CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday 12 January 2013

Sekolah Amerika


Sekolah Amerika
 1

Sekolah saya dahulu tak ada lif. Sekolah saya dahulu tak ada kolam renang. Sekolah saya dahulu suka suruh budak-budak minta derma sehingga mengumpan mereka dengan pelbagai hadiah yang tak seberapa. 

Apapun tahniah pada SRI Al-Amin dan SKS (1). Walaupun tak senasib dengan sekolah Amerika tapi saya tetap nak ucapkan tahniah pada para pengetua sekolah ini.

Saya dulu bertadika di Tadika Ihkam Taman Ibukota. Sebuah tadika yang istimewa. Penumpuannya pada para pelajar sangat eksklusif. Ada rak khas untuk setiap anak murid, tapi tak berkunci macam sekolah Amerika. Tak juga macam SMK Maxwell yang berupa seperti penjara. 

Tiada tingkap tapi hanya grill. Buku akan hilang jika diletak bawah meja. Maka terpaksalah para pelajar yang malas bawa buku itu menyembunyikan buka mereka di belakang papan kapur.

Sungguh pun banyak sekolah sudah beralih pada papan putih. Namun sekolah Amerika sudah menggunakan papan canggih Promethean. Tonton video di bawah kalau tak ada idea.




Ternyata sekolah kita kekurangan dana akibat kerakusan pak-pak Menteri yang suka menyapu duit ke dalam poket sendiri.

Memang menteri tak boleh sapu duit banyak-banyak. Sebab orang Malaysia taklah begitu mudah itu untuk membiarkan kelakuan keji berlanjutan. Namun, rakyat mana yang mampu mengenal kroni-kroni kepada menteri?

Kroni-kroni merupakan rakan kepada menteri yang digunakan untuk mengaut duit rakyat yang disebut sebagai peruntukan. Mereka (kroni-kroni) akan dihadiahkan projek dengan mudah tanpa rundingan apatah lagi nak ditender pada syarikat-syarikat. Sebab itu sesetengah sekolah beli barang keperluan pun boleh cecah 300% daripada harga biasa.

Persoalannya bukan berapa peratus untuk pak-pak Menteri ini. Tapi persoalannya bilakah rakyat kita boleh ada sekolah yang ada tempat letak kereta seperti Sunway Pyramid atau KLCC.

Sampai bilakah sekolah-sekolah Malaysia boleh memiliki stesen MRT di sebelahnya? Tak perlulah para ibubapa membuat jalanraya sesak di tengahari seperti mana umat Islam di Malaysia buat jalanraya sesak pada hari tengahari Jumaat.

Sampai bilakah kita boleh memiliki sekolah yang mempunyai jumlah guru yang lebih bagi memberi penumpuan eksklusif seperti sekolah Amerika?

Daripada kita undang sial dari para pekerja asing, lebih baik kita undang para guru (tak kira dari luar mahupun dalam negara) supaya kita dapat perkecilkan jumlah pelajar dalam sebuah kelas.

Dengan jalan itu juga kita dapat lahirkan para pelajar yang bukan setakat cemerlang, tapi dididik dengan lebih terperinci. Ini sangat penting. Ia mampu mengasah bakat seseorang murid sebelum mereka tersalah bidang dan mempertingkatkan mutu pendidikan yang sekali gus dapat mengatasi masalah brain drain.

Daripada tumpuan yang khas diberikan oleh para guru, mereka akan dapat maklum-balas yang berbeza-beza demi kreativiti atau pun penemuan baru yang dapat membantu sektor RND dari peringkat bangku sekolah rendah. Untuk mendapat maklum-balas yang pelbagai, ia harus didapati dengan ujian yang berupa soalan subjektif. Bukan daripada soalan yang objektif. A, B, C, D.

Saya nak katakan bahawa rakyat Malaysia dididik seperti lembu. Tak ada kebebasan dalam memberi jawapan yang luar rangkuman minda para guru. Terima kasih pada ujian objektif A, B, C, D. Anak murid dirotan berbirat-birat supaya menghafal, anak murid Amerika pula bebas berenang dan diajak berfikir.

Sebuah bentuk ujian yang menggalakkan teknik menghafal dan bukannya bersifat 'marilah berfikir' dan 'mencipta sesuatu yang unik'. Pendidikan seperti ini anti-kebebasan dan mirip pendidikan negara Komunis. Ia patut dihapuskan sama sekali.

Tak hairanlah kalau pelajar yang kaki menghafal itu lulus cemerlang sehingga mengenepikan para pelajar yang tidak reti menghafal tetapi reti berfikir. 

Pembelajaran seperti ini juga menggalakkan murid-murid meniru. Ini kerana kurangnya unsur-unsur unik dalam jawapan. Ia dikonstrak dengan pilihan A, B, C, D. Bukannya dengan perenggan-perenggan karangan dan rajah yang difikirkan oleh seseorang pelajar.

ABM (Alat Bantu Mengajar) juga penting dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Umum harus tahu bahawa para murid terbahagi pada tiga. Ada yang mahir belajar melalui gambaran, lisan dan tulisan. Kita harus gunakan teknologi yang setanding dengan negara maju. Kita ada menteri yang kaya-raya dengan hasil bumi negara kita. Negara kita negara kondom dan juga negara minyak & gas. Tetapi bila buat lawatan ke luar negara, apa yang didapatinya? Beg tangan baru? Mana papan canggih Promethean? Jauh sekalilah nak berikan pendidikan percuma. HAHAHA!

p/s: Ada hikmah aku berhenti kerja SBS. Lepas ni aku boleh komen bab pembangunan sekolah. Nak jadi pemimpin ni kena ada banyak pengalaman. Bukan duduk atas kerusi tukar gear D,N dan R saja. Turun padangbro!



Sekolah Amerika 2


Aku tak tahu nak tulis apa, tapi aku rasa ramai yang dah tahu bahawa aku sekarang bekerja di sekolah Amerika di Singapura.

Aku bukan nak cerita mengenai rupa minah salleh dan kanak-kanak di situ. Memang kita kalah dari segi rupa dan ketinggian serta postur badan. Dari segi logik biasa-biasa, memang manusia akan menilai kecantikan luaran. Ini pertama kali saya lihat warga Amerika yang hadir dari golongan tenaga pengajar, mereka memang berbeza daripada pelancong tepi jalan. Lebih cantik dan lebih berbudi-bahasa.

Aku nak cerita bab sekolah Amerika ini dari segi penekanan antara akademik dan aktiviti luar kelas. Di sini murid-murid digalakkan bersukan dan berseni.Mereka nampaknya rajin bertanya dan tak ada rasa segan macam pelajar sekolah di Malaysia. Mungkin inilah impak sukan dan seni apabila ia disemat dalam jiwa kanak-kanak.

Aku tengah gilap lif, tiba-tiba masuk segerombolan budak-budak sekolah. Dari bau penggilap, tangga, siapa diri aku semuanya mereka tanya. Aku kagum melihat semangat ingin tahu mereka. Di Malaysia, kita digalakkan diam dan setuju. Kalau banyak tanya nanti kena gelak dan kena marah (kalau penulis blog/kartunis kena tangkap).

Hari ini saja aku puas hati dengan suasana pekerjaan di situ. Mungkin ini masanya untuk aku rehearsalAmerican English sebelum aku ke Amerika (manalah tahu?). Aku memang pernah angan-angan nak ke sana masa sepupu aku habiskan 4-5 tahun di sana. Mereka dah cakap persis lenggok orang Amerika, aku masa itu ke Singapura pun belum. 

Mungkin ini hikmah aku berhenti kerja SBS. Walaupun gaji cleaner kecil. Tapi suasananya mahal bagi aku. Aku dapat belajar cara mereka berkomunikasi dan budaya mereka. Kalau tak kenal, maka tak boleh aku nak cerita. Tak ada modal nak cerita. Hahaha!

Aku tak cuci tandas, sebab tandas orang perempuan handle. Mungkin nak senang cerita sebab perempuan tak rogol orang. Aku cuci bilik kelas pada waktu pulang. Selalunya ada cikgu di mejanya. Aku pun ambil peluang borak. Aku terkejut apabila mereka (cikgu-cikgu Amerika) lebih memahami English aku daripada warga Singapura sendiri (kalau pendatang di Little India lagi bengong. Aku kena borak broken English baru jalan).

Cikgu Amerika juga sangat mesra dengan aku. Aku hairan kenapa budak minah Melayu atau awek Cina atau  budak sekuriti Cina Singapura tarik muka masam bila nampak aku. Seolah-olah mereka ternampak orang jahat. Tapi kalau cikgu Amerika dan cikgu Filipina serta cikgu India nampak aku, mereka akan borak dengan aku yang mana ia akan didahulukan dengan "Hi!", "Hello", "Hi! There," "Morning", "Whatsup?".

Masa cuti sekolah dahulu aku kerja dari 8 pagi - 6 petang. Tapi kali ini dari 10 pagi hingga 9 malam. Aku berbasikal dan dah dekat sebulan aku tak naik bas SBS/MRT.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

No comments:

Post a Comment