CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday, 31 May 2012

Novel Harry Potter adalah "Karya Iblis"


Novel Harry Potter adalah "Karya Iblis"

Agensi Berita Rusia RT melaporkan pada Khamis 23/05, mengenai pesta seks oleh Gereja Vatican yang melibatkan sejumlah penculikan wanita muda.

Seorang gadis remaja pernah diculik untuk pesta seks di Vatican yang melibatkan geng dan polis Vatican dan para diplomat asing sekitar 30 tahun lalu. Maklumat ini disampaikan oleh seorang paderi yang terkenal sebagai 'pengusir setan' dan pernah menyatakan bahawa novel Harry Potter adalah 'karya iblis'.

Bapa Gabriele Amorth yang pernah dilantik oleh mendiang Paulus Johanes ke II sebagai Ketua Pengusir Setan dan mendakwa telah melakukan 70,000 pengusiran setan mengatakan, bahawa Vatican membunuh gadis 15 tahun bernama Emanuela Orlandi dan mayatnya dibuang.

Pendeta yang kini 'vokal' (banyak bicara) ini mengatakan bahawa gadis yang masih bersekolah itu diculik dari jalanan di pusat Rom pada musim panas tahun 1983 dan dipaksa untuk mengikuti sebuah pesta seks.

"Ini adalah kejahatan dengan motif seksual. Pesta seks ini diadakan dan polis Vatican bertindak sebagai 'perekrut' para perempuan," Pastor Amorth yang kini berusia 85 tahun mengatakan kepada akhbar La Stampa.

"Rangkaian ini melibatkan para diplomat dari kedutaan asing untuk Tahta Suci. Saya yakin Emanuela berakhir sebagai korban dari rangkaian ini."

Pendeta itu juga menambah bahawa Monsignor Simeone Duca sebagai pemegang arkib Vatican "adalah yang meminta untuk merekrut para gadis dengan bantuan polis Vatican," beliau menegaskan para gadis itu diculik untuk pesta seks yang meriah.

Kenyataan Bapa Amorth ini muncul ketika polis Itali dan ahli forensik mencari makam seorang ahli gangster di Sant'Apollinare, Gereja Rom
Makam tersebut adalah milik Pedis De Enrico, seorang mafia yang mati dibunuh pada tahun 1990 oleh anggotanya sendiri. Makam ini diketahui setelah polis mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tidak ingin diketahui identitinya dan mengatakan bahawa gadis itu dikubur bersama anggota gangster tersebut.

Tulang-tulang lain memang ditemui berhampiran dengan sisa-sisa mayat anggota gangster itu, namun belum positif diindentifikasi sebagai tulang Emanuela.

Tetapi pendeta tadi tidak ragu menuduh Tahta Suci (Vatikan) terlibat dalam jenayah yang mengerikan ini. "Saya tidak pernah percaya pada teori umum. Saya mempunyai motif untuk percaya bahawa ini hanya kes ekploitasi seksual."

"Teori Umum" mengatakan, gadis itu diculik untuk digunakan sebagai tawar menawar bagi pembebasan dari penjara Mehmet Ali Agca, seorang lelaki bersenjata asal Turki yang cuba membunuh Pope John Paulis ke II di St Peter Square pada tahun 1981. Versi teori antarabangsa ini belum pernah disahkan balik.

Pendeta Amorth yang meyakini adanya pesta seks kalangan Vatican ini adalah pendeta yang terkenal. Ia makin terkenal setelah mendakwa bahawa Yoga adalah Setan kerana meditasi itu mengarah ke pemujaan Hindu. Pendeta Amorth juga menyatakan novel Harry Potter sebagai "Karya Iblis" dengan mengatakan bahawa novel itu mendorong kanak-kanak percaya pada ilmu hitam dan sihir.

No comments:

Post a Comment