CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday 23 April 2014

Imam Abu Hasan Al-Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi

Untuk Perhatian: DR. WAN SUHAIMI WAN ABDULLAH, Jabatan Akidah Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Assalamualaikum, Dr.

Topik: PEGANGAN SEJATI ULAMA BERZAMAN

SEJAK dulu hingga kini, pegangan sejati umat Islam dalam berakidah adalah berasaskan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh Imam Abu Hasan Al-Asya�aridan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Seperti kata Sayyid Murtadha Al-Zabidi: �Apabiladisebut Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman ataufatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy�ari dan Al-Maturidiah.�



Justeru, sepanjang berabad umat Islam, termasuklah para ulama dalam pelbagai disiplin ilmu berpegang dengan metode kedua-dua imam Ahli Sunnah ini. Bahkan, dalam konteks Alam Melayu, umat Islam di wilayah ini hingga ke seluruh Nusantara turut berpegang dengan metode Al-Asya�irah dan Al-Maturidiah dalam berakidah.

Buktinya, dalam kitab-kitab karangan para ulama Melayu ratusan tahun jelas dinyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam akidah ialah Al-Asya�irah dan Al-Maturidiah.

Malah, pengajaran kedua-dua ulama ini dalam berakidah banyak diajar kepada umat Islam hingga kini, sama ada dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Arab, seperti Al-Durr Al-Thamin, oleh Syeikh Daud Al-Fathani dan Tuhfah Al-Murid � Ala Jauharah Al-Tauhid, oleh Syeikh Ibrahim Al-Baijuri.

Syeikh Abdullah Fahim juga pernah menyebutkan: �Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas; awam, qadi, ulama, menteri hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Imam Syafi�e ijma�an (sepakat), tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi�e, yakni haram melanggar ijma��.usuluddin (pula) atas perjalanan Abu Al-Hasan Al-Ash�ari�� � (Lihat Manifesto Intisari dan Rahsia Dalam Pemikiran dan Pengamalan Islam, ms/ 163).

Namun, mutakhir ini, timbul banyak desas-desus dan fitnah yang disemarakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan bertopengkan ulama terhadap Imam Abu Hasan Al-Asya�ari. Mereka menghukum bahawa Imam Abu Hasan dan semua yang menganut fahaman Al-Asya�irah telah terkeluar dari ruang lingkup aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dakwa mereka lagi, fahaman yang dibawa oleh Al-Asya�irah tidak pernah wujud dan tidak diamalkan oleh ulama Salaf yang berpegang dengan Manhaj Ahli Sunnah.

Persoalannya, sejauh manakah benarnya dakwaan mereka itu? Apakah desas-desus dan fitnah yang cuba ditimbulkan ini adalah semata-mata untuk menggugat pegangan sejati ulama dan umat Islam berzaman?Soalan-Soalan Berkaitan:-

1. Berdasarkan kepada dakwaan itu, boleh Dr. jelaskan sejauh manakah kebenarannya bahawa pegangan Al-Asya�irah terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Apakah pendekatan yang dibawa oleh Imam Asya�ari dan Imam Maturidi dalam akidah tidak menepati petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa apa yang diajarkan oleh kedua-dua imam ini bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah?

Persoalan di sini berkaitan dengan dua perkara: Pertama, pemikiran al-Asha`irah dan sejauhmanakah ia selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah serta pemikiran pengasanya Abu al-Hasan al-Ash`ari, pengasas mazhab tersebut. Kedua, siapa sebenarnya Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah?


Perkara yang pertama di atas amat mendasar kerana ada orang beranggapan bahawa Abu al-Hasan adalah dari kalangan Salaf al-Soleh dan oleh itu metode beliau pastinya selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Golongan ini tidak akan sama sekali mempertikaikan Abu al-Hasan namun mereka akan mempertikaikan para pendokong mazhabnya iaitu al-Asha`irah. Hujah yang biasa dikemukakan ialah bahawa al-Asha`irah telah menyimpang dari metode Abu al-Hasan, oleh itu mereka juga dikatakan menyimpang dari pendekatan al-Qur’an dan al-Sunnah.


Dalam menjelaskan hal berkaitan perkara pertama ini, suatu yang perlu difahami ialah setiap mazhab dan pemikiran itu berkembang dengan perkembangan zaman dan tempat. Nisbah sesuatu aliran kepada seseorang pengasas mazhab atau aliran tidak semestinya bermakna tidak akan berlaku sebarang perkembangan dalam mazhab tersebut. Sebaliknya kegagalan para pendokong terkemudian dari tokoh pengasas sesuatu mazhab itu dilihat sebagai sebab utama kenapa mazhab itu tidak berkembang dan mungkin akan lenyap akhirnya dari persada sejarah.



Ini adalah suatu yang lumrah kerana, berbeza dengan syariat para Nabi a.s. yang berasaskan wahyu, pengasas sesuatu mazhab atau aliran tidak akan mampu menggariskan semua perincian pemikiran mazhabnya untuk tempoh masa kehadapan yang lama kerana umur dan kehidupannya yang terhad. Semestinya akan ada isu-isu yang tidak diperincikan secara yang lengkap, sama ada kerana isu tersebut belum lagi lahir semasa hidupnya ataupun mungkin kerana sesuatu isu itu tidak memerlukan perhatian sedemikian kerana ia tidak menimbulkan masalah kepada masyarakatnya ketika itu. 


Namun, ekoran perkembangan masa dan tempat, lahir pelbagai isu dan cabaran baru yang menuntut tumpuan dan perbahasan semasa oleh para ilmuwan ketika itu. Inilah yang mentafsirkan berlakunya perkembangan pemikiran dan tafsiran baru sesuatu mazhab.


Kewibawaan para pendokong sesuatu mazhab dalam mengintegrasikan faham pengasasnya dengan hal dan tuntutan semasa isu itu akan memastikan mazhab tersebut diiktiraf, disegani, didokong dan disebarkan zaman berzaman. Hal sebegini berlaku dalam pelbagai mazhab dalam Islam sama ada mazhab feqah, Kalam, bahkan tasawuf dan falsafah. 

Bandingkan kenapa mazhab al-Shafe`i lebih luas sebaran dan dokongannya berbanding mazhab feqah Sunni atau Syiah yang lain. Begitu juga dengan faham akidah al-Ash`ari dengan pemikiran akidah Sunni atau Syiah yang lain. 


Begitu juga dengan aliran al-Junayd al-Baghdadi dalam tasawuf dan pendekatan al-Ghazali dalam falsafah. Dari aspek yang lain pula, perkembangan yang dilakukan oleh para pendokong terkemudian sesuatu mazhab tidak pula bermakna mereka telah mengabaikan perdekatan asal pengasas mazhab tersebut. 

Perkembangan sesuatu mazhab sebenarnya berlaku dalam kerangka umum mazhab dan inilah yang menjadikan mereka berhakmenisbahkan diri mereka kepada mazhab tersebut. Sebagai contoh, kerangka mazhab al-Ash`ari adalah kerangka pertengahan (al-wasatiyyah) di antara akal yang melampau dan nas yang sempit. Ini juga adalah kerangka yang dianjurkan oleh al-Qur’an. 



Oleh yang demikian, sebarang penyimpangan dari jalan pertengahan ini akan menjarakkan seseorang atau sesuatu pandangan itu dari pendekatan al-Ash`ari yang sebenar. 

Cuma, apa yang perlu diingatkan ialah terdapat dua hal yang berbeza apabila memperkatakan tentang golongan yang menjarak dari pendekatan Wasatiyyah ini; ada yang dengan sengaja memilih untuk menjarak sama ada lebih ke arah akli seperti Mu`tazilah dan Syiah, atau lebih ke arah nas seperti Hanabilah, aliran Ibn Taimiyyah (Taimiyyun) dan Wahabi; dan ada pula yang tersasar sedikit lebih ke arah akli, walaupun belum mencapai tahap Mu`tazilah, seperti yang dapat diperhatikan pada Imam Fakhr al-Din al-Razi dan Saif al-Din al-Amidi dari pendokong al-Asha`irah. 

Dalam hal yang kedua ini, mereka masih belum terkeluar sepenuhnya dari pendekatan Wasatiyah di atas kerana ternyata hasil pemikiran dan pentafsiran mereka masih selaras dengan pandangan imam-imam al-Ash`ariyyah yang lain. Hal yang sama juga berlaku dalam perkembangan mazhab al-Maturidiyyah.


Jadi, berdasarkan keadaaan ini, adalah salah disifatkan tokoh-tokoh al-Ash`ariyyah mutakhir ini telah terkeluar dari pendekatan Abu al-Hasan al-Ash`ari atau menyimpang dari metode al-Quran dan al-Sunnah. Lebih-lebih lagi, jika perkembangan mutakhir al-Ash`ariyyah ini dikaitkan dengan pengaruh falsafah yang semakin mendapat tempat di kalangan ilmuwan Islam di zaman mutakhir. Ini jelas dari pendekatan yang dikemukakan oleh tokoh seperti al-Baidhawi, al-Iji dan al-Taftazani.


Pendekatan tokoh-tokoh mutakhir ini, walaupun nampak seakan terlalu janggal berbanding dengan tulisan Abu al-Hasan al-Ash`ari sendiri, namun mereka masih lagi menjaga dasar-dasar umum mazhab dan pandangan mereka juga masih selaras dengan pandangan asas Abu al-Hasan.

Perkembangan mazhab al-Ash`ariyyah berbanding dengan tafsiran pengasasnya Abual-Hasan al-Ash`ari boleh diibaratkan seumpama perkembangan orang Melayu kini; sama ada dari segi rupa paras, cara hidup dan budaya. Dengan mengenepikan elemen- elemen pembaratan yang melampau dan kekolotan minda yang terpencil, umat Melayu kini masih boleh dikatakan ‘Melayu’ kerana banyak elemen asas orang Melayu masih dapat dikenalpasti. Cuma melayunya orang Melayu kini pastinya tidak semelayu orang Melayu terdahulu. Perbezaan ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. 


Apa yang boleh dipastikan adalah elemen kemelayuan itu perlu dipertahankan agar orang Melayu kini tidak bertukar menjadi orang ‘Putih’ atau orang lain. Begitu jugalah halnya dengan Abu al-Hasan al-Ash`ari sebagai Salaf al-Soleh yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w. sebagai antara kurun terbaik umat Islam. Walaupun ‘kesalafan’ para pendokong al-Ash`ariyyah tidak sebagaimana salafnya Abu al-Hasan, ini tidak bermakna mereka terpisah dari Abu al-Hasan. 


Tambahan pula mereka pastinya tidak mungkin disifatkan sebagai ‘salaf’ kerana itu hanya khusus kepada tiga kurun pertama Islam. Jika ini berlaku, maka keistimewaan yang dinisbahkan kepada mereka sebagai zaman yang paling baik dari umat Islam keseluruhannya tidak lagi menjadi suatu keistimewaan. Oleh yang demikian, mereka tidak perlu melabelkan diri mereka sebagai‘salaf’ atau ‘sahabat’ atau ‘tabi`in’. Apa yang penting, keash`ariyah mereka masihkekal dan segar berkembang.


Seterusnya, dalam hal berkaitan sejauhmanakah metode mereka selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, ini tidak sepatutnya diragui. Tidak ada umat Islam yang sebenar yang membelakangi al-Qur’an dan al-Sunnah, apatah lagi dari kalangan ilmuwan yang muktabar. Dalam kes pendokong al-Asha`irah, ramai di antara mereka yang menguasai tafsir al-Quran dan penghuraian hadith. Imam Fakhr al-Din al-Razi dan Abu Bakr Ibn Furak boleh disebut sebagai contoh di sini. Kewibawaan al-Razidalam Tafsirnya dan kefahaman Ibn Furak dalam memperjelaskan hadith-hadith yangkabur (mutasyabihat) dalam karyanya Musykil al-Hadith wa Bayanuhu. 



Apa yangmenjadi masalah bagi mereka yang mendakwa bahawa golongan ini menyimpang dari al-Qur’an dan al-Sunnah ialah kerena mereka hanya mengiktiraf bentuk fahaman dan tafsiran yang literal terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini adalah suatu bentukpemahaman nas yang tidak selaras dengan pendekatan Wasatiyyah al-Asha`irah.


2, Berdasarkan kepada pemahaman Al-Quran dan As-Sunnah, boleh Dr. perjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Benarkah pandangan yang membezakan di antara akidah Al-Asya�irah dan Al-Salafiyyah? Bolehkah secara ringkas Dr. huraikan tentang sejarah perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bermula zaman Nabi s.a.whingga ke 500 tahun Hijrah? Ini kerana, terdapat dalam sebuah hadis menyatakan bahawa sebaik-baik kurun adalah sejak kurun pertama hingga kurun ketiga. 


Ada juga pendapat menyatakan sehingga kurun kelima iaitu, 500 tahun selepas hijrah. Isu kedua dari persoalan di atas, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, ialah isu mentafsir siapakan sebenarnya Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah? Isu ini telah ditimbulkan kembali. Apa yang dinyatakan di atas tentang dua mazhab utama Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah; iaitu mazhab al-Ash`ariyyah dan al-Maturidiyyah, yang telah disepakati oleh ilmuwan sepanjang zaman seolah-olah telah dipertikaikan. 


Sebaliknya secara gantian golongan yang mempertikaikan hal ini cuba menisbahkan gelaran tersebut kepada kelompok mereka sendiri. Golongan yang menganggap mereka sebagai pendokong Sunnah mengaitkan gelaran ini kepada mereka. Mungkinkah ini disebabkan tercatatnya perkataan ‘Sunnah’ dalam gelaran ini atau kerana hujah yang mereka sendiri kemuka dan tafsirkan. Dalam hal ini, suka diingatkan agar mereka juga perlu mengambilkira satu lain elemen besar dalam gelaran tersebut iaitu elemen ‘jamaah’.


Apa yang mereka tafsirkan dengan ‘jamaah’ ini? Tidakkah ia sekurang-kurangnyabermaksud ‘perkumpulan’ yang melambangkan suatu ‘persepakatan’, ‘kesatuan’, ‘kesinambungan’ atau ‘majoriti’? Jika ini maksudnya, apakah kesan dari dakwaan mereka ini membawa ke arah maksud ‘jamaah’ ini atau sebaliknya memecahbelahkan umat Islam? Kalau itulah hasilnya, apakah mereka layak menggelarkan diri sebagai ‘al-Jamaah’?

Isu penjenamaan ini bukan suatu isu baru dalam Islam. Sejak selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pelbagai jenama telah lahir atau dilabelkan. Semua cuba menampilkan nama yang positif, golongan Syiah mengaitkan perjuangan mereka sebagai penyokong Saidina Ali k.w. (Syi`ah Ali), golongan Mu`tazilah pula menampilkan nama Tauhid dan Keadilan (Ahl al-Tawhid wa al-`Adl). Menariknya ketika itu, gelaran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak dirujuk kepada kelompok tertentu sahaja. 


Ia merujuk kepada sejumlah perkumpulan umat Islam yang bertentangan dengan Syiah dan Mu`tazilah. Ini termasuk al-Ash`ariyyah dan al- Maturidiyyah dari aliran Kalam dan empat mazhab utama Fiqh Sunni. Namun dalam skop kelompok Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini, setiap mazhab menamakan mazhab mereka berdasarkan pengasasnya; al-Ash`ariyyah (Abu al-Hasan al-Ash`ari), al-Maturidiyyah (Abu Mansur al-Maturidi), al-Syafe`i (Ahmad b. Idris al-Syafe`i), al-Hanabilah (Ibn Hanbal) dan seterusnya. Apabila mereka berbicara sesama mereka,nama-nama ini disebut, bukan nama ‘salafi’, ‘ansar al-sunnah’ dsb.



 Ini menggambarkan amanah dan tanggungjawab ilmiah yang jelas, tanpa sebarang niat untuk berselindung dengan nama-nama yang mengelirukan, nama yang seolah melabelkan golongan mereka secara eksklusif dan menidakkan orang lain. Inilah yang berlaku kini dan inilah yang mengelirukan umat Islam amnya. Malah lebih dari itu mereka menisbahkan gelaran ‘ahl al-sunnah wa al-jamaah’ hanya kepada kelompok mereka yang terhad. 


Malah gelaran ‘Salaf’ yang khusus untuk tiga kurun terawal itu dilabelkan kepada kelompok semasa yang mendakwa mendokong ‘salafiyyah’, dan olehkerana imam al-Shafe`i dan al-Ash`ari itu dari kalangan Salaf al-Soleh, mereka turut ‘mentakwil’ mendakwa bahawa kedua imam ini turut sealiran dengan mereka. Kenapa perlu berselindung dengan nama-nama ini? Kenapa tidak diteruskan tradisi Hanabilah (Ibn Hanbal) yang juga dari kalangan Salaf al-Soleh? 


Atau kenapa tidak dipopularkan nama Ibn Taimiyyah (Taymiyyun) atau Muhammad `Abd al-Wahhab (Wahhabiyyun)? Ini lebih jelas yang tidak mengelirukan. Jadi sekali lagi ditegaskan bahawa golongan Salaf al-Soleh tetap umat terbaik dalam sejarah Islam. Kita boleh berusaha untuk menjejaki langkah mereka tapi kita tidak akan jadi sebagaimana ‘terbaik’ mereka itu.


3. Dakwa mereka lagi, pengajaran sifat 20 dan sebagainya yang terdapat dalam metode Imam Al-Asya�ari tidak pernah wujud pada zaman awal Islam dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada umatnya. Tambah mereka lagi, apa yang diajarkan oleh Imam Asya�ari tidak boleh meningkatkan keimanan, sebaliknya membawa umat Islam kepada perbincangan ilmu kalam yang tidak berkesudahan. Boleh Dr. jelaskan persoalan ini?

Sebagaimana yang dijelaskan di atas, isu pendekatan mazhab ada penjelasannya dari segi sejarah dan tabiat masa dan tempat. Hujah sesuatu itu tiada di zaman awal Islam tidak boleh dijadikan alasan kerana Islam itu sesuai bagi setiap masa dan tempat. Menghadkan segala perkembangan kepada apa yang ada di awal Islam semata-mata tidak akan memungkinkan Islam itu disesuaikan dengan masa dan tempat.


 Ini akan memudarkan sifat universal Islam itu sendiri. Asas penilaian sebenar bagi sesuatu pendekatan bukanlah pada bila masa ia dikemukakan, tapi kepada keberkesanan dan kesesuaiannya. Keberkesanan dan kesesuaian sesuatu pendekatan ini pula boleh dilihat berdasarkan sasaran dan suasana pendekatan itu dikemukakan. Ia juga perlu dihuraikan selengkapnya agar tidak disalah tafsirkan. Semua ini adalah Islam selagi usul agama masih yang sama.


Berdasarkan fakta di atas, pengajaran Tauhid sifat 20 ini perlu dinilai sebaiknya. Apakah suasana sebenar ketika ia dikemukakan? Apakah ia tidak berkesan dan tidak sesuai secara mutlak? Jika sedemikian bagaimana ia boleh bertahan dan berpengaruh sedemikian dalam sejarah umat Islam? Apakah ini bermakna ilmuwan terdahulu membicarakan suatu yang tidak berfaedah? 

Atau mungkinkah ia diketengahkan bukan pada tempat dan masanya yang sesuai? Atau kerana penjelasan tentangnya tidak dikemukakan selengkapnya? Kalau kemungkinan akhir ini yang menjadi penjelasan, maka ia bukannya masalah pendekatan, sebaliknya masalah kepakaran, kemampuan dan kesesuaian sasaran. Dan kalaulah ini halnya, memanglah ia bukan sahaja tidak boleh meningkatkan keimanan, bahkan mungkin boleh mengeliru dan menjemukan.


4. Ada pendapat menyatakan, pegangan Imam Asya�ari dalam akidah melalui 3 peringkat iaitu: (1) Berpegang dengan akidah Muktazilah (2) Berpegang dengan akidah yang mensabitkan beberapa sifat aqliyyah seperti; hayat, ilmu, qudrat serta mentakwilkan sifat-sifat khabariyyah seperti; wajh, yadain, qidam dan lain-lain. Manakala yang ke (3) Beliau berpegang kepada mazhab Salafi yang tidak mentakwilkan sifat-sifat khabariyyah tadi. Bagi mereka, peringkat ketiga adalah pegangan beliau yang menepati Ahli Sunnah Wal Jamaah. 


Boleh Dr. jelaskan persoalan ini? Pandangan yang mengatakan bahawa mazhab Abu al-Hasan yang terakhir adalah mazhab Salafi merujuk kepada kepercayaan bahawa karyanya yang berjudul al-Ibanah `an Usul al-Diyanah yang mengetengahkan pendekatan ulama Salaf al-Soleh adalah karya terakhir Abu al-Hasan. Manakala golongan yang mengatakan bahawa Abu al- Hasan berpegang dengan akidah ta`wil pula menegaskan bahawa karya al-Ibanah bukanlah karya akhir beliau, sebaliknya kitab al-Luma` yang berpendekatan kalam adalah karya terakhirnya. Perbincangan tentang hal ini diperdebatkan sejak sekian lama oleh para pengkaji.


Namun, secara umumnya perkembangan pemikiran al-Ash`ari ini adalah suatu yang dialami oleh beliau dan beliau lebih mengetahui apa yang beliau yakini sebenarnya. Para pengkaji yang datang kemudian yang mengkaji perkembangan pemikiran ini bebas mentafsirkan perihal akidah beliau. Untuk menghurai hal ini secara yang lengkap memerlukan penelitian yang lebih menyeluruh. 



Cuma apa yang boleh diutarakan di sini ialah apapun tafsiran kita sekarang, kenyataan tokoh-tokoh ilmuwan lampau yang sezaman atau hampir dengan zamannya seperti Ibn Asakir, Ibn Furak, al- Baqillani dan al-Juwayni perlu diambilkira. Mereka pastinya sedar akan karya dan pemikiran Abu al-Hasan dan pastinya mereka lebih memahami Abu al-Hasan berbanding kita.

Berdasarkan dua fakta di atas, jika kita amati perkembangan mazhab al Ash`ariyyah selepas Abu al-Hasan, khususnya di tangan tokoh-tokoh seperti Ibn Furak, al-Baqillani, al-Juwayni, al-Ghazali dan sebagainya, tidak kita dapati seorangpun dari mereka yang mendakwa bahawa Abu al-Hasan berfahaman ‘Salafi’ sebagaimana yang didakwa sekarang. Patutkah diandaikan bahawa semua mereka ini tidak sedar akidah manakah sebenarnya yang dianuti Abu al-Hasan sehinggakan kita kini datang untuk menyatakan hal yang sebenar? Apakah kita lebih faham membaca karya Abu al-Hasan berbanding mereka?

8. Sebagaimana dihuraikan oleh Dr. dalam sesi pembentangan tentang masalah dalaman kaum Muslimin, apakah Dr. melihat situasi yang berlaku ini timbul hasil permasalahan dalaman kaum Muslimin? Secara ringkasnya, boleh Dr. perincikan isu ini berdasarkan buku Risalah Kaum Muslimin oleh Prof Naquib Al-Attas untuk tatapan kaum Muslimin?

Ya, saya rasa apa yang dikupas oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam mendedahkan masalah dalaman umat Islam yang sebenar dalam bukunya Risalah Untuk Kaum Muslimin memang tepat. Semua konflik pemikiran dan mazhab, bahkan politik dan kemasyarakatan, yang berlaku dalam sejarah umat Islam adalah berpunca dari kejahilan ummah. Ini secara khusus merujuk kepada usaha pendidikan yang tidak komprehensif, pendidikan yang tidak seimbang. 


Tugas dan misi pendidikan tidak dikendalikan oleh pihak yang layak manakala pendidikan pula dikaitkan dengan pelbagai agenda tersirat. Pendidikan yang mengabaikan adab; adab terhadap diri, adab terhadap orang lain, adab terhadap autoriti. Sikap tidak mengenali siapa yang berwibawa dan siapa yang tidak serta sifat menyamaratakan di antara para ilmuwan, semua ini memarakkan lagi sikap biadab umat Islam. 

Sifat-sifat ini boleh diperhatikan pada tiga kelompok bermasalah dalam masyarakat Islam kini, kelompok yang masing- masing menyumbang kepada pelbagai masalah dalam umat Islam, iaitu golongan Modenis, Salafi dan sekular. Semua mereka mempertikaikan autoriti dan menyamaratakan antara ilmuwan. Tiada beza bagi mereka antara autoriti Arkoun, Nasr Abu Zayd, Albani, dan sebagainya dengan mana-mana tokoh ilmuwan awalseperti al-Shafe`i, al-Ghazali, Ibn Arabi dan mereka yang seangkatannya. 

Sikap sebegini menjadikan mereka biadap atas nama ‘keluar dari taklid’, atas nama tidak mempertuhankan ulama, atas nama reformasi. Mereka lupa tentang jasa tokoh-tokoh tersebut, tentang sumbangan ilmiah mereka, sumbangan yang mana umat kini bukan sekadar tidak mampu menghasilkan karya sedemikian, bahkan jarang di antara kita yang betul-betul mampu menyelami makna dan maksud kupasan mereka.


 Layakkah untuk kita membandingkan di antara tulisan-tulisan makalah akhbar awam, hatta tesis- tesis PhD penyelidik kini dengan karya-karya agung mereka? Manakah yang lebihberautoriti, antara makalah akhbar yang diiktiraf awam atau tesis ilmiah yang dinilai oleh panel yang mungkin lebih keliru berbanding dengan himpunan karya agung yang diiktiraf bukan sahaja oleh masyarakat ilmuwan sezaman bahkan oleh para pakar berzaman-zaman. 


Semua fenomena ini menjelaskan betapa kita kini kebudak-budakan dalam ilmu berbanding bintang-bintang ilmuwan terdahulu. Oleh itu, kita perlu ada suatu sangkaan baik apabila berinteraksi dengan sumbangan ilmiah mereka, berusaha secara bersungguh untuk memahaminya dan dalam masa yang sama hendaklah berhati-hati apabila menilai mereka, agar kita tidak dilihat sebagai ‘anjing menyalak gunung’.


9. Berbalik kepada isu yang dibincangkan ini, pada hemat Dr, bagaimanakah bentuk usaha- usaha yang harus dijalankan bagi memantapkan akidah umat Islam menurut pegangan sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebagaimana yang dipegang oleh para ulama zaman-berzaman? Akidah adalah suatu yang tetap (thabit) dan tidak berubah. Ia tidak seperti hukum feqah yang kadang-kadang perlu dikembangkan seiring perkembangan zaman. Makna sesuatu yang thabit itu ialah ia tidak tunduk kepada sebarang perubahan. Sejak Islam lahir lebih dari 14 kurun yang lalu dan bertahan sehingga kini, sejak itu juga akidahnya difahami dan dihayati. Dalam tempoh tersebut dan tempoh-tempoh seterusnya, akidah Islam akan tetap bertahan dan dianuti.

Keberterusan akidah ini antara lain disebabkan oleh kebenaran ajarannya. Ia juga boleh dikaitkan dengan usaha para ilmuwan lampau membahas, memperjelas dan mempertahankannya di hadapan pelbagai cabaran dan dakyah musuh Islam. Walaupun kaedah memperjelas dan mempertahankannya berbagai mengikut kesesuaian masa dan tempat, namun kerangka umum akidah dan dasar-dasarnya tetap sama, iaitu merangkumi aspek Ketuhanan, Kenabian dan Hari akhirat atau Sam`iyyat.

Sejarah perkembangan perbahasan berkaitan akidah dalam Islam menyaksikan pelbagai aliran dan tafsiran yang muncul. Ia dapat dibahagikan kepada dua ekstrim; sama ada terlalu literal dalam memahami nas seperti golongan Hasywiyyah dan Hanabilah, atau terlalu liberal mengagungkan akal seperti Mu`tazilah dan Syiah. 

Di samping itu, akidah Islam juga berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan usaha untuk mengelirukan umat Islam tentang akidah mereka. Ini merangkumi tohmahan dan kekeliruan yang cuba disebarkan oleh golongan Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang tidak akan redha dengan akidah dan ajaran Islam dan tidak akan berputus asa kecuali jika mereka berjaya sekurang-kurangnya menjauhkan umat Islam dari akidah mereka.

Kepelbagaian tafsiran atau aliran yang lahir serta segala macam tohmahan dan kekeliruan yang cuba disebarkan oleh musuh Islam walau bagaimanapun telah berjaya ditangani secara yang baik oleh para ilmuwan Islam yang lampau. Hasilnya kepelbagaian tafsiran ini dapat dikawal dan dibendung dari terus menjarak dan menghancurkan perpaduan ummah. Kekeliruan dan tohmahan luar dapat dijawab dan dipatahkan.

Kejayaan sebegini tidak akan berhasil jika aliran peneraju perjuangan itu gagal mengenalpasti kelemahan setiap aliran dan tohmahan di atas dan tidak pula berdaya mengemukakan suatu pendekatan dan penjelasan yang diterima ramai. Penjelasan yang dikemukakan itu pastinya bukanlah penjelasan yang mendokong mana dua ekstrim di atas kerana ia pastinya tidak akan diterima umum. 

Ia pastinya suatu pendekatan dan penjelasan ‘pertengahan’ (wasatiyyah) yang dihuraikan sebelum ini. Ia adalah pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Ia adalah pendekatan yang menerima nas bukan secara literal dan meraikan akal bukan dalam bentuk yang liberal. Inilahyang diperjuangkan oleh al-Asha`irah dan rantaian bintang ilmuwan mereka, rantaianyang sama sekali bebas dari golongan Salafi Wahabi atau Modenis liberal.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah bentuk usaha yang harus dijalankan bagi memantapkan akidah umat Islam menurut pegangan sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita perlu jelas terlebih dahulu bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jammah ini adalah golongan yang telah berjasa dan berjaya sebelum ini dalam mengawal dan menjaga akidah Islam dari ‘pelampau’ dan musuh. 

Kalau mereka berjaya dengan semangat yang sedia didokong, semangat yang sama juga pasti akan berhasil jika dikuasai dengan baik. Tambahan pula, isu akidah adalah isu yang thabit, maka masalah dan cabarannya pun biasanya tidak berbeza dari segi intinya, walaupun mungkin berbeza dari segi zahirnya.

Jadi isunya sekarang ialah bagaimana boleh kita kuasai semua itu? Sumber dan contoh penyelesaian sudah tersedia dikembang dan ditafsir sejak berzaman. Kita hanya perlu berusaha memahami penjelasan akidah tersebut dan menyebarnya dalam bahasa semasa. Dengan cara ini kita akan menyambung usaha para bintang ilmuwan lampau itu dan dengan ini juga kita akan mampu menghadapi pelbagai aliran dan tohmahanyang pasti akan sentiasa mendatang.

Ini dari segi pemahaman dan penghujahan. Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah juga menekankan aspek amalan dan mujahadah. Usaha pemantapan akidah perlu digandingkan dengan usaha bina amal dan jiwa yang umumnya diperkatakan dalam feqah dan tasawuf. Warisan feqah dan tasawuf Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah amat kaya.

Ini juga perlu diusahakan pemahaman dan penghayatannya. Hanya dalam tradisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini sahaja kita dapati suatu gandingan yang harmoni antara ketiga-tiga unsur asas Islam ini. Ini tidak didapati dalam tradisi yang anti tasawuf dan taksub kepada hanya mazhab zahir.

Profil Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah:-

Umur: 39 tahun

Tarikh, tempat lahir, asal usul: 30.12.1968 di Kelantan

Latar belakang pengajian/ guru-guru: B.A. Usuluddin (Akidah dan Falsafah)

Universiti al-Azhar, Kaherah, M.A. Falsafah Islam, Universiti Kaherah,

Kaherah dan PhD Pemikiran Islam, ISTAC, UIAM.

Kerjaya; jawatan yang disandang: Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan

Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan/ aktiviti berdakwah/

pembentangan kertas kerja dan sbgnya: (Lihat lampiran CV)

Penulisan karya: (Lihat lampiran CV)

Sekian dahulu, persoalan-persoalan yang ingin saya ketengahkan kepada Dr. Harapan saya, kerjasama dan perhatian daripada Dr. akan dapat membantu menjawab segala persoalan di atas, di mana sebahagian besarnya amat perlu kepada penjelasan segera, lebih-lebih lagi terhadap tohmahan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak, demi kebaikan umat Islam dan ummah manusia.

Moga, dengan penjelasan itu nanti akan memberikan kefahaman mendalam kepada umat Islam tentang hakikat sebenar pegangan sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman- berzaman, sekali gus menyanggah segala fitnah dan desas-desus jahat terhadap para ulama muktabar serta dapat mengembalikan kesucian Islam.Untuk makluman Dr., perbincangan ini akan saya paparkan dalam Majalah CERMIN keluaran MEI bilangan 104, insyaAllah. Sekiranya Dr. dapat mengemailkan gambar-gambar yang berkaitan sewaktu belajar di Mesir dahulu atau gambar yang berkaitan adalah dialu- alukan. Semoga Allah memberkati usaha Dr.

Sekian Wassalam.

�HIDUP BERTERASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH�

Disediakan oleh:-

Muhammad Hafiz Mat Tajudin,

Wartawan Majalah CERMIN,

Email: fathoniebest04@yahoo.com

Tel: 012-3075796 @ 03-61880778

1 comment:

  1. Ar-rahman Ar-rahim di nisbatkan dari sifat Allah atau nama-nama Allah tanpa sifat?

    ReplyDelete