CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday 22 June 2011

MELAYU : Songkok dan Tulisan Jawi.

songkok dan tulisan jawi.
Umum tahu bahawa suatu ketika dulu pengasas serta pendokong Utusan Melayu, yakni akhbar yang sangat berpengaruh kepada bangsa Melayu, pernah terpedaya dengan seorang Cina bernama Lee Kuan Yew (LKY).

LKY suatu masa dulu berlagak dan berpura-pura menjadi pejuang hak Melayu yang akhirnya kita boleh nilai sendiri nasib Melayu di Singapura dan bagaimana Singapura kini dianggap sebagai salah satu wilayah Cina selain daripada Hong Kong dan Taiwan.

Ayat di atas nih pembohong...Malaysia sanggup berperang / konfrantasi dengan Indonesia (1963 - 1965 )
tentera Melayu sanggup pertahankan Sabah dan Sarawak yang jauh lebih besar dari Singapura...

Sebenarnya UMNO yang takut kat Lee Kuan Yew...senang senang sahaja bagi PERCUMA Singapura kepada Lee Kuan Yew..orang MELAYU tak pernah TAKUT pada Lee Kuan Yew...

Justeru, berbekalkan pengalaman sejarah, tindakan Utusan Malaysia untuk membela dan enggan berkompromi dengan isu pembelaan maruah dan nasib Melayu sepertimana yang diperjuangnya kini, adalah menjadi tanggungjawab wajib akhbar Utusan, biarpun diancam dengan tindakan oleh pelbagai pihak.


Ramai generasi Melayu Malaysia hari ini sudah termakan helah serta hasutan cerita dongeng sedih kaum Cina yang kononnya di diskriminasi, tertindas dan dinafikan hak sama rata yang berbeza daripada pribumi; walaupun hakikatnya kuasa ekonomi di negara ini dikuasai oleh kaum Cina sejak dulu.

Dah 56 tahun..UMNO berkuasa...adakah majoriti Melayu...semakin SENANG hidup mereka...Melayu TERPAKSA beli kereta...bukan pasal Melayu dah KAYA..pasal perkhidmatan BAS AWAM bertaraf zaman Pak KADOK...


Siapakah yang berKUASA selama 56 tahun di Malaysia ini...hinggakan Tulisan Jawi tidak dipertahankan..adakah PAS atau DAP atau PKR...atau UMNO..sendiri mau ingatlah..


Namun, ramai juga generasi Melayu hari ini yang tidak sedar bagaimana bangsa mereka sendiri sering didiskriminasi dalam sektor swasta milik Cina; dipandang rendah, tangga gaji rendah berbeza berbanding kaum Cina walaupun mempunyai pendidikan lebih tinggi, peluang kenaikan pangkat yang hampir mustahil, serta pelbagai lagi bentuk tekanan yang boleh disifatkan sebagai tidak adil.

Jangan salahkan Melayu kerja di perniagaan CINA...mana dia...perniagaan MELAYU...yang UMNO wujudkan...bangkrap adalah..macam MAS..Bank Bumiputra...

Semoga Utusan Malaysia berterusan dikurniakan kekuatan untuk berjuang serta mempertahankan hak bangsa Melayu walaupun sering diancam, dikutuk, dihina dan diboikot oleh pembangkang. Maka akan tertebuslah kesilapan dan 'dosa' Utusan Melayu yang suatu ketika dulu amat mudah termakan harapan dan janji palsu seorang Cina bernama Lee Kuan Yew.


Ayat di atas nih...nak lepaskan diri..dengan menujukan kesalahan pada orang lain pulak..apakah akhbar yang penuh dengan fitnah, lucah dan tuduhan palsu kepada orang Melayu ( PAS atau PKR )...menjerit minta pula pertolongan dari orang Melayu semula...lawak ...lawak..Pada Utusan MELOYA...orang Melayu..hanyalah ahli UMNO sahaja...betapa SEMPITnya pemikiran akhbar Melayu terSOHOR konon...


Dan strategi menabur harapan serta janji palsu yang sama masih dilakukan DAP yang kini telah menjadi idola ahlul Pas dan Harakah.

Sesebuah bangsa yang tidak tahu akan sejarah negaranya, pasti akan mengulangi sejarah terdahulu berulang kali.

songkok dan tulisan jawi.



Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri Isnin lalu dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.

Yang ini saya tidak berapa faham tindakan Pemuda PAS...adakah songkok itu ISLAM atau Islam itu SONGKOK??? Tetapi untuk dakwahkan orang bukan Islam...

Songkok bukan perkara TERPENTING...tidak berBOHONG, tidak MUNGKIR JANJI dan tidak KHIANAT patut diutamakan lebih dahulu. Sebab MUNAFIK itu 3 tanda : bila berkata "BOHONG", bila berjanji "MUNGKIR" dan dapat "Amanah" dia KHIANAT..

Kalau pakaian rasmi, saya setuju lah...kerana pakaian rasmi itu ada dijelaskan di dalam peraturan rasmi. Jangan pulak UMNO perasan..songkok itu Melayu...Melayu itu SONGKOK...

“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu
sama lain.

 “Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.NONE


Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.


Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam.


Dalam penerangan gambar itu, menurut akhbar milik Umno tersebut tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya.


Enggan bazir wang rakyat:

Sebelum ini, Wong dalam penjelasannya kepada akhbar bahasa Inggeris New Straits Times berkata rasional beliau dan ADUN DAP memilih memakai sut hitam adalah kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.


NONE
Katanya, pakaian rasmi lengkap dengan songkok bagi setiap ADUN berharga antara RM2,000 hingga RM4,000."Pada sesi dewan yang lalu, speaker memutuskan bahawa tidak wajib bagi memakai pakaian rasmi, asalkan kami memakai sut hitam. 


Jadi kami memutuskan untuk datang seperti apa yang kami lakukan sebelum ini,” kata Wong (kiri) dipetik akhbar itu.Bagi Raja Ahmad, PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini.


“Orang bukan Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsirkan oleh orang bukan Islam. “Umno sendiri menghalang perlaksanaan hukum Islam dari dilaksanakan dan Umno sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum-hakam Islam sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu. 


Begitu juga isu songkok yang dianggap sebagai elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya (Umno),” katanya.


Menurut Raja Ahmad, beliau berharap semua lapisan masyarakat dapat bersama dalam menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri seluruh negara yang mana ia telah disepakati bersama sejak dahulu.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/06/pas-kesalkan-cara-dap.html#ixzz1Q4PmG3lH

No comments:

Post a Comment