CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday 26 September 2011

ILMU LADUNI dan "bersuluk" Imam Al Ghazali.


Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali 1059 M/ 450 H - 1111 M / 505 H : ILMU LADUNI.


Kulit Buku " ILMU LADUNI"...oleh ABU HAMID MUHAMMAD AL GHAZALI.


Begitulah al-Imam al-Ghazali hidup beramal dengan cara "bertapa" selama 10 atau 11 tahun. Pada masa inilah jiwanya yang ragu menjadi tenang dan beliau mengetahui bahawa jalan tasawuf itulah jalan yang benar. Dalam tempoh ini beliau boleh dikatakan sebagai golongan wali Allah..hidup selepas kira kira 500 tahun kemudian daripada Hijrah Nabi Muhammad Saw. Benarlah Rosul dan Nabi...memang tiada ada lagi...namun golongan wali Allah dan alim ulamak..warisatul anbia' tetap ada hingga hari Qiamat. 

Komen Tuan Punya Blog Ini:

Pada saya perkataan "bertapa" itu tidaklah tepat...boleh digantikan dengan perkataan "bersuluk" dalam amalan orang yang bertariqat. Maka bukan semua tariqat itu SESAT. Harap pihak pihak yang suka memBORONG semua tariqat SESAT..dapatlah memberikan penjelasan terhadap...amalan Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali ini...kerana karangan beliau Kitab Ihya' Ulum al Din atau al Risalah al Ladunniyyah...menjadi kitab rujukan tersohor dalam pengajian ilmu ilmu Islam.


APAKAH SULUK DI SISI AHLI TAREQAT

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah yang menjadikan ruang dan yang menempatinya, Maha Suci Allah yang menjadikan masa dan zaman. Maha Suci Allah yang menjadikan gerak dan diam.Maha Suci Allah yang menjadikan hidup dan Harapan.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول  ولا قوة
الا بالله، سبحانك لا علما لنا الا ما علمتنا انك أنت العليم الحكيم
كمدين درفد ايت مك 



Pengertian Suluk dapat di petik dan kitab asy-Syari’ah wa at-Atriqah muka surat 99 sebagai berikut :
والطريقة فى الواقع هي اسم ثان للاحسان المذكرأو انها الطريقة التى يمكن بها الحصول ( الاحسان ) وهو الذى يقال له التصوف أو سلوك أو سمه بما شئت فانما هي تعبرات واللفظ مختلفة والمقصود واحد.


Maksudnya; Dan Tareqat sebenarnya nama lain bagi IHSAN yang tersebut (dalam Hadith), atau ia merupakan jalan yang dengannya memungkinkan tercapai sifat IHSAN, dan dialah yang disebut juga TASAWUF atau SULUK atau apa saja nama yang kamu mahu namakan, sesungguhnya itu hanyalah perbezaan dari sudut penghuraian dan lafaz sedangkan maksudnya satu jua.

Tidak perlu banyak pengertian, memahami maksudnya sudah cukup. Suluk bererti jalan orang-orang yang berjalan, iaitu berjalan menuju ma’rifatullah. Selalunya ia dilakukan dalam tempoh-tempoh tertentu, sebagai contoh sepuluh hari atau empat belas hari,
(Asy-Syari’ah wa at-Atriqah ms 99).


Dalam tempoh masa tersebut kita dilatih menghayati kehidupan para Sahabat dan Rasulullah S.A.W. ini dapat dilihat dalam susunan jemaah yang menghadiri suluk. Sila rujuk Kitab Asy-Syari’ah wa at-Atriqah ms 99 hingga 118 bawah tajuk ATHTHORIQAH untuk lebih jelas maksud suluk. Sangat jauh dengan makna “BERTAPA”. Seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.

SULUK   jalan ke arah atau untuk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf; ilmu ~  untuk mencapai kesempurnaan batin.
( Kamus Dewan ms. 1238 )
TAPA   usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dll) dengan cara berpantang makan, mengasingkan diri dll. 
( Kamus Dewan ms. 1294 )


PEMBUKAAN SULUK
Sebenarnya istilah tersebut tidak begitu tepat, kerana tujuan majlis tersebut adalah untuk menyatakan kepada guru bahawa kita hadir untuk mendapat bimbingan zahir dan batin untuk beribadat dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. dalam tempoh masa tertentu. Ianya lebih merupakan majlis ‘akad untuk menerima bimbingan dan tunjuk ajar bagi mengamalkan sunnah dan ibadat dengan betul.



Majlis tersebut dilakukan pada hari pertama mengerjakan Suluk, bagi orang lelaki dilakukan dengan Tuan Guru dan wanita dengan Isteri Guru atau sesiapa yang diwakilkannya untuk melaksanakan tugas Guru di kalangan kaum wanita.

SANDARAN MENJALANI SULUK


Suluk yang difahami dan kami berpegang dengannya, bukan merupakan pekara yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Dalam Kitab Riadus Solihin diriwayatkan sebagai berikut:
وعن أبى سليمان مالك بن الحويرث رضي الله عنه قال أتينا النبي صلى الله عليه وسلم ونحن شببة متقاربون فأقمنا عنده عشرين ليلة وكان رسول  الله صلى الله عليه وسلم رحيما رفيقا، فظن اناقداشتقنا أهلنا فسألنا عمن تركنا من أهلنا فأخبرناه، فقال أرجعوا الى أهلطم فأقيموا فيهم وعلموهم ومروهم وصلوا صلاة كذا فى حين كذا وصلاة كذا فى حين كذا، فاذا حضرت الصلاة فلييؤذن لكم أحدكموليؤمكم أكبركم، متفق عليه. زاد البخارى فى رواية له : صلوا كما رأيتموني أصلى.


Maksudnya; Daripada Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairith R.D.H. katanya kami daripada kumpulan pemuda telah pergi menemui Rasulullah S.A.W. kami semua tinggal di tempat Rasulullah S.A.W.  selama dua puluh malam ( untuk belajar ilmu-ilmu agama).Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang sangat penyayang dan lemah lembut, (Baginda mengambil berat terhadap kami, dan keluarga kami yang ditinggalkan di kampung ), lalu baginda bertanya kepada( setiap) kami tentang  Siapakah keluarga yang ditinggalkan itu “.Kami semua memberi tahu baginda ( akan hal masing-masing),seterusnya baginda bersabda (setelah selesai 20 hari) “ Pulanglah kamu kepada ahli keluarga kamu masing-masing, tinggallah bersama-sama mereka, didiklah mereka,           ( dengan memberi ilmu pengetahuan yang berguna ), perintahkan mereka supaya bertaqwa kepada Allah. Dirikan sembahyang lima waktu mengikut waktu yang ditentukan).

Apabila sampai waktu sembahyang, hendaklah ada seorang diantara kamu semua yang melaungkan azan, dituntut kamu semua bersembahyang berjemaah. Orang yang akan menjadi imam sembahyang hendaklah orang yang lebih tua, ( lebih ‘aiim dan mencukupi syarat).

Imam Bukhari menambah dalam riwayatnya ungkapan dalam hadith tersebut; “Dan sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu semua melihat aku sembahyang. (Riadus Solihin ms. 344).

SULUK MELATIH BERADAB DENGAN ADAB YANG BAIK

Adab suluk itu terbahagi kepada tiga, iaitu adab sebelum, semasa dan selepas suluk.
Adab sebelum suluk;
1. Setelah mendapat seorang mursyid (yang diyakininya) yang sempurna Syariat zahirnya, hendaklah ia meyelesaikan apa-apa pekerjaan yang boleh mengganggu ketenangannya semasa suluk.


Sesuai dengan maksud dalam hadith di atas, dimana Rasulullah S.A.W. bertanya mengenai keluarga yang ditinggalkan kepada kumpulan pemuda yang datang kepadanya dan tinggal bersamanya selama 20 hari.
2. Bekalan suluknya halal, bukan dari sumber yang haram.
3. Hendaklah dirasakan bahawa ia pergi suluk itu bagaikan tak kembali lagi (mati), maka dilakukanlah perangainya atau ke!akuannya seperti orang yang tahu ia akan mati esok hari, oleh itu banyakkan taubat, mohon izin dan memohon maaf kepada kedua ibubapa serta keluarganya.
قل ان الموت الذي تـفرون منه فانـه ملاقيكم
Dan sabda Rasulullah S.A.W.
تركت فيكم واعظتين صامتا وناطقا فالصامت الموت والناطق القرآن.
4.Rasakan didalam hati bahawa dirinya yang banyak mempunyai dosa dan kekurangan, lalu ia sangat mengharap kepada keampunan dan pertolonganTuhannya yang Maha Rahman dan Maha Rahim.
ولو أنهم اذ ظلموا أنفسهم جاؤْك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما
5. Zahirkan perasaan tersebut di hadapan Gurunya serta mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingannya dalam beramal dalam tempoh tertentu. Sesuai dengan hadith di atas.

Adab Semasa Suluk
Pertamanya membersihkan niat iaitu hanya kerana Allah dan menuntut keridhaanNya semata-mata, tiada yang lain selain dari itu sama ada kerana perkara keduniaan ataupun akhirat, apakah lagi yang diperlukan oleh seorang hamba setelah mendapat keredhaanNya.
Membersihkan diri dari segala kekotoran zahir dengan mandi taubat kamudian sembahayang sunat taubat dua rakaat dengan niat bertaubat dari sekalian dosa kecil dan besar zahir dan batin.
Kalau kita kata sembahayang sunat taubat tiada dalil syaraknya, maka harus diingat dua pekara;
Pertama sembahayang taubat itu cuma sunat, bukan fardu, bida’ah jika menambahkan dalam fardu, sunat taubat lebih merupakan adat dalam ibadat, adat yang tidak mengandungi syirik dan khurafat dan disertakan dengan niat menghampirkan diri kepada Allah( ( تقرب الى الله adalah dibolehkan, sepertilah perkara harus yang disertakan dengan niat kerana Allah adalah digalakkan. 
Dalam adat tidak berlaku ‘ibadat, kerana ‘adat tidak berasaskan syarak. Tetapi dalam ibadat ada ‘adat, kerana ‘ibadat itu adalah perlakuan manusia, ‘adat juga perlakuan manusia, sebagia contoh ‘adat orang ahli ‘ibadat mengekalkan wudhu’, adat orang bersuluk tidak makan daging dan sebagainya, dimana perkara sunat dan meninggalkan yang harus, menjadi adat dalam kehidupan mereka. ADAT DALAM ‘IBADAT ITU TIDAK TERPISAH.

Kedua untuk mengelakkan keraguan niatlah sembahayang sunat wudhu’ atau sunat mutlaq, jika tidak dalam waktu yang dilarang sembahayang kecuali dengan sebab. Adalah tidak patut diperdebatkan sehingga menimbulkan kebencian di kalangan umat. Kerana yang paling utama ialah mengikhlaskan hati kepada Allah.
Kemudian membanyakkan taubat, selawat dan membaca Quran dan hadiahkan pahalanya kepada kedua ibubapa guru-guru sekalian ahli silsilah Tareqat. Membanyakkan wirid dan doa yang munasabah dengan tujuan suluk itu.
Mengurangkan makan dan yang lebih baik tidak memakan makanan yang bernyawa. Tidur seperti yang disunatkan, ingatkan sebagai kita berada dalam perut ibu, dalam keadaan lemah, begitulah dalam amal, kita berada dalam kandung guru, artinya berada dalam hati   ( ingatan) guru. Mengekalkan air sembahayang, setiasa berzikir      ( dalam hati ) beserta ingatan kepada Allah S.W.T. Selalu mendapatkan bimbingan guru dalam amalannya, mengekalkan sembahayang jemaah.

Dalam pergaulan pula semua jemaah dilatih melaksanakan adab bersahabat, sesuai dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Antara adab adab yang besar dan tidak boleh diabaikan ialah; Menghormati guru
لاترفعوا أصواتكم فوق النبي
Tidak mengangkat suara bila berbicara di hadapan beliau.

Menghormati orang tua dan orang yang berilmu (khasnya semasa berzikir)
ليس منا من لم يوقر كبيرنا ولم يرحم صغيرنا ولم يعرف لعاملنا
(dipetik dari kitab Asysyariah wa ath-Thariqah m.s 203, solat berjemaah ( sesuai dengan hadith di atas )
Menghadiri majlis amal / zikir, kurang bercakap dan membanyakkan berzikir ( واذكروا الله ذكرا كثيرا )   memberi tahu orang yang lebih tua (dalam amalan) jika ada apa-apa masalah semasa berzikir atau suluk, tidak membuat keputusan sendiri, tidak mengada- adakan atau menambah-nambah dalam amalan kecuali dengan bimbingan guru, sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah dan kepada Sahabat-sahabat utama dan sebagainya dan akhlak yang baik seperti semasa makan dengan adabnya, hindarkan percakapan yang membawa kepada perdebatan ( الذين هم عن اللغوى معرضون ) dan yang sia-sia, bercakap mengenai agama dan amalan, tidak bersikap memaksa kepada sesiapa sahaja dan memudahkan ( يسـر ولا نعسـر )   berusaha mengikh!askan hati dalam mentaati perintah, sehingga hilanglah rasa beban semasa melaksanakan suruhan atau taklif, bahkan teringat-ingat hendak melakukannya. (inilah maksud  رفع التكليف )
Jika ada di kalangan jemaah yang melakukan kesilapan atau kesalahan, hendaklah segera mengakui kesilapan kepada guru atau wakilnya, ( قل الحق ولو كان مرا ) ini bertujuan melatih diri berlaku jujur dalam pergaulan dan kehidupan, guru akan menggunakan pendekatan ( Taqarrub ilallah  ( تقرب الى الله  seperti di dalam hadith di- atas  ( رحيما رفيقا ) dalam membuat keputusan. dimana orang itu dimaafkan dengan penuh kasih sayang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. terhadap para Sahabat R.H. atau diperintahkan melakukan beberapa perkara nawafil ( النوافل ) yang tidak membebanka sesiapa, sesuai dengan tujuan Suluk itu dilakukan. Menjaga ‘aib sahabat, bukankah ada hadith Rasulullah S.A.W. sesiapa yang menjaga ‘aib saudaranya, necaya Allah akan menutup ‘aibnya di Hari Kiamat nanti
Terdapat peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W. dimana Rasulullah S.A.W.  menyuruh sahabat membanyakkan Istighfar, terdapat pula Hadith Rasulullah S.A.W. menyuruh Sahabatnya melakukan solat sunat. Walaupun hadith mengenai Fadhailul a’mal ( ( فضائل الاعمال tersebut kebanyakannya dhaif ( ضعيف ) adalah dibolehkan mengikutnya sebagai penggalak amal bahkan dituntut mengikut pesanan yang baik, khasnya pesanan yang dikatakan dari Rasulullah S.A.W. Bukan dalam perkara ( عاصى ) atau maksiat, kenapa kata-kata dari yang lain kita raikan? Kalau begitu ada agenda lain di sebalik sikap itu. ( المنافقون فى أسفل الدرك من النار )
Semua yang dilakukan didalam suluk tercatat kukuh dalam sunnah Rasul S.A.W. Kami mematuhi guru hanya dalam adab yang tidak bertentang dengan Sunnah.
السع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب أو كره مالم يؤمر بمعصية .....الحديث
Andai kata dapat kita hayati sepenuhnya adab-adab semasa Suluk, kita akan dapat merasakan kehidupan Sahabat bersama Rasulu!lah
S.A.W. Itu bukan bererti kita mengaku sebagai Sahabat dan guru sebagai Rasulul!ah S.A.W. jauh sekali, jauh sekali perbezaan diri kami dengan peribadi Sahabat dan Rasulullah S.A.W. Itu Cuma menghayati kehidupan mereka, meniru-niru akhlak mereka sesuai dengan Syariah. Seperti yang dijelaskan oleh pengarang kitab Asysyariah wat Tariqah
الان لباغنا عن النبوة وقرب القيامة صارت البدعة تنتشر وتجسط ظلمها أغلب العلم وأصبحت السنة نادرة وغربية، وأصبحت أنوارها مستورة فشذوا أزركم لاحياء السنن المتروكة ونشر الطوم الشرعية واتخذوا هذا الامر الوسيلة العظمى لحصول على رضاء البارى جل شأنه واعلموا أن فى هذا قرب الجنف المحمدى ايضا فقد ورد فى الحديث الشريف أنه صلى الله عليه وسلم قال : تمسك بسنتي هند فساد امتي فله اجر ماتة الشهيد.
( الشريعة والطريقة ص   107 دان 108 )
Maksudnya, “ Kini telah menjauh dari kita zaman kenabian dan menghampiri kiamat, maka jadilah bida’ah bertebaran, meliputi seluruh alam kegelapannya mengalah/menutupi alam Dan bermulalah Sunnah menjadi ganjil dan pelik, dan bermulalah cahayanya tertutup. Maka berusahalah dengan sekuatnya untuk menghidupkan Sunnah yang telah ditinggalkan ( oleh kebanyakan manusia) dan sebarkanlah ilmu-ilmu Syariah. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai “ WASILAH” yang utama bagi mencapai Ridha Allah al-Bari Jalla Sya’nuh. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pekerjaan ini adalah menghampirkan ( ajaran Muhammad) yang telah jauh         ( ditinggalkan) Sesungguhnya telah warid dari Hadith Rasul yang mulia Bahawa sesungguhnya Rasulullah s..a.w. telah bersabda “Sesiapa yang berpegang dengan sunnah ku ketika kerosakan        ( merata) di kalangan umat ku maka baginya balasan seratus syahid”. (107 & 108).

Andainya kita memahami pengertian suluk dengan betul pasti kita akan menyukainya bahkan menggalakkannya, jangan difahamkan suluk seperti yang difahami umum terutama oleh mereka yang tidak suka manusia lain menjadi baik, dan menentang usaha menghidupkan sunnah Rasul S.A.W. disaat kerosakan ( akhlak) berleluasa dalam masyarakat. Mereka itu termasuk dalam golongan INKARUS SUNNAH, kecuali Sunnah yang sesuai dengan fikiran mereka.
Maka ditafsirkan Suluk dengan tafsiran yang tidak ada kena mengena dengan suluk yang dilakukan oleh mereka yang benar dalam agamanya. Melalui tafsiran mereka sendiri lalu mereka memfatwakan sebagai sesat atau terkeluar dan syariat Islam atau kafir atau murtad, Sebenamya yang sesat itu adalah suluk yang mereka tafsirkan, bukan suluk mereka yang benar dalam “perjalanannya” dan bersandar pada Sunnah Rasul S.A.W.
Maka mereka berfatwa berdasarkan fitnah, dapatkah diyakini secara Qat’i ( قطعى ) keilmuan seseorang (kadang-kadang berdasarkan penyelidikan pihak tertentu sahaja) yang membuat kajian sebelum sesuatu perkara itu difatwakan? Jika tidak (yakin dengan qot’i berarti kita berhukum berdasarkan, hujjah yang bertaraf Zan (ظن ) Bukankah keterangan yang bertaraf zon (ظن )   tidak boleh mensabitkan hukum (jauh sekali sampai kepada hukum ” HAD “ ) bahkan keterangan yang menjadi dasar fatwa bertaraf waham dan tidak boleh menjadi pegangan dalam agama.
Atau ada yang berpendapat ( berdasarkan fatwa) ia dibolehkan untuk golomgan tertentu dan haram untuk golongan yang selainnya? ( والله أعلم )  Untuk mencapai taraf qat’i hampir kepada mustahil, tetapi keterangan ( hasil kajian ) tersebut harus mencapai kepada taraf “ Baiyiinah “ kalaupun tidak Syahid ( الشاهد ) Ingatlah Firman Allah: al-Buruj: 9.
ان الذين فـتــنوا المؤمنين والمؤمنات ثم لم يتوب فلهم عذاب جهنم ولهم عذاب حريق
Dan mereka yang memfitnah orang-orang beriman lelaki dan perempuan sedangkan mereka tidak bertaubat maka bagi mereka azab dan neraka Jahannam bagi mereka azab yang sangat pedih”.

Dari apa yang disebutkan di atas dapat difahami tujuan suluk adalah untuk menghayati ibadat dan rnenghayati Sunnah dalam pergaulan, mudah-rnudahan ia terikut-ikut dalam kehidupan seharian di luar suluk. Kerana itulah ada adab di luar suluk yang perlu diraikan oleh setiap mereka yang menjalani suluk. Adab itupun adalah sesuai dengan sunnah seperti yang disebutkan di atas tadi. Ianya tak ubah seperti KEM MOTIVASI yang dianjurkan oleh mereka yang pakar dalam ilmu psikologi. Inilah rahsia kejayaan umat terdahulu, Suluk adalah merupakan kem motivasi yang telah disediakan oleh Rasulullah S.A.W, bukan teori saikologi, musuh Islam amat takut usaha menghidupkan kaedah motivasi yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. ini.
Dalarn masa yang sama (suluk) mendidik hati ingat kepada Rasulullah S.A.W. Ingat kepada Rasulullah membawa kita ingat kepada Allah. Sesuai dengan keterangan al-Quran.
الله فاتــبــعونى يحـبـبـكم الله وان كنتم تـحـبـون
Pandang jemaah ……ingat kehidupan Sahabat ( ikuti adab-adab mereka). Pandang Guru ..... Ingat Rasulullah, bukan guru itu adalah Rasulullah maksudnya ingat akan Sunnahnya yang sama-sama kita berusaha mengamalkan dan hayatinya dalam masa kita bersuluk dan di luar suluk, guru cuba sedaya upaya menghayati kehidupan Rasulullah semampunya dengan sesempurnanya. Bukan memandang guru itu sebagai atau sebenarnya Rasulullah S.A.W. Itulah tafsiran yang dibuat buat atau direka-reka, sedangkan ia jahil dalarn hal tersebut dan di hatinya penuh dengan sifat kebencian dan takbur dalam kebodohan.
Dalam Kitab ( الشريعة والطريقة )  pengarangnya memetikk kata-kata Syeikh al-Islam Husin Ahmad al-Madani sebagai berkata :
 Sesungguhnya Syeikh Islam Husin Ahmad al-Madani Rahimahullah menguatkan lagi hujjahnya dalam kitab kitab kecilnya yang banyak menegaskan bahawa maksud yang sebenarnya daripada suluk itu adalah IHSAN, beliau menegaskan dalam sebuah risalahnya iaitu عزز المحترم 

 Adapun maksud atau tujuan sebenar daripada (makna) dan matlamat suluk adalah IHSAN yakni bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya (Allah). (Al-Hadis). Bermaksud bahawa orang yang salik akan lahir dihatinya( dalam suluknya) pemilikan perasaan yang kuat ( ingatan kepada Allah ) pada peringkat permulaannya dan adapun kesudahannya adalah keredaan Allah S.W.T. (ms. 109).

MENGATASI MASALAH SOSIAL
Kami tidak menentang keruntuhan akhlak dalam masyarakat dengan kekerasan atau menghukum dengan fatwa-fatwa yang tidak jelas, juga tidak hanya melalui andaian akal semata-mata, dengan teori-teori social yang entah dari mana asal-usulnya. Bukan tidak boleh berteori, tetapi dalam perkara dasar yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tidak perlu kepada teori lagi.


Tetapi kami mendekati mereka dan mengajak mereka menghayati Sunnah Rasulullah S. A. W. (zikir). Dengannya hati menjadi tenang ( الا بذكر الله تطمئن القلوب )  mudah-mudahan lahirlah insan yang baik akhlaknya.
Kenapa harus kita halang perkara yang baik ini, 

akibatnya nanti Method Motivasi yang bersumberkan agama kita akan hilang atau bercampur aduk dengan kebatilan kerana kita tidak pernah ambil peduli atau menjaganya bahkan berusaha menghapuskannya.
سبــحان اللــه
Kami membantu pihak pemerintah mengatasi masalah sosial (secara tidak langsung) setakat yang termampu. menghayati kehidupan berumah tangga, berjiran bersahabat di dalam suluk dan di luar suluk seboleh-bolehnya sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat R.H.
Persilakan membuat kajian mengenai amalan suluk dan tujuannya secara ‘adil dan ikhlas, berpandukan al-Quran dan Hadith, Athsar Sahabat, Tabi’in dan Tabi’it  Tabi’in.


Selalunya orang akan bertanya masalah tidak sembahyang Jumaat, polimik persoalan ini sudah lama dilakukan, dan sudah banyak jawapan yang diberikan, Syeikh ‘Abdul Somad al-Palimbani dalam SAIRU AS-SALIKIN ( سير السالكين ) Hujatul Islam  al-Imam al-Ghazali menjelaskannya dalam HIDAYAH AS-SALIKIN ( هـداية السالكين )

 Hujatul Islam  al-Imam al-Ghazali menjelaskannya dalam HIDAYAH AS-SALIKIN ( هـداية السالكين )
Jelasnya ia adalah pekara khilafiah dikalangan ‘AIim Ulamak dalam Fekah dan Furu’iyah. ( orang yang bersuluk tidak menafikan wajib Jumaat keatas lelaki muslim yang cukup syarat-syaratnya, Cuma berbeza dalam perlaksanaannya semasa suluk ). Kalau begitu kenapa kita harus bersikap terlalu keras keatas yang tidak sependapat dengan kita? Itu bukan sikap Salafiah yang tidak meraikan pandangan orang lain walaupun ada sandaran Syaraknya...

Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sangat memuliakan Rasulullah S.A.W dalam seluruh kehidupan, setiap sesuatu yang dikatakan dari Rasulullah S.A.W kita terima sebagai kebenaran. Jika ianya bertentangan dengan akal kita tetapi itulah kehendak syarak maka wajib kita taat, andainya perkhabaran darinya dianggap lemah        ( dari sudut sanadnya), dan terdapat khabar yang lebih sohih, hendaklah berpegang dengan yang sohih atau asoh ( dan meraikan yang dianggap lemah. Begitulah dengan yang lainnya.

Jikalau perkhabaran itu dianggap maudhu’ atau perkhabaran palsu   ( tetapi tidak bercangah dengan zahir syarak - yakni dalam pekara harus bukan yang haram atau syirik) raikannya sebagai pesanan yang baik seperti perkhabaran Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”,

Perintah menuntut ilmu sudah jelas wajibnya di sisi syarak. yang jadi masalah, tempatnya “negeri China”. Saya ingin bertanya. adakah belajar di negeri China itu dilarang oleh syarak? Kalau ianya tidak dilarang, apa masalahnya dengan perkhabaran tersebut, cuma janganlah ditahkikkan sandarannya kepada Rasulullah S.A.W, kerana sudah jelas ia bukan perkhabaran dari Rasulullah S.A.W, itulah adab kita dengan Rasulullah S.A.W,  tetapi yakinlah bahawa kebaikan itu adalah salah satu “WAJAH” Rasulullah S.A.W,  andainya perkhabaran itu baik ia termasuk dalam wilayah kebaikan, ( لايتمثل الشسطان بي )  atau ia sebagai penggalak atau perangsang kepada usaha menuntut  ilmu yang sememangnya dituntut. 

Jika sikap ini ada dalam diri seseorangn ia akan berakhlak dengan akhlak yang baik dan mematuhi pemimpin atau pemerintah, walaupun bukan semua yang dibuat oleh pemerentah, tetapi haram bagi kita menjatuhkannya dan menghuru-harakan Negara tegurlah mereka dengan nada yang mereka suka selagi tidak membelakangkan syarak. Kalau nasihat tidak didengari. Maka bukan kewajipan kita memaksa penguasa patuh kepada pendapat kita, serahkan urusan itu kepada Allah sebagai pemilik kita semua. 



MURSYID dan LADUNI
 
 


kasyaf dalam redha Allah
Ilmu ladunî diperoleh manusia melalui penyampaian langsung (mukâsyafah). Untuk memperoleh mukâsyafah, ia memerlukan proses yang panjang yang harus dijalani oleh manusia. 
Hal ini, kerana Tuhan (sebagai pemberi ilmu) adalah Dzat Yang Maha Suci, yang akan memberikan ilmu ladunî itu hanya kepada jiwa tertentu yang telah suci.

Manusia yang ingin memperoleh ilmu ladunnî, maka harus memiliki cara-cara atau prasyarat-prasyarat tertentu. Salah satunya adalah dengan proses “penyucian jiwa” (al-Ghazâlî membahasakanmya dengan istilah “Tazkiyah al-Nafs”).

Dalam proses pensucian jiwa itu memerlukan langkah-langkah antara lain:
Pertama, dengan melakukan takhallî, yakni upaya pengosongan jiwa dari sifat-sifat tercela;

Kedua, dengan tahallî, yakni mengisi jiwa yang telah terkosongkan itu dengan ahklak-akhlak terpuji; dan

Ketiga adalah tajallî, yakni ketersingkapan dan atau hasil yang nampak berupa kurnia keistimewaan atau karâmah yang dimiliki manusia setelah melalui dua proses takhallî dan tahallî.
Pada tahap tajallî inilah ilmu ladunî singgah. -  al-Ghazâlî
Cahaya


Harus diketahui bahawa "ILMU LADUNI" adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams:7). Jiwa yang bersih dan suci bakal menerima pancaran NUR (cahaya) rohani yang benar lagi membenarkan.


Bukan semua jiwa layak menerima pancaran LADUNI ini.

Perjalanan atau Perkembalian (kepada asal - fitrah) adalah dengan tiga cara: 

1. Mempelajari semua ilmu dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya. (Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu, kemudian kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula sebahagian yang lebih besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada 50%). sambung DI BAWAH selepas sejarah hidup Imam Al Ghazali..sejarah hidup seorang WALI...mengenai..apa itu UZLAH dan berSULUK...

dipetik dari: http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/03/31/pemurnian-tasawwuf-oleh-imam-al-ghazzali/


Sebelum daripada dibicarakan perkara-perkara lain eloklah dibicarakan riwayat hidupnya secara ringkas untuk memberi gambaran berkenaan dengan alam di mana beliau dilahirkan dan perkembangan peribadinya yang utama itu. Beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ta’us Ahmad al-Tusi al-Shafi’I yang terkenal secara umumnya dengan nama al-Ghazali, yang dilahirkan pada 450 Hijrah/1058 Masihi di Tabaran, satu daripada dua buah kota kecil di Tus, sekarang dalam kawasan Meshed di Khurasan.
Beliau bukannya ulama yang tersohor pertama dalam keluarganya, kerana datuk saudaranya bernama abu Hamid al-Ghazali (men.435 H/1043 M) merupakan seorang ahli ilmu kalam dan ahli fiqh yang terkenal; mungkin beliau ini menjadi contoh ikutan bagi orang muda yang berhemah tinggi itu.
Semenjak awal lagi beliau terdedah kepada pengaruh amalan-amalan dan ilmu tasawwuf, ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawwuf yang sangat warak, mengikut laporan al-Subki, sehingga dikatakan ia hanya makan dari hasil usaha tangannya sendiri, dan beliau selalu bersama dengan mereka yang alim.
Imam Ghazali rh yang yatim itu dididik oleh sufi yang menjadi sahabat ayahandanya, bersekali dengan saudaranya Ahmad. Semenjak masa kanak-kanaknya Imam al-Ghazali mempelajari ilmu kalam dan fiqh, mula-mulanya dalam kota kecil kelahirannya dengan Shaikh Ahmad ibn Muhammad al-Radhkhani al-Tusi, kemudian beliau pergi melanjutkan pengajiannya di Jurjan di bawah didikan Imam abu Nasr al-Isma’ili.
Ibn ‘Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali mengambil ilmu tentang hadith al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi, dan antara syaikh-syaikhnya yang lain dalam ilmu hadith ialah Nasr ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, ‘Abd Allah ibn Muhammad ibn Ahmad al-Khawari, dan Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad ibn Suja’i al-Zawzani dan seterusnya.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Jurjan ada kisah yang menarik tentang Imam ini yang berkisar bagaimana beliau dirompak. Bila para perompak itu meninggalkannya, beliau mengikuti mereka, tetapi beliau diberi amaran agar tidak mengikuti mereka itu kalau tidak beliau akan mati. Lalu beliau meminta dengan nama Allah supaya dikembali kertas-kertas yang mengandungi catitan-catitan pelajarannya kerana kertas itu tidak ada gunanya untuk mereka. Bila ditanya tentang kertas apa yang ada dalam beg itu beliau menjawab bahawa itu mengandungi catitan-catitan ilmunya yang didengarinya yang kerananya beliau jauh mengembara. Perompak itu ketawa dan bertanya “bagaimana kamu memperolehi ilmu mereka bila kami ambil kertas itu maka kamu tidak berilmu lagi”. Ini suatu yang aneh berlaku. Bagaimanapun catitan-catitannya diserahkan kembali. Apabila beliau kembali ke Tus lepas itu, imam al-Ghazali mengambil masa tiga tahun menghafal semua catitan-catitan yang dipelajarinya itu.
Setelah beliau kembali dari Jurjan dan berada di Tus buat beberapa waktu, mungkin di waktu ini beliau mempelajari tasawwuf di bawah Shaikh Yusuf al-Nassaj dan mungkin juga melakukan latihan-latihan kesufian. Sewaktu berumur lebih kurang dua puluh tahun beliau pergi melanjutkan pelajarannya ke Maktab Nizamiyyah di Nishapur untuk berguru kepada Imam al-Haramain iaitu Abu al-Ma’ali al-Juwaini, yang merupakan guru generasi yang keempat dari Imam al-Ash’ari sendiri dalam akidah ajaran Imam itu. Dalam akademi itu beliau mempelajari ilmu-ilmu seperti usul al-din, fiqh, falsafah, logik, ilmu-ilmu sains tabi’I, tasawwuf dan lainnya.
Imam al-Haramain memberi kepada para pelajar kebebasan berfikir dan kebebasan mengeluarkan pendapat mereka, dan mereka digalakkan dalam mengambil bahagian dalam perdebatan dan perbincangan tentang pelbagai jenis persoalan yang dihadapi. Dalam perdebatan-perdebatan dengan rakan-rakannya Imam al-Ghazali menunjukkan kemampuan berfikir yang luas dan tajam, dan ia mempunyai kebolehan yang tinggi dalam kepetahan berhujah yang ini terbukti kemudiannya dalam tulisan-tulisannya seperti Tahafut al-Falasifah.
Tidak lama kemudiannya beliau berkesempatan memberi kuliah kepada rakan-rakannya, dan membuat penulisan. Beliau merupakan seorang yang berfikir secara kritilal dan bebas merdeka; sewaktu beliau menjadi pelajar di Nizamiyyah di Nishapur beliau merasa tidak berpuas hati dengan pegangan yang dimilikinya, dan membebaskan dirinya daripada cara bertaklid semata dalam pegangan agama.
Sewaktu di Nishapur beliau menjadi murid kepada ulama sufi abu ‘Ali al-Fadl ibn Muhammad ibn ‘Ali al-Farmadhi; daripada guru sufi inilah beliau lebih banyak lagi mempelajari ilmu berkenaan dengan pengetahuan dan amalan kesufian. Al-Farmadhi itu sendiri adalah murid kepada bapa saudara beliau sendiri dan juga murid al-Qushairi (men.465/1074) yang terkenal itu. Beliau mengamalkan juga amalan-amalan kezahidan yang ketat di bawah bimbingan beliau ini; sebagaimana yang disebutkan oleh beliau sendiri keadaannya tidaklah sampai ke tahap boleh mendapat inspirasi murni ‘dari alam tinggi”.
Waktu itu juga beliau merasa tidak puas hati dengan pemikiran secara falsafah yang dihadapinya itu termasuk apa yang diterima secara otoriti dalam hubungan dengan usul al-din. Tekanan dalam tasawwuf tentang hubungan yang rapat dan mesra dengan Tuhan menjadikan imam utama ini lebih tidak berpuas hati lagi dengan huraian falsafah dalam usul al-din itu. Al-Farmadhi meninggal pada tahun 477 /1074 M dan Imam al-Haramain meninggal di tahun 478 H/1085 M. Waktu itu Imam al-Ghazali berumur dua puluh lapan tahun; ianya masih sangat bertenaga, dan namanya masyhur dalam alam Islam.
Beliau pergi ke istana Nizam al-Mulk wazir Malikshah (memerintah waktu itu 465 H/1072-485 H/1092 M) dan berada dalam kalangan para ahli ilmu kalam dan fuqaha di istana beliau itu. Nizam al-Mulk itu seorang wazir yang memberi galakan kepada perkembangan ilmu-ilmu, sains, sastera, dan menghimpunkan sekelilingnya para ulama dan ilmiawan yang terkenal dan mempunyai ilmu yang mendalam. Beliau biasa mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah dan al-Ghazali mendapat namanya yang terkenal kerana kebolehan debatnya yang sangat baik.
Ilmu pengetahuan al-Ghazali berkenaan dengan fiqh, usul al-din, dan falsafah sedemikian dikagumi oleh Nizam al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor Usul al-Din di Nizamiyyah itu (diasaskan pada tahun 458–460 H/1065-67 M) di Baghdad pada tahun 484H/1091M. Waktu itu beliau berumur tiga puluh empat tahun. Ini merupakan kemuliaan yang sedemikian tinggi di alam Islam, dan beliau itu diangkat kepada jawatan yang sedemikian sewaktu umur sedemikian muda, yang tidak pernah orang lain dilantik kepada jawatan sedemikian sewaktu bermur semuda itu.
Beliau sedemikian berjaya sebagai professor di Akademi itu; kuliahnya yang sedemikian cemerlang dan kedalaman ilmu pengetahuannya serta kejelasan huraiannya menarik semakin ramai para pelajar atau pendengar kepadanya, termasuk mereka dari kalangan para sarjana yang terkenal di zaman itu. Dengan segeranya ramai mereka mengiktirafi kefasihan, kedalaman pengetahuan, dan kemampuan beliau sebagai pembicara ilmu, dan kemudiannya beliau dikirakan sebagai ahli usul al-din yang teragung dalam tradisi Asha’irah. Maka beliau diminta nasihat dalam perkara-perkara keagamaan dan siasah dan beliau menimbulkan pengarah yang sebanding dengan pengaruh pegawai-pegawai negara yang tertinggi.
Beliau mencapai kejayaan tertinggi sebagai ulama dilihat dari segi keduniaan lahiriahnya, tetapi dari segi batinnya beliau mula mengalami krisis intelektuil dan kerohanian yang amat mendalam. Rasa syaknya dan menyoal semua perkara yang ada dahulunya pada beliau mula menimbulkan dirinya semula dan beliau sampai bersikap kritikal terhadap mata-mata pelajaran yang diajarkannya sendiri. Beliau merasa kekosongan dalam huraian-huraian yang berupa helah-helah di kalangan para fuqaha. Sistem huraian di kalangan ahli ilmu kalam tidak merupakan keyakinan secara ilmu dan intelektuilnya. 

Beliau menentang huraian mereka yang memberi penekanan yang berlebihan tentang perkara-perkara doktrinal, kerana yang demikian membawa agama menjadi lingkungan sistem ortodoksi dan berupa sebagai soal-jawab yang dangkal sahaja; perbalahan-perbalahan di kalangan para mutakalimun berupa perakara-perkara soal-jawab tentang pegangan agama yang tidak ada hubungan sebenar dengan kehidupan manusia dengan agamanya.
Sekali lagi beliau menumpukan dirinya kepada penelitian tentang falsafah secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh, dan beliau mendapati bahawa pegangan dan keyakinan tidak boleh dibinakan atas pemikiran semata-mata. Akal ada peranannya pada tahap-tahap tertentu, tetapi akhirnya Kebenaran Yang Terakhir memang tidak boleh dicapai dengan akal fikiran. Dengan menyedari tentang batasan-batasan pemikiran dalam hubungan dengan teologi, beliau berada dalam rasa syak berkenaan dengan ilmu dan pegangan lalu beliau merasa tidak tenang jiwanya dan hatinya. Beliau merasa beliau berada dalam kedudukan yang tidak sebenar.
Akhirnya beliau mendapat kesedaran bahawa jalan yang sebenarnya ialah jalan tasawwuf yang membawa manusia kepada kebenaran yang sebenarnya melalui pengalaman rohaniah yang sahih. Beliau telahpun mempelajari ilmu tasawwuf secara teori dan bahkan ada juga melakukan amalan-amalannya; tetapi beliau belum lagi mara ke dalam pengalamannya secara yang sangat jauh. Dia memikirkan bahawa kalaulah beliau menumpukan dirinya kepada perjalanan kesufian melalui ciri-ciri kezuhudan, serta menekuni amalan-amalan spiritual, berserta dengan tafakur yang mendalam, beliau berkemungkinan akan mencapai nur yang sedang dicari-carinya.
Tetapi yang demikian ini melibatkan beliau meninggalkan kerjaya ilmiah yang cemerlang dan kedudukan keduniaan yang sedemikian tinggi itu. Beliau terasa juga runtunan untuk mendapat kemasyhuran dan kehebatan dirinya dalam kehidupan. Tetapi runtunan untuk mencari kebenaran terlalu amat kuatnya. Beliau merasakan bahawa beliau memerlukan keyakinan yang menetap pada pegangan, yang diperkuatkan lagi dengan pemikirannya tentang kedatangan maut. Beliau berada dalam konflik pemikiran dan perasaan sedemikian selama enam bulan lamanya mulai dari bulan Rajab 488H/ Julai 1095.
Beliau menjadi merusut kesihatan badannya dan pemikirannya juga amat terganggu; selera makannya dan penghadamannya hilang sampai suaranyapun tidak ada lagi. Maka senanglah baginya untuk melepaskan jawatannya sebagai professor lalu ia meninggalkan kota Baghdad pada bulan dhul-Qa’idah 488 H/ November 1095 M, secara lahirnya beliau menunjukkan bahawa beliau sedang hendak menunaikan fardhu haji; beliau meminta saudaranya Ahmad menggantinya memberi pengajaran kepada orang ramai dalam masa pemergiannya itu; sebenarnya beliau menjalankan ‘uzlah sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama sufi demi untuk mencapai kedamaian fikiran dan hati serta keselamatan untuk rohnya sendiri.
Beliau menyedekahkan semua harta miliknya melainkan bahagian-bahagian tertentu yang diamanahkan untuk perbelanjaan keluarganya, kemudian beliau terus pergi ke Syria.
Selama dua tahun lamanya beliau berada dalam ‘uzlah (tahun 488 H/1095 M ) di salah sebuah daripada menara-menara masjid Umayyah di Damsyik; kemudian beliau pergi ke Jerusalem untuk menjalankan ‘uzlah lagi di mana beliau melakukan tafakur yang mendalam di Masjid ‘Umar dan Qubbat al-Sakhr (The Dome of the Rock). 

Selepas daripada melawat makam Nabi Ibrahim a.s. di Hebron, beliau melaksanakan hajinya ke Makkah dan pergi ke Madinah. Itu diikuti dengan amalan ber’uzlah di tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid, serta mengembara di padang-padang pasir. Selepas daripada sebelas tahun berada dalam pengembaraan beliau kembali ke kota kelahirannya Tus, dalam tahun 499 H/1105 M.
Berkenaan dengan pengalaman-pengalamannya mengikut apa- apa yang berlaku selepas beliau meninggalkan kota Baghdad, tidak ada apa-apa yang diberitahu olehnya kepada kita. Apa yang diberitahu ialah bagaimana adanya perkara-perkara yang tidak boleh dihuraiakan yang terlalu banyak yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham-ilham sewaktu beliau berada dalam masa ‘uzlahnya itu. Pengalaman-pengalaman itu nampaknya membawa sebagai natijahnya kepada beliau menerima otoritas Nabi s.a.w. dan tunduk dengan sepenuhnya kepada kebenaran-kebenaran yang diwahyukan dalam al-Qur’an.
Antara tanda-tanda awal tentang beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlis-Sunnah wal-jama’ah (yang memang dahulunya memang beliau memberi pembelaan terhadapnya, tetapi sekarang pembelaan itu diberikan selepas daripada berlaku sesuatu yang boleh disebut sebagai pengesahan secara kerohanian tentang kebenaran-kebenaran itu) ialah penulisannya berjudul ar-Risalah al-Qudsiyyah yang digubah sewaktu beliau berada dalam ‘uzlahnya di Jerusalem, mungkin sebelum 492 H/1099 M sebab pada bulan Sya’ban tahun tersebut Jerusalem ditawan oleh tentera Salib. Ini dimasukkan ke dalam bab ke tiga kitab teragungnya Ihya’ ‘Ulumi’d-Din dalam bab berkenaan dengan dasar-dasar ‘Aqidah; di dalam kitab itu beliau mencatitkan apa yang dipelajarinya dalam masa beliau ber’uzlah sambil melakukan latihan-latihan kerohanian dan menjalankan tafakur yang mendalam itu.
Dalam masa pengembaraan itu beliau terus menerus mengarang kitab-kitab selain daripada Ihya’ ‘Ulumi’d-Din dan dari semasa ke semasa beliau kembali memberi pengajaran kepada para muridnya. Beliau merasakan bahawa ia mempunyai peranan untuk menyelamatkan agama daripada aliran kezindikan dan kekufuran dan beliau mengarang kitab-kitab untuk menegakkan akidah Ahl al-Sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang jelas daripada bahagian akidah dalam Ihya’ ‘Ulumi’d-Din dan kitab-kitab lain seperti al-Iqtisad fi’l-I’tiqad; beliau juga mengarang kita tentang kesesatan Batiniyyah dalam kitabnya al-Fad’ih al-Bataniyyah dan juga kesesatan dan kekufuran dalam kitab Faisalat al-Tafriqah bainal-islam wa’z-zanadiqah. Beliau juga meneruskan pemerhatiannya terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.
Bila beliau kembali ke Tus beliau meneruskan hidup ‘uzlahnya serta tafakkur yang diamalnya; bagaimanapun Fakhr al-Mulk anak lelaki Nizam al-Mulk yang memberi lindungan kepadanya, yang waktu itu menjadi wazir kepada Sultan Sanjar menggesa beliau menerima jawatan professor ilmu akidah di Maktab Maimunah Nizamiyyah di Nishapur yang beliau setujui akhirnya, dengan perasaan hati yang berat; tetapi beliau tidak lama bertugas di sana dan kemudiannya kembali ke kota kelahirannya lagi dan membina madrasah di mana beliau memberi pengajaran di sana berkenaan dengan usul al-din dan tasawwuf.
Kemudiannya bila beliau disuruh oleh wazir al-Said mengajar pula dan Nizamiyyah di Baghdad, beliau membuat pilihan untuk menetap di Tus; di sana beliau hidup dengan aman dengan para muridnya; hidupnya dipenuhi dengan pendidikan dan ibadat kepada Allah sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Jamadil-Akhir tahun 505 H/19 Disember 1111 M dengan kitab hadith atas dadanya, kata kisahnya.
Ibn al-Jawzi meriwayatkan dalam kitab al-Thabat ‘Inda al-Mamat kisah yang didapatinya daripada Ahmad saudara Imam al-Ghazali bahawa “pada Hari Isnin (14 Jamadil-Akhir) pada waktu masuk Subuh saudaraku Abu Hamid mengambil wudu’nya, sembahyang Subuh, kemudian berkata: ‘Bawa kepadaku kain kafanku’; beliau mengambil kain itu, menciumnya dan meletakkannya pada matanya, sambil berkata: ‘Kami mendengar dan taat dengan penuh persediaan untuk hadhir ke Hadhrat Tuhan, Raja (Yang Maha Berkuasa)’; kemudian beliau melunjurkan kakinya, mengadap kiblat,dan meninggal dunia sebelum matahari naik’.
Diceritakan bahawa Shaikh Abul-hasan al-Shadhili rd bermimpi bahawa ia melihat Nabi s.a.w. menunjukkan Imam Al Ghazali kepada nabi Musa dan ‘Isa, sambil bertanya kepada kedua mereka, ‘Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?’, jawab keduanya tidak ada.
Dalam hayatnya beliau menyedari bahawa beliau mesti bertanggungjawab untuk menghadapi aliran ilhad atau kekufuran yang sedang muncul pada waktu itu menyanggahi ajaran Islam berdasarkan Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang ada dalam Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Kerana itu beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah dalam teks-teks karangannya.

sambung DI ATAS selepas sejarah hidup Imam Al Ghazali..sejarah hidup seorang WALI...mengenai..apa itu UZLAH dan berSULUK...
2. Latihan yang benar dan Murraqabah yang betul, kerana Nabi SAW. pernah menunjukkan kepada hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Siapa yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu mengenai apa yang belum diketahuinya". Bersabda lagi Nabi SAW. yang bermaksud: "Siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah dari Qalbu ke atas lidahnya". 

3. Berfikir; bahawa jiwa itu bila beramal (menerusi ilmu-ilmu yang dipelajari) dan berlatih (beramal) dengan (keadah) ilmu kemudian berfikir mengenai maklumat menurut syarat-syarat berfikir, akan dibuka kepadanya pintu ghaib seperti seorang ahli perniagaan yang menyelenggarakan hartanya dengan syarat-syarat (yang ditentukan untuk) penyelenggaraan, akan dibuka kepadanya pintu-pintu keuntungan. 

Bila ia melalui jalan yang salah ia akan jatuh di dalam kerugian. Sekali melakukan kesalahan, sesaorang itu bakal melakukan kesalahan berikutnya. Begitulah seterusnya. Jiwa yang tercemar akan hilang cahaya dan pastinya akan menyerah diri kepada alam kegelapan. Alam kegelapan adalah alam syaitan yang dilaknat. Contoh sesaorang yang berdusta untuk menyelamat maruahnya terpaksa melakukan dusta kedua dan seterusnya demi menutupi dusta sebelumnya. 

Begitu juga sebaliknya seperti contoh: seorang pemikir itu, bila ia menempuh jalan yang betul ia akan menjadi seorang yang bijaksana dan terbuka saluran dari Alam Ghaib dalam Qalbunya; lalu ia menjadi seorang Alim yang sempurna, beraqal, berilham lagi mendapat pertolongan (dari Allah) sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat selama 60 tahun". 

Syarat-syarat berfikir juga ada kaedahnya. Tetapi  cara dan hakikatnya adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan dengan pertolongan Allah Taala. Cukuplah dengan mengambil pendekatan mudah iaitu cuba ikhlaskan diri dan berfikirlah dengan hati bersih meninggalkan syak wasangka. 


Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40) 

Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, 




Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara lmu itu.



Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya "betul" dalam bidang masing-masing. 

Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. 

Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. 

Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit (melubangi) kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik. Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya. 

Seperti juga yang berlaku pada Halaj (Abu Mansur), seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh oleh gurunya sendiri kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq'. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan "La ila ha illa llah" dipermukaan tanah. 

Dalam hal ini, ahli Syariat yang menjatuhkan hukum tidak bersalah begitu juga Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu 'Zuk" atau telah fana di dalam kewujudan Allah SWT. Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Syariah adalah hukum untuk masyarakat umum dan bersifat duniawi. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam kukuh bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW. 



Laduni dan Kasyaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan sesaorang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru. 

Kasyaf bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara ghaib yang tidak nyata pada mata kasar. Pandangan kasyaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata rohani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (sinar cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan "NUR" untuk melihat.

(Untuk mudah fahaman, kita boleh mengambil contoh berikut: bagaimanakah diri nampak sesuatu ketika bermimpi dalam tidur padahal mata zahir terpejam)

Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhanan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun semuanya sumbernya dari Allah SWT, ia disalur melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir (paling rendah dan bersifat awam). 

Membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, penyampaiannya juga mesti menggunakan peralatan zahir juga, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Dari sini akan bermulalah perjalanan seterusnya kepada perkara-perkara ghaib pula dengan bantuan guru mursyid. Guru Mursyid menjadi pemandu arah kepada sang murid yang masih teraba-raba dalam gelap. Sehingga mata basirnya celik, tidak lagi buta dan meraba.

Matlamat sebenar ialah untuk masuk ke alam ghaibul ghuyup (Ghaib Dalam Ghaib) yang tentunya memerlukan bantuan guru yang yang lebih tinggi darjatnya. Guru jenis ini tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri atas perintah Allah Azzawajalla.

Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. 

Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunakan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas di bawah panduan seorang guru yang mursyid, darjat IMAN dan TAQWAnya meningkat dari hari ke sehari. Hasil dari peningkatan ini, "dirinya" yang berada dalam diri zahir (jasad), menjadi bertambah kuat dan sihat. Dari sini murid akan mula faham apa itu jasad, diri dan roh.

Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kasyaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. 

Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat (yang dipelajari). Tetapi kini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata). Jelas pada penglihatannya.

Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib pula yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau ALLAH memberi terus melalui Laduni. 

IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga mencapai HAQQUL YAKIN. Iaitu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi. Setelah mengtahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mencapai HAQIQAT (Yang Haq). Iaitu mengtahui kejadian makhluk Allah di segi zahirnya dan ghaibnya (batinya). 

Setelah mendapat HAQIQAT, seterusya murid tadi dengan kurniaNYA, akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu mengenai diriNYA.

Sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbentuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat. 

Guru mursyid 

Guru mursyid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya mencapai peringkat Haqiqat kalaupun tidak sampai kepada Makrifat. 

Jika kita bukan ahlinya, tak perlulah menjadi seperti orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya. 

Berkenaan persoalan bagaimana hendak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau batil (syaitan). Sebagai guru mursyid, amat mudah baginya untuk mengesan apa yang terjadi kepada murid di bawah bimbingannya. Guru mursyid juga akan dapat membantu muridnya untuk segera memperbetulkan langkah. 

Guru mursyid dapat melihat dengan mata basir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai merupa (menyamar), tetapi harus diketahui, mata basir amat tajam sehingga syaitan itu juga boleh dibunuh melaluinya. Sebab itu mempelajari ilmu yang berkaitan perkara ghaib perlu berguru dengan guru zahir yang mursyid.

Kalau berbicara masalah Tariqat, tak perlulah bertanyakan tentang hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa pula muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul, tariqat yang salah kedua-duanya juga jelas. 

Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti solat tanpa kelakuan atau solat niat atau dipanggil juga solat batin, tentu salah kerana ia bersalahan syariat. Solat mesti ada tiga syarat iaitu niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah. 

Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin lazat dan merindui solat, pastinya dia sangat kasih malah akan giat mengerjakan solat. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, baginda asyik dalam solatnya, melakukan solat malam sehingga bengkak kakinya. Kalau semakin menjauhi solat atau sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblis yang menjadi gurunya.

Harap jangan lakukan dosa ini pula. Perlu diingat jika sesaorang itu tidak menampakkan kelibatnya bersolat, jangan sekali-kali menghina, menuduh atau menganggap dia tidak pernah solat. Ini juga hal yang penting.

Solat itu merupakan "persembahan"  hamba kepada khaliknya bukan untuk dipertunjukkan kepada manusia atau untuk dipuji manusia. Ketahuilah memang ada manusia yang menyembunyikan amalnya dari diketahui manusia. Mereka terdiri dikalangan ahli haqiqat dan makrifat. Bagi mereka, mereka amat takut kepada bahaya "syirik" terhadap Allah walaupun ianya dipandang remeh oleh masyarakat ramai. 



Sebagai kesimpulan, jalan selamat untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT, mesti bermula mempelajari dan mengamal Tariqat (tariqat hanyalah kaedah atau jalan). Sesaorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh diperbetulkan sebelum mengadap Ilahi. 

Bahkan diantara mereka ini mungkin layak dilantik menjadi Wali-Wali Allah. 

Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.

Akhir kata, Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru Sekelian Alam. Semoga Allah memberkati usaha hambaNya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnNya di dunia dan akhirat. Allahu A'lam.

Assalamualaikum wb.

Bab Ilmu ini akan disambung.... InsyaAllah

No comments:

Post a Comment