CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 24 November 2011

Putu Halba popular di Kelantan


Kenapa Putu Halba popular di Kelantan time musim hujan?

Oleh : AdukaTaruna


"Kenapa asal hujan jer, semua sibuk bisnes Putu Halba? Semua orang sibuk beli Putu Halba?" Soalan gua kepada satu pakcik surau.

"Bukan Putu Halba.. tapi ubi kayu. Bila musim hujan, ubi kayu mudah rosak. Time ni la ubi kayu digali. Dijual. Bila lambakan ubi kayu dipasaran, maka, macam2 kuih la berasaskan ubi kayu wujud." Kata pakcik tersebut. Gua tak ingat dialog sebenar. So, gua guna dialog gua sendiri. Hua3..

Kepada orang luar, menatang Putu Halba ni macam Putu Piring rupanya. Kaedah masak pun sama. Kalau Putu Piring rasa kelapa (rasa kelapa kan?), Putu Halba ni tak rasa kelapa, tak rasa ubi pun. Rasa lemak dan ofkos la manis. Kuih Kelate, maa..

Makan time panas. Dia bungkus dalam plastik dan dibalut dengan surat khabar. RM2 dapatlah dalam 5 keping. Ikut kawasan la. Bila buka bungkusan tu, bleh nampak wap2 panas keluar. Sedap. Tapi gua setakat 2 keping jer la. Tak bleh bla dah. Manis woo inti dia tuh. Banyak makanan dan kuih tradisional Kelate nih. Ntah sapa yang eksperimen cipta semua2 nih, gua pun tak tahu la.

No comments:

Post a Comment