CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday 19 November 2011

Imam Mahdi dan Nabi Isa


Mula lah mengira Hari Saat Pasti tiba

Samada manusia suka atau tidak, sedar atau tidak sesunguhnya manusia sedang menanti kedatangan tiga serangkai. Kemunculan Imam Mahdi, Kemunculan Dajal dan Turunya Nabi Isa (AS) dari langit. Sebelum terjadi 3 perkara tersebut penduduk dunia sudah pun tinggal 1/3 sahaja. Mati di sebabkan peperangan yang paling besar dalam tamadun manusia ia itu Perang Armegadon atau di kenali sebagai Perang Dunia ke 3. Perang yang terpaksa di lalu oleh  makhluk bumi ini bagi meyambut kedatangan Zaman baru yang membuktikan betapa Maha berkuasanya Allah (SWT). yang mentakbir alam ini. Al Mahdi akan memimpin Peperangan, Nabi Isa akan membunuh Dajal. Dua pimpinan besar akan berada dalam satu Masa. Imam Mahdi dan Nabi Isa (AS) (Imam dan Nabi). Apakah manusia masih ragu mengenainya.


Sudah tentu sebelum  belaku  tiga  perkara ini  bebagai tanda  dan  pertunjuk  telah di janjikan Allah melalui Lidah Para Nabi dan  Rasul melalui  kitab  mereka  serta  Para Imam  dan Khalifah  yang terdahulu yang di beri hidayah  dan pertunjuk dan para awlia  dengan kelebihan kerohanian.(kasyaf). Semuanya ini  tanda tanda kebesaran Allah dengan sifatnya Al Rahman  Al Rahim. Maha penyayang. Memberi tanda tanda sebelum belakunya sesuatu yang lebih besar supaya manusia berhati hati dan mengingati yakin dan percaya bahawa apa yang dijanjikan Allah pasti akan belaku. Masalahnya bila ianya akan belaku.

Manusia yang penuh dengan sikap angkuh tetap dengan sikap sedemikian selagi Syurga atau Neraka tidak terjerampang di hadapan mereka. Bala atau hukuman yang dijanjikan tidak belaku dihadapan mereka. Selagi itulah manusia akan terus angkuh dan sesat sehinggalah satu bencana besar belaku terhadap diri mereka sendiri siksaan yang amat pedih di dunia seperti, kelaparan yang membunuh, kehilangan harta benda yang tidak mungkin dapat di ganti atau hancurnya kehidupan mereka. Ketika itulah mereka akan memandang ke langit memohon belas insan dari yang Maha esa. Atau munkin ada yang menyalahkan tuhan kerana menurunkan bala yang amat pedih.

Bukankah pertanda besar sedang belaku di hadapan kita ?Segala tanda tanda hari kiamat hampir genap syaratnya. Segala sikap dan tingkahlaku manusia yang megundang bala  seperti mana yang dijanjikan telah pun belaku. Dinegara kita mau pun di seluruh dunia hampir setiap negara sedang menghadapinya. Kehancuran sistem ciptaan manusia sedang belaku disana sini dimulai dengan Negara Umat Islam. Arab merupakan bangsa yang pertama menerima Islam dan Negara Arab lah yang mula menolak hukum Allah dan di ikuti dengan negara umat Islam yang lain hingga ke Malaysia ini. Umat Islam menolak hukum Allah mencaci, menghina megenepikan syariat yang di bawa oleh para Nabi dan rasul. Kristian menolak apa yang di ajar dalam kitab mereka (Injil). Yahudi engkar dengan (Zabur) dan Taurat. Umat Islam menolak Al Quran. Apakah tidak adil bagi yang mencipta manusia sekelian alam melaksanakan satu hukuman terhadap hambanya yang terlalu biadap dan engkar. Ini lah yang dikatakan sifat Allah yang Maha Adil .

Perang Dunia ke 3 pasti belaku, sudah tentu tetap akan belaku seperti mana yang dijanjikan bumi perlu di bersihkan dengan segala kemungkaran.  Seruannya hanya satu mari kita kembali pada Allah (SWT) Tuhan sekelian Alam. Kita tiada pilihan, jalan nya hanya satu tiada yang melainkan  simpang ke Syurga atau ke neraka.

Raja Abdullah Arab Saudi sedang menanti masa untuk di ambil malaikat maut. Pergolakan dunia Arab di Hijaz akan bertambah bergolak keseluruh Semenajung Arab. Syria bakal di hancurkan oleh tangan tangan kufar barat. Jordan bakal hancur. Mesir, Tunisia, Libya telah pun runtuh tapi masih tetap tiada syariat Islam di laksanakan. Tangan tangan Zionis tetap tidak membenarkannya syariat tertegak di bumi Arab yang telah berjaya dengan revolusi Mereka. Rakyat yang berjaya gulingkan kerajaan yang Zalim masih degil masih mengharapkan demokrasi untuk tegakkan syariat. Apakah Demokrasi itu ciptaan Allah untuk manusia sebagai jalan untuk tegakan syariat. Ciptaan siapakah Demokrasi itu????

Apakah Allah perlu suara terbanyak untuk menurunkan hukum atau wahyu atau perentah Allah itu dilaksanakan dengan suara terbayak atau teramai. Demokrasi sebenarnya adalah laknatullah.  Itu lah hakikat yang sebenarnya.

Pokoknya dunia Arab tetap degil. Umat Islam tetap degil. Manusia dari ugama Samawi juga tetap degil dan engkar. Mereka menolak hukum Allah yang mencipta alam ini. Maka manusia tidaklah harus terkejut, apabila melihat langit tiba tiba jadi merah. Ledakan Bom Nukler tiba tiba saja meletup dunia jadi huru hara semuanya jadi musnah. Bumi pun marah dan gegarkan bumi ini dengan gempa yang amatkuat. Bila bumi marah maka laut pun turut marah memuntahkan air Tsunami yang amat dahsyat hingga menenggelamkan banyak negara umat Islam dan  bangsa lain barat dan timur, utara dan selatan.

Saya yakin berdasarkan pertunjuk dalam ilmu yang dimunafa'atkan  saya yakin insyAllah mana saja negara yang terdapat pemimpin yang Zalim, merompak harta rakyat, rasuah yang melampau hingga rakyatnya  tidak habis menyumpah dan berdoa untuk kehancuran pemerintahan berkenaan, sudah pastinya akan tiba masa sifat Allah yang  maha mengetahui  akan memakbulkan doa rakyat yang tertindas. Doa orang beriman dan doa para awlia sudah mula di makbulkan..

Muharam akan menjelang 11 hari lagi. Adalah tahun baru Umat Islam. 10 Muharam adalah tarikh Keramat yang telah mencipta sejarah nya sendiri. 10 Muharam  tarikh yang mencatit bencana yang paling besar dalam sejarah para Nabi dan rasul. Begitu  juga  kezaliman  yang paling dahsyat oleh manusia terhadap cucu Rasullullah. Apakah 10 Muharam  akan  datang memakan korban 10 juta manusia di bumi ini, Entah lah Allah saja yang mengetahuinya. Hasbunallah waknikmal Wakil.

Satu satunya negara yang masih patuh dengan sistem ciptaan tuhan ialah MOROCCO atau Maghribi. Rajanya tetap dengan sistem khalifah. Hanya satu negara yang merupakan kesinambungan sistem khalifah selepas  jatuhnya "Khalifah Othmaniah. Apakah tentera imam Mahdi  yang dikatakan dari sebelah barat akan datang dari negara ini dan bergabung dengan tentera di sebelah timur.

Apa pun yang akan terjadi nanti hanya para Imam para awlia yang diberi pertunjuk sudah pun mendapat pertunjuk mereka yang lebih pasti dari kita manusia biasa.

No comments:

Post a Comment