CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday, 23 July 2012

SOLAT..sehatkan Jasmani dan ROHANI Insan.


Tips Kesihatan Dalam Solat Tarawih..


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK) 





PERLU diakui ramai antara kita selalu mengeluh!  Ada yang mengeluh mengenai masalah hidup. Atau selalu ada yang kurang, ertinya tidak pernah memada dengan yang ada. Tertekan dengan masalah kerja, bisnes, masalah sekolah, masalah kesihatan, masalah suami isteri, anak-anak atau orang yang sekitar kita.

SELASA, JULAI 24, 2012


Letak Jawatanlah Hoi Beruk!


Dua ekor beruk ni eloklah letak jawatan serta merta kalau rasa mereka ni masih ada marwah dan harga diri.
http://www.malaysiakini.com/news/204461

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Abdul Rahman Bin Othman, selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ,telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Nak tunggu apa lagi? Lainlah kalau muka korang tu jenis tidak tahu malu. Orang jenis tidak tahu malu ni biasanya orang kata ‘Muka Kulit Tebal’. Korang tahu tak haiwan yang kulit tebal?
Ada orang mengnggap, bila hadapi masalah kesihatan pergi hospital, jumpa doktor. Hadapi masalah ekonomi, cari bank, hutang. Kalau salah  langkah, hutang itu jadi ular, belit diri sendiri. Bertengkar suami isteri, mula main kayu 3, atau selingkuh. Anak bermasalah dengan orang tua, nak lai dari rumah, atau jadi nakal.


Bila direnung-renung, mengapa jadi begitu? Mengapa dalam menyelsaikan masalah, kita piih jalan salah, jalan berliku-liku? Mengapa tidak pilih jalan yang lurus? 


Allah SWT telah berjanji kepada umatnya di dalam Al Qur’an, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah SWT akan memberikan jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.  Dan menganugerahkan rezeki kepadanya dari pintu yang tidak diduga-duga. Apakah janji itu masih kurang bagi kita?


Dengan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, kita pasti akan selalu memperoleh jalan keluar pada setiap masalah yang kita hadapi. Saya sendiri, sudah banyak yang saya alami dalam hal ini.. Kita ada orang yang kita harap, tetapi dia sudah 'terap'(terbalikkan) kita. Kita ada orang yang kita sayang, tapi bila-bia dia boleh terbang. 


Yang ada dan dekat pada kita ialah solat, antara salah satunya. Termasuk solat tarawih yang sedang kita lalui sekarang. Sebenarnya solat itu merupakan sebuah ubat dari segala penyakit dan masalah, sesuai dengan isi surah dan hadis berikut. 

  • “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat.” (QS. Al-Baqarah: 45) 
  • "Solat itu merupakan cahaya.”(HR Baihaqi)
  • "Sesungguhnya amal perbuatan yang paling baik adalah solat.”(HR Hakim dan Ibnu Hibban). 



Selain menjadikan solat sebagai sumber dari awal jalan keluar ketika kita menghadapi masalah yang teruk pelik, bukti ilmiahpun juga membuktikan bahawa gerakan-gerakan solat merupakan 'gudang kesihatan' bagi tubuh seseorang, walaupun baru hanya sekelumit dari lautan manfaat yang luas terbentang. 

Cuba lihat, mulai dari awal Takbiratul Ihram sampai kepada  Salam. Semua gerakan solat adalah menyihatkan tubuh kita. Berikut ini adalah manfaat-manfaat dari gerakan solat yang mudah-mudahan akan selalu kita kerjakan. Inilah antara tips kesihatan dari Solat Tarawih Ramadhan, untuk catatan santai kali ini......




Satu: Takbiratul Ihram. 

Postur atau gerakan: Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.




ManfaatGerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening ( limfe ) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Masa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancar.

Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bahagian atas.




Dua: Rukuk

Postur: Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Keadaan kepala lurus dengan tulang belakang.

ManfaatPostur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimal pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi.

Bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kemih untuk mencegah gangguan prostat.




Tiga: I'tidal.

Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak, setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

ManfaatItidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk, berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergantian. Efeknya, pencernaan menjadi lebih lancar.




Empat: Sujud.

Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki, dan dahi pada lantai.




ManfaatAliran getah bening dipompa ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen mengalir maksimal ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. 


Kerana itu, lakukan sujud dengan tumaâninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitasnya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesehatan organ kewanitaan.


Lima: Duduk Antara Dua Sujud.

Postur: Duduk ada dua macam, yaitu iftirosy ( tahiyyat awal ) dan tawarruk ( tahiyyat akhir ). Perbedaan terletak pada posisi tepak kaki.

Manfaat: Masa iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki, sebab tumit menekan aliran kandung kemih ( urethra ), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. 




Jika dilakukan. dengan betul, postur irfi mencegah impotensi. Variasi posisi tepak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga, kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.


Enam: Salam.

Postur: Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal.




Manfaat: Relaksasi otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah.


Begitulah kira-kira, gerak kerja solat dan manfaatnya dikutip secara ilmiah. Mudah saja bukan? Lain kali kita sambung mengenai  khusyuk dalam solat pula.



Catatan Santai Ibnu Hasyim 

alamat: ibnuhasyim@gmail.com  
24 Julai  2012

 KL



Catatan Santai sebelum ini..


 Juga tela'ah..

E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Saturday, 21 July 2012

Sultan Muhammad Al-Fatih menawan kota Constantinople.


Petunjuk Dari al Fatih



Sebelum kita bercita-cita menjadi pengikut atau tentera al-Mahdi, kita lihat dulu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan kota Constantinople. apakah kita mempunyai sifat-sifat tentera al-Fatih? Dimana pengikut al-Mahdi nanti pasti mempunyai amalan yang tidak kurang dari amalan tentera al-Fatih. 



Ini merupakan kandungan khutbah dari sebuah masjid di Shah Alam..

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ  اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar  kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri. Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak terpijak duri. Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam  mengatur aktiviti seharian hidup kita agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat.  Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada tenteranya yang keluar berjihad “ aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.”

Sidang jumat yang di rahmati Allah swt
 Sekiranya kita menyusuri sejarah kegemilangan Islam kita akan dapati ramai raja-raja yang soleh dan berjiwa rakyat seperti al Najashi di Ethopia, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayyubi, Sultan Murad II di Turki, Aurangzeb di India dan juga beberapa sultan di alam Nusantara.  Namun, sejarah juga memaparkan golongan bangsawan yang bersultan di mata, bertuhan di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Raja Farouk di Mesir dan Shah Iran di Iran.

Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulama-ulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan suruhan Allah swt. Salah seorang raja yang sentiasa mendampingi ulama dan sering mendapatkan pandangan ulama ialah Sultan Muhammmad al Fatih, sultan yang ke-7 dalam pemerintahan khalifah Uthmaniyyah.  Sultan Muhammad al Fatih juga adalah pembuka kota Constantinople atau pun Istanbul. Pembukaan kota Constantinople membenarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:
“ Constantinople pasti akan ditawa. Sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah penaklukan  tersebut dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut. (Riwayat Ahmad)
Hadis yang di ucapkan oleh Rasulullah saw ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak ini telah menimbulkan keinginan dan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam sebelum Muhammad al Fatih lagi. Mereka telah berusaha dan berjuang untuk menawan kota Constantinople. Usaha pertama telah di lancarkan pada 44Hijrah iaitu di zaman Mu’awiyah. Tetapi usaha tersebut di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah menemui kegagalan.  Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Ayub al Ansari telah menyertai pasukan Yazid, walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun kerana ingin berada di dalam pasukan tentera yang terbaik. Beliau syahid di dalam peperangan dan berwasiat agar jasadnya di kuburkan di bawah kubu-kubu Constantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin di kuburkan di situ maka beliau menjawab ”kerana aku ingin   mendengar hentakan tapak-tapak kaki kuda dari pasukan tentera yang terbaik semasa mereka membebaskan Constantinople.” Beberapa kempen lagi untuk menawan Constantinople di zaman Umayyah menemui kegagalan. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, beberapa usaha di teruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun ar Rashid. Ramai lagi raja-raja dan pemimpin Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople untuk menjadi sebahagian daripada tentera terbaik. Tetapi kira-kira 800 tahun kemudian pada 1453M, Muhammad al Fatih telah membenarkan dan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah
Apakah kehebatan Sultan Muhammad al Fatih dan tentera-tenteranya sehingga dirujuk sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera oleh Rasulullah saw? Apakah ciri-ciri dan sifat-sifat istimewa yang ada pada Muhammad al Fatih?  Mengapa kejayaan ditakdirkan berlaku di tangan Muhammad al Fatih walaupun sudah ada percubaan yang pernah dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin? Kemunculan Muhammad al Fatih dan kejayaan menawan kota Constantinople bukan satu kebetulan. Ia di rancang dan di programkan oleh pemimpin sebelumnya lagi.

Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Muhammad al Fatih sangat menitikberatkan didikan agama terhadap anaknya. Ayahnya telah memanggil beberapa ulama terkenal di zamannya seperti Sheikh Shamsuddin al Wali dan Sheikh Ahmad Ismail al Kurani untuk mentarbiyyah  anaknya. Muhammad al Fatih telah ditarbiyyah dengan jiwa jihad dan sifat tawaduk sejak kecil lagi. Ayahnya begitu perihatin dalam pembentukan keperibadian Muhammad al Fatih sehinggakan beliau memilih sendiri gadis yang hendak dijodohkan dengan anaknya. Beliau sedar bahawa seorang pemimpin yang baik mesti mempunyai isteri yang baik juga. 

Di samping ilmu agama, Muhammad al Fatih juga di ajar ilmu peperangan, pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa kali beliau diberi latihan praktikal dengan memangku jawatan ayahnya walaupun di usia yang masih muda. Muhammad al Fatih juga mampu menguasai tujuh bahasa iaitu Turki, Arab, Greek, Latin, Serbia, Parsi dan Hebrew. Dengan menguasai tujuh bahasa, Muhammad al Fatih mampu mengkaji dengan lebih teliti kelemahan-kelemahan musuh-musuhnya dan dapat berkomunikasi dengan baik  dengan bangsa-bangsa tersebut.

Muhammad al Fatih sangat menjaga diri dan pegawai-pegawainya daripada melanggar hukum Allah. Oleh sebab itu, pegawai-pegawai, pentadbir dan panglima-panglima tentera beliau terdiri daripada  orang-orang-orang yang mematuhi syariat. Sultan Muhammad al Fatih pernah berpesan bahawa ulama adalah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhammad al Fatih di kelilingi oleh para ulama yang sentiasa menasihati beliau tentang permasalahan negara.

Sultan Muhammad al Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, tetapi konsisten dalam melakukan amalan-amalan yang sunat. Peristiwa pemilihan imam solat jumaat pada hari jumaat pertama selepas kota Constantinople ditawan mendedahkan sesuatu yang menarik. Muhammad al Fatih dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid untuk mendirikan solat jumaat. Pada mulanya, Sultan Muhammad al Fatih mencadangkan gurunya; Sheikh Shamsuddin sebagai imam. Namun, gurunya menolak cadangan tersebut. Untuk mencari siapa yang layak, baginda telah memerintahkan seluruh pegawai dan tenteranya berdiri.

“Siapa di antara kamu yang  pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” kata Sultan Muhammad al Fatih. Tiada seorang pun yang duduk.

“Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” Ada sebahagian daripada tentera yang duduk.

“Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan  solat sunnat tahajud sejak baligh walaupun satu malam, sila duduk” Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al Fatih. Inilah peristiwa yang berlaku ketika pemilihan imam untuk solat jumaat yang pertama di masjid Hagia Sophia. Peristiwa ini menunjukkan betapa istiqamahnya  Sultan Muhammad al Fatih dalam beribadat kepada Allah swt dan terserlah bahawa baginda sendiri adalah orang yang paling layak menjadi imam.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah
Sultan Muhammad al Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik bukan kerana ketaqwaan mereka sahaja. Mereka  juga mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan keberanian. Untuk menembusi pertahanan kota Constantinople yang kebal di segenap penjuru perancangan yang rapi dan strategi serangan yang kreatif sangat diperlukan sesuai dengan firman Allah swt.
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّ‌بَاطِ الْخَيْلِ تُرْ‌هِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِ‌ينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠
“Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”  ( al Anfal:60)

Selepas menaiki takhta, Muhammad al Fatih mengkaji pelan kota Constantinople untuk mengenal pasti kelemahannya. Bentuk muka bumi, keadaan topografi, musim dan cuaca diambil kira dalam menentukan permulaan serangan dan kepungan. Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk diguna pakai. Beliau melantik jurutera yang terbaik untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak peluru seberat 300kg melebihi 1km. Sayidina Ali pernah berpesan bahawa “kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Mengambil iktibar dari pesanan ini,  Muhammad al Fatih melakukan beberapa langkah strategik  lagi dalam persediaan untuk menawan Constantinople.

Sultan Muhammad al Fatih mengambil langkah memencilkan kerajaan Rom Byzantin dengan mengikat perjanjian-perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di sekitar wilayahnya seperti Serbia dan Hungary. Benteng-benteng pertahanan di bina di tempat-tempat yang strategik untuk mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus sekaligus mengawal bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantin. Langkah ini memberi  kesan yang lebih  ke atas kepungan yang akan dilancarkan kemudian.

Pada 6 April 1453 Sultan Muhammad al Fatih mengetuai pasukan tentera yang terlatih seramai 250,000 orang untuk mengepung kota Constantinople. Tentera ini terdiri dari orang-orang yang soleh, sangat menjaga solat mereka, berani dan bersedia untuk syahid. Muhammad al Fatih juga membawa bersama tenteranya para ulama untuk memotivasikan barisan tenteranya dengan ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan tentang kemuliaan orang-orang yang gugur di jalan Allah. Setelah segala persiapan siap diatur, Sultan Muhammad al Fatih menghantar utusan kepada Raja Rom Byzantin meminta beliau menyerah kalah. Keengganan Raja Rom mengakibatkan kota Constantinople dikepung dan serangan dimulakan.
Pope di Rom menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi oleh tentera Rom untuk menghalang kemaraan kapal-kapal tentera Muhammad al Fatih. Kapal-kapal Muhammad al Fatih tidak dapat meneruskan perjalanan menuju ke bahagian belakang benteng pertahanan kota Constantinople. Mereka di serang dengan hebat dan terpaksa berpatah balik.

 Sultan Muhammad al Fatih diberikan ilham yang luar biasa oleh Allah swt untuk mengatasi halangan rantai besi ini. Muhammad al Fatih mendapat idea untuk memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat.  Beliau telah memanggil tenteranya dan mengarahkan mereka membawa kapal-kapal merentasi bukit pada waktu malam dan dilucurkan ke perairan di belakang kubu pertahanan kota Constantinople. Pada malam tersebut penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir dan nasyid serta lagu-lagu iman yang bersahutan dari tentera Muhammad al Fatih. Dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa tentera Muhammad al Fatih berjaya mengangkut 70 buah kapal merentasi bukit sejauh 5km dalam satu malam sahaja. Apa yang berlaku ini menunjukkan kebijaksanaan sultan, kesungguhan dan kegigihan tentera-tenteranya, dan juga kehebatan mutu kejuruteraan  kerajaan   Uthmani. Kejayaan ini adalah kejayaan yang hebat dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Semuanya ini adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambanya yang bertakwa, yang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata setelah segala perancangan, usaha dan tenaga di gembeling dan di curahkan.

Setelah pertempuran berlarutan selama 53hari, pada 29Mei 1453M kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam. Di atas kemenangan dan kejayaan menawan kota Constantinople inilah Sultan Muhammad di beri gelaran al Fatih yang membawa maksud pemenang atau pembuka yang berjaya membebaskan Constantinople dari pemerintahan Rom. Constantinople dijadikan ibukota yang baru Empayar Uthmani. Beliau telah menukar nama Constantinople kepada Islam Bol (atau Istanbul sekarang ini)  yang bermaksud kota Islam.

Sultan Muhammad al Fatih mencapai kemenangan bukan kerana kepandaian dan kepintaran sahaja. Beliau dikurniakan kemenangan apabila tenteranya berjaya meninggalkan dosa-dosa. Beliau  dan tenteranya berjaya memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pertolongan dari Allah swt. Allah swt berjanji akan memberi pertolongan kepada manusia yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah menegakkan syariat Allah. Allah berfirman di dalam surah al Haj ayat 40:
الَّذِينَ أُخْرِ‌جُوا مِن دِيَارِ‌هِم بِغَيْرِ‌ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَ‌بُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ‌ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ۗ وَلَيَنصُرَ‌نَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُ‌هُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata “ Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat ibadat dan juga masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.  Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt

Inilah dia tokoh yang seharusnya menjadi idola kepada anak muda zaman sekarang kerana Muhammad al Fatih baru berusia 25tahun ketika beliau mengetuai tentera untuk menawan Constantinople. Inilah dia tokoh yang sepatutnya berada di dalam silibus pendidikan sejarah di sekolah-sekolah di negara kita.

Sejarah telah memberitahu kita bahawa Salahuddin al Ayyubi telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Kristian Rom pada 27 Rejab 1187M dan beliau berbangsa Kurdis.  Muhammad al Fatih telah membebaskan kota Constantinople dari tentera Kristian Rom pada 29 Mei 1453M dan beliau berbangsa Turki.Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam  yang akan  membebaskan Palestin untuk kali ketiga. Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih ataupun tentera Salahuddin. Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt. Salahuddin al Ayyubi menyatukan bangsa-bangsa dan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari Mesir, Iraq hingga ke negeri-negeri di Syam di bawah payung Islam sebelum memulakan langkah untuk pembebasan Baitul Maqdis. Muhammad al Fatih mengemaskini pentadbiran dalam negeri, menyelesaikan masalah dalaman, memeterai perjanjian dengan negara-negara sekitar sebelum melancarkan serangan ke atas Constantinople. Untuk mengikuti jejak langkah mereka, bangsa Melayu Islam harus bersatu dan menyelesaikan masalah dalaman  di  negeri-negeri di Nusantara serta menjadi bangsa yang di segani  sebelum bercita-cita melangkah ke peringkat antarabangsa. Kita mesti kembalikan izzah dan jatidiri bangsa Melayu dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu  pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat  dan Cina di Timor.  Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali. 

Thursday, 19 July 2012

Bencana Serangan Liberalis, Mampukah Malaysia Bertahan?


Bencana Serangan Liberalis, Mampukah Malaysia Bertahan?


Apa tanggung jawab anda dalam menghalang "FITNAH" ini dari menghancurkan ummah? Ia tak ubah sebagai salah satu FITNAH DAJJAL yang sedang menular dengan rakusnya sehingga para ulama pun kehilangan cara untuk menahannya.

Tangan Dajjal (hidden hand)

Kita perhatikan, apabila ia dikatakan sebagai "Fitnah Dajjal" maka ada diantara kita akan segera menafikannya. Sebab apa mereka nafikannya? Sebab ia tidak menguntungkan mereka barangkali. Atau mereka sudah pun terhasut dan sedang berada dibawah naungannya. 

Malapetaka ini tidak mempamirkan bahangnya sebagaimana gunung berapi. Ia tersembunyi secara rahsia di sebalik agenda lain. Wayang dipertontonkan bagi menghalang agar kewujudannya tidak terzahir secara nyata kepada masyarakat. Malangnya ada ulama yang berpengaruh telah tahu mengenainya tetapi sengaja mendiamkan diri demi cita-cita tersembunyi. Sesuatu yang amat mengecewakan. Di sinilah terselindungnya ujian maha dahsyat ini. Memaut dan mengheret banyak jiwa yang tidak berdosa untuk ikut bersubahat.

"Dajjal memiliki gunung roti ketika manusia sedang kelaparan". Mungkin ada yang dapat memahami makna tersirat ini. Akibat gagal dalam ujian ini, akan tenggelamlah mereka dalam kekufuran. Mungkin kita masih dapat bertahan, bagaimana dengan anak dan cucu kita nanti?

Suatu hari nanti mungkin dalam masa terdekat, agenda mereka akan dihalalkan. Ia bakal diangkat sebagai "kebebasan sejagat" apabila pendokongnya mempunyai kuasa. Pada waktu itu, penularannya sudah pasti tidak dapat dibendung lagi. Nasi sudah bercampur najis, jika ia setakat menjadi bubur masih lagi dapat kita jamah walaupun tak sesedap nasi.

LIBERAL, LIBERALIS, ISLAM LIBERAL dan LIBERALISMA DI MALAYSIA



Golongan ini semakin menonjolkan diri semenjak peristiwa 11 September 2001, ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan oleh Barat dan pendokong-pendokong mereka. Ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, cuba menjadi wira dengan memperkenalkan “moderate muslim”, kononnya bagi menunjukkan ajaran Islam itu ramah (Islam baru yang lebih ramah), walhal agama Islam sudah sememangnya ramah dan sememangnya bersifat wasatiyah. Mereka bukanlah meramahkan Islam sebaliknya meremehkan hukum dan ketetapan Islam itu sendiri. Semestinya golongan ini mendapat pengiktirafan dan sumbangan dari Barat sama ada dari segi peruntukan dan sebagainya.

Siapakah mereka?

Mereka ialah pendokong dan penganut Islam Liberal yang menjadikan ideologi liberalisme sebagai pegangan mereka.

Umat ini memang ditimpa pelbagai masalah dan musibah, tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan mengimport ideologi-ideologi kufur yang bertuhankan selain Allah ataupun menempelkan ideologi-ideologi ini pada Islam.Bahkan mereka menjadikan Islam semata-mata sebagai “cosmetic make-up” bagi mengaburi mata umat, sedangkan di sebaliknya mereka membawa satu agenda Kristianisasi yang sangat halus.Kristianisasi ini bukanlah semata-mata mengkristiankan orang Islam, tetapi sudah cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada pegangan mereka yang asal.


Saya tidak ingin merungkai panjang sejarah asal liberalisme, tetapi kita perlu mengetahui bahawa liberalisme adalah kesinambungan sekularisme iaitu pengasingan agama daripada pengurusan pemerintahan dan kehidupan. Liberalisme ialah ideologi yang lebih “advance” iaitu manusia mempunyai kebebasan mutlak dalam tingkah laku mereka tanpa terikat kepada undang-undang atau penetapan dan meletakkan neraca akal dan logik melebihi segala-galanya termasuk neraca wahyu. Kebanyakan penganut Islam Liberal menggelarkan diri mereka sebagai reformis dan golongan ‘renaissance’ yang kononnya membawa perubahan pada masyarakat, padahal mereka hanya meruntuhkan sesuatu yang sudah kukuh tanpa membina sesuatu yang baru. Secara ringkasnya mereka hanya ada kemahiran meruntuhkan tanpa kemahiran membina.

Jika kita menyingkap kembali isu-isu yang berlaku di sekitar tahun 2012 di Malaysia, daripada isu murtad dan kristianisasi hinggalah isu kemasukan tokoh liberal ke negara ini, dapat kita lihat corak dan strategi mereka yang akan menangguk di air yang keruh, berusaha mempamerkan diri mereka sebagai penyelamat dan penyelesai masalah bahkan menggambarkan pihak berautoriti agama sebagai pihak yang bersalah. Antaranya dalam isu LGBT, Erykah Badu, Hamzah Kashgari, Irshad Manji dan isu terbaru berkenaan gerakan Syiah di Malaysia.

Jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara. Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”, dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. 

Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam. Kebebasan bersuara melebihi sempadan syara’ bukanlah suatu yang bersifat moderat bahkan ekstrim dalam bersuara, sehingga ke tahap menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati mengikut nafsu mereka. 

Neraca mereka bukanlah Al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas lagi, tetapi ‘sunnah’ Human Right Watch dan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Antarabangsa (Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948). Bahkan sewenang-wenangnya berijtihad menggunakan dalil-dalil syaral dengan menggunakan logik akal tanpa berpandukan kaedah-kaedah syarak yang betul dan syarat-syarat yang telah ditentukan. 


Siapa di sebalik mereka?

Jika dilakukan sedikit kajian, di sebalik golongan Islam Liberal ini terdapat pemikir-pemikir barat seperti Cheryl Benard, Benard Lewis, Richard Nixon dan beberapa orang lagi yang sebahagian besarnya terlibat dalam penafsiran Islam Liberal. 

Usaha pembiayaan golongan liberal ini juga berjalan secara terancang bagi mengangkat golongan ini di mata dunia. Setelah Barat memecahkan umat Islam kepada kelompok ‘fundamentalist’ dan ‘moderate’ mengikut tafsiran mereka sebelum ini, mereka cuba mencipta pecahan kelompok Islam yang baru iaitu Islam Liberal dengan menggunakan nama Moderate Islam, yang mana diangkat sebagai Islam yang dikatakan sederhana dan melabelkan golongan fundamentalist sebagai golongan yang ekstrim dan radikal.

Mengikut laporan tahunan 2010 oleh National Endowment of Democracy (NED) yang diterbitkan pada Ogos 2011, terdapat beberapa organisasi di Malaysia yang menerima dana yang dibiayai mereka bagi mempromosi usaha-usaha demokrasi yang selari dengan objektif NED (Amerika Syarikat), antaranya media online seperti Malaysiakini, dan badan NGO hak asasi manusia seperti SUARAM. 

Pembentukan golongan moderat ini bagi membentuk persekitaran politik dan undang-undang di negara Islam seperti yang dicita-citakan oleh Barat, mengikut acuan mereka.


Umat Islam perlu melihat permasalahan ini dari sudut pandangan yang lebih luas dan dalam, tanpa terperangkap dalam kotak pemikiran yang sempit termasuk melalui perspektif politik kepartian. Kita perlu sedari bahawa peperangan sekarang ialah peperangan arus globalisasi, antara Arus Globalisasi Barat dan Arus Globalisasi (‘Alamiyah) Islam. Arus mereka berpadu dan bersepakat dalam mengikis jati diri umat Islam termasuklah umat Islam Melayu di Malaysia. 

Penting bagi pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat untuk menilai apakah aulawiyat (keutamaan) semasa, dalam menjaga kepentingan orang Melayu selaku majoriti umat Islam di negara ini. Kesepakatan tanpa kompromi amatlah perlu dalam membendung ideologi-ideologi ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia atas usaha beliau meletakkan Agenda Islam Dalam Transformasi Negara dan juga jaminan yang diberikan bahawa LGBT, liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat tempat di negara ini. Begitu juga cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar penetapan Islam sebagai cara hidup diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Komitmen semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, pembangkang, kerajaan-kerajaan negeri, pentadbiran pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat serta seluruh rakyat dan warganegara tanah air tercinta ini untuk memelihara serta mengukuhkan lagi kedudukan agenda Islam di dalam negara menjadi satu jaminan dan imunisasi awal ke arah melihat kedudukan Islam akan terus terpelihara buat generasi akan datang.

Rujukan :
Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam (Siri 2),http://www.ismaweb.net/v4/2012/06/demokrasi-liberal-strategi-penjajahan-baru-barat-di-dunia-islam-siri-2/
Khalif Muammar, Atas Nama Kebenaran, Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, Edisi Kedua.(2009). Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi.


Perkara ini juga pernah dibincangkan oleh akhbar PAS, Harakah. Semoga semua umat Islam sekata menghalang perkembangan tidak sihat ini dari menghancurkan dunia Islam. PAS tahu PKR menjadi penaja pergerakan berkaitan Islam Liberal dan Liberalisma, namun terpaksa memendam rasa demi kepentingan politik dan mengelak kontroversi.

Masih belum jelas apa pandangan rasmi pemimpin PAS mengenai isu ini. Belum ada sanggahan hebat dari mereka terhadap penglibatan PKR secara langsung dalam menjayakan program LGBT, Pluralisma dan Islam Liberal ini. Semoga pemimpin akan lebih terbuka dalam usaha menghalang berleluasanya pengaruh Islam Liberal di Malaysia.

Kita harus sedar semuanya akibat kealpaan kita melihat perkara ini dengan serius. Sebahagian besar dari umat Islam Malaysia berada dalam bahaya. Bermula dari terpengaruh dengan Wahhabi dan kini mula menyeberangi sempadan menyokong Islam Liberal pula.

Kerajaan BN juga sepatutnya lebih bersungguh-sungguh menjaga agama Islam dari dicemari oleh anak buah Zionis ini. Apa yang kita harapkan mereka yang terlibat menjahanamkan agama mulia ini disiasat dan dihukum. Oleh itu sangat penting bagi kita semua menyeru agar UMNO, PAS dan JATI bersatu dalam menangani ancaman mereka. Keikhlasan mereka akan dinilai oleh Allah swt.





Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.

Thursday, 31 May 2012

Novel Harry Potter adalah "Karya Iblis"


Novel Harry Potter adalah "Karya Iblis"

Agensi Berita Rusia RT melaporkan pada Khamis 23/05, mengenai pesta seks oleh Gereja Vatican yang melibatkan sejumlah penculikan wanita muda.

Seorang gadis remaja pernah diculik untuk pesta seks di Vatican yang melibatkan geng dan polis Vatican dan para diplomat asing sekitar 30 tahun lalu. Maklumat ini disampaikan oleh seorang paderi yang terkenal sebagai 'pengusir setan' dan pernah menyatakan bahawa novel Harry Potter adalah 'karya iblis'.

Bapa Gabriele Amorth yang pernah dilantik oleh mendiang Paulus Johanes ke II sebagai Ketua Pengusir Setan dan mendakwa telah melakukan 70,000 pengusiran setan mengatakan, bahawa Vatican membunuh gadis 15 tahun bernama Emanuela Orlandi dan mayatnya dibuang.

Pendeta yang kini 'vokal' (banyak bicara) ini mengatakan bahawa gadis yang masih bersekolah itu diculik dari jalanan di pusat Rom pada musim panas tahun 1983 dan dipaksa untuk mengikuti sebuah pesta seks.

"Ini adalah kejahatan dengan motif seksual. Pesta seks ini diadakan dan polis Vatican bertindak sebagai 'perekrut' para perempuan," Pastor Amorth yang kini berusia 85 tahun mengatakan kepada akhbar La Stampa.

"Rangkaian ini melibatkan para diplomat dari kedutaan asing untuk Tahta Suci. Saya yakin Emanuela berakhir sebagai korban dari rangkaian ini."

Pendeta itu juga menambah bahawa Monsignor Simeone Duca sebagai pemegang arkib Vatican "adalah yang meminta untuk merekrut para gadis dengan bantuan polis Vatican," beliau menegaskan para gadis itu diculik untuk pesta seks yang meriah.

Kenyataan Bapa Amorth ini muncul ketika polis Itali dan ahli forensik mencari makam seorang ahli gangster di Sant'Apollinare, Gereja Rom
Makam tersebut adalah milik Pedis De Enrico, seorang mafia yang mati dibunuh pada tahun 1990 oleh anggotanya sendiri. Makam ini diketahui setelah polis mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tidak ingin diketahui identitinya dan mengatakan bahawa gadis itu dikubur bersama anggota gangster tersebut.

Tulang-tulang lain memang ditemui berhampiran dengan sisa-sisa mayat anggota gangster itu, namun belum positif diindentifikasi sebagai tulang Emanuela.

Tetapi pendeta tadi tidak ragu menuduh Tahta Suci (Vatikan) terlibat dalam jenayah yang mengerikan ini. "Saya tidak pernah percaya pada teori umum. Saya mempunyai motif untuk percaya bahawa ini hanya kes ekploitasi seksual."

"Teori Umum" mengatakan, gadis itu diculik untuk digunakan sebagai tawar menawar bagi pembebasan dari penjara Mehmet Ali Agca, seorang lelaki bersenjata asal Turki yang cuba membunuh Pope John Paulis ke II di St Peter Square pada tahun 1981. Versi teori antarabangsa ini belum pernah disahkan balik.

Pendeta Amorth yang meyakini adanya pesta seks kalangan Vatican ini adalah pendeta yang terkenal. Ia makin terkenal setelah mendakwa bahawa Yoga adalah Setan kerana meditasi itu mengarah ke pemujaan Hindu. Pendeta Amorth juga menyatakan novel Harry Potter sebagai "Karya Iblis" dengan mengatakan bahawa novel itu mendorong kanak-kanak percaya pada ilmu hitam dan sihir.

10 GOLONGAN YG DILAKNAT KERANA ARAK


10 GOLONGAN YG DILAKNAT KERANA ARAK

 

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)