CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 16 March 2017

Menyampaikan Mesej..Demokrasi Gagal..Merupakan Suatu Jenayah?



Kenyataan Media
Menyampaikan Mesej Kebenaran “Demokrasi Sistem Gagal, Khilafah Solusi Tunggal” Merupakan Suatu Jenayah?

 SUMBER...demokrasi-dalam-al-quran-hadis.
Sembilan orang anggota Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah ditahan oleh pihak polis semasa melakukan konvoi berkereta di sekitar Muar, Johor semalam (11/03/2017). Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar bersama dengan enam buah kereta yang mereka naiki yang ditampal dengan pelekat yang tertulis “Demokrasi Sistem Gagal, Khilafah Solusi Tunggal”. 

Konvoi tersebut dilakukan oleh Hizbut Tahrir sempena memperingati 93 tahun kejatuhan Khilafah iaitu pada 3 Mac 1924 dan bertujuan menjelaskan kepada umat Islam bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia khususnya dan di dunia Islam umumnya, sejak kejatuhan Khilafah, telah gagal dan satu-satunya solusi kepada permasalahan umat Islam ialah dengan kembali menegakkan Negara Khilafah, yang mana Al-Quran dan Al-Sunnah akan diterapkan sebagai cara hidup kita dalam semua aspek.


Kesembilan orang yang ditangkap itu telah ditahan lokap semalaman sebelum dibawa ke mahkamah Majistret Muar hari ini untuk direman. Mahkamah memberikan perintah reman selama empat hari ke atas mereka bermula hari ini (12/03/2017). 

Cubaan peguam untuk berjumpa dengan mereka tidak dibenarkan oleh pihak polis. Difahamkan yang mereka ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

Penahanan ini terjadi setelah baru-baru ini empat orang anggota HTM didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat atas kesalahan menghina pihak berkuasa agama di Selangor kerana bertindak bertentangan dengan fatwa yang mengharamkan Hizbut Tahrir. Sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak mengenakan sekatan undang-undang ke atas laman sesawang HTM dan semua laman sesawang Hizbut Tahrir di seluruh dunia.
Inilah “kebebasan bersuara” yang diamalkan dan diagung-agungkan di bawah sistem demokrasi di Malaysia! Suara-suara untuk mengembalikan semula sistem Islam di bawah Khilafah disekat habis-habisan, manakala suara-suara yang menyeru kepada sekularisme, liberalisme, pluralisme, LGBT, termasuk suara-suara yang menghina hukum-hukum Islam oleh golongan-golongan tertentu, dibiarkan! 

 Aktiviti-aktiviti keIslaman yang dijalankan oleh Hizbut Tahrir ditekan dan disekat dengan pelbagai cara, manakala aktiviti-aktiviti jenayah dan kemaksiatan seperti rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pimpinan negara, kewujudan pusat-pusat perjudian, kilang-kilang arak, konsert-konsert nyanyian yang meruntuhkan akhlak, aktiviti khurafat para bomoh yang dilakukan secara terbuka, pertandingan ratu cantik, gengstarisme, jenayah ragut, rogol, penculikan dan lain-lain, masih terbiar dan ada yang sengaja dibiarkan!
Nampaknya sekarang ini mengatakan “sistem demokrasi gagal” telah menjadi satu jenayah di Malaysia! Dan lebih buruk, menyatakan Khilafah sebagai satu-satunya solusi bagi umat Islam, juga merupakan satu jenayah! 

Walhal lisan mulia Rasulullah (saw) telah menjelaskan bahawa pemimpin bagi umat Islam ialah Khalifah dan negara bagi umat Islam ialah Khilafah, yang dengan izin Allah (swt) akan kembali menaungi dunia tidak lama lagi, setelah berakhirnya zaman kediktatoran sekarang. Menyampaikan apa yang telah disampaikan melalui lisan mulia Rasulullah (saw) kini telah dijadikan oleh PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai satu jenayah!
Wahai mereka yang memiliki kekuasaan! Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir tidak akan berhenti daripada menyatakan bahawa sistem demokrasi merupakan sebuah sistem kufur lagi gagal, yang datangnya dari Barat dan haram untuk umat Islam mengambilnya, menerapkannya dan menyebarluaskannya. 

Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir tidak akan berhenti daripada menyampaikan Islam dan menyerukan serta berusaha menegakkan Khilafah kerana Khilafah merupakan satu-satunya solusi untuk umat Islam bagi menggantikan sistem kufur demokrasi yang rosak lagi merosakkan yang berasal dari Barat ini.
Wahai mereka yang memiliki kekuasaan! Anda boleh menangkap berapa ramai anggota Hizbut Tahrir sekalipun, tetapi anda sekali-kali tidak akan dapat menghentikan usaha dakwah ini, apatah lagi untuk menyekat kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir, yang telah dijanjikan oleh Rasulullah (saw). 

Ingatlah bahawa anda boleh memilih untuk menghalang usaha dakwah Hizbut Tahrir dan terus hidup menderita dan terhina di bawah sistem demokrasi yang kufur lagi gagal ini, atau memilih untuk memberi sokongan kepada Hizbut Tahrir dan hidup mulia di bawah Negara Khilafah yang dengan izin Allah (swt) akan berdiri tidak lama lagi. 

Kami mengingatkan anda kerana ketika ini (di dunia), anda masih boleh membuat pilihan, namun di akhirat kelak, yang ada hanyalah penyesalan yang tidak terhingga bagi orang yang lalai daripada peringatan.
﴿ وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ
 Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata, ‘Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)? [Al-Shura (42):44]
﴿ وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
 Dan mereka berkata ‘Sekiranya kami (dahulu) mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu), nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala [Al-Mulk (67):10]
Akhir kalam, bebaskanlah segera kesemua anggota kami yang anda tahan, semoga di akhirat kelak Allah akan membebaskan anda daripada azabNya yang tidak terperi.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Ahad, 13 Jamadil Akhir 1438 H
12/03/2017 M
Ruj: HTM/PR/05/1438

Press Release
Is Delivering the Truthful Message that “Democracy is a Failed System, Khilafah is the only Solution” a Crime?


Nine members of Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM) have been detained by the police during a car convoy around Muar, Johor yesterday (11/03/2017). They were detained at the Muar Police Headquarters along with their six cars plastered with stickers that read “Democracy is a Failed System, Khilafah is the only Solution”. The convoy was organized by Hizb ut Tahrir in an effort to remind the Muslims of the destruction of the Khilafah (Caliphate) 93 years ago, that took place on 3rd of March 1924. 

The convoy was also meant to express the fact that the democratic system practiced in Malaysia in specific and in the Muslim world in general, ever since the destruction of Khilafah, has failed and the only solution to all the Ummah’s problems is the re-establishment of Khilafah, by which Al-Quran and As-Sunnah will be implemented as our way of life in all aspects.
The arrested nine have been locked up overnight before taken to the Magistrate court today for a remand order. The court gave a four-day remand on them starting from today (12/03/2017). 

The lawyer’s attempt to see them was denied by the police. It is learnt that they were detained under Section 4 (1) of the Sedition Act 1948, Section 505 of the Penal Code, Section 50 (3) of the Societies Act 1966 and also under the Printing Presses and Publications Act 1984. 

The arrest came after four members of HTM were charged at the Hulu Langat Shariah Court recently under the offence of insulting the religious authorities in Selangor for acting contrary to the fatwa that had banned Hizb ut Tahrir. Earlier, the Malaysian Communications and Multimedia Commissions had imposed a legal restriction on the website of HTM and all websites of Hizb ut Tahrir all over the world.
This is the “freedom of speech” practiced and exalted under the democratic system in Malaysia! Voices to restore the Islamic Khilafah are vigorously blocked, while voices calling for secularism, liberalism, pluralism, LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender), including voices insulting the Islamic laws by certain groups, are ignored! 

Islamic activities carried out by Hizb ut Tahrir have been heavily constrained and prevented in numerous ways, while crimes and vice activities such as bribery and corruption within the leadership of the country, the existence of gambling centres, liquor factories, immoral concerts, superstitious activities conducted openly by shamans, beauty pageants, gangsterism, snatch theft, rape, kidnapping and others, are still unattended to and some are even intentionally ignored!
It seems now that expressing “democracy is a failed system” has become a crime in Malaysia! And worse, expressing that the Khilafah State is the only solution for Muslims, is also a crime! This is despite the fact that the noble tongue of the Prophet (saw) has explained clearly that the leader of the Muslims is the Khalifah and that the State for the Muslims is the Khilafah, which shall soon be re-established to shade the world after the end of today’s dictatorship era. Uttering what had been uttered by Rasulullah (saw) has now been made a crime by the police and the government!
O those who hold the power! Know that Hizb ut Tahrir will continue to voice out that democracy is a Kufr and failed system originating from the West and it is haram (forbidden) for Muslims to take it, implement it and spread it. Know that Hizb ut Tahrir will never stop calling for Islam and Khilafah, in our noble effort to realize its establishment, because Khilafah is the only Islamic system to replace the Kufr and flawed democratic system.
O those who hold the power! You can detain as many members of Hizb ut Tahrir as you wish, but you can never stop the da’wah of Hizb ut Tahrir, let alone to halt the return of the Khilafah upon the method of the Prophethood that Hizb ut Tahrir is working on and that which has been promised by the Prophet (saw). 

Do take heed that you can choose to continuously prevent our da’wah and to continue living in misery and humiliation under this failed democratic system, or choose to support us and live with pride and dignity under the Khilafah State which shall soon be re-established by the will of Allah (swt). 

We remind you now because now (in this world), you can still make a choice, whereas in the Hereafter, there will only be infinite regret for those who turn away from the reminder.
﴿وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ
And you will see the wrongdoers, when they behold the torment, they will say ‘Is there any way of return? [Ash-Shura: 44]
﴿وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
And they will say, ‘Had we but listened or used our intelligence, we would not have been among the dwellers of the blazing Fire.” [Al-Mulk:10]
Finally, do release all our members in your detention, so that in the Hereafter Allah may release you from His severe torment.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
12/03/2017 CE
Sunday, 13th Jumada II 1438 AH
Ref: HTM/PR/05/1438

Baca juga:

  1. Kenyataan Media: Rohingya: Ketidakberperikemanusiaan Pemerintah dan Keperluan Mendesak Terhadap Khilafah
  2. Kenyataan Media
  3. Kenyataan Media : Umat Islam Memerlukan Penerapan Syariah Secara Kaffah Di Bawah Khilafah, Bukannya RUU 355!
  4. Demokrasi haram diamalkan kerana ia adalah sebuah sistem bukan proses melantik pemimpin

No comments:

Post a Comment