CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday 11 July 2011

Negara Saudi Pertama Dan Kedua.


Negara Saudi Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al-Dawla Al-Su'odiyah Al-Thaniyah
الدولة السعودية الثانية
Negara Saudi Kedua
1824–1891
 
Bahasa
Sejarah
 - Penaklukan Riyadh
1824
1891
Kini sebahagian daripada

Banu Uqayl (Arabبنو عُـقَـيـْل‎) adalah merupakan kabilah Arab purba yang memainkan peranan utama dalam sejarah Arab timur dan Iraq. Mereka berasal dari Banu Kaab yang merupakan cabang terbesar dari gagasan kabilah Banu 'Amir.
Gagasan kabilah-kabilah Banu 'Amir sebenarnya berasal dari tanah barat semenanjung Arab, dimana terletak diantara sempadan Hejaz dan Najd. Banu 'Uqayl telah berpindah ke selatan semenanjung Arab dan membina penempatan baru yang lebih besar yang dikenali dengan lembah "al-'Aqiq" (hari ini Wadi al-Dawasir), yang kemudiannya dituntut oleh mereka sebagai tanah yang telah dikhususkan oleh orang Muslim oleh Nabi Muhammad SAW. Ketika era Abbasid, kebanyakan dari masyarakat Banu 'Amir telah berpindah dari Najd ke Iraq dan Syria. Masyarakat Banu Uqayl ialah antara mereka yang terakhir berpindah, mereka menetap di tebing Sungai Furat dan daripada situ telah munculnya Dinasti Uqaylid, yang berjaya mengawal Mosul dan lain-lain wilayah di utaraMesopotamia, yang kekal dianggap masyarakat nomad terbesar. Apabila Dinasti Uqaylid lama semakin menjunam, tiga dari puak kabilah Uqaylid, iaitu Khafajah'Ubadah dan Muntafiq, telah menetap di selatan Iraq dan mereka kekal disana hingga ke hari ini.
Lain sub-kabilah Uqayl, dikatakan kemungkinan besar datang dari Iraq, berdasarkana catatan Ibnu Khaldun, (musafir terkenal dunia Islam yang telah menyelusuri padang pasir disepanjang Arab timur), beliau telah melawat oasis al-Hasa. Di al-Hasa, para penduduk telah menggelarkan diri mereka sebagai persekutuan masyarakat dari kumpulan Qarmatian, salah satu kumpulan lain yang berada dalam kabilah Banu Amir. Puak Qarmatian telah terjatuh ke tangan Dinasti Uyunid, klan Arab yang berpindah-randah dari al-Ahsa, dalam tahun 1076. Pada pertengahan kurun ke-13, seorang ketua klan Uqaylid, 'Usfur ibn Rashid, telah berjaya mengulingkan Dinasti 'Uyunid, dan membina Dinasti 'Usfurid, dimana yang terakhirnya wujud sehingga tahun 1330. Kawasan tersebut akhirnya telah ditawan oleh klan Syiah Jarwanid yang berpangkalan di Qatif.
Dinasti yang paling berkuasa di wilayah Arab timur dikatakan Dinasti Uqaylid, namun, ada yang mengatakan Jabrid. Ahli kaji sejarah percaya bahawa Jabrid adalah cabang kepada 'Usfurid atau mungkin merupakan puak yang paling hampir ikatan persaudaraannya dengan Usfurid. Pemimpin yang paling terkenal ialah Ajwad ibn Zamil, walaubagaimanapun, beliau dikatakan berasal dari puakNajd. Abang sulung Ajwad telah mengasaskan Dinasti Jabrid pada awal kurun ke-15 dengan membunuh pemimpin terakhir Jarwanid di Qatif. Ketika era kemuncak, Jabrid telah berjaya mengawal keseluruhan perairan Arab di sebelah Teluk Parsi, termasuklah Bahrain, dan secara teratur memimpin ekspedisi ke Arabia pusat. Seorang sarjana kontemporari menyifatkan Ajwad ibn Zamil sebagai "Raja al-Ahsa dan Qatif dan ketua kepada orang Najd." Akhirnya Jabrid telah kehilangan Bahrain ditangan penjajah Portugis pada tahun 1521 dan kerajaan telah tumbang tidak beberapa lama setelah itu di tanah besar. Salah satu cabang Jabrid yang kekal aktif terletak di Oman, namun hanya untuk 2 hingga 3 kurun selepas itu sahaja. Namun ia tidak dapat dipastikan bahawa adakah memang betul ia berasal dari Jabrid. Namun ada yang mempercayai mereka berpindah ke Iraq, dan yang lain mempercayai mereka berkait rapat dengan salah satu cabang Bani Khalid yang disebut "Jubur". Dimana puak yang mengawal wilayah timur Arab selepas Jabrid. Kabilah Bani Khalid juga mempercayai mereka adalah sebahagian dari Dinasti Uqaylid yang terkenal.

Al-Dawla Al-Su'odiyah Al-Oula
الدولة السعودية الأولى
Negara Saudi Pertama
 
1744–1818
 
Diriyah
Bahasa
 - 17441765
Mohammed ibn Saud
 - 17651803
Abdul Aziz ibn Mohammed Ibn Saud
 - 18031814
Saud ibn Abdul Aziz ibn Mohammed Ibn Saud
 - 18141818
Sejarah
 - Persetujuan Diriyah
1744
1818
Kini sebahagian daripada


No comments:

Post a Comment