CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday 21 February 2014

Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad

http://www.pendapatanda.com/2014/02/implikasi-pemikiran-kassim-ahmad.html

Terlanjur menulis dan memberikan pendapat terhadap Kassim Ahmad, rasanya perlu dilanjutkan lagi pula kepada implikasi pemikiran Kassim Ahmad. Entah kenapa isu Kassim Ahmad membuatkan saya asyik memikirkan tentang beliau sejak dua tiga hari ini tanpa henti.

Saya bukanlah seorang pemikir. Kassim Ahmad ya!. Walaupun tahap kekerapan saya berfikir mungkin sama kerap dengan Kassim Ahmad, itu masih tidak melayakkan diri dikategorikan sebagai seorang pemikir.

Saya yakin pembaca di luar sana juga sama kekerapannya menggunakan akal untuk berfikir, tapi belum tentu dapat melayakkan diri masuk dalam kumpulan para pemikir di negara kita.

Hanya orang yang diangkat martabatnya sebagai pemikir sahaja akan diperbincangkan pemikirannya. Kita ada pemikiran Mahathir, kita ada pemikiran Tuan Guru Nik Aziz, kita ada juga pemikiran Haji Yusuf Rawa. Semua orang tersebut dikaji pemikiran mereka atas tiket seorang pemimpin.

Pemikiran Kassim Ahmad Atas Tiket Apa?

Kebanyakan orang di negara kita yang dikaji pemikirannya banyak berkisar daripada arena kepimpinan. Mereka berada di tahap tertinggi dalam urusan memimpin kumpulan yang mereka ketuai.

Bagaimana pula dengan pemikiran Kassim Ahmad, atas tiket apa dia diangkat sbagai seorang pemikir?, kalau dilihat daripada tugasnya sebagai seorang ketua kumpulan, dia ternyata gagal sebagai pemimpin.

Dia tidak mampu membawa kumpulannya ke tahap yang boleh dibanggakan. Dia sendiri akhirnya tersingkir dan kemudiannya masuk menyertai kumpulan yang ditentangnya sejak muda.

Satu lagi cara untuk naik jadi pemikir adalah dengan memberikan tumpuan kepada arena falsafah. Mungkin itulah landasan yang Kassim Ahmad ambil untuk melayakkan dirinya digelar sebagai pemikir. Memikirkan jalan penyelesaian untuk manusia terokai agar mendapat kejayaan dalam kehidupan.

Saya teringat kata-kata Socrates ketika ditanya tentang perkahwinan, katanya,

"...by all means get married! if you are lucky, you get a good wife. If not, you become a philosopher!"

Nampaknya Socrates samada buat lawak atau serius menghubungkan ahli falsafah sebagai hasil daripada isteri yang menyusahkan.


Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad

Ada satu perkara penting yang Kassim Ahmad ketengahkan, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam mengamalkan agama Islam. Al-Quran semata-mata dan tidak mengambil Hadith sebagai sumbur rujukan hukum.

Malah Kassim Ahmad nampaknya menolak syahadatain, Dia hanya selesa dengan ayat Aku naik saksi tiada Tuhan melankan Allah. Bagi Kassim Ahmad pengakuan Aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah adalah satu perbuatan mendewa-dewakan Nabi.

Apakah dia bermaksud tiada penghormatan patut diberikan kepada Rasul yang di mana segala perintah Tuhan di salurkan untuk diamalkan dan diajar pada manusia? itu saya tak pasti. Yang jelasnya Kassim Ahmad seperti mahu mrngabaikan peranan Nabi dalam mendidik kita bagaimana mengamalkan Al-Quran.

Bagi Kassim Ahmad, kita sendiri, dan seluruh manusia ada keupayaan untuk membaca Al-Quran dan ambil faham ikut keupayaan masing-masing. Bagaimana pula peranan orang Arab yang mengajar bangsa lain yang tak tahu bahasa arab untuk memahami Al-Quran?

Mungkin jika Bangsa Arab atau bangsa lain yang belajar Bahasa Arab lalu menghuraikan Al-Quran ke dalam bahasa bangsanya, turut sama ditolak oleh Kassim Ahmad atas alasan takut manusia mendewakan pula para ilmuan tersebut.

Lantas akhirnya Al-Quran hanya tinggal dalam Bahasa Arab dan Kassim Ahmad sendiri tidak berpeluang untuk membaca tafsir Qran dalam Bahasa Inggeris. Berkemungkinan Kassim Ahmad akan tetap sebagai salah seorang pengikut fahaman sosialis sahaja dan hanya merujuk falsafah golongan tersebut serta para pemikir terdahulu yang terdiri daripada bangsa Yunani dan India atau China.

Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad Terhadap Hukum Hakam Islam

Apabila hadith tidak ditapis, diklafikasikan mana yang betul mana yang palsu, maka mengamalkan Al-Quran hanya terbatas pada pengalaman orang yang membacanya sahaja. Tidak ada lagi aliran undang-undang yang sekata dalam membentuk masyarakat.

Kesemua kitab fikah, kitab tauhid dan kitab akhlak hanya tinggal sebagai kerta cadangan yang tidak akan diguna pakai secara besar-besaran. Universiti Al-Azhar tidak akan keluarkan pakar hadith atau pakat syariat atau pakar undang-undang Islam kerana peranan para ulama atau ustaz tidak diperlukan.

Akan berlaku satu rombakan besar terhadap struktur pemikiran dunia yang akhirnya pemikiran barat sahaja akan naik terutamanya dalam arena ekonomi dan teknologi. Begitu juga dalam bab undang-undang berkemungkinan kita akan mengikut sistem Greek atau Yunani atau India atau China atau Mesir. Kerana mereka lah antara bangsa yang lebih awal menjalani kehidupa yang bertamadun.

Pendapat Anda Terhadap Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad

Akhirnya saya sendiri yang pening. Terlalu banyak memikirkan tentang isu menarik ini. Terfikirkan bagaimana Kassim Ahmad bersolat, bagaimana Kassim Ahmad melaksanakan puasa, memikirkan bagaimana Kassim bersuci, menunaikan Haji memberikan zakat dan sebagainya...

Kassim Ahmad akan menulis semula kesemua tatacara amalan tersebut atau apa...? atau ibadah adalah urusan individu. Terpulang kepada setiap individu untuk menunjukkan rasa perhambaannya pada Tuhan mengikut apa yang dia fahami daripada Al-Quran...? Wallahualam.

No comments:

Post a Comment