CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 15 September 2011

SUFI..mokhtarpetah.blogspot.


PENGETAHUAN



SUFI

Nama – nama ruh


Pada ahli sufi, Ruh yang ada pada manusia tidak hanya bernama ruh sama, tetapi sekurang – kurangnya ada 36 tanam, di antara ruh – ruh tersebut, ialah:


1 - Ruh , Jufri – rongga - ,
2 – Ruh , Sir – rahsia Allah,
3 - Ruh, -hati Rabbani,
4– Ruh – akal atau fikiran,
5 - Ruh – nur Muhammad,
6 – Ruh – Latiful Qalbi - b.Arab- ; baca wirid ‘Allah’ sebanyak 5,000 kali,
7 – Ruh – Latifur ruh - b. Arab- ; baca wirid ‘Allah’ 1,000 kali,
8 – Ruh – Latiful kahfi; baca wirid 1000 .



Para ahli tarikat atau suluk berpendapat dan memang menjadi amalan mereka, bahawa, jika sesorang itu berkeadaan buta hati atau tidak terang hati terhadap Allah, maka wirid menyebut ‘ Allah’ hendaklah dilakukan 11,000 kali dan dilakukan sebanyak tujuh kali dalam sehari semalam. Dengan wirid demikian hati menajdi bersih, tetang hati dan sebagainya.


Ruh dan nafsu adalah sama. Semua manusia mudah dipengaruhi oleh nafsu mereka. Manusia - manusia yang mengikut nafsu masing – masing menerima keadaan, kedudukan atau keragaman bagi diri mereka sendiri terhadap Allah, terhadap dirinya sendiri dan terhadap manusia lain. 



Maka, ruh atau nafsu manusia itu menjadi dua golongan, iaitu golongan nafsu yang baik (Mahmudah) dan disukai oleh Allah dan golongan nafsu buruk atau jahat (Mazmumah) yang dibenci dan dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Taala.



Para ahli ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf telah menentukan tingkatan - tingkatan nafsu seseorang manusia itu kepada tujuh tingkatan, iaitu:


1 - Nafsu Amarah (b.arab)



Manusia yang bernafsu amarah adalah lemah dan terdedah kepada pengaruh syaitan, kebendaan, kemewahan dan kejahatan. Baik dan buruk bagi manusia ini dianggap sama dan diamalkan selari dengan kemahuannya. Biasanya manusia demikian, jika dia tidak melakukan kejahatan, maka dia rasa gelisah dan tidak senang duduk.



Misalnya, jika ia tertinggal sembahyang fardu, dia tidak merasa runsing atau tidak ada perasaan takutkan Allah, tetapi kalau dia melakukan maksiat, dia rasa bangga dan suka diheboh – hebohkan juga.



Manusia dalam golongan nafsu amarah ini, paling gemar melakukan fitnah terhadap manusia, memburuk – burukkan orang lain dan suka menghebahkannya.Maka, dengan kejahilan dan dengan ditambahkan oleh perasaan bongkak, dia sanggup bersumpah di mana – mana sahaja, hatta dalam masjid.


Dalam Quran, Allah telah menjelaskan:
(ayat Quran)
Sesunguhnya nafsu amarah itu sangat
Menyuruh melakukan kejahatan.
- Yusuf: 53


Kita dapat melihat atau memerhati pada diri seseorang
yang ada nafsu amarah, seperti:


a. Bertabiat atau perangai lalai kepada Allah.
b. Sombong, takabbur atau bongkak.
c. Mengamalkan fitnah dan memburukkan manusia.
d. Sering berangan – angan.
e. Tamak atau haloba hingga sanggup menindsas orang lain.
f. Dendam kasumat dan buruk hati.
g. Hasad atau dengki sesama manusi
h. Sentiasa berhajatkan namanya masyhur atau terkenal.
i. Gemar melakukan kejahatan.
j. Untuk membenarkan dirinya, dia sanggup bersumpah dengan menggunakan nama Allah atau Quran.


2 – Nafsu Lawwamah ( b. Arab)
Manusia yang bernafsu lawwamah, adalah manusia
penyedar diri sendiri, iaitu sering mengkritik, menasihat
atau memberi amaran kepada diri sendiri jika dirinya

melakukan kejahatan kecil dan besar. 



Nafsu lawwamah
baik daripada nafsu ammarah, tetapi ia tidak selalunya
baik, kadang – kadang melalukan kejahatan juga, tetapi ia
lekas sedar dan terasa bersalah.


Manusia yang bernafsu lawwamah, kadang – kadang
terpengaruh kepada kejahatan dan mudah di pujuk orang
orang jahat.Jika dia lekas sedar dan ingatkan Allah, maka,
dia lekas menarik diri atau mengeklak dari kajahatan atau
pujukan orang jahat.


Allah Subhanhu wa Taala menyatakan dalam Quran:
(ayat Quran)
Saya bersumpah dengan nafsu lawwamah.
Adakah manusia itu menyangka, bahawa
Kami tidak akan mengumpul tulang belulang?
- Al Qiamah:2,3.


Manusia yang bernafsu lawwamah sering dikuasai perasaan
sedsarkan kesalahan yang dilakukan dan takutkan Allah.
Misalnya, jika dia meinggalkan sembahyang, dia rasa
menyesal, sedih dan sebagainya.


Manusia yang bernafsu lawwamah sering ada pada dirinya:
a. Rasa hairan atau menyindir diri sendiri kerana dirinya menjadi takbur atau ria.
b. Mengkritik atau menasihat diri sendiri kerana melakukan kesalahan.
c. Sering berfikir mencari mana yang baik dan mana yang buruk.
d. Kadang – kadang tersasul membuat sesuatu kebajikan atau kebaikkan kerana menunjuk – nunjuk.
e. Sering melakukan kebaikan untuk dipuji orang.
f. Tidak terlepas dari mengejar kemewahan.


3 - Nafsu Mulhamah ( bahasa Arab)
Manusia yang bernafsu mulhamah menjadi baik kerana dapat menghapuskan nafsu Ammarah dan nafsu lawwamah.Dia berada pada peringkat orang yang baik dan bersih dari kekotoran. Menurut para ahli sufi, bahawa nafsu mulhamah ini, adalah menandakan keberesihan seseorang kerana telah berjaya mengelak dari melakukan segala yang berdosa atau dimurkai Allah Subhanahu wa Taala.


Manusia bernafsu mulhamah sukar dipengaruh orang jahat dan syaitan. Allah menyatakan dalam Quran:
(ayat Quran)
Demi nafsu – manusia – dan kesempurnaannya.
Dan diilhamkan kepadanya yang salah dan takwa
- yang benar - . Sesungguhnya, beruntunglah orang –
orang yang membersihkan – jiwa – nya. Dan
sesungguhnya, rugi besar orang – orang yang
mengotorkan – nafsu -.
– Asy Syams: 7 - 10


Bagi mereka yang beragama Islam, nafsu mulhamah,
adalah seperti racun membunuh rumput rumpai, iaitu
membunuh nafsu ammarah dan nafsu lawwamah. Mereka
menjadi baik dan melakukan segala amalan yang disukai
oleh Allah dan diredaiNya pula. Di antaranya ragam
perangai orang – orang tersebut, ialah:


a. Sabar dan tawakal kepada Allah dengan ikhlas.
b. Tahan atau sabar memikul atau dibeban oleh kesusahan atau penderitaan.
c. Tidak sayang kepadea wang dan harta benda untuk jihad atau menderma untuk jalan Allah.
d. Sentiasa ada perasaan rela mati syahid keran mempertahankan agama Islam dan membela negara dan umat Islam.
e. Berperasaan memada dan mencukupi segala kurniaan Allah dan sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Taala.
f. Beramanah dan berakhlak mulia.
g. Sentiasa tidak jemu- jemu atau bosan beribadat kepada Allah, sama ada ibadat wajib mahupun ibadat sunat.
h. Sentiasa berminat untuk menasihat sesama manusia atas tujuan kebaikan.


4 – Nafsu mutmainnah (b. Arab)
Manusia yang bernafsu mutma innah , adalah bersih
dari segala keragaman dan amalan yang tidak baik

atau tidak disukai oleh Allah Subhanahu wa Taala.


Di kalangan para ahli sufi dan tarikat berpendapat,
bahawa mereka yang bernafsu mutma innah, adalah
permulaan wali kecil (waliyatun soghiri – b. Arab).
Allah Subhanhu wa Taala telah menyatakan dalam Quran
mengenai nafsu tersebut, iaitu:
(ayat Quran)


Wahai nafsu mutma innah kemalilah kepada penguasa – Tuhan – anda sambil berhati suka dan diredai Allah. Masuklah kalian dalam golongan hamba – hambaKu yang solih dan masuklah – ke dalam – syurgaKu.
– Al Fajr: 27,28.


Bagi mereka yang bernafsu mutma innah dapat rasa kelazatan
hidup, kesempurnaan budi pekerti dan keselesaan akal fikiran
serta terasa sentiasa dalam peliharaan Allah. Mereka tidak alfa
dari bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Taala.


Orang – orang yang bersifat mutma innah sentiasa berkeadaan
seperti berikut:
a. Sentiasa bersyukur kepada Allah.
b. Sentiasa sabar dan tawakal kepada Allah.
c. Reda segala hukuman Allah dan semua perkara dari Allah.
d. Sentiasa arif atau dalam keadaan ulul albab, iaitu bijaksana atau cendekian.
e. Rajin dan gemar beribadat kepada Allah dan boleh diakui sebagai wali Allah.
f. Murah hati dan bersediakan mengeluarkan wang dan harta benda kerana membantu atau bersedekah dan untuk perkara – perkara atau perjuangan pada jalan Allah.
g. Tidak takabbur dan menunjuk – nunjuk atau ria.


5 - Nafsu Radhiyah (b. Arab)
Manusia yang bernafsu Radhiyah, adalah wali Allah dan
mertabat kewaliannya lebih tinggi dari kewalian orang
yang bernafsu mutma innah.Orang bergini tidak takut
kepada musibat atau bala Allah. Tidak takut kepada
kezaliman manusia. Pendeknya dia tidak takut mati di
hujung senjata, kerana dirinya telah diserahkan kepada
Allah Subhanahu wa Taala. Segala harta benda dunia ini
tidak menjadi hajat atau tujuannya.Dia tidak berdukacita.
Allah Subhanahu wa Taala telah menjelaskan mengenai
orang – orang yang mempunyai nafsu radhiyah dan
mertabat wali, iaitu:


(ayat Quran)
Sesungguhnya para wali Allah itu tidak pernah
berperasaan takut dan dukacita atas diri
mereka.
- Yunus: 62



Bagi mereka yang bernafsu Radhiyah telah mencapai mertabat orang yang suci bersih dan murni hati dan jiwanya atau mertabat yang berada pada maqam (b.Arab) wali Allah.



Gelaran wali Allah tidak digelar oleh para raja yang memerintah atau sesiapa, tetapi dinilai disegi amal ibadat dan bersih murni jiwa dan hati seseorang hamba Allah itu, iaitu, dia sampai kepada nafsu Radhiyah, iaitu hidup matinya berkeadaan reda berserah kepada Allah Subhanahu wa Taala.


Orang yang mencapai maqam (b.Arab) ini tetap ada pada dirinya jiwa atau nafsu yang tinggi nilainya dan dianggap orang yang paling hampir dengan Allah dan sentiasa mendapat petunjuk dan kurniaan dari Allah, di antara kurniaan – kurniaan itu, ialah:


a. Berhati nurnai yang ikhlas atau jujur.
b. Zahid atau zuhud, iaitu mengutamakan Allah dan tidak mementingkan kemewahan dan kedudukan di dunia.
c. Sentiasa menjauhkan diri dari kejahatan dan keburukan.
d. Warak dan berakhlak mulia.
e. Suka menolong orang susah, anak yatim dan sebagainya.
f. Tidak memfitnah dan mengumpat orang.
g. Tidak bermusuh dengan orang yang menjadi musuhnya.
h. Suka menasihat kepada orang yang dilihat tergelincung dari kebenaran atau kebaikan.
i. Sering mendapat ilmu ladunni atau kasyaf dari Allah Subhanahu wa Taala.


6 – Nafsu mardhiyyah (b. Arab)
Manusia yang bernafsu mardhiyyah, adalah lebih tinggi dari manusia yang bernafsu Radhiyah. Mereka dikurniakan Allah sentiasa dalam kebaikan dan dalam keredaanNya. Percakapan, perbuatan dan pendeknya segala gerak anggota mereka mendpat keredaan dari yang Maha Kuasa.



Orang ramai perlu berhati – hati terhadap orang yang berada di peringkat nafsu mardhiyyah ini, iaitu elak dari melakukan perbuatan buruk terhadap mereka, mencerca mereka dan sebagainya, kerana jika mereka membalas, akan buruk akibatnya kepada melakukan perbuatan buruk atau mencerca mereka.



Imam tarikat termasyhur, Sheikh Ahmad bin Idris,Moroko, meninggal pada1235H, dalam sajaknya menjelaskan, orang ramai berkata pada permulaan tarikatnya gila:
(sajak Arab)


Peringkat awal tarikat saya ‘gila’
- dikata oleh orang ramai -,
Di pertengahan beraneka pengetahuan
- dari Allah dengan tidak payah belajar.
Pada akhirnya ‘jadi, maka jadilah’
– iaitu datang bermacam dari Allah
termasuk kekeramatan, jika diperlukan.

Orang dalam golongan nafsu mardhiyyah sentiasa dalam keadaan atau perilaku seperti berikut:


a. Tidak mahu bercakap yang sia – sia, lebih mengutamakan zikirullah.
b. Sabar dan tawakal kepada Allah Subhanhu wa Taala.

c. Tidak sombong atau takabbur, tidak riak dan tidak mengada – ngada.
d. Sentiasa mendapat ilmu ladunni atau kasyaf dari Allah Subhanahu wa Taala.
e. Tidak mahu bermusuh sesama manusia, kecuali manusia yang mengkhianati agama Islam dan menzalimi umat Islam.
f. Murah hati dan tidak sayangkan wang dan harta benda untuk tujuan di jalan Allah.
g. Dia berkeadaan dekat dengan Allah dan sentiasa mengharapkan reda Allah, erti segala amalan ibadatnya tgidak mengharapkan balasan pahala dari Allah, hanya mengharapkan keredannNya.


7 – Nafsu Kamilah (b.Arab)
Manusia yang bernafsu kamilah , ialah yang telah berjaya melalui nafsu – nafsu yang di bawahnya, iaitu ammarah, lawwamah, mulhamah, mutma innah, radhiyah, mardhiyyah . Dia melalui nafsu – nafsu tersebut dengan tertib atau peraturan, insaf, cekal, gigih, istikamah, beradab dan lain yang diperlukan mengikut akhlak tasawwuf dan tarikat.


Orang yang begini berada di peringkat tertinggi dan peringkat insan kamil – b.arab – manusia sempurna. Mereka juga berada pada peringkat maqam baqoilallah – b.Arab - . Iaitu berada di bawah kekalnya Allah. Peringkat demikian ada pada para rasul, nabi dan wali – wali besar. Walau bagaimana pun para nabi dan para wali tidak dapat mengatasi peringkat rasul, kerana peringkat rasul lebih tinggi dan tertinggi.


Menurut kaedah sufi,adalah seperti berikut:
1 - Tiap – tiap rasul ialah nabi Allah, ahli sufi dan
Wali Allah.
2 - Tiap – tiap nabi Allah itu ialah wali.
3 - Tiap – tiap wali itu ialah para ahli sufi.



Dengan demikian, tujuh sifat nafsu atau ruh manusia di atas adalah di bawah kehendak dan kuasa Allah.Manusia boleh berikhtiar untuk mencapai mertabat – mertabat nafsu atau ruh itu, tetapi, walau bagaimanapun nabi dan rasul allah yang terakhir adalah Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.



Pada zaman setelah wafat Rasul Allah Muhammad s.a.w. hingga pada masa ini dan masa akan datang, seiapa sahaja akan tergelicir imannya dan dia akan termasuk dalam limbah kekufuran, jika dia mengaku dirinya adalah nabi Allah atau rasul Allah.



Mereka yang telah dinilai oleh Allah subhanahu wa Taala, sebagai insyanul kamil (b.Arab) manusia kamil, akan di kurniakan Allah Subhanahu wa Taala seperti wahyu – wahyuNya dalam Quran seperti di bawah ini:
(ayat Quran)


Orang – orang yang beriman serta beramal soleh ,mereka itu adalah penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.
– Al Baqarah: 82



Masuklah ke dalam syurga; kalian dan isteri – isteri kalian digembirakan,



Diedarkan kepada mereka piring – pring dari emas dan piala – piala – bijana – bijana – dan dalam syurga itu terdapat segala yang diingini oleh hati dan sedap (pandangan) mata dan kalian kekal di dalamnya,


Dan itulah syirga yang diwariskan kepada kalian disebabkan amalan – amalan yang dahulu kalian lakukan.


Dalam syurga itu ada buah – buahan yang banyak untuk kalian yang sebahagiannya kalian makan.
– Az Zukhruf: 70 -73.



Pada diri kita, seorang dari umat Islam, adakah kita akan bercita – cita untuk menjadi manusia seperti yang telah dinyatakan di atas ini.Kalau ada cita – citra tersebut, maka, alangkah baiknya kita dan kita tidak akan merasa takut menghadapi mati dengan apa cara mati juapun.


(Disunting dari manuskrip buku, Hakikat Ibadat Hamba kepada Allah, oleh; Mokhtar Petah)

No comments:

Post a Comment