CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday 17 August 2012

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG


ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG Siri 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman 4


HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.

Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini

tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah

berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka
pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi
ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Msinc TBO-Keadaan begini banyak berlaku di zaman sekarang ulamak diperlekeh..timbul ulama ulama yang suka bertopeng yang tidak menerangkan yang sebenar.Ini menunjjukkan kehilangan ulama yang tiada berpenganti.Manakala institusi yang mengajar ugama ditindas dan diberi tekanan yang hebat.

Semua Melayu Pergi Mati - Tanda Putera

Pengarah filem Tanda Putera, Shuhaimi Baba berkata filemmnya itu tiada kaitan PRU13, dan suruh korang semua terima sebagai sejarah.

Produksinya bukan alat propaganda mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 , tegasnya lagi; tapi peliknya dia ada sebut – "Menyifatkan sebagai kebetulan”.

Korang faham tak apa maksudnya itu? Apa perkara yang dia sifatkan sebagai kebetulan itu?

Korang fikirlah sendiri - Filem yang menelan belanja RM4.5 juta ini, separuh daripada bajetnya itu dijana oleh FINAS, satu perbadanan kemajuan filem nasional – Gomenlah punya tu.Takan gomen nak buang-buang duit sebanyak itu sia-sia saja?

Sebelum ini, ada seorang yang terlibat dengan pembikinan filem tersebut pernah mengakui bahawa filem tersebut adalah “Propaganda Kerajaan”.

Dia menceritakan ada adegan babak pemenggalan kepala oleh komunis yang di lakonkan oleh beberapa pelakon etnik Cina yang menjeritkan kata-kata “SEMUA MELAYU PERGI MATI”! Apa korang fikir? Bukan perkaumankah ini? Tentu korang Melayu akan berasa marah meluap-luap dengan orang Cina. Apakah ini yang gomen mahu? Supaya orang Melayu benci Cina dan tidak mengundi Cina? Cer baca di sini

Beliau juga suruh korang supaya cukup matang menerima hakikat sejarah proses pembentukan negara walaupun menyentuh peristiwa sisi gelap peristiwa 13 Mei 1969.

“Sudah tiba masanya anda menonton sejarah negara anda. Ini sejarah kita jadi kita mesti hadapinya,” katanya di sini Korang tak terasa loya dan bau longkangkah mulut anak Ba.......ba ini?

Biar kita beritahu pengarah ni – kita orang semua memang cukup matang.Bahawa sejarah negara ditulis oleh Umno.Banyak profesor Kangkung mengampu Umno dan memutarbelitkan fakta sejarah negara.

Ingat tak lagi , bahawa ada PROFESOR kangkung yang kata negara ini tidak pernah dijajah. Walhal kita semua tahu, negara pernah dijajah oleh Portugese, Belanda, Siam dan Jepun! Ini bukan kankung lagi dah tetapi kongkang punya professor!

Walaupun negara pernah dicengkam komunis hanya selama 3 hari, kenapa rakyat Malaysia mahu dimomok-momokan dengan kekejaman Komunis sahaja?

Apakah penjajah selain Komunis ini baik-baik belaka maka kita perlu bersikap lunak kepada mereka? Korang pernahkah dengar cerita tentang kekejaman orang putih sewaktu menjajah Tanah Melayu selama hampir 400 tahun itu? Tak ada kan?

Korang ingat penjajah orang Putih tu baik-baik semuanyakah? Siapa yang gantung sampai mati pembesar Perak Dato’ Maharaja Lela , Dato' Sagor dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877.? Komuniskah? Yang gi buang Sultan Abdullah Perak ke luar negara dulu tu, Komuniskah?

Itu yang bunuh Tok Janggut dan mayatnya digantung songsang beberapa hari untuk dipamerkan kepada orang ramai depan Istana di Padang Merdeka, Kota Baru, Kelantan dulu tu siapa punya angkara? Apa rasa korang bila lihat gambar Allahyarham Tok Janggut kat atas tu?

Lihatlah bagaimana penjajah Inggeris yang zalim itu memperkotak katikan orang Melayu ketika itu. Dan tradisi memperkotak katikan orang Melayu ini masih lagi diteruskan oleh anak didik penjajah tersebut - dulu, kini dan selamanya....

Tok Guru Abd Rahman Limbong, Terengganu, ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928 dan meninggal di sana, siapa punya kerja?

Inilah sejarah yang sepatutnya dipaparkan kepada rakyat supaya generasi yang ada hari ini dapat mengenali pejuang-pejuang sebenar negara ini.

Bahawa perjuangan membebaskan negara dari cengkaman penjajah telah bertali arus sejak lama dulu lagi dan bukan baru bermula pada era Dato’ Onn atau pun Tengku Abdul Rahman.

Asyik-asyik, bila menjelang Merdeka, filem lapok Sarjan Hasan lakonan Allahyarham P.Ramlee itu saja yang mahu ditayangkan! Huhh! (Korang jangan haraplah dapat tengok cerita Leftenan Adnan lakonan Hairi Osman tu lagi sebab pelakon tu dah masuk PAS!).

Inilah sikap yang berjaya diwariskan oleh penjajah British kepada anak-anak didik mereka dan diteruskan oleh generasi keturunan mereka yang masih menerajui pemerintahan negara.Masih tetap mahu menjilat mereka yang pernah menjajah negara.

Jangan haraplah kalau ada pengarah yang berani buat filem mengenai Adam Rambo yang mengamuk di Chow Kit suatu masa dulu. Bukankah episod itu juga satu fakta dan merupakan sejarah negara.

Kalau Shuhaimi Baba berminat nak memilemkannya, boleh dapat sedikit maklumatnya di sini.

Biasalah, penyeleweng dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama. Sebaliknya pahlawan atau pejuang sebenar di anggap petualang.

Menara Jam Besar Ipoh


Gambar ini aku snap dalam jam 2.00 ptg lebih...Cer tengok jam tu..

Salah satu tempat yang menarik di bandar Ipoh ialah Menara Jam Besar. Ianya kini sedang dalam penambahbaikan dan pastinya akan kelihatan lebih menarik untuk dikunjungi.

Menara ini dibina pada 1909 dengan menelan belanja kira-kira $25,00 pada masa itu.

Dibina bagi memperingati JWW Birch, Residen pertama British Perak yang telah dibunuh di Pasir Salak pada 1875/11/02 oleh Ketua-ketua Melayu tempatan, Datuk Maharaja Lela.

Menara ini terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh, berbentuk empat segi dengan empat panel yang menggambarkan pertumbuhan tamadun dibahagian atasnya.

Pada panel tamadun, 44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia telah digambarkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah diselaputi dengan cat pada 1990-an kerana dibantah oleh kalangan umat Islam. Lihat gambar bawah nih.


Nampak tak imej yang di tutup itu...

Menara jam ini mempunyai satu loceng besar , 6 kaki 6 in diameter dan empat loceng kecil. Bunyi mengikut sebagaimana loceng Big Ben.

Ketika awal-awal baru dibina dulu, masyarakat Ipoh begitu takjub dengan menara jam ini. Mereka tertanya-tanya, siapakah gerangannya yang membunyikan loceng tersebut pada setiap masa, siang dan malam?
Mereka tidak percaya bila diberitahu bahawa loceng tu boleh berbunyi dengan sendirinya.

Aku waktu itu budak sangat, belum ke sekolah pun. Aku tumpang kehairanan bila orang-orang dewasa disekeliling ku bersembang-sembang pasal jam ajaib tu....

No comments:

Post a Comment