CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday 2 July 2011

ZINA dengan ROGOL : Hukuman Tidak Sama.


Latar belakang.


Tulisan ini cuba untuk memberi sedikit gambaran mengenai bagaimana Islam sebagai cara hidup yang lengkap menjaga keharmonian maruah masyarakat tanpa membenarkan sewenang-wenangnya sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat dengan perkara yang boleh menjatuhkan maruah manusia .Tulisan ini cuba memberi penjelasan kepada kekeliruan yang mungkin timbul dalam isu membawa empat orang saksi dalam kes tuduhan zina ataupun liwat dan di peringkat manakah sumpah itu dijadikan medium untuk mendapatkan keadilan.
Dalil Quran :

وَٱلَّـٰتِى يَأۡتِينَ ٱلۡفَـٰحِشَةَ مِن نِّسَآٮِٕڪُمۡ فَٱسۡتَشۡہِدُواْ عَلَيۡهِنَّ أَرۡبَعَةً۬ مِّنڪُمۡ‌ۖ فَإِن شَہِدُواْ فَأَمۡسِكُوهُنَّ فِى ٱلۡبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّٮٰهُنَّ ٱلۡمَوۡتُ أَوۡ يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلاً۬ (١٥)

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).(QS An Nisa’ 15)

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٤)

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -(QS An Nur 4)

لَّوۡلَا جَآءُو عَلَيۡهِ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَإِذۡ لَمۡ يَأۡتُواْ بِٱلشُّہَدَآءِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ عِندَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ (١٣)

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. –(QS An Nur 13)

Dalil Hadith :

أن سعد بن عبادة قال لرسول الله صلى الله عليه وسلم ايا رسول الله ! إن وجدت مع امرأتي رجلا ، أأمهلهحتى أتي بأربعة شهداء ؟ قال " نعم “ . الراويأبو هريرة  -  خلاصة الدرجةصحيح  -  المحدثمسلم  -  المصدرالمسند الصحيح  -  الصفحة أو الرقم: 1498

Bahawa Saad bin Ubadah berkata kepada Rasulullah SAW Ya Rasulalllah jika aku dapati isteriku bersama seorang lelaki adakah masih aku kena mencari 4 saksi , jawab nabi ya

أن هلال بن أمية قذف امرأته عند النبي صلى الله عليه وسلم بشريك بن سحماء ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( البينة أو حد في ظهرك ) . فقال : يا رسول الله ، إذا رأى أحدنا على امرأته رجلا ، ينطلق يلتمس البينة ؟ فجعل يقول : ( البينة وإلا حد في ظهرك ) . فذكر حديث اللعان . 
الراويعبدالله بن عباس  -  خلاصة الدرجة: [صحيح]  -  المحدثالبخاري  -  المصدرالجامع الصحيح  - الصفحة أو الرقم: 2671

Hilal bin Umayyah telah menuduh isterinya berzina maka Rasulullah SAW meminta beliau datangkan bukti atau dijalankan hukuman ke atasnya sebab menuduh zina  tanpa bukti .Kata Hilal :Apabila salah seorang dari kami melihat seorang lelaki berada diatas isterinya perlu lagi ia mencari bukti?di jawab kembali oleh Rasulullah SAW bawakan bukti jika tidak hukuman hudud ke atas kamu .


Catatan :peristiwa ini membawa kepada turunnya ayat li’an 

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٲجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُہَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَـٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَہَـٰدَٲتِۭ بِٱللَّهِ‌ۙ إِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٦) وَٱلۡخَـٰمِسَةُ أَنَّ لَعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٧) وَيَدۡرَؤُاْ عَنۡہَا ٱلۡعَذَابَ أَن تَشۡہَدَ أَرۡبَعَ شَہَـٰدَٲتِۭ بِٱللَّهِ‌ۙ إِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٨) وَٱلۡخَـٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيۡہَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٩)

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar (QS An Nur 6-9)


Kes sebegini adalah terhad kepada kes apabila yang menuduh itu suami manakala yang dituduh adalah isteri.Hikmah nya ialah jarang suami menuduh isterinya berzina di mahkamah melainkan apa yang didakwanya sememangnya benar .Apabila diminta untuk mengemukakan saksi ia sudah tentu membebankan .Malah langkah ini mencemar nama baiknya serta bercanggah dengan etika yang sepatutnya memelihara maruahnya .

Dalil kaedah fiqh
Kaedah Fiqh
البينة على المدعي ، واليمين على من أنكر

Bermaksud :Bukti diminta dari pendakwa dan sumpah diminta daripada tertuduh yang menafikannya.


Kaedah ini diambil dari hadith Rasulullah SAW
لو يعطى الناس بدعواهم لادعى قوم دماء قوم وأموالهم ، ولكن البينة على المدعي ، واليمين على من أنكر 
الراويعبدالله بن عباس  -  خلاصة الدرجةحسن  -  المحدثالنووي  -  المصدرالأربعون النووية  - الصفحة أو الرقم: 33 

Bermaksud : sekiranya manusia diberi sesuatu berdasarkan dakwaannya sahaja nescaya ramai manusia akan mendakwa darah dan harta lelaki lain(sebagai haknya) maka hendaklah pendakwa membawa bukti dan sumpah kepada yang mengengkarinya.

ADAKAH LIWAT SAMA DENGAN ZINA?


Dari sudut haramnya liwat adalah lebih keji daripada zina .Apabila ditinjau di dalam beberapa kitab mazhab Syafie seperti Al Muhazzab ,Al Mizan lissyarani ,mughni al Muhtaj, tahkrijul Furu’a’la usul hukuman liwat sama seperti hukuman zina manakala pandangan ulama’ mazhab Maliki ,Hanbali dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad pelakunya hendaklah direjam .(sila lihat hasyiah Dusuki ,al Mughni,al Muntaqa ala Muwatta’, al Qawanin al Fiqhiyyah)

MENGAPA PERLU 4 SAKSI ?

Kes zina /liwat adalah kes yang memerlukan saksi tidak kurang empat orang .Hikmah di sebalik perlunya 4 saksi dalam kes zina ialah perbuatan zina atau liwat dilakukan oleh 2 orang iaitu lelaki dan perempuan .Seolah-olah saksi diperlukan terhadap dua perbuatan ,kerana itu ia memerlukan empat orang saksi .Selain itu zina/liwat  merupakan kesalahan yang paling keji .Oleh itu lebih ramai saksi diperlukan supaya ia tidak dihebahkan di kalangan orang ramai dengan sewenangnya

PENGGUNAAN UJIAN DNA ,CCTV DAN PENEMUAN SAINS ADAKAH BOLEH MENGGANTIKAN 4 SAKSI ?

Islam tidak menafikan kepentingan penemuan dan peranan Sains kepada kemaslahatan umat manusia amnya, namun Sains itu sendiri sepanjang sejarahnya sendiri, dalam mengemukakan teori yang yang hebat, masih mempunyai peratus kecil ketidaktentuan yang hanya tersingkap hakikatnya dizaman selepasnya. Contoh, Orbital Theory yang banyak memberi penjelasan dan menfaat kepada dunia sains berkurun-kurun namun pada hari ini telah diambilalih oleh Quantum Physics yang lebih tepat dalam menerangkan sifat sesebuah nukleus atom dan elektronnya. Teori “Jisim tidak boleh dicipta dan dimusnahkan” dalam Molecular Theory yang digunapakai berkurun-kurun lamanya sehingga kehari ini didalam pengajian di universiti dan industri terbukti salah apabila jisim boleh dimusnahkan menjadi tenaga dalam Nuclear Physics, diantaranya dengan formula E=mc2. Bayangkan ratusan teori sains yang lain termasuk DNA, boleh dipakai baik di zaman ini, belum tentu tepat dizaman akan datang. Oleh itu sebahagian teori sains, walau setinggi mana kehebatan, namun mempunyai peratusan ketidaktentuan. CCTV seperti termaklum boleh digubah seperti proses superimposed dsb. 

Dalam Syarak menyebut “Idrak hudud bisy Syubuhaat” (jangan dilaksanakan Hudud jika ada ketidaktentuan” (Hadis). Oleh itu pada pandangan saya, ujian dan bantuan Sains tidak boleh mengambil tempat 4 orang saksi yang tidak dikemukakan (bermakna hanya berpada dengan bukti DNA, tayangan CCTV dll tanpa perlu 4 orang saksi). Orang akan bertanya, kalau begitu bagaimana Islam memenfaatkan sains dalam hal ini. Jawapannya teknologi di atas sangat berguna untuk menjadikan si tertuduh akhirnya membuat pengakuan setelah kuat sokongan terhadap pendakwaan ke atasnya, seperti kes bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek, yang mengaku sendiri berzina, kerana wujudnya CCTV menyokong pertuduhan. Adapun sekiranya setelah ditunjukkan hasil ujian DNA, tayangan CCTV dll, si tertuduh masih tidak merekodkan sebarang pengakuan dengan kerelaan sendiri, malah masih bersumpah menafikan, dan si pendakwa tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang melihat benar alat adegan tersebut, maka tuduhan zina atau liwat jatuh akan turun tarafnya menjadi tuduhan atau sabitan Khalwat misalannya. Hukuman atas Khalwat adalah takzir (denda) yang boleh mencapai hampir hukuman Hudud sekiranya dienekmenkan sedemikian, perbahasan Takzir pula adalah panjang. (Dipetik darihttp://inijalanku.wordpress.com/-dengan sedikit pindaan.)

ADALAH  AMAT SUKAR UNTUK MENDATANGKAN SAKSI SERAMAI EMPAT ORANG PADA HARI INI ...BAGAIMANA PENYELESAIANNYA?
Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi. Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi.
Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang. Bahkan dengan sedikit pengamatan  terhadap hikmat Syariat Ilahi ini, dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat. Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia Barat. (Dipetik dari http://inijalanku.wordpress.com/-dengan sedikit pindaan.)

BAGAIMANA PENYELESAINNYA?
1)      
Kes tuduh zina (qazaf) mesti dilaksanakan dihadapan hakim .Menurut Imam Nawawi rahimahullah dalam matan minhaj “Pendakwaan di hadapan hakim adalah syarat dalam kes seperti qisas dan tuduh zina (qazaf).Waris mangsa berhak menuntut qisas dan boleh bertolak ansur dengan menuntut diyat .Begitu juga dengan lelaki dan wanita yang dituduh berzina tanpa bukti .Mereka boleh menggugurkan hak mereka daripada menuntut hukuman.
2)      
Pendakwa hendaklah membawa bukti empat orang saksi dalam kes zina atau liwat dengan syarat-syarat saksi seperti yang dihurai dalam memperkatakan mengenai syarat-syarat saksi.Berdasar hadith Abdullah bin Amr bin Al Ash ra “Bukti diminta daripada pendakwa dan sumpah diminta daripada tertuduh (HR at Tirmizi)
3)      
Jika pendakwa berjaya membawa empat saksi maka hakim akan membenarkan dakwaannya .Hakim tidak perlu meminta tertuduh pula bersumpah bagi menafikan dakwaan tersebut.Demikian juga tertuduh tidak berhak meminta hakim menyuruh pendakwa bersumpah selepas mengemukakan bukti nya.Ini kerana tindakan itu membebankan pendakwa kerana terpaksa bersumpah selepas mengemukakan bukti.
4)      
Sekiranya pendakwa gagal mengemukakan saksi  yang menyokong dakwaannya samada ia langsung tiada bukti ataupun bukti tidak mencukupi MAKA hakim perlu meminta tertuduh bersumpah bagi menafikan dakwaan itu.Setelah tertuduh bersumpah ,hakim akan memutuskan dia tidak bersalah.
5)      
Sekiranya pendakwa tidak mempunyai sebarang bukti dan pihak tertuduh pula enggan bersumpah ,dalam keadaan ini pendakwa pula dikehendaki bersumpah .Sekiranya pendakwa bersumpah , keputusan akan menyebelahinya dan akan membenarkan sumpahnya.
6)      
Sekiranya pendakwa pula enggan bersumpah setelah diminta oleh hakim tanpa sebab yang munasabah ,dakwaannya digugurkan kerana keenggannya dan ia terdedah kepada hukuman menuduh orang berzina tanpa bukti.
7)      Dalam prosedur ini hakim digalakkan menjelaskan kesan keengganan bersumpah kepada pihak yang tidak mengetahui.
8)      
Sekiranya pihak tertuduh mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab dakwaan pendakwa tanpa sebarang alasan yang menasabah ,tindakan tersebut dianggap sebagai menafikan dakwaan dan juga enggan bersumpah .Dengan ini pendakwa pula diminta bersumpah.

PENUTUP


Mudahan dengan usaha kecil ini dapat menjernihkan sedikit kekeruhan yang berlaku dalam mesyarakat dan masyarakat merasa yakin bahawa ISLAMlah jalan penyelesaian yang terbaik.

Zamri Hashim
Ketua Penolong Mufti


No comments:

Post a Comment