CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday 13 November 2011

Kiswa Baru Kaabah


Kiswa Baru Kaabah

Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan. Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga lebih SR20 juta (lebih kurang USD8 juta) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quranyang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.












Adios...!
ShareKeep unreadSend to

    " JaMraT Tempat MelonTar.."






    Wasiat Imam Hassan Al-Banna...

    Solat asas keteguhan keperibadian Muslimin 
    "Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalamkeadaan bagaimana sekali pun." kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yangpertama.
    Didalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkanIKHWANberhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yanglain.
    Halini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.wtentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut olehbaginda menjelang hari terakhir kewafatannya.
    "Apabilamendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun,"demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu?
    Solatadalah benteng yang mengeluarkan manusia daripada garis-garis kesesatan. Dalamsolat itu, terkandung kewajipan membaca surah al-Fatihah dan dalam surah itukita telah diwajibkan untuk membaca doa ihdina as-Siratal Mustaqim.
    "Berilahkami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan," itulah doa teragung yangwujud di dalam surah tersebut. Maka, jika manusia tidak menunaikan solat,mereka akan terhalang daripada rahmat Tuhan dan terdedah kepada jalan-jalankesesatan.
    Iblisakan menipu manusia melalui bisikan kata-kata bahawa kedudukan mereka itu telahtinggi dan mencapai kedudukan tertentu. Lalu, mereka tidak perlu lagimenunaikan solat. Helah ini berguna untuk memusnahkan jiwa manusia.
    Dengansikap enggan menunaikan solat itu tadi, manusia akan semakin mudah disesatkankerana lidah mereka terasa asing daripada menyebut doa, "Berilah kamipetunjuk ke arah jalan yang diluruskan."
    Solatinilah satu-satunya amalan yang perlu dilakukan setiap hari bertujuan agarmanusia itu sentiasa terjalin hubungannya dengan Tuhan setiap masa.
    Adaamalan yang dibuat setahun sekali seperti berpuasa di bulan Ramadhan,menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumurhidup.
    Dunia tidak sunyi daripada solat
    Denganperedaran matahari dan bulan, dunia kita ini tidak pernah sunyi daripadalaungan azan yang menyeru manusia agar bingkas menunaikan solat.
    Ertinya,dunia ini akan sentiasa bergema dengan kalimah Tauhid. Dengan sebab itu, siapayang bersolat, maka dia telah menegakkan Islam di dalam dirinya dan negaranya.
    SabdaRasulullah s.a.w, "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat,maka dia menegakkan tiang agama. Dan sesiapa yang yang tidak menunaikan solatbererti dia telah meruntuhkan agamanya."
    Denganmenunaikan solat, jiwa terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenangserta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diriseseorang Muslim itu untuk terus hidup dalam keimanan dan ketaqwaan.Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketikamendengar azan. Menurut Hasan al-Banna, solat itu hendaklah diusahakan semampuyang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.
    Hasanal-Banna mengaitkan azan dengan solat dalam wasiatnya yang pertama ini. Disitu ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akartaufik. Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan denganmenyebut solat di awalnya.

    Perhatikan bagaimanaTuhan mensyariatkan solat. Solat juga di medan perang. Walaupun pada saatgenting, darurat dan kecemasan.

    ShareKeep unreadSend to

      Kaabah pasang kiswah sutera


      MINA: Seperti tradisi setiap tahun, kain penutup Kaabah disebut kiswah diganti semalam menandakan permulaan haji dan pada tahun ini kain diperbuat daripada sutera hitam itu bercampur warna emas dan perak.

      Selesai solat Subuh, berpuluh-puluh petugas menanggalkan kiswah yang selama setahun menutupi Kaabah. Para petugas kemudian menggantinya dengan kiswah baru hasil tangan 240 petugas khas.

      Pada masa sama, Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal bin Abdulaziz yang bertanggungjawab atas jemaah haji, mengingatkan jemaah supaya mengelak berpolitik dan menumpukan sepenuhnya kepada ibadat Rukun Islam kelima itu.
      Bercakap dalam sidang akhbar di sini, beliau berkata: “Tindakan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan haji untuk tujuan lain.”

      Setakat ini, tiada cubaan dibuat dalam hal berkenaan. Sementara itu, jumlah jemaah luar negara tahun ini di Tanah Suci memecah rekod dengan peningkatan 1.5 peratus berbanding tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah berdaftar seramai 1,828,195 orang.

      Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Naif Abdul Aziz berkata jumlah ini meningkat seramai 27,274 berbanding tahun lalu.
       
      “Ini adalah kali pertama dalam sejarah haji, jumlah jemaah luar negara mencecah rekod melebihi 1.8 juta orang,” katanya kepada agensi berita Arab Saudi.
       
      Daripada jumlah itu, jemaah lelaki mewakili 54 peratus iaitu seramai 989,776 orang sementara jemaah perempuan seramai 838,419.

      Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, seramai 1,684,876 jemaah tiba menggunakan penerbangan, 128,350 menerusi darat dan 14,969 melalui laut, mewakili 183 negara.

      Putera itu melahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah berikutan kejayaan mengendalikan perhimpunan raksasa itu.

      Sementara itu, jemaah memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi Air) kelmarin, hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah.

      Ramai jemaah menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan sekelilingnya yang kosong dipenuhi jemaah untuk menghadiri kemuncak ibadat haji, semalam.

      Kereta Api Mashair memulakan operasi kali pertama tahun ini dengan kapasiti penuh membawa 72,000 jemaah sejam untuk mengurangkan kesesakan dan mengelakkan tolak menolak.

      Landasan berkembar itu menghubungkan tiga kawasan suci di Mina, Muzdalifah dan Arafah. Kereta api itu akan menggantikan penggunaan 30,000 kereta sebelum ini, kata pengarah projek Fahd Abu Tarbush. – Agensi/AP

      No comments:

      Post a Comment