CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday 11 January 2012

Islam Liberal semakin terserlah


Islam Liberal? Siapa mereka? Apa kaitan dengan Politik Semasa?



Adakah mereka juga terjerat dengan Islam Liberal?

Untuk memahami masalah ummah di Malaysia, kita perlu memahami setiap perkara berkait dengan halacara pemikiran ummah masa kini. Baik soal politik, sosial atau apa sahaja corak kehidupan tidak akan dapat lari dari persoalan ini.

Kenapa Islam dilihat semakin berkecamuk? Apakah punca sebenar? Ia telah menjadi bibit perpecahan yang sukar dibendung. Perpecahan ini pula sering dikaitkan dengan perbezaan faham politik. Kita dikatakan berselidih faham berdasarkan fahaman politik. Bagi saya politik bukanlah punca sebenar. Ia cuma terbitan dari satu masalah lain yang lebih besar. Ada sesuatu disebalik tabir politik ini.

Dari sini kita akan ketahui kemana kita akan dibawa oleh politik dan kenapa politik umat Islam jadi kacau bilau. Kita telusuri sedikit kefahaman salah satu punca tersebut. Iaitu Islam Liberal.

Perlukah kita bermusuh dan berbunuhan sesama sendiri hasil dari kerja orang lain? Agak kasar bunyinya. Namun jika tidak dibendung ia akan menjurus ke arah tersebut. 

Saranan saya jika kita ingin melepaskan diri dari fitnah ini, kita wajar memahami secara mendalam persoalan tersebut. Saya akan kupaskan sedikit waktu lagi jika diizinkan mengapa ia dikaitkan dengan Fitnah Akhir Zaman.


Sedikit kupasan mengenai Islam Liberal, walaupun ia tidak dapat menjawap semua persoalan, namun ia berperanan memberi input berguna kepada jenerasi masa kini dalam memahami apakah jenis Islam yang sedang mereka anuti. Kita akan terangkan secara berperingkat. Pembaca juga boleh memberi pandangan ikhlas untuk sama-sama menyumbang kepada perpaduan umat Islam Malaysia tercinta ini. 

Semoga kupasan di bawah ini dapat membantu membuka minda dari kekeliruan fikiran jenerasi baru Malaysia:

Apakah maksud Islam Liberal? Siapakah Golongan Islam Liberal?

Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri, merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai:

1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 

2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?

Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal

Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam.Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya.Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangka masa kemunduran dan penjajahan.

Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, *****, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.

Kenapa golongan ini paling berbahaya? Berbanding kelompok kedua,golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam. Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka.Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual,spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama. Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka,mereka akan tolak. Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.

Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan ‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata. 

Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf, solat, mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.

Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap atheis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini. Unsur-unsur mistik seperti Tuhan, syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja. 


Kita dapat lihat ada tali halus mengaitkan Islam Liberal dengan kefahaman kaum muda (Wahhabiah). 
Akan bersambung....


Islam Liberal semakin terserlah - sentuhan politik



Tuntutan duniawi melampaui tuntutan ukhrawi. Intipati pegangan Islam Liberal, musuh utama umat di akhir zaman. Ia merebak dengan cara halus dan memerangkap mangsanya perlahan-lahan umpama air meresap ke dalam tanah. Masalah yang sukar dirungkai walaupun kewujudannya nyata di hadapan mata.

Sekumpulan manusia telah menerima Islam Liberal sebagai cara hidup mereka dan bilangan mereka semakin ramai setelah ada usaha secara teratur dilakukan oleh tokoh Islam Liberal Malaysia. Walaupun begitu mereka melakukannya secara rahsia dengan menyembunyikan identiti diri masing-masing disebalik beberapa pergerakan.  Mereka berada di semua peringkat kehidupan. Mereka menghalalkan pemurtadan ummah, itulah cara terbaik untuk mengenali mereka.

Adakah mereka sudah diserap dengan fahaman Pluralisme
 sehingga membenarkan mereka menyerupai tindakan 
orang Nasrani seperti ini?

Demi keselamatan, penulis tidak akan menyatakan individu terbabit. Maklumat ini belum dapat dipaparkan buat waktu ini. Terserahlah kepada pembaca menilai dan mencari tokoh-tokoh ini. Jika anda kata mereka hanya berada di belakang pemimpin pembangkang, ianya tidaklah benar. Sekiranya diteliti, ia akan kelihatan semakin jelas. Islam Liberal telah pun diterima atau lebih sesuai disebut dianuti oleh sebilangan pemimpin dan kakitangan kerajaan. Walaupun begitu, ia tidak akan ditonjolkan secara terbuka buat masa terdekat untuk mengelak dari kehilangan populariti.

Pada pengamatan saya sebahagian besar penganut Islam di Malaysia masih menolak Islam Liberal ini terutama yang ada asas agama kerana ia dianggap "menghampiri kekafiran" ataupun membawa ke arah kesesatan. Namun begitu kita dapat lihat ada sesuatu yang sedang berlaku. Beberapa watak dikesan sedang berusaha mengambil tempat di dalam pertubuhan Islam popular. Selain NGO mereka juga mulakan langkah menguasai parti politik Melayu Islam. Secara tidak langsung, Islam Liberal akan diketengahkan melalui beberapa jenama lain. Dari sinilah Islam Liberal bakal menyusur untuk menguasai masyarakat Islam tanpa disedari.

Perkara penting  yang boleh dilihat ialah keghairahan berpolitik. Tidak kira dari kem mana. Agama dikesampingkan demi mendapat nama dan kemasyhuran.  Sekiranya mereka masih kukuh berada dalam pegangan Ahlussunah Waljamaah, perkara sedemikian tidak akan berlaku. Jemaah Sunni sebenar akan menolak keghairahan, radikalisma, provokasi dan sentiasa memilih untuk menerima ketetapan dengan redha. Memilih jalan sederhana serta mengagungkan sunnah Nabi saw.

Inikah cara Islam sebenar? Indonesia. Atau permainan Islam Liberal?

Sebaliknya, Islam Liberal mengutamakan keduniaan dan segala perhiasannya. Tafsiran mereka, manusialah yang menentukan segalanya walaupun tuhan itu wujud. Mereka mengambil mekanisma keajaiban kejadian manusia dan menganggap tuhan menjadikan dunia ini khusus untuk manusia. Ada yang lebih berani menghujah bahawa tuhan sebenar ialah manusia itu sendiri. Jauh lebih terpesong dari fahaman Wahdatul Wujud.

Entiti ghaib seperti Malaikat, Jin, Syurga, Neraka, Siksa kubur dan sebagainya tidak wujud secara fizikal pada pandangan mereka. Itu semua hanyalah maklumat yang berbentuk kiasan dan perlu diterjemahkan semula. Pemikiran sains modenlah mendorong halacara kefahaman liberalsma ini termasuk juga Islam Liberal. Akhirnya ia dibawa menuju Pluralisma, menyamakan semua agama. Noktah.

Liberalisma sebenarnya tidak banyak beza dengan sekularisma. Barat menciptakan satu sistem kehidupan tamaddun baru di Eropah yang diberi nama sekular. mengasingkan agama dari politik. Ramai yang telah terpikat dengan kejayaan barat ini dan mula sangsi dengan agamanya sendiri termasuk penganut Islam.

Memandangkan sekular semakin dikeritik dan dianggap tidak praktikal untuk umat Islam, muncullah gagasan yang mempopularkan liberalisma. Tujuannya untuk terus menguasai saki baki penganut Islam yang menolak sekularisma ini. Menawan pihak yang masih mahu jenama Islam berada dalam perjuangan politik. Kerana itu satu corak baru diketengahkan yang kelihatan lebih islamik di mana asalnya dari baju sekularisma juga.

Mereka yang mempopularkan Liberalisma ini tetap berpaksi perjuangan demokrasi sekular. Buktinya jelas, kita dapat lihat peranan NED dan Asia Foundation misalnya. Matlamat mereka ialah politik. Islam Liberal dijadikan tapak memisahkan penganut Islam dari kehidupan beragama dan menarik mereka mencintai dunia. Lihat artikel sebelum ini.

Beberapa tokoh tertentu telah ditawan sepenuhnya oleh fahaman Liberal tetapi tetap tidak sanggup mengakuinya. Sama ada tidak disedari ataupun cuba menyelamatkan diri. Secara tidak langsung mengajar para pengikutnya cara untuk berlaku tidak benar, berbicara bohong, memutar belit isu atau memilih cara hidup di luar moral. Kerosakan ini hanya diketahui oleh sebilangan kecil dari kita terutamanya yang berjaya mengesan kehadirannya. Sebahagian besar atau kebanyakannya masih tidak tahu.


Sekarang kita boleh tahu kenapa sejak kebelakangan ini orang Islam semakin ghairah memuja tokoh tertentu dan menghalal cara termasuk penipuan, cemuhan dan fitnah demi memenangkan tokoh tersebut. Perkara yang dilarang dalam agama antaranya berkata bohong, mencerca, menghina, memfitnah dan sebagainya telah dianggap perlu (dharurah?), sehingga tidak lagi diambil peduli.

Kita boleh lihat sekarang beberapa laman atau blog atau lain-lain laman sosial yang diuruskan oleh orang Islam yang pada luarannya dilihat memperjuang Islam juga telah menerima pakai halacara Islam Liberal yang sesat ini. Maksudnya, terdapat kata-kata lucah, kata-kata menghina dan ada juga yang sanggup memaparkan cerita atau gambar lucah tanpa rasa bersalah. Saya sedih bila sebuah pertubuhan Islam (termasuk parti politik) membawa budaya bukan Islam dalam ceramah dan tulisan walaupun mereka sering melafazkan ayat-ayat suci.

Nyatanya Islam tidak meresap ke dalam hati. Ia hanya berligar di dalam fikiran didorong oleh keinginan nafsu ghairah.

Jenerasi mendatang pastinya lebih parah. Keadaan semasa akan membentuk kefahaman mereka mengenai agama. Mereka akan  dikuasai sepenuhnya sistem hidup yang ditawarkan oleh Islam Liberal ini kecuali sedikit yang diselamatkan oleh Allah hasil dari didikan sempurna keluarga.

Semoga membantu memahami keadaan semasa yang dicetuskan oleh pergerakan Islam Liberal di Malaysia. Maaf jika terlanjur.

Wallahu a'lam
ShareKeep unreadSend to

    Ancaman ganas Islam Liberal



     
    Salman Rushdie mendapat pembelaan
    Kumpulan Islam Liberal


    Islam Liberal dijangka akan mengambil alih peranan ulama Ahlussunah Waljamaah pada era mendatang jika masyarakat Islam Malaysia tidak peka dengan gerakan ini. Akan berlaku penyerapan idologi dan manhaj Islam Liberal ke dalam Institusi-Institusi Islam yang wujud di Malaysia. Paling menakutkan ialah Islam Liberal ini bakal mendominasi pemikiran baru kerana kesesuaiannya dengan arah aliran pemikiran yang maju, moden dan pro kebaratan. Permukaannya kelihatan amat cantik.


    Setelah ulama Islam di kalangan Ahlussunah waljamaah hilang kredibiliti (sudah nampak tandanya), tokoh baru yang dianggap lebih moden, dinamik dan keterbukaan akan beransur-ansur mengambil alih peranan ulama-ulama ini. Ulama sedia ada akan terpinggir. Kehilangan tempat dalam dunia moden, paling malang mereka akan tersingkir atas dakwaan jumud, ketinggalan, kuno dan orthodoks.

    Untuk mengenali Islam Liberal ini secara menyeluruh, kita harus melihat apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Dari sini baharu kita akan nampak kelibat peneraju Islam Liberal Malaysia yang masih lagi bersembunyi di belakan jubah NGO dan bebarapa parti politik. Satu keajaiban, Islam Liberal tidak dapat maju di Malaysia sebagaimana Indonesia walaupun kita telah dijajah beratus tahun. Kira kita bernasib baik. Tetapi lama manakah lagi kita dapat bertahan?


    Islam Liberal mungkin masih baru di Malaysia. Tetapi bukan perkara baru di Indonesia dan Turki. Di Indonesia, hampir berpuluh-puluh buku telah berjaya diterbitkan mendedah, membongkar dan menentang Islam Liberal, namun begitu, semakin dibongkar, semakin kencang pengaruhnya semakin menular dan merosakkan umat Islam di negara itu. Satu keadaan yang sukar difahami oleh rakyat Indonesia.

    Gus Dur

     


    Telah dipastikan bahawa ia begitu menular bukan atas faktor karisma pendokongnya yang popular seperti Gus DurNurcholish Madjid, Dr Azyumardi Azra atau Ulil Abshar Abdalla (sekadar sebut beberapa tokoh). Ia adalah kerana terdapat satu "lembaga besar" yang sedang mengepam dana iaitu sumber kewangan yang juga sangat besar kepada pergerakan JIL (Jaringan Islam Liberal). Lembaga itu berpaksi di Jabatan Negara, Amerika Syarikat, mengepam dana melalui lembaga bernama Asia Foundation, RAND Corporation, CIA dan USAIDdisalur kepada institusi tempatan bernama JIL (Jaringan Islam Liberal). Dana yang besar itu akan memperkukuh lagi karisma Gus Dur, Nurcholish Madjid atau Ulil Abshar Abdalla.



    Kenapa institusi ini berminat mendanai  JIL? Satu persoalan menarik. Kita akan ditunjukkan rahsia di sebalik Islam Liberal ini dan sebab sebenar kenapa institusi antarabangsa berpusat di USA ini amat bermurah hati.




    Tersusun


    Penggerak pluralisme Indonesia : Dari kiri, Bambang Harymurti, (Editor in Chief Mingguan Tempo Newsmagazine & wakil majalah TIME); Wimar Witoelar (pengamal media & jurucakap Gus Dur semasa jadi Presiden Indoensia) ; Yenny Wahid, (anak Gus Dur/Pengarah Wahid Institute); Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia); Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies – CSIS); Prof Dr M. Din Samsudin (Pengerusi Muhammadiyyah); Erry Riyana, (Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK); Abdul Aziz (Pusat Lembaga Pendidikan Ma’arif Nahdlatul Ulama); Jusuf Wanandi (Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia.



    Dana yang besar itu akan menjadikan Gus Dur aktif dengan Wahid Institute, Nurcholish Madjid berjaya dengan Universiti Paramadina dan Ulil Abshar Abdalla pula ghairah dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Tanpa dana dari luar, semua institusi yang diketuai oleh tokoh-tokoh Islam Liberal itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil.


    Dengan dana The Asia Foundation, Islam Liberal berjaya menyusup masuk ke dalam organisasi masyarakat Islam seperti Nahdatul Ulama (NU)Muhammadiyyah, Hidayatullah, Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al Azhar, dan sebagainya. Ada sesuatu yang mereka sedang aturkan dan penemuan ini sangangat menakutkan.



    Selain menyusup masuk, mereka juga membentuk organisasi baru seperti JIL (Jaringan Islam Liberal) dan Paramadina. Kalau di Malaysia kita dapat lihat kemunculan beberapa NGO yang membawa agenda Islam Liberal ini. Ada juga yang berselindung di sebalik perjuangan universal dan kemanusiaan. Kita simpan dahulu maklumat NGO-NGO tersebut sehingga kita faham apa sebenarnya kehendak dan matlamat Gerakan Islam Liberal ini. 

    Dengan cara menerobos ke dalam organisasi besar yang berpengaruh, mereka merosak Islam dari dalam dengan faham pluralisme, tafsir tematik/ hermeunetika (mentafsirkan al Qur’an dengan pola pikir sekular), kesamarataan gender, falsafah serta aliran sufi yang bertentangan dengan Islam. Mereka tidak bergopoh gapah, perlahan-lahan menguasai pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam ini. Gerakan mereka amat tersembunyi dan tidak ketara di persekitaran luarnya. Tarikan kepada kehidupan moden dengan tidak membuang agama tentu sahaja menjadi tarikan.


    Di Indonesia, musuh dalam selimut yang berlabelkan Islam inilah yang mendaftarkan setiap organisasi (termasuk nama tokoh serta alamat)  yang meminta bantuan daripada The Asia Foundation (istilah Ulil Abshar Abdalla, Koordinator JIL: memohon "proposal dana", bahasa manis digunakan ungkapan "partner dalam kerjasama"). 

    Dari sini pengaruh JIL meningkat mendadak. Kerana keperluan kewangan, organisasi-organisasi yang dibantu akan diperangkap dalam perancangan Islam Liberal. Maka dengan beransur-ansur meninggalkan perjuangan tradisi yang berlandaskan Ahlussunah Waljamaah serta mula mengikuti apa yang disarankan oleh pemberi biaya.

    Suara-suara pemuka Islam Liberal mendapat tempat dalam beberapa organisasi berpengaruh seperti Nahdatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Hidayatullah, Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al Azhar dan sebagainya. Bermulalah propaganda (racun) yang dibawa dari barat dan disalurkan untuk merosakkan pegangan akidah kaum Muslimin.


    Serangan propaganda kekafiran (menentang syahadah), kemaksiatan bahkan berlaku perbuatan menghina dan memperlecehkan Islam mengalir laju tanpa dapat dibendung.



    Amat menggelisahkan banyak kalangan Muslim yang masih setia kapada agama terus menjadi penonton pertun­jukan unsur kekafiran di depan matanya. Tidak sedikit pula kaum Muslimin yang secara tegas membantu. Menghina dan memperlecehkan ajaran Islam di hadapan orang-orang kafir. Islam kelihatan semakin tidak bermaya bila terasnya digugat. Itulah peranan utama Gerakan Islam Liberal khususnya di Indonesia. Kini sedang cuba diimpot ke Malaysia.



    Hinaan dan perlecehan itu kadangkala diaplikasikan dalam bentuk tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti melakukan aksi kekafiran, terkadang berupa ucapan yang secara sedar atau tidak sedar telah menghina agamanya sendiri iaitu Islam. Yang paling parah, perkara itu dilakukan oleh orang yang memakai jenama Islam seperti “majalah Syir’ah”. Majalah ini dibiaya oleh The Asia Foundation (TAF).



    Mendengar nama TAF, tentu sudah tidak hairan lagi di telinga kita, pastinya NGO yang ditaja itu bersenyawa dengan kelompok Liberalis yang bertopeng Islam. Sebab itu, hampir semua NGO yang ditaja oleh TAF, produknya sama, iaitu menggigit akidah Islam.



    Kekacauan yang terbesar adalah penyebaran racun-racun pluralisme, liberalisme dan inklusivisme yang dipelopori oleh JIL dengan Komunitas Utan Kayunya, Paramadina dengan Fiqih Lintas Agamanya dan Musdah Mulia dengan Kompilasi Hukum Islamnya.



    “Majalah Syir’ah”, namanya sangat bagus, bererti jalan yang terang, diambil dari Al-Qur`an surat Al-Ma`idah 48: Wa likullin ja’alna minkum syir’atan wa minhajan terjemah Indonesia: Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.



    Motonya pun cukup bagus, Menghurai Fakta bertoleransi terhadap perbezaan pandangan.



    Akhlaknya buruk tidak seindah moto­nya. Misinya kotor tak seterang nama­nya. Setiap edisi yang diterbitkan selalunya ada racun yang ditebarkan kepada pembaca di negara Muslim terbesar di dunia ini. Topik racunnya pun berulang-ulang, yakni mencitra negatifkan umat Islam, mencitra positifkan Yahudi dan Nasrani, serta menghalalkan pemurtadan umat Islam. Ternyata Syir’ah tidak menghurai fakta bertoleransi perbezaan, tetapi menghurai fitnah bertoleransi pemurtadan.


    Ini adalah NGO berdaftar beserta dengan nama tokoh dan alamatnya yang mendapat tajaan daripada The Asia Foundation:



    1. Jaringan Islam Liberal (JIL) dan Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Ulil Abshar Abdalla dan Nong Mahmada, Jl. Utan Kayu 68-H Jakarta Timur.



    2. Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP), Dr Djohan Effendi dan Ulil Abshar Abdalla, Jl. Percetakan Negara No. C-553, Jakarta Pusat.



    3. Paramadina (Serangan Pluralisme Agama/Menyamakan Semua Agama), Kautsar Azhari Noer, Jl TB Simatupang Pondok Indah Plaza III F5/7 Jakarta.



    4. Majalah Syir’ah, Alamsyah M Dja’far, Jl Asembaris Raya M Kavling 8 Kebon Baru Tebet, Jakarta Selatan.



    5. Lembaga Buruh, Tani dan Nelayan (LBTN), PP Muhammadiyah, Moeslim Abdurrahman, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.



    6. Pusat Studi Agama dan Peradaban (PSAP), Pramono U Tantowi dan Rizal, PP Muhammadiyah, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.



    7. Ikatan Remaja Muhammadiyah (IRM), Munawar, Hendrik dan Denden (Retas), Kantor PP Muhammadiyah, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.



    8. Lembaga Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (LP3-UMY), Said Tuhuleley, Budi dan Asykuri Chamim, Gedung AR Fachruddin Kampus UMY, Jl. Lingkar Selatan Tamantirto Kasihan, Yogyakarta.



    9. Lembaga Penelitian Universitas Muham­madiyah Surakarta (UMS), Gustin, Jl. A Yani, Pabelan, Surakarta, Jawa Tengah.



    10. Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah (IMM) Aceh, Afdhal Jihad, Jl KH A Dahlan, Banda Aceh.



    11. Pemuda Muhammadiyah (PM) Aceh, A Malik Musa, Jl. KHA Dahlan, Banda Aceh.



    12. Fatayat Nahdatul Ulama (NU), Dra Maria Ulfah Anshor, Marhamah dan Iin, Gedung PBNU Jl Kramat Raya 164 Jakarta Pusat.



    13. Lakpesdam NU, Masykur Maskub, Imdadun Rahmat dan Taswan, Jl. H. Ramli No 29A Menteng Dalam, Tebet, Jakarta Selatan.



    14. Puan Amal Hayati (Urusan Gender), Sinta Nuriya (isteri Gus Dur), Jl. Warung Silah No. 30 RT 02/05 Kompleks Masjid Al-Munawwarah, Ciganjur, Jakarta.



    15. Perhimpunan Pengembangan Pesantren dan Masyarakat (P3M), Masdar F Mas’udi, Jl. Cililitan Kecil III/12, Kramat Jati, Jakarta Timur.



    16. Pimpinan Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Yogyakarta, Najib, Tompeyan TR III/133 Yogyakarta.



    17. Pusat Studi Antar Komunitas (PUSAKA) Padang, Sudarto, Jl Purus I No. 8A Padang, Sumatera Barat.



    18. Gender Team for Ministry of Religious Affairs (GT-MORA), Dra Siti Musdah Mulia, Departemen Agama RI, Jl. Lapangan Banteng No 4-6 Jakarta Pusat.



    19. Lembaga Kajian Agama dan Jender (LKAJ), Dra Siti Musdah Mulia, Jl Matraman Masjid I.A Jakarta Selatan.



    20. Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia (PPSDM) Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Dr Masykuri Abdillah dan Hakim Jamil, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.



    21. Pusat Studi Wanita (PSW) Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Rosatria, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.



    22. Fakultas Ushuluddin dan Fakultas Filsafat Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah (urusan gender), Dr Amsal Bachtiar, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.



    23. Desantara, Drs Bisri Effendi, Jl. Raya Citayam 35 Depok.



    24. DPP Korps Perempuan Majelis Dakwah Islam (MDI) (Bidang Garapan tentang Gender), Hj Juniwati T Maschjun Sofwan dan Nilmayetti, Jl Anggrek Nelly Murni 11A, Slipi Jakarta Barat.



    25. Indonesian Center for Islam and Pluralism (ICIP), Syafii Anwar dan Syafiq Hasyim, Jl Hang Lekiu I No. 09 Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.



    26. Lembaga Kajian Keislaman dan Kemasyarakatan (LK3) Banjarmasin, Nurcholish Madjid, Jl Gatot Subroto IV/Kemiri NO 102 Banjarmasin Kalsel.



    27. Lembaga Kajian Islam dan Sosial (LkiS), Amiruddin, M JadulMaula, Fikri dan Luth, Sorowajan Baru, Jl Pura No 1 Yogyakarta.



    28. Lembaga Kajian Pengembangan Masyarakat dan Pesantren (LKPMP) Makassar, Azhar Arsyad, Jl Faisal Raya No 22 Blok 22B Makassar.



    29. Lembaga Studi Aksi untuk Demokrasi (LS-ADI), Anick, Jl Ir H Juanda Gg Swadaya Rt 01/08 Pisangan, Ciputat.



    30. Rahima (Urusan Gender), Syafiq Hasyim, Jl Pancoran Timur IIA No 10 Pasar Minggu Jakarta Selatan, dan masih banyak lagi.



    (Sumber: Jejak Tokoh Islam dalam Kristenisasi, Hartono Ahmad Jaiz, Darul Falah Jakarta, Cet. I, Julai 2004, hlm.158-164).


    Begitulah seriusnya hentaman tsunami Jaringan dan Gerakan Islam Liberal Indonesia pada waktu ini. Sekali lintas kita dapat rasakan sejauh mana kerosakan yang telah berlaku. sekiranya terjadinya pertelingkahan atau penentangan masyarakat Indonesia terhadap Malaysia (atas pelbagai isu), ia bukannya permusuhan secara menyeluruh. Sebaliknya hanya dari masyarakat Islam Liberal Indonesia dan penganut Nasrani (kristian) terhadap Malaysia. Ada sebabnya kenapa ianya berlaku. Malaysia terutamanya Melayu amat dibenci kerana tidak mahu menerima Islam Liberal dan tentunya ada penghasut terkait dengannya. Sebab-sebab yang terpapar hanya diada-adakan bagi membenarkan tindakan mereka. Kita akan sampai kepada maksud tersebut nanti, harap bersabar.


    Kenapa Gerakan Islam Liberal Indonesia menjadi kukuh dan begitu kuat? Kita kena lihat siapa di belakang mereka. Selain Asia Foundation, banyak lagi rangkaian antarabangsa yang menyumbang kepada pergerakan mereka.

    Dr. Greg Barton misalnya (seorang pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia) menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia. Tesis PhDnya pun berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di Indonesia.


    Maknanya dia bukan sekadar pengkaji, tetapi juga pendokong dan pendorong kerana satelit Islam Liberal berpusat di Universiti Harvard, (The Pluralisme Project, rujuk di sini ) dipancar ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.



    Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya “Liberal”, tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah. Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka.



    Paling menarik, Indonesia yang diancam hebat dengan virus Islam Liberal inilah yang dinobatkan oleh tokoh terkenal Malaysia sebagai “Model Terbaik Dunia Muslim”. Ironis beliau tidak menyorot tentang bahaya Islam Liberal, seperti yang dilihat oleh kebanyakan pencinta gerakan Islam lain, sebaliknya beliau melihat kemunculan Islam Liberal itu sebahagian proses ‘reformasi’ dan ‘transformasi’, ke arah ‘demokrasi Islam’ yang beliau angkat sebagai ‘model terbaik’ di dunia muslim.



    Siapa pendokong Islam Liberal di Malysia? Ia satu nama besar yang cukup berpengaruh.



    Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya [lihat di sini] menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant dan Voltaire. Tokoh – tokoh ini dipanggil ‘Religious Enlightenment’ (Pencerahan agama). Kemudian dikuti oleh Adam Smith dan diperbaharuhi oleh Charles Kurzman dan lain-lain. 


    Ketika berucap di Forum New York Democracy Forum, Amerika Syarikat (Disember 2005) dan the Assembly of the World Movementfor Democracy di Istanbul, Turki (April 2006) dia juga memetik falsafah tokoh John Locke.



    Dalam ucapan itu dia mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, tetapi menurutnya keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi juga sesuai di dunia Muslim.



    Dia secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika.

    "I am here to offer tribute to those friends who remain steadfast in their commitment to freedom and justice. I wish to honor President Ronald Reagan's enormous contribution to the cause of freedom and democracy, and to say that I am proud to be associated with the work of the National Endowment for Democracy (www.ned.org)."

    John Locke adalah seorang ahli falsafah Barat, beragama Kristian, dikenali sebagai ahli falsafah Liberalisme moden abad ke-17.



    Menurut Locke, konsep liberalisme bermaksud mewujudkan Negara Liberal, iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Konsep Liberalisme ini dipanjangkan kepada agama menjadi Liberalisme agama yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama).



    Begitu juga dengan pemikiran Adam Smith. Tokoh negara ini sering menggunakan hujah tokoh falsafah barat ini ketika berucap atau menulis berkaitan dengan ekonomi dan agama.



    Ketika berforum dengan Emma Rothchild [keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?] dalam ‘Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy’, 2007, dia menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran ‘Adam Smith’ yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild.



    Adam Smith adalah bapa pencerahan Scotland (Scottish Enlightenment) yang dianggap pelopor ekonomi moden yang bertunjangkan sistem pasaran bebas dan kapitalisme. Adam Smith mengamalkan fahaman“Deisme” iaitu satu fahaman mempercayai kekuatan diri sendiri (akal) serta menolak konsep alam ghaib, wahyu, dan mukjizat.



    Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kumpulan Islam Liberal adalah Charles Kuzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US. Maklumat di sini .



    Antara bukunya yang paling popular adalah ‘Liberal Islam: A Source-Book’, merumuskan konsep Liberal Islam adalah peniruan daripada konsep ‘Western liberalism’ yang memperjuangkan pemisahan kuasa antara gereja dengan kerajaan, demokrasi, hak kebebasan wanita dan kumpulan minoriti, kebebasan berfikir serta kemajuan ketamadunan manusia. Lihat di sini



    Di dalam pengumpulan data yang dibuat oleh Charles Kurzman berkenaan tokoh-tokoh Islam Liberal, dia turut menyenaraikan nama tokoh ini (Malaysia) sebagai salah seorang pendokongnya, sebaris dengan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Asghar Ali Engineer (India) dan Fethullah Gülen (Turki). Sila klik di sini.



    Sementara itu tokoh-tokoh Islam Liberal lain yang turut disenaraikan antaranya; S.M. Zafar (Pakistan); Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Chandra Muzaffar (Malaysia), Ali Shari`ati (Iran), Mohamed Arkoun (Algeria-France), Abdulkarim Soroush (Iran), Muhammad Iqbal (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain. Yusuf Qaradawi juga tersenarai.   Yusuf Qaradawi, Egypt-Qatar:http://www.qaradawi.net


    الإعلان


    Manakala badan-badan yang memperjuangkan Islam Liberal, Kurzman senaraikan antaranya; CSID (Center for the Study of Islam and Democracy, USA; ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia), Indonesia; IIIT(International Institute for Islamic Thought), USA dan Malaysia; ICIP (International Center for Islam and Pluralism), Indonesia; MFI (Minaret of Freedom Institute), USA; Muslim WakeUp!, USA dan lain-lain. . 

    Keadaan di Malaysia masih tertutup dari pengaruh Islam Liberal kerana ulama kita amat berhati-hati terhadapnya. Mereka belum berani mengisytiharkannya secara terbuka.

    Gerakan ini PERLU DITENTANG sepenuh hati jika mahu selamatkan umat Islam Malaysia dari terjerumus ke arah kekafiran jenis ini. Kafir dalam label Islam yang keliru. Kesukaran pasti ada kerana gerakan ini di biayai dengan dana besar dan ditaja oleh beberapa korporat dan organisasi besar seluruh dunia. 

    Masih panjang perbicaraan mengenai Islam Liberal ini. Namun ia menjadi sangat penting kepada mereka yang sayangkan agamanya dari dimusnahkan oleh tangan jahat disebalik tabir. Masyarakat Malaysia akan terus dikelirukan untuk menutup rahsia penting ini. Pergerakan Islam Liberal dalam negara tidak akan muncul secara terbuka sehingga ia dapat diterima ramai terutamanya golongan muda yang bersifat agresif dan melulu mencari pencerahan.

    Dr Aminah, imam wanita Islam Liberal (aksi kekafiran)

    Akan cuba disambung .. jika diizinkan..  Malaysia mendapat perlindungan Allah swt... faktor utama Islam Liberal mudah diterima di Indonesia, kaitannya dengan Partai Komunis Indonesia (PKI)...  juga perkaitan menarik kenapa perlunya menukar kerajaan... 

    No comments:

    Post a Comment