CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 28 May 2013

ROBITAH WASILAH 5



Antara rabitah dan wasilah yang benar itu seperti kisah Nabi Allah Yusof ‘alaihissalam dengan Siti Zulaikha yang mana Nabi Yusof ‘alaihissalam hampir-hampir tergoda dengan telatah dan godaan Siti Zulaikha ke atas dirinya. Maka di saat itulah ALLAH memperlihatkan rupa ayahandanya Nabi Allah Yaakob a.s kepada baginda. Maka ketika itu juga baginda terus lari dari godaan Siti Zulaikha dan Siti Zulaikha pula mengejar baginda dari arah belakang lalu memegang bajunya hingga baju baginda terkoyak.

Sebagai membuktikan kebenaran baginda ALLAH memerintahkan seorang kanak-kanak kecil yang sedang berada di dalam buaian bercakap dengan lidah yang fasih sebagai saksi yang memihak kepada Baginda nabi Allah Yusof a.s.

Maka rabitah dan wasilah yang sesat lagi menyesatkan adalah sebagaimana Musa As Samiri (Dajjal) laknatullah mengajar kepada pengikut-pengikut Nabi Allah Musa a.s sepeninggalan baginda pergi bermunajat di Bukit Tursina bagi menerima kitab Taurat. Musa As Samiri mengajar umat Nabi Allah Musa a.s menempa patung anak lembu daripada emas yang mereka rampas daripada orang qibti Mesir semasa mereka dihalau dan diburu oleh Fir’aun dan bala tenteranya.

Musa As samiri menghidupkan anak lembu itu dengan mencampurkan tanah bekas tapak kaki kuda Jibrail a.s kedalam emas yang ditempa itu. Setelah patung anak lembu itu hidup dan boleh bercakap-cakap maka Dajjal mengarahkan umat Nabi Allah Musa a.s mengadakan upacara pemujaan diluar batas syariat nabi Allah Musa a.s. sebagai memperhambakan diri dan menghormati mengikut selera hawa nafsu yang jahat dalam keadaan khayal, syak, dzon dan waham. 

Maka rabitah dan wasilah yang seumpama inilah yang diharamkan oleh seluruh ulama’-ulama’ islam ke atas orang-orang islam melakukan akan dia sepanjang zaman kerana menerjunkan diri seseorang murid itu kedalam kufur dan maksiat yang lebih mendalam.

Adapun Rabitah di atas nama tabarruk dan taqarrub seperti yang berlaku ke atas Nabi Allah yusof a.s maka ia diharuskan keatas mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada ulama’-ulama’ muhaqqiqin dan melatih diri dengan ilmu dan amal itu untuk keluar daripada dosa besar dan kecil menuju kepada baik, paling baik, agong baik dan maha baik dengan ijma’ seluruh ulama’ islam yang muhaqqiqin. 

Ulama’-ulama’ islam yang menolak rabitah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub itu ialah orang-orang yang nakal yang masih berada di atas sifat-sifat mazmumah walaupun mempunyai sijil-sijil kelulusan (Ba, Ma & PhD) kedudukan pangkat dan banyak ilmu dan amal dan diharap mereka akan menjadi seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan Imam Al ghazali dan mereka yang seumpama dengannya

Orang-orang yang menerima Ilmu daripada rasul khasnya di zaman Nabi Muhammad S.A.W. berpecah kepada beberapa kelompok atau kumpulan antaranya:-

9.1 Kumpulan yang betul-betul menerima ilmu dan amal itu serta bersungguh-sungguh melatih diri zahir dan bathin dengan ilmu dan amal itu menuju kepada terpelihara dosa sepenuhnya serta istiqomah diatasnya selama-lamanya. Kelompok inilah yang menjadi pewaris kepada sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul dalam ilmu dan amal dan menjadi uswatun hasanah pada zamannya. 

Contohnya Abu Bakar, Omar, Othman, Ali r.a dan baki daripada 10 sahabat dijamin syurga dan mereka yang lainnya yang seumpama mereka itu pada zahir dan bathin sepanjang zaman selagi tidak berlaku qiamah.

Mafhum Firman Allah :-

“ Dia (Allah) yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk yang lurus dan agama yang (benar yang datang dari sisi hadzratNya) supaya jadilah agama Islam itu meninggi dan menang mutlak di atas semua agama yang lain ( kerana agama yang lain itu ciptaan manusia yang menjadi penganjur dan pelopornya sahaja, yang tidak ada padanya mukjizat) dan cukuplah Allah sahaja yang menjadi saksi .

Muhammad itu pesuruh Allah, orang2(mukmin) yang bersama dengan dia sangat keras tindakannya terhadap orang2 kafir dan sangat mesra kasih saying sesama mereka (mukminin/at) Engkau lihat mereka itu sentiasa ruku’, sujud dan semata-mata mengharapkan kurnia daripada Allah dan Keredhoannya sahaja. Mereka itu dapat dikenal pasti kerana ada pada diri mereka itu tanda sujud kepada Allah. ( zahir atau nyata cahaya keimanan, keselamatan dan keehsanan yang terang benderang pada diri mereka itu.) (Surah al fat-h ayat 28-29)

Kalau di zaman Rasulullah s.a.w puak-puak ini dapat dikenal pasti sebagai orang-orang yang paling kehadapan menolong Allah dan rasulNya dan agamaNya ialah mereka yang membentengkan diri mereka sendiri menangkis serangan-serangan musuh seperti yang berlaku di dalam peperangan Uhud. Mereka juga orang-orang yang pertama mengambil Bai’atul ridzuan di Hudaibiah daripada Rasulullah s.a.w.

Mereka juga orang-orang yang membariskan diri di dalam peperangan Hunain bersama Rasulullah s.a.w setelah jemaah tentera Islam yang banyak melarikan diri meninggalakan Rasulullah s.a.w kerana gerun dengan serangan bala tentera ahzab. Di dalam peperangan itu Allah memberi kemenangan total (mutlak) kepada Rasulullah s.a.w dan orang-orang mukmin. Orang yang seumpama tersebut memang wujud disepanjang zaman selagi tidak berlaku kiamat. Tetapi didalam sesuatu keadaan tertentu mungkin mereka ini menyembunyikan diri.

No comments:

Post a Comment