of Siva temple Kabah by King Vikramaditya), as the most revered stone of of Islam , to be touched and kissed by all pilgrims.

Penulis mendakwa bahawa pendapatnya berdasarkan sejarah dan kajian yang dilakukan terhadap kitab suci Hindu. Pada saya, jika benar pun ianya ada tertulis di sana (tentunya berkias), ia bukanlah bermakna Kaabah itu sebahagian dari hak orang atau agama "Hindu" sebaliknya kitab tersebut menceritakan kebenaran yang gagal mereka cungkil kerana telah tersasar jauh. Dr Zaki Naik telah berjaya mengupas hakikat Veda itu (Kitab Suci Hindu) adalah sebuah kitab yang asalnya dibawa oleh seorang pesuruh Allah.
Dr Zaki Naik

Semakin hari semakin ramai orang yang melalut membuat pelbagai andaian yang tidak realistik malah ada yang berkeadaan seperti orang mabuk dan tidak siuman. Saya amat terperanjat bila mengetahui begitu ramai kalangan yang mengambil berat mengenai Kaabah, pusat ritual Kaum Muslimin. Samaada ingin memperbaiki keimanan dengan mengkaji rahsianya atau mempertikai kebenaran atas tujuan untuk menghina atau menentang Islam.

Ada pula pihak yang membuat tuntutan gila yang tidak masuk akal. Apa pun tujuan mereka, secara sepadu mereka yang mempertikai Kaabah ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa Kaabah itu adalah "berhala" dan agama Islam adalah agama pagan dari Arab. Semoga Allah mengampuni mereka atas kejahilan ini.

Pertama kali saya temui mengenai isu ini ialah sekitar 5 tahun yang lalu. Saya dapati gerak kerja Jesuit melalui laman-laman web Indonesia dengan garangnya telah membangkitkan tuduhan bahawa Kaabah itu adalah "berhala" orang Islam. Walaupun saya terasa marah pada mulanya, akhirnya ia memberi kekuatan pula kepada saya untuk mencari jawapan yang konkrit terhadap tuduhan melampau ini serta membantu saya mendapatkan bukti bahawa hujahan mereka itu tersangat lemah dan dangkal. Jika Kaabah itu berstatus berhala sebagaimana "salib" atau patung, kenapa kaum Muslimin tidak membuat replika atau duplicate untuk disembah di rumah atau masjid sebagaimana berhala agama-agama lain?

Dalam pada itu seorang blogger telah memberi satu contoh yang baik:
"Jika kaabah itu mampu diusung dan dibawa ke Malaysia sekalipun, arah kiblat tetap menghadap ke Baitul Haram. Ianya merupakan simbol penyatuan umat. Kami hanya menghadap ke arah satu kiblat. Jika diteliti sejarah nabawiyah, muazzin akan naik ke atas Kaabah untuk melaungkan azan. Dan jika dibandingkan dengan agama lain, pernahkan mereka memijak kepala patung Jesus atau pun Mary ketika beribadah di gereja? Sejadah yang digunakan ketika beribadah, antaranya ada gambar kaabah. Orang Islam memijaknya tanpa ada perasaan melakukan satu kesalahan kerana, bagi orang Islam Kaabah itu bukanlah Tuhan".
Tidak menghairankan pada ketika itu kaum kristian Indonesia menggunakan isu ini kerana mereka sedang bergelut dengan hujahan pendakwah-pendakwah Islam di sana yang telah bangun dengan berani menempelak kepalsuan agama Kristian. Kisah penipuan Paulus telah ditelanjangi dengan hebat dan juga berkaitan isu memakan daging babi, perkara ini amat melemaskan penganut keristian tersebut dan atas gugatan ini timbullah serang balas yang tidak kurang hebatnya dari mereka.

Pemuda Islam Indonesia dan ada juga dari Malaysia harus dipuji kerana mempunyai inisiatif mempelajari beberapa versi bible (mencontohi Syeikh Ahmad Deedat) dan mampu membahas kepalsuan yang wujud di dalam (alkitab) bible berbahasa Indonesia. Sebenarnya tindakan pemuda Islam ini adalah semata-mata bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan ganas penganut Keristian Indonesia terhadap Islam oleh gerakan para mubaligh kristian begitu ghairah untuk memurtadkan seluruh Muslimin Indonesia dan seperti yang kita tahu ia sekarang telah menular ke Malaysia.

Dari sinilah mula timbulnya berbagai propaganda baru atas bantuan penyelidik Jesuit menyerang keutuhan penganut Islam. Mereka melakukan hebahan secara besar-besaran melalui gereja dan internet dengan menggunakan beberapa ciri kelemahan (pada sangkaan mereka) yang mereka anggap mampu memberi tekanan kepada Islam.

Antara yang popular ialah menyamakan umat Islam adalah kaum pagan dan Islam adalah agama pagan Arab. Nabi Muhammad saw adalah pengikut Syaitan, Nabi Muhammad saw mengambil ajaran Bukhaira dan bapa saudara isterinya mencipta agama palsu dan banyak lagi. Orang Islam didakwa penyembah batu (Kotak hitam dan batu hitam) di Makkah. Satu lagi serangan hebat ialah dengan cara meruntuhkan kredibiliti Rasulullah saw, mendakwa Baginda seorang yang gila seks mengahwini ramai wanita. Peribadi Baginda dihina dengan dahsyat dengan memanipulasi kisah Saidatina Aisyah ra yang mengahwini Rasulullah saw pada usia muda.

Serangan terhadap peribadi Rasulullah saw sudah semakin kendur setelah ramai intlektual Islam segera membuat kajian terperinci kisah Saidatina Aisyah ra ini, dan akhirnya mendapati hadis yang digunakan oleh Jesuit tersebut adalah sesuatu hadis yang lemah serta diragui ketepatannya bersandarkan perawinya. Selain dari hadis tersebut, mereka tidak berupaya membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Namun golongan bawahan masih lagi menggunakannya sebagai senjata serangan brutal yang tidak berilmiah. Serangan yang lainnya tidak menggugat kaum Muslimin kerana hujah mereka tidak disokong oleh fakta kukuh.

Mengenai isu Kaabah juga akhirnya mereka menghadapi kebuntuan, namun masih ada beberapa kerat dari mereka yang masih menyanyikannya. Lagu yang mereka dendangkan menjadi semakin serak dan sumbang. Sebetulnya, memang benar janji Allah. Mereka telah sesat dan Allah tambahkan lagi kesesatan mereka. Hati mereka telah terlalu hitam untuk menerima cahaya.

KAABAH Yang Mulia

Qs.5 Maa’idah:97: Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain. Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur pula, turunnya wahyu llahi yang pertama iaitu surah Al-Alaq. Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril, ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya:"Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).

Ada pihak mengatakan piring parabola astro perlu di hadapkan ke arah kiblat untuk mendapat siaran yang lebih jelas. Saya tidak begitu pasti mengenainya, tetapi ianya mungkin satu kebetulan kecuali dapat dibuktikan secara saintifik. Andaian mereka adalah disebabkan Mekah itu pusat bumi dan terdapat satu tenaga atau gelombang yang terpancar dari sana yang lebih kuat dari tempat lain. Mungkin ada pembaca yang dapat memberikan info yang lebih spesifiks mengenainya.

Sebagai penutup diulangi lagi pedoman dan juga peringatan penting untuk muslimin semua semoga kita dapat mengambil pelajaran, dan ingatlah bahawa sesiapa yang termasuk kalangan yang Rasulullah saw maksudkan di bawah haruslah melakukan perubahan supaya tidak terperangkap dalam perdayaan mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya.:

Dari pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

No comments:

Post a Comment