CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 11 August 2011

Mencari..MALAM@ LAILATUL QODAR.

Mencari malam @ Lailatul Qodar.



Salam 1 Malaysia dan Ramadan. Semua sedia maklum mengenai malam Lailatul Qadar. Tetapi bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar tersebut? Malam Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan. Berikut pula merupakan petua mencari malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama :
  1. Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.

  2. Isnin - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.

  3. Selasa atau Jumaat - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.

  4. Khamis - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.

  5. Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.

  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.

  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Sama-samalah kita memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi 1000 bulan atau sama dengan 83 tahun kita beramal. Insyallah. Salam Ramadan juga diucapkan buat semua pembaca ikhlas dari kami, Am, Min dan kesemua penyokong-penyokong Suffer8zine Territory. Semoga Ramadan kali ini penuh bermakna...

makcik hajjah sitt al-wuzara..HINA ISLAM?



baru-baru ini, tubelawak telah dihubungi oleh pihak gaysec untuk turut serta menyebarkan berita ini kepada semua rakyat malaysia.. kepada sesiapa yang tidak kenal makcik hajjah sitt al-wuzara, dia ini adalah rakyat malaysia yang telah mendirikan blog menghina islam.. tubelawak takmau share link blog tu kat sini sebab taknak ada mana-mana pihak yang terpesong akidah dengan penulisan-penulisan makcik hajjah ni..


bukan sekadar menghina islam, dia juga mengutuk kuat sesiapa saja yang turut membangkangnya.. berdasarkan apa yang telah diberitahu oleh pihak gaysec, mereka telah mendapat maklumat 100% tepat identiti sebenar makcik hajjah ini.. jadi sepanjang bulan ramadhan ini, gaysec (gay security team) akan menceritakan dan mengupas satu persatu identiti makcik hajjah sitt al-wuzara yang telah sekian lama dicari oleh pihak kerajaan, pemimpin-pemimpin islam dan pertubuhan-pertubuhan yang lain..

pada mulanya, blog makcik hajjah berjaya ditutup oleh penggodam yang tidak dikenali.. dia tetap degil dan mendirikan blog menghina islam yang kedua.. tubelawak dan crew busuk akan turut memberikan kerjasama dengan pihak gaysec agar makcik hajjah ini dibawa kemuka pengadilan.. insyaallah..

kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mengikuti #opsramadhan yang dibuat oleh gaysec ini, bolehlah mengikuti laman web gaysec.. identiti makcik hajjah akan dikeluarkan sedikit demi sedikit setiap minggu pada hari isnin (atas tujuan tertentu)..



p/s : marilah turut sama membantu dan menyokong gaysec untuk membongkar dan membawa makcik hajjah ke mula pengadilan.. tubelawak dapat info yang makcik hajjah ni bukan saja ada kabel 'besor', tapi ego 'proud to be murtad' dia pun 'besor'.. haha


Muka surat 43 di bawah ini..Mencari..MALAM@ LAILATUL QODAR.

Inilah kitab belajar agama / solat..paling biasa / masyhor..di kalangan orang Melayu kampung..dalam tahun 1960an hingga 1970an. Boleh dikatakan di setiap surau / masjid...kita boleh menemui kitab ini.

Kulit Kitab Perukunan Besar..Bahasa Melayu.

Kitab ini ditulis oleh Tuan Haji Abd Rashid Banjar ..yang mengambil daripada setengah karangan Seikh Muhammad Arshad Banjar...mengandung tajuk Sifat 20 ('Aqidah), Khutbah Juma'at, Khutbah Nikah, Rotib Hadad, Talqin mayat, bab Haid, doa doa, Bab Haji, Suroh Fatihah dan Tahyat bergantung makna, doa Qunut dan 'Akasah.

Muka surat 43


Muka surat 44


Muka surat 45

Muka surat 46


 Muka Surat 47


 Muka surat 48


 Muka Surat 49


GENEVA – Krisis kebuluran di Somalia berpunca daripada manusia yang mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tinggi untuk makanan selain konflik perang.


Itu pandangan Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Kenya,  Wolfgang Fengler .


Harga barang makanan itu, katanya mengalami kenaikan sehingga mencecah 70 peratus berbanding negara lain di dunia  susulan kawalan terhadap makanan tempatan.


Menurutnya, walaupun kemarau menghantui penduduk di Somalia namun pengurusan dan polisi negara yang teruk telah memberikan kesan besar ke atas krisis tersebut.


Bank Dunia pada Isnin mengeluarkan statistik indek harga makanan di Afrika Timur meningkat sehingga 33 peratus dalam bulan Julai berbanding setahun lalu dengan jagung dan gula mencatatkan kenaikan paling tinggi.


Fengler berkata, biarpun harga makanan dan tenaga menyumbang kepada kenaikan inflasi di seluruh dunia, namun ia bertambah teruk di negara membangun.


“Harga jagung lebih murah di Amerika Syarikat dan Jerman berbanding di  Afrika Timur,” katanya.


Dalam pada itu, terdapat laporan bantuan asing di Somalia telah diseleweng oleh pihak terbabit dengan menjualnya di pasaran gelap dan kedai-kedai runcit.


Barang-barang tersebut dijual dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menegaskan ia tidak akan menghentikan bantuan tersebut di sebalik dakwaan berlaku penipuan.


Malah WFP memaklumkan akan membawa masuk 5,000 tan makanan sebulan ke Mogadishu bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat kebuluran.

No comments:

Post a Comment