CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday 17 July 2011

Tok Senawi..pemimpin PAS atau UMNO berTAUBAT?


http://www.malaysiasensasi.net/2011/05/pahlawan-pahang-sejati.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FeOMR+%28Malaysia+Sensasi%29

by Admin

Lepas Perang Dunia Ke 2 (1940 - 1945 )..Kerajaan BRITISH hampir bangkrap..kerana perang dengan German ( macam SATU mesia jugak...jawatan awam DI BEKUkan )...British tak mampu lagi nak bayar GAJI + ELAUN pegawainya di luar negara Great Britain...maka dilantiklah pecacai MELAYU berperangai BRITISH...terutamanya anak anak penguasa pembesar meLAYU yang bersekolah di ENGLAND...untuk menjadi WAKIL BRITISH memerintah Tanah Melayu...untuk menjaga ESTET getah + lombong bijih timah ORANG PUTIH + CUKONG CINA..maka tertubuhlah UMNO yang diiktiraf oleh BRITISH...walaupun sebelum itu telah ada banyak lagi pertubuhan MELAYU..namun tidak menerima pengiktirafan dari BRITISH.

Di tubuhlah MCS..Malayan Civil Services..MCKK sekolah elit nak jadi orang putih..meLAYU itu diUBAH mentalnya...mencaci maki adat istiadat dan kebodohan meLAYU...terutama yang berkaitan dengan agama Islam.


KLIKSINI..Cerita MCS lebih ditel..sultan-peraktidak-mahu-ampun.


Cerita Sultan Yusuf lagi, bahawa penasihat-penasihat British itu telah menjelaskan, iaitu Hizbul Muslimin adalah membawa ideologi Islam seperti yang dianut oleh parti Ikhwanul Muslimin Mesir. Kalau parti itu berjaya memerdekakan Tanah Melayu, masalah besar akan timbul, di antaranya mereka yang berpendidikan England atau London Orientationakan tidak ada tempat atau peluang memerintah Tanah Melayu kerana mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan Islam.

Ramailah MELAYU terlibat dan...berkait rapat dengan ARAK...JUDI..dan PELACORAN...Mereka inilah yang berKUASA atas bangsa Melayu...bagi menjalankan dan menguatkusakan lagi undang undang BRITISH ( bukan Islam ) di Tanah Melayu ini..
.
Pahlawan Islam Melayu...seperti Mat Kilau, Tok Janggut di Kelantan  dan rakan-rakan dari negeri lain di Tanah Melayu yang menentang undang undang bukan ISLAM BRITISH..di panggil PENDERHAKA pulak...ada juga meLAYU bangang pun ikut sama kata penderhaka..???

Pahang sebagaimana yang diketahui mempunyai sejarah perjuangan mementangan British yang amat panjang. Hingga ke zaman moden, hal tersebut masih diperkatakan. Perjuangan di Pahang dimulakan oleh Datuk Bahaman yang juga pembesar dan Orang Berempat Pahang. 

Namun dalam ramai-ramai Pahlawan melayu di Malaysia ini yang pernah ada, Mat Kilau merupakan pahlawan yang sempat menceritakan perihal perjuangan menentang British kepada orang ramai melalui media massa sewaktu kemunculannya sekitar penghujung tahun 60an dahulu.

Sewaktu kemunculan pahlawan melayu yang tersohor ini, dia disanjung bagaikan raja, dia dikunjungi oleh ramai orang dari serata negara semata-mata untuk melihat susuk tubuh yang sangat digeruni British ini. Waktu itu beliau sudah sangat uzur tetapi terpaksa melayan tetamu-tetamu yang datang.

Tetapi disebalik itu apakah penghargaan yang diterima oleh pahlawan rakyat ini?. Pada pangkal namanya tiada gelaran Tun, Tan Sri mahupun Datuk. Dia hanya digelar Aki (Datuk) oleh cucu-cucunya sahaja. Dia tinggal di rumah papan di Kuantan dan bukan rumah mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Mat Kilau pergi menentang British di hutan dan meninggalkan segala yang mereka ada. Mat Kilau bukan sebarangan orang, dia anak Tok Gajah antara manusia paling berkuasa, paling dihormati dan disanjung di Pahang suatu ketika dahulu. Pada zaman ini bolehlah malaysiasensasi katakan bahawa dia setaraf dengan anak Menteri Kanan kerajaan.

Tetapi semua kesenangan ditinggalkan demi mempertahankan agama dan tanah air yang dicintai. Ada pemimpin sekarang macam ni?

Dia tentunya tidak ingin meminta apa-apa ganjaran dari kerajaan. Kerana itu dia tidak pernah memohon apa-apa pangkat atau balasan menentang British demi mempertahankan agama dan negara. Inilah Pahlawan sejati melayu. Percayalah tiada lagi pahlawan seberani ini pada zaman sekarang..'pahlawan' membodek ada la...kalau tak membodek pasti ada agenda tersendiri.

-Al-fatihah semoga roh Mat Kilau, dan lain-lain pejuang melayu ditempatkan di tempat yang selayaknya oleh Allah.


Tok Senawi..pemimpin PAS atau UMNO berTAUBAT?
by 

  1. Bagi memanfaatkan kepulangan TS ke kampung baru-baru ini bagi menziarahi orang tua, kesempatan tersebut telah digunakan sebaiknya bagi berborak-borak dengan orang tua TS tentang bagaimana cara pemikiran pemimpin-pemimpin dahulu ketika kemerdekaan hampir dalam genggaman.



  2. Dalam nada yang lembut dan terketar-ketar, kerana usia sudah menjangkau 84 tahun, beliau berkata, "pemimpin dulu minta pandangan para ulamak, bagaimana nak perintah negara." Tiga (3) teras utama yang perlu diambil perhatian dan dilaksanakan bagi memastikan pemerintahan yang berjaya dan berkat iaitu katanya : Pastikan rakyat sihat, pastikan rakyat tidak miskin dan pastikan rakyat berilmu.


  3. "Itulah resepinya", katanya lagi, yang telah membawa Malaysia kepada apa yang kita lihat pada hari ini. Inilah pegangan para pemimpin negara - yakni oleh pemimpin UMNO, yang telah membangunkan negara kita, MALAYSIA.


  4. Mendengar kata-kata itu, terlintas di benak fikiran ini akan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada para pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa kepada pembinaan negara. Malahan inilah legasi kepimpinan yang telah menjadikan nasihat ulamak sebagai teras kepada pembinaan negara ini.
    Umno dulu dulu...ramai yang bijak pandai dan beramal ibadat dengan Islam...ramai yang ikhlas, membela bangsa Melayu...bukan macam ahli Umno sekarang, ramai dari kalangan **parat dari koperat..yang hanya mahu projek, untuk rembat duit rakyat / duit negara...masuk ke dalam akaun syarikat koperat **parat.


  5. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, TS sempat berhenti di Pekan Rabu untuk membeli beberapa kuih-muih tradisional dan kebetulan TS melewati sebuah kedai menjual kaset dan cd. Lalu terdengar suara syarahan dari pembesar suara di kedai tersebut yang memainkan ceramah Ustaz Kazem al-hafiz tentang "Cinta Kepada Islam dan Sayang Kepada Bangsa serta Negara".


  6. Dari sepintas lalu ceramah tersebut cukup menarik sehingga terpanggil untuk TS membeli CD tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke kota, CD Ustaz Kazem telah menjadi teman seperjalanan. Ianya amat menarik dan cukup "menangkap!"


  7. Dalam satu dari intipati syarahannya beliau menegaskan bagaimana Rasullullah SAW begitu berjaya dalam pentadbiran baginda. Katanya, Rasullullah SAW begitu tegas dengan orang kafir TETAPI begitu lembut dengan orang Islam. Kerana ketegasan itu, baginda dihormati dan digeruni begitu juga dengan orang-orang Islam.


  8. Terfikir oleh TS keadaan umat Islam di negara kita yang tercinta ini. Para pemimpin Islam begitu takut dan sentiasa menurut keletah orang Kafir - kafir harbi pulak tu. Sehingga sanggup mengikut telunjuk mereka. Tidak kira PAS mahupun UMNO.


  9. Paling menyedihkan ialah pemimpin PAS. Melihat tindak tanduk mereka pada hari ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang diajar oleh Rasullullah SAW - sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Kazem ternyata jauh sekali perbandingannya.
    Boleh tak..TS berikan contoh, nama dari pemimpin UMNO yang betul-betul tegas berani dengan orang kafir harbi British...semasa 1965 UMNO memberikan PERCUMA Singapura kepada Lee Kuan Yew??? Kenapa UMNO tak fikir panjang nasib orang Melayu di Singapura..yang LEFTENAN ADNAN dari Kajang, Selangor.. korbankan nyawanya mempertahankan Singapura? Jangan salahkan PAS...sebab PAS tidak pernah berKUASA di peringkat Kerajaan PUSAT.


  10. PAS juga sudah jauh dari perjuangan asal mereka untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Negara Islam dan Hudud bukan lagi perjuangan mereka malah kini masa depan perjuangan PAS amat diragui. Memetik kata-kata ulamak tersohor, Dato Harun Din al-hafiz, PAS seharusnya dipimpin oleh ulamak.
    Ayat berwarna BIRU di atas...TS mengakui PAS memperjuangkan agama Allah SWT dan PAS pun majoritinya Melayu...kenapa UMNO perlu BERMUSUH dengan PAS?...PAS bukan kafir HARBI pun?


  11. Kerana ulamak itu waris para Nabi, kerana ulamak itu berupaya memberikan nasihat dan teguran yang terbaik - sebagaimana nasihat yang telah diberikan kepada pemimpin negara bagaimana nak perintah negara bila sudah merdeka DAN bukannya melalak melolong dijalan raya sehingga sedia dicekup pihak berkuasa dek kerana politik menggila!
    Adakah orang UMNO tak melalak melolong, mengarak kepala lembu lagi...macam berok jalanan kata Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


  12. Ulamak PAS hari ini mengajak rakyat jadi samseng jalan raya, siapsiaga menurut perintah orang kafir harbi, sedia mempertahankan kemungkaran oleh sesama pemimpin mereka dan tidak tahu bersyukur atas nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang ALLAH SWT berikan.
    Apakah MCA dan MIC dan Gerakan itu bukan kafir HARBI? Tanda berSYUKUR kepada Allah SWT..itu 54 tahun merdeka ARAK, JUDI, Pelacoran semakin KURANG...atau PUPUS langsung dalam negara Malaysia (UMNO kata negara ISLAM kan?)..itulah tanda UMNO berSYUKUR?

  13. Keadaan ini berlaku tidak lain dan tidak bukan ialah kerana MEREKA BUKANNYA BERJUANG KERANA ALLAH SWT.  
    OK lah PAS tak berjuang kerana Allah SWT...kenapa UMNO tak tunjuk CONTOH dan tolong orang Melayu...macam mana BERJUANG kerana Allah SWT...atau jadi YB 10 tahun boleh buat MAHLIGAI juta juta RM...itu perjuangan TS yang betul..biorlah rakyat Melayu negeri Kedah Perlis Trengganu MISKIN nak mampooos...

  14. Oleh itu marilah kita sama-sama mendoakan agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu memartabatkan perjuangan Islam, sanggup dan bersedia untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
    Kalau UMNO betul-betul perjuangkan ISLAM 54 tahun...parti PAS dah lama berKUBUR wahai TS yang bijak sana dan bijaksini..tak payah lah nak tulis ayat no. 14 nih...

No comments:

Post a Comment