CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday 18 March 2014

Yang mengaku MELAYU dan beragama ISLAM jugalah...yang BUNUH MELAYU dan ISLAM...



http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/03/penganjur-future-music-festival-asia.html

Agaknya inilah cara pelaksanaan konsep Maqasid Syariah yang begitu galak diwar-warkan oleh PM 1Malaysia yang wasatiyyah.


Dalam keadaan seluruh dunia sedang murung dan tertanya-tanya mengenai nasib 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang ghaib, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tragedi di hadapan mata:

BERITA SINGAPURA KATA 6 MATI

BERITA MALAYSIA KATA 5 MATI (UTUSAN)

PENGANJUR KATA 1 MATI (SUMBER)

Tak kiralah, 6, 5 atau 1 orang mati. Hakikatnya remaja atau remaja-remaja itu tetap mati. Mati kerana hadir parti maksiat. Mati sebelum menjadi dewasa dan berpeluang belajar tentang sepak terajang dunia kehidupan. Kelmarin remaja-remaja ini masih ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan. Hari ini keluarga dan rakan-rakan dihurung kedukaan. 

Syarikat Livescape, penganjur pesta maksiat itu pengasasnya memakai nama Islam. Tetapi, antara penajanya termasuk syarikat arak, rokok, IT Service provider, barangan jenama dan paling mendukacitakan - Tourism Malaysia:



Berapakah nilai sebuah nyawa anak muda? Adakah Malaysia wajar menjadikan anak muda yang berniaga dengan cara ini sebagai ikon? Banggakah kita?

IQBAL AMEER (KIRI) DAN PENGARAH BERSAMA LIVESCAPE (SUMBER)

Membuat laporan polis di atas kejadian kematian pengunjung tidak akan membersihkan dosa di tangannya. 

Iqbal seharusnya bertaubat. Carilah rezeki lain di bumi Allah ini yang halal, yang bersih dari gejala dadah, arak dan rokok. Gunakan usia yang masih muda itu untuk mencari keredaan Allah.

Hadith Riwayat Ibn Majah dan al-Tabrani menyebut:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.

Kita yang dewasa, tua dan berpengalaman, tugas kita mengingatkan dan membimbing yang muda dan mentah. Bukankah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu seorang bapa bernama Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz yang beragama Islam?

Inilah akibatnya apabila Kebudayaan di bastardised (digampangkan) dengan pelancongan.

Fikir-fikirlah.

No comments:

Post a Comment