Ulama PAS Kosong Dari Hidayah
"Sangat malang bila seorang yang berstatus ulama, bila ilmunya tidak membawa makrifat bagi mengenal akan hakikat, bila amalnya tidak ada warid, bila hidupnya jauh dari syuhud dan musyahadah. Ilmunya hanya sekadar menghafal seperti mana burung kakak tua berkata kata sedangkan hatinya sendiri tetap terhijab dengan tujuh puluh ribu hijab.
Hijab yang menghalang hati dan dirinya dari jazbah. Tidak pernah fana apatah lagi baqa. Tetaplah dirinya hanyut di alam malakut ini dan hayal terpesona dengannya Dirinya sendiri seumpama kain yang buruk.
Kotor dan usang. Andai digunakan untuk mencuci sesuatu. maka kotorlah pula apa yang hendak dicucinya. Kata kata dan perbuatannya tidak sedikitpun menaikkan martabat islam, malah merendahkan lagi dan mengundang fitnah bencana. Kata katanya bukan menjadi suatu alat meleraikan kekusutan dalam pemikiran umat, malah mengusutkan lagi. Bagai benang yang makin dilerai semakin kusut.
Islam tidak pernah membenarkan status ulama dipandang sedemikian rupa. Namun bila saja dirinya muncul maka pada saat itulah dia menyerongkan dan mengubah persepsi terhadap ulama. Saat itulah dia merosakkan nama ulama. Dia umpama tikus membaiki labu. Rosak terburai sisapun melata. Patah katanya adakala fitnah, adakala dusta, adakala berubah ubah. Bila berhukum adakala bias, adakala tidak tegas, adakala dipandang ringan seperti hampas.
Orang awam sering saja keliru, kenapa dirinya digambarkan seolah olah lebih bodoh dari orang biasa? Ke mana perginya hidayah dari ilmunya? Ke mana hilangnya zauqi dari kehebatan amal ibadatnya? Kata katanya tidak membina malah meruntuhkan. Kata katanya tidak mengangkat orang dari jurang, malah menjatuhkan ke dalam jurang.
Apakah pernah ada satu zaman, di mana apabila seorang ulama berkata kata, orang awam akan merasa malu? Malu dengan cara pemikirannya? Malu dengan apa yang dilontarnya? Tidak sama sekali. Ulama tidak pernah begitu. Ulama tidak pernah lembut dari orang awam dalam menegakkan kebenaran. Ulama tidak pernah lembik dari orang awam dalam melawan kezaliman.
Sekali kali mereka tidak akan hilang taring di saat kezaliman berleluasa. Redha baginya adalah redha pada ALLAH. Tidak sekumanpun hatinya redha pada makhluk. Hidup dan matinya hanya dalam radiah atau mardiah, atau mungkin kamilah dan serendahnya pula hanya mutmainnah.
Nyatalah dirinya hanyalah ulama tipudaya. Dirinya tertipudaya dan menipudayalah pula ia akan umatnya. Kerana hatinya tertipu daya, maka sangatlah mudah ia tertipudaya dengan rupa rupa zahir.
Berapa ramaikah dari kalangan ulama di dalam majlis syura yang dapat merenungi dan mendalami sirruss sir (iaitu hati yang paling dalam) seseorang? Berapa ramaikah dari mereka yang dapat melihat karaktor seseorang, dengan hanya memandang sekilas ikan di air sudah kenal jantan betinanya? Tidak ada bukan? Tepuk dada, tanyalah iman dan amal.
Ingat, jangan anda fikir, disaat anda keseorangan di malam yang gelap, ketika anda fikir tidak ada orang dapat menyaksikan perbuatan anda, ketika anda fikir tidak akan ada sesiapa yang tahu, ketahuilah ada orang yang dianugerahi oleh ALLAH dapat mengetahui apa yang anda buat, sekalipun dia tidak berada di tempat anda pada masa itu.
Anda sedang membacanya sekarang, ya, saya tujukan kepada anda.
No comments:
Post a Comment