CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday 12 June 2011

Kitab Hidayatus Salikin : Hasad Dengki; Kasihkan Dunia.


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217 hingga 220...



Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217


Ertinya : Kataku, demi bapaku dan ibuku, engkau ya Rosullah, siapa yang kuasa akan segala perkara ini dan siapa yang lepas daripadanya. Maka sabdanya : Hai, MU'AZ bahawasanya, mudah ia atas seseorang yang dimudahkan akan dia oleh Allah 'Azawajalla atasnya. Maka kata Kholid bin Mi'dan itu, maka tiada aku lihat akan seseorang yang terlebih banyak membaca QURAN yang 'Azim daripada Mu'az kerana ia mendengar Hadis ini. Dan kata Imam Al Ghozali Rohimullahu Ta'ala :..................ertinya, maka fikirkan dan bicarakan oleh mu hai orang yang gemar pada MENUNTUT ILMU, bagi segala perkara ini yakni segala sifat yang KECELAAN ini, dan ketahui olehmu, bahawa yang sebesar besar sebab yang membawa kepada tiap tiap segala sifat yang KEJAHATAN ini, di dalam HATI itu, iaitu orang yang menuntut ilmu kerana berkemuka-mukaan / berbantah bantah / berbahas bahas dan kerana MUNAKOSYAH yakni kerana...m/s 218.




Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 218

hendak mencela akan perkataan orang dan kerana hendak berbantah bantah dengan orang. Maka orang yang 'Auwah yakni orang yang tiada menuntut ilmu kerana yang demikian itu, jauh daripada kebanyakan perkara sifat yang KECELAAN ini. Dan orang yang baru menuntut ILMU FEQAH itu, iaitu yang dilontarkan akan dia bagi segala sifat yang kecelaan ini, yakni orang yang baharu menuntut ilmu feqah itu, kebanyakan ia bersifat dengan kecelaan yang tersebut di dalam bab yang ke-empat ini, dan iaitulah mendatangkan bagi binasa dengan sebab segala sifat ini. Maka tilik olehmu apa yang terlebih baik
yang engkau cita cita akan segala perbuatanmu, bahawa engkau menuntut kaifiyah / cara memeliharakan daripada yang membinasakan ini dan bimbang engkau dengan membaikkan akan HATImu dan membaikkan akan akhiratmu atau yang terlebih baik, engkau cita cita bahawa engkau masuk serta / bersama orang yang masuk di dalam membinasakan akan mereka itu, dan engkau tuntut daripada ilmu yang ia itu sebab bagi menambah akan KIBIR, RIYAK dan HASAD dan 'UJUB hingga binasalah engkau serta / bersama orang yang binasa. Dan lagi kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 219


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 219


ertinya dan ketahui olehmu, bahawa segala perkara yang TIGA ini yakni RIYAK, 'UJUB dan HASAD, itu iaitu daripada IBU segala sifat yang KEJAHATAN di dalam HATI dan adalah baginya satu tempat tambah dan iaitu sangat kasih akan dunia dan dari kerana inilah, sabda Nabi SAW : Bermula sangat kasih akan dunia iaitu KEPALA segala kesalahan dan segala KEJAHATAN dan segala DOSA dan segala MAKSIAT dan serta ini, maka dunia itu tempat BENDANG bagi akhirat 
yakni tempat mengambil bekal di dalam akhirat. Maka barang siapa mengambil daripada dunia dengan sekadar doruroh, yakni sekira kira hajat supaya menolongi ia dengan dia atas jalan akhirat, maka dunia itu MAZRO'AH yakni tempat mengambil bekal yang menfaat di dalam akhirat. Dan barang siapa menghendak akan dunia kerana bersedap sedap dan kerana bersuka suka dan bersenang senang, maka dunia itu, tempat membinasakan akan dia. Kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 220


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 220


ertinya, ketahui olehmu bahawasanya, dunia itu seteru bagi Allah Swt. dan seteru bagi Aulia nya dan seteru segala seteru bagi Allah Swt. Maka makna seteru ia bagi Allah Swt. itu bahawasanya, memutuskan ia akan jalan kepadanya (Allah) atas Aulia nya (wali walinya) dan dari kerana demikian itu, tiada MENILIK Allah Swt kepadanya selama menjadikan ia akan dia. Ada pun makna seteru bagi Auliaa Allah Swt, maka bahawasanya ia perhiasan bagi mereka itu dengan 

perhiasannya dan hendak menyatakan, ia akan mereka itu, dengan keelokannya dan dengan kebaikannya hingga MEMUALan mereka itu akan PAHIT sabar yakni kesusahan sabar pada memutuskan akan dia dan menjauh akan dia. Dan makna seteru bagi seteru Allah Swt. maka kerana ia memasukkan ia bagi mereka itu di dalam segala KEJAHATAN dengan tipunya dan pedaya nya dan memegang ia bagi mereka itu dengan jaringan hingga percaya ia dengan dia, dan berpegang mereka itu atasnya. Maka menjagakan akan mereka itu oleh sangat berkehendak yang ada mereka itu kepadanya, yakni sangat kasih akan mereka itu kepadanya/ dunia membawa ia kepada CELAKA mereka itu dan memasukkan akan dia ke dalam api NERAKA...na'uzubillahu minha...

No comments:

Post a Comment