CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday 15 March 2014

MH370 pencarian semakin keliru?

http://akhzaman.blogspot.com/2014/03/mh370-pencarian-semakin-keliru.html


Apalah nasib mereka yang berada dalam pesawat ini setelah 6 hari hilang tanpa dapat di kesan. Melalui pelbagai peralatan/aset canggih pencarian masih tak temui klu. Dimanakah MH370? Peristiwa ini semakin menarik perhatian seluruh dunia. Bukan kerana ianya "hilang" dengan mudah tetapi kenapa pelbagai alat canggih yang ada hari ini (dari udara hinnga ke tengah laut) masih gagal mencari dimana lokasi tersembunyinya MH370.

Saya tertarik dengan pendapat seorang yang telah lama mendalami ilmu kerohanian. Pandangan beliau walaupun penuh hati-hati masih kita boleh renungkan.

Ini adalah pandangan seorang sahabat yang ramai kenalinya sebagai Tok Zamany. Terdapat kelainan pendapat dari beliau. Pendapat ini dikeluarkan beberapa hari lalu, kini sudah hampir seminggu MH370 hilang. Inilah pandangannya:

Dari segi teknikal memang tak masuk akal MH370 boleh hilang. Tak ada ribut, tak ada taufan tiba2 dah hilang. Takkan ia terapung2 diudara selama ini ??? Dah lebih 48 jam (waktu komen ini). Tak juga ada kesan jatuh di mana2 ??? memang misteri kejadian ini, kan ??? Jadi takrifnya ialah "Hilang". Lepas 5 hari terpaksa "dianggap hilang selama-lamanya" (kini dah lebih 5 hari). Betul ke begitu ???

Pendapat atok, beberapa kemungkinan terjadi kepada kapal ini :

1) Twilight Zone

Mungkin ia telah memasuki ruang "alam ghaib" atau dikenali Twilight Zone. Pekara ini pernah terjadi di US iaitu sebuah penerbangan dari London ke US yang hilang ditengah2 lautan Atlantik (kawasan bermuda). 

Mereka hilang selama 10 tahun dan kemudian mereka mendarat di Atlanta dgn selamat. Semuanya selamat, tetapi mereka terpinga2 kerana masa dah kehadapan 10 tahun. Mereka hanya merasakan ianya baru 10 minit lambat. Semua orang dah tak ingat mereka kerana beranggapan mereka semua telah mati 10 tahun yang lalu. Kalau pekara ini benar2 terjadi, bererti tunggu saja 10 tahun nanti, mereka akan mendarat di Bajing dengan selamat. Tak payah susah2 pergi cari sana sini, tak akan jumpa punya. Pendapat atok kemungkinan ini sangat kuat dan semua boleh fikirkan ???


2) Hijack

Mungkin juga kapal ini telah ditawan oleh kumpulan orang yg mempunyai kepakaran “luar biasa” dlm bidang komunikasi, setelit, komputer dan hacker yg mampu berbuat sesuatu yg tak pernah difikir oleh orang kebanyakan. 

Tujuan mereka ialah “menguji kebolehan” dan mendapatkan sumber kewangan. Mereka boleh saja memutuskan radar pengesan, kemudian mengandali kapal terbang dan telah menurunkan dimana2 dan disembunyikan. Mereka tunggu masa sesuai utk umumkan atau tak perlu heboh2... hanya mereka nakkan duit dan kemudian mereka “hilang” tanpa boleh dikesan ???

Cuma ini dua kemungkinan yg atok boleh fikirkan. Atok bukan buat spekulasi, cuma bagi pendapat apabila ditanya...ya tak ??? Minta2 mereka semua selamat termasuk 17 orang islam melayu yg berada didalam kapal terbang tersebut. Amin.


Anggaplah ini hanya untuk santapan atau penjana minda dalam memikirkan atau mencari jawaban kemana hilangnya MH370. Jangan rasa terlalu tertekan. Anggaplah ianya hanyalah pandangan peribadi Tok Zamany buat masa ini. Jika ada pendapat baru nanti saya akan cuba siarkan, insyaAllah.

You might also like:

No comments:

Post a Comment