CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 23 August 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita





1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda..

ORANG PUTIH TIPU ORANG MELAYU..by Mokhtar Petah


by Mokhtar Petah

TERKENANG 
IBUKU MENANTIKU DI SYURGA 
(5)

ORANG PUTIH TIPU ORANG MELAYU

Ayahku dengan dengan keyakinan membungkus hatinya. Jiwa dan hatinya tegar kerana kukuh imannya kepada Allah. Dia bekerja kuat untuk memungut rezeki yang halal dari Allah. Dari pangkal pagi, iaitu selepas sembahyang fardu Subuh ayahku menoreh getah di ladang getah sekangkang kera milik tuan guru Lebai Saleh.

Dengan pisau peno
reh getah bapak berlari dan membongkok atau mencangkung di pangkal setiap pokok getah. Dengan cawan-cawan dari seramik dia menadah susu getah yang mengalir ke dalam cawan mengikuti pancur kecil dari in. Kemudian susu-susu getah dalam semua cawan itu dipungut satu persatu dan dimasukkan ke dalam baldi dari ini juga

Dari ladang getah sekangkang kera itu bapak membawa susu baldi berisi susu getah itu ke sebuah bangsal di hujung kampung. Di bangsal itu bapaku bersama penoreh-penoreh lelaki dan perempuan menapis, menakung, membancuh susu getah dalam takung dengan cuka atau sejenis asid supaya susu getah yang ditakung dalam takungan itu menjadi beku seperti taupu kacang.

Setelah susu getah dalam takungan itu telah beku, lalu dikeluarkan ke atas lantai dari simen dan dipijak-pijak dengan dua kaki supaya getah itu menjadi kepingan nipis. Kemudian kepingan-kepingan getah itu dimasukkan ke dalam mesin supaya menjadi lebih nipis lagi sebelum dimasukkan ke dalam mesin untuk membungakan kepingan-kepingan getah itu.

Bapaku membawa pulang kepingan-kepingan getah yang berbunga itu di sidai atau dijemur pada sebatang buluh di halaman rumahnya.

Pada sebelah petang bekerja di sawah menanam atau membelai anak-anak padi yang subur menghijau. Pada sebelah malam dia menjadi nelayan di tasik Chenderoh (Tasik Chenderoh,tasik sungai Perak kerana sebuah empangan jana elektrik ‘Chenderoh Dame’ telah dibina oleh syarikat gergasi orang – orang Inggeris dan orang-orang di Tanah Melayu,termasuk Sultan Perak,al marhum Sultan Iskandar Shah, di suatu tempat bernama Chenderoh, dalam daerah Kuala Kangsar pada tahun 1936.) 

Kadang-kadang ayahku menggunakan pukat, rawai dan taut. Hasil tangkapan ayahku, ialah ikan baung, belida, toman, haruan dan ikan-ikan jenis makan ikan.

Umpan yang digunakan oleh ayahku untuk rawai dan tautnya,ialah anak-anak ikan keli hidup yang dicangkuk pada belakangnya dengan mata kail dan dilepas terseksa dalam air sebelum disambar oleh ikan-ikan dalam tasik itu.

Kerana telah menjadi tradisi di kalangan kaum nelayan Melayu menggunakan umpan ikan untuk menangkap ikan,maka dari perbuatan itu telah menjadi peribahasa orang Melayu,iaitu ‘memancing ikan besar umpannya pun besar’.

Pada sebelah petang, kalau ayahku tidak bekerja di sawah,dia menjadi nelayan di tasik Chenderoh juga. Dia menggunakan pancing untuk menangkap ikan dengan menggunakan umpan ubi kayu atau isi kelapa yang dibakar. Ikan – ikan yang didapatinya ialah Kelabau,lawang, jelawat, temoleh dan sebagainya.

Kerana pengalaman yang pahit dan maungnya,ayahku pernah berkata kepadaku, iaitu pada masa aku menuntut di sekolah menengah,iaitu pada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan di bawah gerakan parti-parti politik Hizbul Muslimin,pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad “…jadi penoreh getah, jadi nelayan sampai bila pun takkan jadi kaya,tapi peniaga getah dan peniaga ikan jadi kaya raya.”

Ayahku juga bercerita, “…orang putih tipu orang Melayu. Demo beri tanah kepada orang kampung untuk tanam pokok getah,tapi tak tanam pokok getah,demo dapat kupon pada tiap-tiap bulan.”

“…siapa ada satu ekar tanah dapat kupon sama nilai dengan sepikul getah sebulan, siapa dapat lebih tanah lebihlah kupon.Tiap-tiap akhir bulan kupon tu demo tukar dengan duit di kedai getah orang China,” ayahku bercerita lagi.

“Orang Melayu jadi manja, jadi orang makan tanggung, tak payah kerja. Orang kita tak sedar orang putih tipu demo,…orang putih,orang China,India dapat tanah lading getah yang luas, estate, …orang Melayu dapat kebun getah sekangkang kera, tengoklah, masa mu dah beranak pinak, getah orang Melayu tak laku lagi, buat getah buku saja…,tapi getah orang lain laku,”tambah ayahku.

Ayahku mencintai ibuku dan ibuku mencintainya jua. Aku lahir ke dunia ini hasil dari cinta dan berahi mereka berdua.

Aku mengaku, bukan takbur atau ria,tetapi aku yakin sungguh,sejak kecil otak cerdas dan aku dikatakan bijak dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya dengak di kampungnya. Kata ulama ilmu jiwa dan ilmu seksologi,sesungguh anak-anak yang pandai dan bijak hasil daripada cinta berahi dan peranan pasangan suami isteri melakukan peranan asyik maksyuk sebelum tubuh mereka menjadi satu.

Aku adalah bukti dari pengakuan Allah ‘(Allah) mencipta manusia dari segumpal darah’(Quran, Iqra:2) .

“…mu anak emak, mu kena taatkan Allah,ayah,…emak,”ibuku berkata kepadaku ketika aku berusia tujuh tahun. Pada usia itu aku mula belajar di sekolah Melayu dalam darjah satu.

“…lepas emak beranakkan mu,…lepas mak bidan cucikan tubuhmu, ayahmu bang Asyhadu an la Ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah,” kata ibuku lagi.

“Tuan Cek Wi kata,kita manusia ni diperanakkan oleh ibu dalam keadaan merdeka,”tambah ibu.

Aku akui akan kata-kata ibuku.

Aku anak bertuah. Aku tau aku tidak pernah melakukan perbuatan ingkar atau melawan ibuku. Aku tidak pernah berkata atau berengus terhadap ibu. “Jangan kamu berkata ‘uf’ kepada kedua- dua mereka.” (al isra:23) Aku tidak berdosa kerana ibuku. Aku amat taat kepadanya. Yang berkuasa yang aku taat adalah Allah. Ibu dan bapak tempat aku kasih sayang dan taat.*

(Bersambung ke bahagian ii , esok).

* Dipindahkan dari novel ‘Kasih Ibuku’ (2005).

MANGSA KAHWIN PAKSA...by Mokhtar Petah


by Mokhtar Petah

TERKENANG 
IBUKU MENANTIKU DI SYURGA

(4)

MANGSA KAHWIN PAKSA


Ibu dan ayahku telah berkahwin seperti kebanyakan remaja-remaja Melayu zaman silam. Mereka rela dalam paksaan. Perkahwinan mereka tidak didahului oleh cinta. Mereka berkahwin dulu kemudian sama-sama memupuk perasaan cinta.

Biasanya cinta mereka bermula pada waktu kadi atau penolongnya melakukan istiadat akad nikah ke atas pengantin lelaki. Ada di antara pengantin-pengantin lelaki tercungap-cungap mengucapkan ‘aku terima nikahnya…’. Ada juga pasangan pengantin jatuh cinta pada malam pertama yang selalunya pengantin perempuan ketakutan seperti orang-orang darat takutkan mata sumpitan beripoh. Mungkin seperti janda gatal takutkan lintah dalam sawah.

Mahkota gadis musnah pada malam pertama tanpa perasaan cinta dan berahi, telah di alami oleh gadis-gadis Melayu di Pulau Pinang. Mereka dikahwinkan dengan lelaki Malabari, gadis-gadis Melayu di Singapura dan Johor dengan lelaki – lelaki Arab, di Kedah, Perlis,Terengganu dan Kelantan dengan guru-guru agama yang telah tua. 

Di Perak dan Selangor anak-anak gadis Melayu menjadi korban kahwin paksa dengan lelaki-lelaki keturunan raja dan orang besar-besar. Manakala di Negeri Sembilan ramai anak-anak gadis Melayu menjadi mangsa lelaki-lelaki tua dari Pagar Ruyung dan Bukit Tinggi dalam kata beradat ‘adat bercampur agama’. Kahwin paksa.

Takutkan mata sumpitan beripuh atau seperti janda gatal takutkan lintah dalam sawah.

Ramai pula anak-anak gadis yang musnah mahkota mereka pada malam pertama dalam keadaan tidak wujud perasaan cinta. Kebanyakan mereka menjadi mangsa kahwin paksa.

Bapaku anak teruna dari kampung pendalaman. Ibuku anak dara pingitan orang kampung juga.

Pada zaman remajanya, bapaku bekerja kuat menggunakan tulang empat kerat. Sebagai pemuda kampung yang mengenali dirinya sendiri dan mengenali Tuhannya. Dadanya laksana lubuk banyak ikan diisi dengan ilmu pengetahuan agama Islam yang menjadikan imannya kukuh bagai gegunung batu. 

Tawakalnya kepada Allah melebihi segala macam kekuatan alam. Ramai guru agama dijadikan mursyid untuk dia menimba ilmu. Seketul hati dalam dadanya bersama otak putih dalam kepalanya di hias dengan iman dan takwa kepada Allah. 

Tubuhnya yang tulang - temulang masih muda ibarat rebung muda diberitahukan dengan bersenam,bekerja dan memakan ubat-ubatan dari dedaun, bebatang dan akar-akar kayu dari hutan rimba. Dia mahu tulang - temulang dalam tubuhnya kuat lagi perkasa seperti keris dari besi kharsani tempa di tanah Jawa. 

Dalam hati ayahku sentiasa membara kalimat syahdu ‘aku anak jantan tak takut segala,melainkan Allah’. Dia menjadi berani kerana imannya kukuh dalam dada. Dia menjadi berani kerana tawakalnya kepada Allah. 

Dia menjadi yakin kerana dia amat mengenali Allah.Dia sering menyanyi kudus dalam hatinya ‘Allah wujud,Allah hidup,Allah berkehendak, Allah berkuasa, Allah berilmu,…tapi berlawanan dengan segala yang baharu’.

Ibu dan ayahku berkahwin pada usia mereka masih remaja . Ayah berusia dua puluh lima tahun dan ibuku berusia sembilan belas tahun. Pada masa itu bagi orang tua - tua kampung; ayahku telah layak mendirikan rumah tangga, beristeri dan beranak pinak, kerana dia telah pandai menyirat senduk, telah pandai mengikat anak tangga kepada paha tangga dan kenal pula sekilat ikan dalam air, telah tahu jantan betinanya.

Pada zaman dulu,pada pandangan orang tua-tua, kalau pemuda tidak pandai mengaji Quran, akan berkahwin dengan janda tua. Tetapi ayahku pandai membaca Quran, berqasidah, marhaban dan bahkan pandai berdoa hingga doa talkin atas pusara.

Manakala ibuku, dia pandai menumbuk sambal di dapur. Cili ditumbuk tak hancur tetapi garam lumat. Biuku pandai mengayak beras di serambi rumah dan kenal mana antah dan mana melukut. Dia pandai mengadun diri – sanggul biar kemas tetapi kepala mesti diselubung rapi. 

Tubuh badan mesti dijaga, dilangir dan dilulut di luaran manakala makanan mesti dijaga,supaya daging atau isi tubuh kemas,pinggang sentiasa ramin dan perut tidak buyut seperti lelaki ahli gusti Jepun. Perhiasan dada laksana buah mempelam bergayut subur dalam dusun.

Kira-kira sebulan selepas ibu dan ayahku berkahwin, mereka telah berpindah ke sebuah rumah kecil tidak jauh daripada rumah datuk dan nenekku. 

Rumah itu hanya boleh dinamakan pondok atau dangau sahaja. Ada ruang anjung,sebuah bilik dan seruang dapur. Rumah itu didirikan oleh datukku dengan bantuan tiga orang lelaki. Seorang lelaki Jawa, seorang lelaki Bugis dan seorang lagi lelaki Pattani.

Mungkin rumah seperti itu masih terdapat di kampung-kampung pendalaman di negara kita ini. Rumah tempat ibuku menerankan aku dari rahimnya ke dunia ini, hanya beratapkan daun rumbia kering, dinding pelupuh dan daun-daun pintu dan jendela dari buluh pelang atau buluh betung, lantainya dari buluh minyak yang dibelah-belah dan diikat- sirat dengan rotan seni. 

Paha tangga dari teras kulim dan anak-anak tangga dari kayu halban tanduk. Anak-anak tangga dan paha tangga itu menjadi satu diikat dengan rotan seni dari rimba.

Aku pernah mengukir sebuah syair mengenai rumah ibu dan ayahku itu, iaitu. 

Malam gelap rasa dingin,
dinding berlubang masuk angin,
lantai buluh tikar jerami,
tangga kayu ibarat besi.

Panjat tangga selak kain,
duduk bersila macam bermain,
sepanjang hari rumah berangin,
aman damai ibu sekelamin. * 

* Dipindahakan dari novel 'Kasih Ibuku', oleh: Mokhtar Petah. 


by Mokhtar Petah

NEGARA - NEGARA BAWAH KOMANWEL 
TIDAK MERDEKA PENUH

The Commonwealth of Nations, normally referred to as the Commonwealth and formerly known as the British Commonwealth, is an intergovernmental organisation of 54 independent member states. All members except Mozambique and Rwanda were part of the British Empire, out of which the Commonwealth developed.

The member states cooperate within a framework of common values and goals, as outlined in the Singapore Declaration. These include the promotion ofdemocracy, human rights, good governance, the rule of law, individual liberty, egalitarianism, free trade, multilateralism and world peace.[1] The Commonwealth is not a political union, but an intergovernmental organisation in which countries with diverse social, political and economic backgrounds are regarded as equal in status.

Activities of the Commonwealth are carried out through the permanent Commonwealth Secretariat, headed by the Secretary-General, and biennial meetings ofCommonwealth Heads of Government. The symbol of their free association is the Head of the Commonwealth, which is a ceremonial position currently held byQueen Elizabeth II. Elizabeth II is also monarch, separately and independently, of 16 Commonwealth members, which are known as the "Commonwealth realms".

The Commonwealth is a forum for a number of non-governmental organisations, collectively known as the Commonwealth Family, which are fostered through the intergovernmental Commonwealth Foundation. The Commonwealth Games, the Commonwealth's most visible activity,[2] are a product of one of these organisations. These organisations strengthen the shared culture of the Commonwealth, which extends through common sports, literary heritage, and political and legal practices.[3] 

Due to this, Commonwealth countries are not considered to be "foreign" to one another.[4] Reflecting this, diplomatic missions between Commonwealth countries are designated as High Commissions rather than embassies.

The prime ministers of five members of the Commonwealth at the 1944Commonwealth Prime Ministers' Conference.

In 1884, while visiting Australia, Lord Rosebery described the changing British Empire, as some of its colonies became more independent, as a "Commonwealth of Nations".[5] Conferences of British and colonial prime ministers occurred periodically from the first one in 1887, leading to the creation of the Imperial Conferences in 1911.[6] 

The Commonwealth developed from the Imperial Conferences. A specific proposal was presented by Jan Christiaan Smuts in 1917 when he coined the term "the British Commonwealth of Nations," and envisioned the "future constitutional relations and readjustments in essence at the all-important Versailles Conference of 1919 by delegates from the dominions as well as Britain.[7][8] The term first received imperial statutory recognition in the Anglo-Irish Treaty of 1921.[9]

In the Balfour Declaration at the 1926 Imperial Conference, Britain and its dominions agreed they were "equal in status, in no way subordinate one to another in any aspect of their domestic or external affairs, though united by common allegiance to the Crown, and freely associated as members of the British Commonwealth of Nations". 

These aspects to the relationship were formalised by the Statute of Westminster in 1931. The statute applied to Canada without the need for ratification, but Australia, New Zealand, and Newfoundland had to ratify the statute for it to take effect. Newfoundland never did, as on 16 February 1934, with the consent of its parliament, the Government of Newfoundland voluntarily ended, and governance reverted to direct control from London. 

Newfoundland later joined Canada as its tenth province in 1949.[10] Australia and New Zealand ratified the Statute in 1942 and 1947 respectively.[11][12]
[edit]Remaining members gain independence


After World War II ended, the British Empire was gradually dismantled to the 14 British overseas territories still held by the United Kingdom. In April 1949, following the London Declaration, the word "British" was dropped from the title of the Commonwealth to reflect its changing nature.[13] Burma (also known as Myanmar, 1948) and Aden (1967) are the only states that were British colonies at the time of the war not to have joined the Commonwealth upon independence. 

Former British protectorates and mandates that did not become members of the Commonwealth are Egypt (independent in 1922), Iraq (1932),Transjordan (1946), British Palestine (part of which became the state of Israel in 1948), Sudan (1956), British Somaliland (which united with the former Italian Somaliland in 1960 to form Somalia), Kuwait(1961), Bahrain (1971), Oman (1971), Qatar (1971), and the United Arab Emirates (1971). *

- Wekipedia.

* Sorang Lelaki Melayu yang tinggal lama di London, keluar masuk Istana Ratu Inggeris, Parlimen Inggeris dan bertemu dengan beberapa orang penting dalam ‘Ketuanan Inggeris’ membisikkan kepada saya:

“Mana - mana atau semua Negara yang dijajah Inggeris dan diberi kemerdekaan, tidak diberi kemerdekaan sepenuhnya. Negara itu masih dibawah rantai kuasa Inggeris.

Malaysia termauk negara - negara tersebut.

Mana - mana Negara umat Islam, tidak dapat menubuhkan Negara Islam, menjalankan sesuatu yang tidak digemari oleh Inggeris dan sebagainya.

Berbeza dengan negara yang merdeka di luar Komenwel dan membentuk diri masing - amsiang sebagai sebuah Negara Republik, mencapai taraf kemerdekaan yang penuh atau merdeka sebenarnya.

Wednesday 22 August 2012

Sejarah Melayu Yang Dipalsukan Barat




by Aku Peduli Apa @ APA







Portugis tidak pernah menjajah Empayar Islam Benua Siam Kedah(Melaka).

Empayar Islam 1498-1590 ا لإ سلام بنوا سيم كداه

PERINTAH dan ADAT (Undang-undang) ini supaya tetap tidak berubah-ubah, sambung menyambung sehingga zaman Sultan Rijaludin (1424 - Parameswara @ Pangeran @ Pembesar Melaka bukannya Hindu, yang semayam di NAKA (NAGA) UUK MS14) ibni Saidina Ali Wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Johan Syah, 1388-1395 yang bergelar Johan (جوهن HN جو Jo Hn) ظل الله في العالم ادم ا لله تعل Zilullahu Fil'alam Adamallahu Taala (Berdaulat DiDunia Adam dibawah takluk Tuhan Allah Taala) di Melaka UUK MS87, sehingga Sultan Mahmud Syah Melaka 1650 (UUK MS98) yang mengarahkan Portugis yang memang hormat kepada kerajaan Islam Siam Kedah di Melaka sejak mula lagi untuk ber-Prang Besar dengan Kompani Belanda 1641 Masehi (nama dan sejarah Prang Besar pun dah hilang timbul Putrajaya), sehingga Sultan Muhiyudin Mansor Syah Kota Palas Langkawi 1757/58 Masehi. 

(ini adalah zaman Raja Ali Haji melanjutkan perang ke atas Belanda di Melaka, dan pada tahun 1784 masehi ketika Syarif Syah berundur dari Ligor ke Istana Kota Mengkuang Kedah akibat ditekan hebat oleh Thai Buddha di sebelah Utara, Raja Ali Haji pula terkorban syahid di Teluk Ketapang Melaka. 

Angkatan Tunku Long Putera Perdana Menteri Siam Kedah Malaka dizaman Musuh Bisik juga adalah terdiri daripada orang-orang Bugis -- "Pulau Penyengat Connection" --adinda Tunku Long Putera iaitu Tunku Anjang Johan Raja Ranong @ Rundung adalah bapa mertua kepada Sultan Ibrahim Bugis Selangor juga adalah Korban Musuh Bisik), sehingga zaman Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ligur - Kota Mengkuang Kedah 1821 Masehi. 

Sehingga zaman Duli Yang DiPertuan Sultan Muzaffar Syah III Perak Berahman Indera Kuning 1824 Masehi, sehingga zaman Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang 1832 masehi, sehingga zaman Sultan Jaafar Muadzam Syah (Long Jaafar) Perak - Kedah, 1876 Masehi, sebelum baginda dibunuh dan UUK dirampas Inggeris dan seterusnya hasil timah dan kekayaan negara ini disedut keluar melalui Singapura buat membiayai perang salib di Eropah sewaktu WW1 dan WW2.

 
Manuskrip sebenar Sejarah Melayu yang dibukukan sebagai

Buku Undang Undang Kedah diselaraskan oleh Mariyam Salim dan

diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 2005.

Jika kita lihat, Kepulauan Rempah itu berada di Wilayah Moluku. Dimana sebenarnya realiti kedudukan Kepulauan Melayu yang sebenar?

Kekayaan sebenar bumi Semenanjung ini pada zaman dahulu adalah bijih timah. Dan kerana bijih timah itulahRAJA DAERAH MELAKA PENCURI BIJIH TIMAH itu dihalau keluar dari kawasan Pelabuhan Melaka yang penuh korupsi. Dalam kumpulan pencuri itu pun ada lagi penyamun Raja Mendeliar, ada Si Kitul dan sebagainya yang dok diseru-seru sebagai contoh teladan dalam hal tikam-menikam politik Melayu zaman moden.

"Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat mengkehendaki dia dan kapal lain pun setengah mengkehendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah, dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi niaga dengan timah, tiadalah ramai bandar dan rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah datang dari negeri lain dan daripada jajahan negeri pun.

Maka adapun yang ditegahkan oleh raja daripada membelanjakan dia timah daripada sebidur dan setampang dan sepenjuru dua penjuru ia dua penjuru membeli sireh pinang dan tembakau dan yang dijadikan, itulah ditegahkan oleh raja dan orang bekerja, serta dicanangkan barang siapa daripada ditegah raja itu disulakan tiga hari dalam pasar. Maka cacak sulanya itu tiga tempat dalam pasar....Daripada kerana itulah hal ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan beroleh orang lain kemudiannya..." UUK MS10

Sedangkan realitinya Malaka itu adalah nama lama lagi besar bagi Semenanjung ini. Bukannya kecik cepotet seperti yang kita sangkakan.

Maka adalah satu kepalsuan dalam sejarah Melayu jika dikatakan Portugis datang menjajah Melaka kerana yang diserang itu hanyalah perlabuhan yang kecil sahaja -- berapa buah kapal dan berapa orang pula orang Portugis yang bertenggek dalam kapal benggali itu? Berapa ramai pula benggali yang hitam? Dan perkataan Feringghi itu merujuk kepada kata Farang, gelaran "slang"untuk orang eropah yang datang mencari betina dimana penggunaannya cukup meluas di Thai, Laos dan Indo-Cina.

Dan pada masa yang sama undang-undang syariat masih lagi berjalan diserata empayar ini tanpa ada gangguan sehinggalah Inggeris datang membikin Common Law.

Dan jika diteliti maka tiada satu tempat pun di Semenanjung ini bertukar nama kepada nama Portugis seperti yang berlaku dilain-lain tempat atau dilain-lain benua yang dikatakan terjajah dek Portugis. Brazil contohnya dijajah Portugis pada tahun 1500 masehi dan hari ini menjadi "the largest Portuguese-speaking country in the world".

Tunggul masih digelar tunggul dalam Undang-undang Kedah dan tidak disadur perkataan Portugis, bandeira seperti yang dilakukan oleh Melayu pada zaman Inggeris.

Dan khas buat penduduk Rakhine atau Arakan, nama wilayah itu telah pun ada tercatat dalam peta Portugis diatas, maka sudah ada fakta untuk menafikan yang mereka ini kaum pendatang seperti yang dituduh oleh Burma, yang namanya pun belum ada lagi tercatat dalam peta abad ke 15/16 masehi. Perkataan Burma itu sebenarnya bermaksud Pendatang dalam perbendaharaan kata Siam. Sebab itu mereka tukar kepada Myanmar. (kalau depa larat tepih hat nih)

Ciri-ciri penutupan sejarah atas alasan yang tidak munasabah;

"Salah satu usaha diplomatik beliau adalah mengadakan perundingan kerajaan Siam selepas penawanan Melaka.Malangnya duta Albuquerque iaitu Duarte Fernandez ialah seorang rakyat biasa. Tentulah tidak bermaruah untuk mengaku bahawa kekurangan kakitangan yang mahir menjadikan bapanya terpaksa menghantar "homem de baixa sorte" dalam urusan yang begitu penting. Oleh itu dalam edisi kedua, butiran ini lenyap."Albuquerque Caesar Timur, 1995, MS81, Universiti Malaya.

*Alfonso Albuquerque hanya tunjuk "terrer" ataupun "cakap lawa" dalam kisahnya sebagai Caesar Timur, padahal realitinya tak terrer mana pun.

Sumber : The Malay Press


by .

SALAM AIDILFITRI

SEJAK tarikh 1 Syawal yang jatuh pada hari Ahad lalu, anda semua sudah mula makan di siang hari selepas sebulan taat berpuasa. Makanlah dan bersyukurlah, tetapi berhati-hatilah dengan apa yang anda makan. Anda adalah apa yang anda makan. Anda juga adalah apa yang anda fikirkan. Minda anda juga memerlukan makanan, tetapi wajar diingat dan berhati-hatilah dengan apa yang minda kamu diberi makan.

TIDAK ada perkara yang lebih mudah dalam merencanakan sesebuah plot yang melibatkan skala manusia dalam jumlah besar melainkan ia dijayakan dengan berkesan melalui kaedah mind control.

Dalam sekian banyak rangka kaedah menjayakan sesebuah konspirasi (mengikut kesesuaian keperluan-keperluan taktikal dalam menjayakannya), kaedah mind control adalah yang paling senang.

Kejayaan melakukan mind control (mengikut kesesuaian taktikal) diukur melalui kesediaan para mangsa (pengikut tegar) mengikut segala paten arahan atau daya fikir (infected with synthetic mind) yang telah dirancang dalam rangka yang terancang.

Terdapat sekian banyak skim dan modul mind control sedang digunakan para konspirator dalam usaha mengikat kesetiaan para mangsa supaya tunduk patuh terhadap segala arahan tanpa menyedari diri mereka diperalatkan secara optimum.

Skim-skim itu ada yang dijayakan secara berterusan sebaik sahaja mangsa berjaya diperdayakan melalui kaedah persuasive brainwashing.

Kebijaksanaan konspirator dalam melahirkan ucapan-ucapan yang mampu mempengaruhi minda para mangsa adalah kunci utama sebelum mangsa di-brainwash secara 'zalim'.

Zalim di sini pula bermaksud meletakkan sesuatu pada bukan yang haq iaitu meletakkan yang haq kepada yang bathil dan yang bathil kepada yang haq. Ia juga merujuk kepada meletakkan sesuatu persepsi (positif atau negatif) di bukan tempatnya yang sewajarnya.

Keadaan sedemikian berfungsi menjadikan minda terkeliru terhadap kebenaran yang sudah bercampur aduk dengan kebathilan.

Kesannya, minda para mangsa gagal memproses maklumat dengan baik disebabkan tingkat kewarasan telah mengalami gangguan (distortion/infection) akibat kelalaian mangsa itu sendiri dalam mengenalpasti segala ketidakwajaran yang dimasukkan oleh konspirator ke dalam tingkat akal para mangsa melalui ucapan-ucapan konspirator yang persuasif (berdaya mempengaruhi).

Secara ringkas, taktik di atas itu sudah banyak kali diterangkan di blog ini. Terdapat banyak taktik lain yang digunakan dan sesetengah daripada kita pula seperti merelakan ia diperlakukan terhadap kita serta keluarga kita.
--------

Perang Dunia Kedua (WW2) menyaksikan banyak taktik propaganda berbentuk persuasive, brainwashing, mind re-map dan mind control digunakan terhadap civillians (orang awam yang bukan dari kalangan anggota tentera).

Ketika WW2, golongan civillians kerap disogok dengan pelbagai maklumat propagandik (bermotif propaganda yang persuasif) bagi memastikan mereka memberi sokongan berterusan kepada pihak Nazi.

Jika di Jepun, golongan civillians sentiasa bertaat setia kepada perintah maharaja tanpa bantahan, keadaan di Jepun tidak sama seperti Jerman secara politik.
--------

Pihak Nazi Jerman merupakan antara kumpulan yang berjaya mengikat kesetiaan rakyat di Eropah semasa kempen WW2 bagi mendapatkan sokongan rakyat sebelum meniup semboyan peperangan, dalam kes ini ia semestinya di negara Jerman.

Di Berlin dan kawasan-kawasan berhampirannya pada sekitar 1938-1940, Nazi menjadikan pusat-pusat komuniti sebagai pusat propaganda.

Ia selalunya dalam bentuk sekolah rendah atau sekolah menengah tinggi, dan terdapat juga pra-sekolah bagi menjayakan rancangan menggilap kesetiaan rakyat Jerman terhadap Fuhrer.

"Pengikut setia adalah orang-orang yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk taat kepada pemimpin." -Behaviours at War.

Jadi, bagi menjadikan para civillians di Jerman sentiasa bersedia untuk taat setia kepada Fuhrer dan juga dasar-dasarnya, maka kesetiaan itu dicipta dan diasuh secara mind control dalam skim propaganda yang terancang.

Di sekolah-sekolah, pusat komuniti dan bandar dan pinggir-pinggir bandar serta seluruh Jerman dibangunkan program mind control dalam menjayakan propaganda.

[Sekolah merujuk kepada 'aliran' , contoh; school of thoughts; tidak semestinya merujuk kepada pengertian sekolah yang sebagaimana diketahui maksudnya secara umum]

Hasilnya, kanak-kanak sekolah hingga golongan tua berjaya diubah dan dibentuk daya fikir mereka supaya menyokong dasar-dasar Fuhrer.

Ia adalah program yang pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah bermula pra-sekolah hingga ke pusat-pusat komuniti yang dianggotai golongan dewasa.

Skim tersebut bukanlah program mind control yang seperti menangkap seseorang dan dihumban ke makmal untuk dimasukkan pemikiran-pemikiran preset bagi mengubah daya fikir mengikut kehendak mind controller, hakikatnya pemaksaan minda semacam itu memang ada.

Pun demikian dalam melaksanakan mind control dengan jaya tanpa melibatkan kos tinggi, maka program propaganda dalam bentuk asuhan minda menjadi pilihan utama Nazi Jerman semasa pra-WW2.

Sama ada sedar atau tidak, skim dan program yang sama masih diamalkan pada hari ini bagi tujuan yang sama, iaitu menyebarkan propaganda bagi menguasai minda untuk merekrut pengikut-pengikut setia.

The Pillar of Propaganda

Jika mana-mana penggerak (seperti pertubuhan) yang bekerja dalam rangka kerja NGO berjenama global atau gerakan politik tempatan atau antarabangsa, iaitu yang mempunyai jaringan atau sekurang-kurangnya pernah mengambil nasihat daripada CIA atau Mossad dalam usaha mendapatkan lebih banyak sokongan, mereka sudah pastinya tahu akan 'tiang' atau pillar yang satu ini.

Tiang ini bukan seperti gerakan NGO-NGO berjenama hak asasi manusia yang bekerja untuk sekularis Zionis, tetapi ia adalah tiang yang lebih kecil daripada tiang-tiang itu.

Iaitu tiang-tiang kecil yang sekiranya ia tegak didirikan, ia akan membantu tiang-tiang sekularism yang nyata supaya dapat berdiri lebih teguh dalam merencanakan dunia yang mutlak sekular.

Tiang-tiang kecil itu juga ada yang didirikan atas nama agama walaupun dasar-dasar agama yang dijadikan asas itu tidak ditegakkan secara sewajarnya.

Asas agama yang dijadikan lantai untuk menegakkan tiang-tiang kecil itu pula tidak lebih daripada sekadar jenama. Dalam kes tertentu, agama hanya dijadikan alasan yang persuasif.

Agama adalah isu yang persuasif, iaitu yang mudah dijadikan alasan untuk menarik penglibatan manusia dalam meng-organisasi-kan ia.

Apabila agama di-organisasi-kan dalam keadaan ia tidak sewajarnya dijadikan sedemikian, maka prinsip-prinsip sesebuah agama yang di-organisasi-kan bagi tujuan keduniaan itu lazimnya terlerai akibat mengikut rentak sekular.

Dalam sesetengah kes, agama (secara zalim) dijadikan instrumen untuk meraih sokongan disebabkan ia (agama) mempunyai 'kekuatan' dalam menarik pengikut-pengikut setia.

Berdasarkan 'kekuatan' itu, agama menjadi antara perkara yang sangat berkesan bagi mengikat kesetiaan di kalangan pengikut.

Kes-kes ajaran sesat sebagai contoh, adalah antara perumpamaan paling hampir dalam menjelaskan keadaan sedemikian.

Malah, agama bukan sahaja dijadikan alat untuk mengikat kesetiaan pengikut, malah ia boleh pula dijadikan alat untuk sesetengah golongan memperoleh segala motif yang dihajatkan.

Kita bukannya mengatakan agama itu sebagai perkara yang mengikat manusia ke arah kerugian, tetapi sekadar menjelaskan betapa agama turut dipergunakan bagi tujuan kepentingan tertentu, iaitu bukan dengan tujuan mengangkat ketinggian agama itu sendiri.

Dalam kes-kes seperti itu, agama dipergunakan bagi tujuan yang tidak sewajarnya iaitu dengan mengheret kesucian agama ke dalam kancah kepentingan peribadi manusia.

Disebabkan itu juga, maka lahirlah pluralisme atas nama agama. Disebabkan itu juga, kesucian agama itu dicalit dengan fahaman liberal. Disebabkan itu juga, agama semakin ditelan sekularism.

Apabila agama dipergunakan untuk kepentingan peribadi sesebuah kelompok tertentu melebihi kepentingan mengangkat maruah agama itu sendiri, propaganda pula diperlukan untuk menarik perhatian dan kesetiaan sekelompok manusia yang lain. Seperti diterangkan, agama dipergunakan.

Jentera-jentera propaganda kemudian digerakkan dalam skim tersendiri, dalam kes tertentu pula ia digerakkan secara eksklusif.

Dalam gerakan propaganda eksklusif, ia pula melibatkan jaringan dalaman iaitu tanpa melibatkan kelompok luaran.

Jika dibina sekolah-sekolah propaganda pula, ia boleh jadi melibatkan jaringan dalaman semata-mata. Pengikut-pengikut (mengikut terma pemimpin-pengikut) pula menghantar anak-anak mereka ke sekolah propaganda.

Sekolah-sekolah propaganda ini bertindak 'memasukkan' elemen-elemen (juga disebut nilai/values) tertentu ke dalam tingkat minda.

Seperti di negara-negara komunis sebagai contoh, rakyat disogok dengan elemen propaganda bahawa negara-negara yang mengamalkan kapitalism itu melakukan penindasan terhadap rakyat mereka.

Secara halus, rakyat di negara komunis akan dibentuk supaya membenci dan menolak kapitalism secara bulat-bulat. Mereka diasuh minda supaya hanya melihat keburukan dan kebusukan kapitalism semata-mata sehingga tidak mampu melihat sisi positif di sebalik kapitalism.

Begitu juga yang berlaku sekiranya propaganda mengikut sekolah-sekolah itu disebarkan secara umum (tidak eksklusif) bagi menjadikan para pengikut berubah taksub mengikut 'nilai' yang dikehendaki oleh propagandis (penyebar propaganda).

Jika seseorang itu menghantar anaknya ke sekolah komunis, maka minda anak itu akan dikotorkan oleh pemikiran komunism, lalu mereka semasa membesar akan mencemuh mengata agama itu sebagai candu.

Jadi, apakah tujuan tiang-tiang kecil itu didirikan? Sudah tentu untuk meniup propaganda.

Terdapat sekian banyak tiang kecil yang mempunyai misi-misi tersendiri dan ketahuilah bahawa salah satu daripada sekian banyak misi itu ialah meniup propaganda supaya menjadi udara tercemar yang disedut oleh para mangsa.

Mangsa-mangsa pula menjadi seperti haiwan sembelihan yang mempunyai tekstur daging paling enak untuk dijamah oleh tuan-tuan mereka dengan lahap, daging mereka disalai dan lendir-lendir yang meleleh semasa disalai itu kemudian dimakan habis, darah mereka pula dihirup sehingga kering. Otak mereka dimakan mentah-mentah.

"Kalau mahu daging yang lazat, ajarlah ‘lembu-lembu’ makan gandum dan jagung sahaja, bukan diberi makan rumput kering." - File No. 6 

Sejak WW2 sehingga hari ini, sekolah-sekolah yang menyuntik dan meniup propaganda kekal wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang menyelinap masuk ke dalam taktik-taktik politik bagi mengasuh pengikut-pengikut supaya menjadi tegar dan menjadi lebih dungu.

Mengapa ia menyelinap masuk ke dalam persekitaran politik? Ia kerana politik itu menjanjikan kuasa, manakala demokrasi itu pula menjanjikan huru-hara sekiranya ia tidak dipraktikkan dengan cukup matang.

Minda yang tidak matang adalah minda yang mudah dipengaruhi dan senang pula dimanipulasi. Minda yang tidak matang juga adalah minda yang kosong dan boleh dimasukkan atau disogokkan setiap apa sahaja asalkan ia dilakukan dengan cermat dan terancang.

Apabila seseorang itu dimanipulasi minda mereka sehingga tidak mengenal kewajaran dan tidak lagi mengenal kewarasan, ia menimbulkan persekitaran pemikiran yang sangat tidak teratur dan lagi meruntuhkan.

Disebabkan hilangnya kewarasan dan kewajaran dalam tingkat akal untuk berfikir secara sepatutnya, maka wujudlah keadaan serba tidak kena sehingga mereka tenggelam punca tanpa mereka sedari.

Keadaan mereka yang tenggelam punca tanpa mereka sedari itu pula tercipta disebabkan kegagalan mereka untuk berfikir secara yang sewajarnya. Sebab musabab itu sentiasa berlegar dan berputar dalam paksi yang teratur meskipun keadaan dan daya berfikir di kalangan orang-orang yang sudah rosak minda mereka itu adalah tidak teratur.

Dalam sesetengah keadaan, wujud situasi di mana sekelompok manusia menuntut hak itu dan ini dalam nada hak sama rata yang ditaja oleh istilah liberalism. Sesetengah tuntutan itu pula menggunakan slogan-slogan jenis people’s power (rujuk artikel: Infectious Slogans).

Namun apabila hak-hak yang wajar dipenuhi itu telah dipenuhi, maka isu pula yang timbul sehingga setiap keputusan yang diambil bagi memenuhi tuntutan itu menjadi serba tidak kena. Keadaan itu juga wujud apabila konspirator meniup propaganda baharu untuk mempengaruhi minda para pengikutnya yang dungu itu supaya kekal dalam keadaan sentiasa tidak bersetuju.

Disebabkan minda mereka telah atau sedang dikuasai sehingga ke tahap itu, kecelaruan pemikiran berubah kepada tahap yang lebih kompleks.

Kecekapan konspirator dalam mengawal minda para pegikutnya menjadikan para pengikutnya itu seperti lembu-lembu yang diberi makan gandum dan jagung, tetapi tidak diberi makan rumput kering. Daging para pengikutnya sudah tentu menjadi lebih sedap daripada lembu-lembu biasa yang hanya diberi makan rumput kering.

Semua itu terbentuk disebabkan para pengikut yang dungu itu sudah tidak mampu mendengar suara-suara lain yang selain daripada suara konspirator itu sahaja. Ia kerana konspirator itu juga adalah sang penggembala yang menggembala semua lembu-lembu yang hanya menurut segala arahannya.

Apabila disuruh masuk kandang, mereka akan masuk kandang. Apabila disuruh meragut rumput di padang, mereka akan meragut rumput di padang. Apabila disuruh berdiri diam untuk diperah susu, mereka akan berdiri diam. Setiap arahan sang penggembala dipatuhi oleh lembu-lembu tanpa bantahan.

Ayam pendaging pun kalau diberi makan jagung dan gandum atau beras setiap hari sejak baharu menetas, dagingnya akan menjadi sama lazat dan sama pejal seperti ayam kampung.

“Kalau mahu daging yang sedap, jagalah haiwan ternakan dan berilah haiwan-haiwan itu makan bijirin yang terbaik daripada jenis yang kamu suka.” – File No. 6

Faham apa maksud haiwan ternakan? Faham dengan maksud tersirat secara keseluruhan? Anda faham dengan petikan-petikan yang diambil daripada File No. 6 itu? Ia adalah fail kriptik yang disimpan, petikan-petikan yang sama dibaca oleh konspirator-konspirator berdarah Yahudi.

Propaganda antara maksudnya ialah memberi maklumat yang dikehendaki atau yang telah ditapis kepada orang ramai atau para pengikut. Manakala sesetengah maklumat pula disekat atau dibisukan daripada pengetahuan para pengikut.

Para pengikut hanya diberi maklumat yang terpilih atau yang disenangi oleh orang yang menyuap mereka dengan maklumat-maklumat itu. Dalam keadaan yang sama juga, para pengikut ditegah daripada mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber lain (rujuk artikel: Monopoli Propaganda).

Ada di kalangan kita yang sedang dijadikan lembu-lembu ternakan. Lembu-lembu yang dijadikan buah-buah catur. Lembu-lembu yang sedia dikorbankan demi matlamat kepentingan dan kehendak sang penggembala.

Food is a weapon,

Berhati-hati dengan setiap 'makanan kantin di sekolah' yang disuap ke dalam minda anda

- UMAT TERAKHIR -

Arkib

Monday 20 August 2012

Selawat..kepada Nabi Muhammad SAW


Selawat


‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Mengucap Salam Kepada Nabi

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.

a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”

b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.

Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”

c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”

Keutamaan dan Kebesaran Selawat

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

Hukum berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1. Mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).” (Surah Al-Ahzab: 56).

Nota; (1) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.

Membaca Selawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.

Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.

Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:


1.Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.


2.Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.

3.Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.


Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”

2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

Cara Membaca Selawat

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:


1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,

2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.


Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/selawat/