CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday 13 June 2011

Kitab Kasyful Ghoibiyah : Neraka Dan Ahlinya.


Kitab Kasyful Ghoibiyah...muka surat 111.
Mohon maaf..fotokopi asal dah hilang..


Bermula bab yang ke 9, pada menyatakan sifat NERAKA dan sifat ahlinya. (tersebut di dalam khabar) bahawa Jibroil Alaihisalam, datang ia akan Nabi Muhammad Saw. Maka sabda Nabi Muhammad Saw. " Ya, Jibroil, sifatkan olehmu bagiku neraka itu." Maka berkata ia, "Bahawasanya Allah Swt. menjadikan akan neraka, maka nyala ia akan dia 1000 tahun hingga merah ia.


Kemudian dipernyala ia akan dia 1000 tahun hingga putih ia. Kemudian dinyala ia akan dia 1000 tahun hingga hitam ia seperti malam yang mat kelam, tiada dipadam nyalanya dan tiada dipadam baranya.

(kata Mujahid), bahawasanya bagi neraka JAHANAM itu, ularnya seperti tengkok unta dan kala seperti besar baghal. Maka lari isi neraka kepada neraka daripada demikian ular dan kala itu, mengambil ia dengan mulut mereka itu, maka mengkupas ia akan kulit barang yang antara rambut hingga sampai kepada kuku. Maka tiada lepas mereka itu daripadanya melainkan lari kepada neraka. Dan di riwayat, daripada 'Abdullah bin 'Abaas daripada Nabi Muhammad Saw. bahawa di dalam neraka itu, ular seumpamatengkok unta. Maka disengat ia akan salah seorang daripada mereka itu, akan sekali sengat mendapat ia kan BISAnya 40 tahun.

Dan di riwayat, daripada Zaid Bin Wahab daripada Ibnu Mas'ud RA, bahawa api dunia kamu ini satu juzuk daripada 70 juzuk daripada demikian api neraka. Jikalau tiada bahawasanya diselam akan dia di dalam laut 2 kali, nescaya tiada boleh kamu mengambil menafaat daripadanya sesuatu.

(telah berkata Mujahid), bahawasa api kamu ini minta berlindung ia daripada api neraka. (diriwayat pada khabar), bahawa Allah Swt. menyuruh ia akan JIBROIL 'Alaihisalam kepada Malik neraka dengan bahawa mengambil ia daripada neraka. Maka datang ia dengan api itu kepada Adam Alaihisalam hingga boleh buat permasak dengan dia akan makanan. 

Telah berkata Malik, "Ya, Jibroil, berapa banyak yang engkau kehendak daripada api neraka?" Kata Jibroil, "Aku kehendak daripadanya kadar besar tamar / kurma." 

Kata Malik, " Ya, Jibroil, jika aku beri akan dikau kadar besar tamar, nescaya hancur 7 petala langit dan bumi daripada panasnya." Telah berkata Jibroil, " Kadar bijinya tamar." Telah berkata Malik,"Jika aku beri akan dikau, akan barang yang engkau kehendak, nescaya tiada turun dari langit satu titik hujan dan tiada tumbuh di dalam bumi oleh tumbuh tumbuhan."

Kemudian mnyeru oleh Jibroil, " Hai, Tuhan ku berapa aku ambil daripada api neraka.?" Firman Allah Swt. ambil olehmu kadar hama / debu terbang daripadanya....sambung InsyAllah m/ s 112.

No comments:

Post a Comment