CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday 10 January 2012


Rabitah dan Wasilah

Skop Yang Cuba dibentangkan.

1.0 Rabitah dan Wasilah. 
1.1 Rabitah dari segi bahasa. 
1.2 Wasilah dari segi bahasa. 
2.0 Rabitah dari segi istilah ahlil haq. 
3.0 Wasilah dari segi istilah ahlil haq. 
4.0 Pembahagian Rabitah 
5.0 Mengapa perlu Rabitah 
6.0 Rabitah dan wasilah dalam ilmu dan amal itu terjadi keatas seseoran murid kerana. 
7.0 Rabitah Haq 
8.0 Rabitah Bathil 
9.0 Keperluan rabitah dan wasilah bagi setiap murid yang ingin menceraikan jahat menuju kepada baik. 
10.0 Latihan dalam ilmu dan amal yang menuju baik. 
11.0 Kata2 Sultan Auliya' Syeikh mahyuddin Abdul Qadir Jilani di dalam qasidah ghautsiah. 
12.0 Pendapat beberapa ulama mengenai rabitah dan wasilah. 
12.1 Syeikh Ahmad Hussain bin al-Dawsari 
12.2 Syeikh Abdul Majid bin Muhamad al-Khani 
12.3 Syeikh Hussain Ahmad Ad dusari 
13.0 Hadis-hadis keharusan berabitah dan berwasilah. 
14.0 Nas-nas yang mengharuskan berabitah dan bertawasilah.


1.0 RABITAH DAN WASILAH
Rabitah dan wasilah adalah suatu cabang ilmu kesufian yang diajar oleh guru-guru sufi yang arif dan faham halnya kepada murid-muridnya untuk diamalkan akan dia di dalam menjalani jalan sufi yang muktabar melalui mana-mana ilmu dan amal yang benar sebagai jalan pintas untuk segera keluar dari daerah jahat zahir dan bathin kepada daerah baik zahir dan bathin.
1.1 Rabitah dari segi bahasa
Tambatan ingatan kasih sayang yang terzahir di dalam hati sanubari seseorang terhadap seseorang yang disukai atau dikasihi hasil daripada memperolehi pemberian yang dihajati (sekali atau berulangkali) sehingga menjadi terbayang atau terukir gambar orang itu di dalam ingatannya dan tidak boleh dilupakan.
1.2 Wasilah dari segi bahasa
Mengguna (menonjolkan) pangkat kemuliaan kebesaran seseorang yang disukai atau dikasihi yang menjadi sahabat atau taulan kenalan atau kekasih kepada seseorang yang dipohonkan hajat supaya hajat itu segera diperolehi atau dimakbulkan

2.0 Rabitah Dari Segi Istilah Ahlil haq.
Tambatan ingatan kasih sayang terzahir terpacak kukuh di dalam hati sanubari seseorang murid sehingga nyata mesra kasih sayang ingatan itu keseluruh dirinya (murid) zahir dan bathin terhadap seseorang ulama’, atau solihin atau nabi2 dan rasul-rasul ‘alaihimussolatu wassalam samada masih hidup atau telah mati yang menjadi syeikhnya (gurunya) dan kepercayaannya ( paling kurang yakin atau lebih tinggi daripada itu, haqqul yakin, ‘ala haqqul yaqin dan ketasnya lagi) sebagai taqarrub dan tabarruk dirinya dengan kemuliaan dan ketinggian pangkat iman, islam dan ehsan syeikhnya itu di sisi hadzrat Allah dalam ilmu dan amalnya bagi menjalani jalan mencapai kemantapan makrifahnya akan Allah S.W.T. dalam hidup dan kehidupannya sehingga terukirlah rupa syeikhnya itu di dalam bathin hatinya dan terpancar keluar pada penglihatan mata kasar yang tidak lekang dalam apa juga suasana dan keadaan, setelah itu dinafikannya akan wujud zat yang lain, sifat yang lain, perbuatan yang lain berbetulan wujud zat Allah, sifat Allah dan af’al Allah yang hakiki dan serentak dengan itu difanakan akan wujud dirinya dan segala benda dan masa cair dan beku, zahir dan bathin dan wujud yang lain, sifat yang lain, perbuatan yang lain selain Allah. Samaada dikiri, dikanan, dihadapan, dibelakang, di atas, dibawah dan di dalam pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya sehingga terbit pada mata zahir nya yang wujud mutlak itu hanya zat Allah dan segala sifatnya dan perbuatanNya. Dikala itu jadilah ia orang yang semata-mata mengabdikan diri kehadzrat Allah, zat wajibal wujud disemua tempat, semua waktu, semua masa dan semua keadaan melalui lidahnya, anggotanya dan hatinya seumpama syeikhnya ( yakni telah tumbuh didalam dirinya iman dan taat seumpama syeikhnya walau sebesar zarah sekalipun dan terhakis pula kufur dan maksiat walau sebesar zarah sekalipun) dan kala itu jadilah murid itu orang yang telah masuk di dalam makna firman Allah:-
“ Katakanlah Allah itu Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakan. Dan tiada sesuatupun yang setara denganNya.” (Al ikhlas : Ayat )
“ Hanya kepada engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. ( Al Fatihah : Ayat 5)
Laman seterusnya..
Laman Utama

No comments:

Post a Comment