CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday, 26 May 2013

MENGENAL DIRI 2 ..3..dan 4


http://rahsia8.blogspot.com/2012/07/mengenal-diri-dan-allah-4.html


MENGENAL DIRI 2

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Manusia di akhir zaman adalah manusia yang telah banyak membuat kerosakkan di muka bumi, sama ada manusia itu sedar ataupun tidak itu terpulang pada nilaian lembaga akalnya, semua manusia yang waras dan mampu melihat dan menilai keadaan tersebut pasti mengakuinya. 

Namun di sebabkan terlalu banyak suasana tamadun yang batil di perkenalkan dalam kehidupan manusia menyebabkan manusia terlupa untuk menilai keadaan tersebut, lalu manusia melihat keadaan kehidupannya tiada berbeza dengan kehidupan haiwan malah lebih buruk daripada haiwan ternakkan

Di mana-mana kita pergi di seluruh ceruk rantau dunia ini pasti kita dapat melihat manusia sedang di sebukkan oleh dunia, ada yang sedar dan ada pula yang tidak sedar langsung, namun hakikat itu akan di akui apabila umur sudah lanjut dan badan sudah tidak terdaya untuk mengejar tamadun, maka di sinilah datangnya penyesalan yang selalu lambat sampai untuk menyedarkan manusia.

Lalu kadangkala manusia tidak berkesempatan untuk menyesal dan bertaubat serta mencari bekal untuk berjumpa dengan Tuhannya, lalu dalam keadaan apa manusia mahu berjumpa dengan Tuhan? di mana Tuhan yang sepatutnya hendak di cari sedangkan tidak pernah ilmu di tuntut tentangNya

Jika umur masih lagi di panjangkan oleh Tuhan dan ada ikhtiar untuk menjadi hamba Allah yang soleh, itu sudah cukup baik untuk mengenali diri dan Tuhan supaya sifat tidak sedarkan diri selama hidup yang telah di lalui itu tidak berulang, cukuplah jika segala kesedaran membuatkan kita kembali untuk mengenal diri dan Tuhan

Cuba kita fikirkan bagaimana Tuhan telah memasukkan kalamNya di dalam Al Quran ayat satu dari surah Al Insan yang bermaksud "Tidakkah sudah datang dari masa yang telah berlalu yang tidak dapat di sebut-sebut" yang mana pada ketika itu manusia belum lagi di jadikan oleh Tuhan, selepas itu sikap semula jadi yang ada pada Tuhan yang diriNya suka untuk di kenali maka Allah s.w.t menjadikan makhluk yang pertama, iaitu awal makhluk

Ada pandangan yang mengatakan awal makhluk ialah Nur Muhammad, ada pula yang mengatakan Akal, Qalam, Nur dan ada juga yang mengatakan Roh, dan dari pandangan-pandangan ini kita di beritahu selepas mempelajari dan menilai kata maksud, maka kita dapati bahawa awal makhluk ialah HAKIKATUL MUHAMMADIYAH iaitu diri kemanusiaan yang batin yang belum lagi di lengkapkan oleh Allah dengan sifat Qudratnya,Iradatnya dan ilmunya. 

Ia semata-mata DIRI SEBENAR DIRI kemanusiaan, yang mana kemudiannya di kenal sebagai DIRI SEBENAR DIRI, dan diri inilah yang di maksudkan sebagai NAFSAHU iaitu diri yang untuk tangga permulaan bagi mengenal RABBAHU

Adapun diri yang dikatakan NAFSAHU itu ia berkeadaan tidak menyerupai apa juapun dan di kenali juga sebagai SIRULLAH (Rahsia Allah) ia telah di tetapkan oleh Allah sebagai makhluk pertama untuk di kenali walaupun ia bertarap rahsia Allah, dan dia juga di kenali sebagai LA YAKHLUQU bukan YAKHLUQU, di peringkat inilah kita perlu berhati-hati untuk mengenalinya kerana keadaannya yang mirip berkadaan tidak berupa apa jua pun namun dia adalah makhluk, dan setiap makhluk wajib di fikirkan kerana agama ada memberitahu "FIKIRKANLAH TENTANG MAKHLUK ALLAH DAN JANGAN FIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH"

Sekian dulu untuk renungan rengkas dan bertanya kepada orang yang arif

MENGENAL DIRI DAN ALLAH 3

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Jika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan. 

Ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. 

Namun asasnya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna

Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar. 

Kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya

Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan. 

Ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya

Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar. 

Apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai

MENGENAL DIRI DAN ALLAH 4

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Mengenal diri dan Allah ini jika dipelajari kepada konsef sifat 20 sebagaimana yang di perkenalkan oleh para ulamak terdahulu maka jika ada yang meminatinya maka bertanyalah kepada yang arif tentang ilmu ini, dan untuk panduan asas apabila telah berjumpa dengan orang yang faham maka kita hendaklah AWAS kerana ada yang tidak begitu arif akan tetapi mengaku sebagai orang yang arif, kita lihat dahulu orang tersebut sama ada ia tidak melakukan sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain maka jauhilah mereka itu

Di sini tidak di terangkan maksud sifat 20 itu dengan cara yang ditil, cuma di terangkan saja bab-bab dari ilmu ini dengan cara yang kasar sahaja. Adapun maksud Istaghna dan Iftiqar yang di perkenalkan oleh ulamak ialah

ISTAGHNA itu ialah sifat kaya Allah s.w.t yang mengandungi 11 sifat dan terbahagi pula kepada dua bahagian besar, satu di namakan sifat Jalal, sifat jalal ini mengandungi lima sifat iaitu Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis,dan Qiyamuhu binafsih. 

Sifat Jalal ini menunjukkan adanya Tuhan dan adanya hujah-hujah sifat yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNya, ia di kenali juga sebagai sifat ke Agungan Tuhan, sementara sifat Jamal adalah menunjukkan sifat ke Elokkan atau sifat ke indahan Tuhan yang mengandungi sifat Sama'a Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun. 

Sifat ini menunjukkan Dia memilikki sifat mendengar,melihat dan berkata-kata dan lazim kepada sifat tersbut pula yang bertaraf AsmakNya yang membawa kepada maksud Yang Maha Mendengar, Yang maha Melihat dan Yang maha Berkata-kata, sifat ini menunjukkan ujudnya peraturanNya yang di berikanNya kepada manusia

IFTIQAR yang membawa maksud berkehendakkan sekalian yang baharu kepadaNya, istilah ini menunjukkan semua makhluk ciptaanNya wajib mengadu dan memohon kepadaNya sahaja, ini menunjukkan ujud makhluk pada istilah ini, yang kemudiannya di kenali sebagai sifat QAHAR.

Yang terdiri dari sifat kudrat,Iradat,Ilmu dan hayat dan ujud juga sifat Tuhan yang di namakan sifat KAMAL yang menunjukkan sifat Ketuhanan yang mengandungi Qadirun,Maridun,Alimun Hayyun dan Wahdaniyah, disinilah para ulamak menjelaskan bahawa jika mahu mengenal Allah maka kajilah sifat Istaghna dan jika mahu mengenal diri maka kajilah sifat Iftiqar, sesungguhnya semua istilah dan ilmu ini hendaklah di gurui dengan orang yang arif

No comments:

Post a Comment