Satu kajian oleh : FAKEH KHALIFAH SAKA
http://leekubo.blogspot.com/2010/10/tok-ayah-zid-kedai-lalat.html
1. Adalah amat sukar untuk kita membaca sendi-sendi pemikiran seorang yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah Zid Kedai Lalat. Ramai orang menuduh beliau sebagai wahabbi. Apa yang kita takut ialah rumusan yang kita buat bercanggah dengan niat hakiki dan sendi pemikiran tuan empunya diri. Apatah lagi sifat zuhud, arif dalam ilmu alat, tidak memusuhi ahlul bait dan tasauf membuatkan kita semakin sukar untuk mengasingkan kaca daripada ribuan permata. Maka diambil inisiatif kecil ini untuk menggariskan beberapa fakta yang menzahirkan asas-asas pemikiran beliau sebagai alat kita menimbang dan membuat kesimpulan.
Rasulullah SAW & Maulid Nabi
2. Seorang blogger bernama Hanif bin Salleh telah menyiarkan tazkirah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.[1](di sini) Berikut ialah beberapa isi penting tazkirah tersebut :-
a. Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.
b. Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain. Kat kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'.
3. Berikut ialah beberapa isi penting yang dipetik dari khutbah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Masjid Yayasan al-Bukhari, Alor Malai, Alor Setar, Kedah pada 21 Mac 1998 [2](disini) dan (disini) :-
a. Zaman nabi tidak ada maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman tabi'in tidak ada maulud. Kita buat maulud ni pertamanya kerana kita nak tanding dengan orang Kristian, waktu orang Eropah, askar sabil menyerang Palestin, dia menduduki Baitul Maqdis depa pun sambut perayaan jugak iaitu setiap 25 Disember mereka merayakan Krismas untuk menyambut kelahiran Nabi Isa.
b. Ertinya 40 tahun kemudian daripada nabi kita lahir barulah ada hubungkait kita dengan dia. Sepatutnya kita besar-besarkan hari Nuzul Quran, dalam bulan Ramadhan Allah Taala bawak turun ayat Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq. Ini ayat pertama sebagai tali berjuntai turun dari langit untuk menyelamatkan manusia di muka bumi, hari tu sepatutnya kita besarkan bersungguh-sungguh, hari Nuzul Quran kita panggil, dalam bulan Ramadhan, tapi hari nabi beranak, nabi beranak tak da apa, dia ni macam budak kampung aja, tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga sampai ketahun yang ke 40 barulah hubungkait dia dengan kita ada…oleh yang demikian kalau kita nak besar-besarkan maulud jugak, besarkanlah tapi jangan lupa hakikat sebenar sambut Nabi Muhammad bukan kerana dia beranak, tapi kerana dia terima wahyu, dari wahyu tulah kita reti benda apa Allah, benda apa malaikat, benda apa dosa pahala, benda apa syurga, benda apa neraka dan benda apa nafsu.
4. Seorang blogger penyokong Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bernama Kelab Greenboc pada 13 Februari 2010 telah menjelaskan bahawa Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran. Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadhilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. [3](disini)
NOTA TAMBAHAN
Kenyataan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat turut disokong oleh seorang blogger Ibn Yusof yang pro Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[4] (disini) Apa yang paling menarik sekali ialah beliau turut mempamerkan keratan akhbar HARAKAH yang menunjukkan Abdul Hadi bin Awang mempunyai aliran pemikiran yang sama dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
5. Dalam laman forum Asyraaf diperincikan secara jelas kenyataan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 28 Oktober 2008 terhadap Ahlul Bait yang menentang gerakan Islam PAS. Berikut ialah beberapa isi penting untuk renungan[5] disini:-
a. Saya nak kirim salam kepada dia (Datuk Syed Ali Alhabshee), biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini kerana berpunca dari golongan Syed. Semua bapa saudara Nabi adalah Syed. Ini kepala yang melawan Nabi. Jangan kata kepada saya yang membawa perpecahan. Sekarang ni, orang Arab juga pengkhianat termasuk baka Syed, biar dia faham.
NOTA TAMBAHAN
Sepuluh hari kemudian (8 November 2008) telah berkata Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bahawa "Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya. "Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku. "Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa".[6]disini
b. SOALAN - Tok Guru kata baka syed ni semua pengkhianat. Adakah semua ? JAWAPAN - Bukan semua, saya nak beritahunya yang memecah belah ialah orang yang melawan gerakan islam yang dibawa PAS, termasuklah golongan syed.
NOTA TAMBAHAN
Fahaman ”PAS ialah Islam, Islam ialah PAS” telah menyebabkan Habib Omar Bin Hafiz turut dilabel sebagai pemecah-belah gerakan Islam PAS kerana tidak menyokong parti tersebut. Anak Abdul Hadi bin Awang telah membawa Timbalan Mufti Yaman untuk berceramah menyesatkan beliau di pondok dan madrasah milik penyokong PAS.[7](disini)
Al-Quran & Al-Hadith
6. Seorang muridnya yang bernama Abu Hasan Chan[8](disini)menyatakan bahawa; Nik Aziz yang ketika 35 tahun dahulu dia pernah mengajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Saya berulang-alik setiap minggu ke Masjid Muhammadi mendengar beliau mengajar tafsir al-Qur’an dan Hadith.Saya terpikat dengan Nik Aziz kerana keilmuannya bukan kerana dia seorang tokoh politik.
Cara dia mengajar tafsir al-Qur’an ialah gaya seorang yang luas ilmu lughah bahasa Arab dan matang dalam ilmu nahu Arab. Saya berkata begini kerana ketika itu saya masih lagi mentah dalam ilmu lughah dan nahu. Nik Aziz apabila dia mula menafsirkan satu-satu ayat al-Qur’an , dia akan huraikan kalimah-kalimah al-Qur’an yang diberi makna dari segi bahasa, kemudian dia ada juga menyebut kaedah dan peraturan nahu bahasa Arab, menyebut asbabul-nuzul , sirah nabi, isu semasa tempatan dan isu semasa global.
Ibarat-ibarat dan perbandingan seharian adalah senang difahami dan menyentuh dalam ke dalam lubuk jiwa …yang Nik Aziz memberi penekanan kepada fiqhud-dakwah (cara-cara berdakwah dan menjawab tentangan musuh-musuh Islam). Jika Nik Aziz menggambarkan suasana neraka , kita akan merasa bahawa seolah-olah kita melihat neraka itu sendiri dan amat gerun sekali. Jika Nik Aziz menghurai tentang suasana syurga, kita akan merasa penuh harapan semoga Tuhan mengampun kita dan masukkan kita ke dalam syurga.
7. Maka atas kurnia bakat inilah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih cenderung untuk memilih mahzab aliran Syed Sabiq yang menganjurkan kebebasan bertaqlid berdasarkan ijtihad al-quran dan hadith.[9] (disini) Maka tidak hairanlah dari segi hukum-hakam feqah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bebas mengambil salah satu, gabungan atau bebas mutlak mana-mana pendapat 4 mazhab yang sesuai dengan pertimbangannya. Misalnya dalam kolum tetap beliau dalam akhbar HARAKAH yang bertajuk Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama[10],(disini) Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengatakan :-
a. Pengarang Kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa di antara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai di perkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan. Sesungguhnya ia adalah dari perbuatan jahiliyyah.
b. Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati. Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ? jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.
8. Manakala dalam bab tauhid pula, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih cenderung kepada aliran Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayim yang menurut pertimbangannya mudah difahami dan bebas dari unsur bidaah. Perkara ini jelas dapat dibuktikan melalui ketegasan beliau mempertahankan kritikan terhadap pengajian sifat 20[11]sila muat turun (disini)dengan merujuk dalil-dalil hujjah beberapa buah kitab, khususnya karangan Syed Sabiq.
Tauhid Mengenal Allah[12]
9. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat melalui kitabnya yang bertajuk Tafsir Surah Yunus, ada menyebut bahawa :-
a. Dalam kitab-kitab usul dan kitab-kitab tauhid ada dua istilah, dua perkataan yang sering diulang-ulangkan. Satu uluhiyyah satu lagi dipanggil rubbubiyyah. Perkataan-perkataanuluhiyyah dan rubbubiyyah, digubal dan dicipta ulama kita bagi memudahkan kita orang kampung memahami (Baris 09, Halaman 22).
b. Tuhan sudah menentukan bahawa fesyen hidup manusia di dunia kena menunggu masa kerana sewaktu Aku buat dunia pun Aku menunggu masa, menunggu jarak tertentu (Baris 26, Halaman 23).
c. Lepas daripada siap langit dan bumi Tuhan kata: Aku pun istawa. Kalau terjemah makna kampung istawa ertinya duduk bersila seperti saya duduk bersila sekarang; di panggil istawaitu aku duduk bersila (Baris 36, Halaman 23).
d. Dengan sebab masa manusia beribu-ribu tahun lagi melihat orang-orang berkuasa apabila hendak bercakap benda penting dia duduk dahulu di atas kerusi maka Allah Taala pun begitu juga (Baris 27, Halaman 24).
Tasauf al-Ghazali
10. Pendirian Nik Abdul Aziz bin Nik Mat terhadap tasauf telah dinukil dengan kemas oleh anak muridnya yang bernama Abu Hasan Chan[13] (disini), iaituantara kelebihan Nik Aziz ialah beliau mampu mengajar kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali dalam teks bahasa Arab.
Amat jarang sekali orang di Malaysia ini berkemampuan mengajar teks ini dalam bahasa Arab. Beliau seorang yang “tabahhur” (ibarat lautan) dalam ilmu lughah. Beliau kadang-kadang menyebut petikan nahu matan al-alfiah menghiasi kuliah-kuliah ugama dan mengajar teks-teks kitab.
KESIMPULAN
11. Berbanding dengan fahaman wahabbi di Perlis; Tok Ayad Zid Kedai Lalat tidak melarang orang ramai belajar kitab-kitab tua mazhab Syafie atau beramal dengannya.[14] juga disini
Beliau juga tidak menghalang masyarakat dari belajar dan mengaji sifat 20 yang diasaskan Imam al-Asy'ari ra dan Imam al-Maturidi ra. Beliau tidak menentang golongan tasauf, golongan ahlul bait atau golongan ulama pondok; selama mana kelompok ini tidak menentang gerakan dakwah yang dipacu jemaah PAS.
12. Ulama silam Nusantara, termasuk ulama silam Fathani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran dan hadis. Namun mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam. Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan iaitu al-Quran, Hadith, Ijma’ al-Ulama dan Qiyas as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata.[15] (disini)
13. Tok Ayah Zid Kedai Lalat telah memilih jalan yang berbeza sama sekali daripada ulama-ulama Melayu nusantara seperti Syeikh Daud Abdullah al-Fathani, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Samad al-Falimbangi dll.
Cukup bersandarkan kepada kefakehan dalam ilmu al-Quran dan Hadith semata-mata; beliau telah memilih tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma’ wa sifat yang diasaskan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayim sebagai pegangan iktiqad.
Manakala mazhab Syed Sabiq yang bebas taqlid menjadi pilihan dalam menentukan hukum-hakam feqah – maka tak hairanlah pegangan sedemikian ini menjadi sumber lahirnya fatwa-fatwa baru yang pelik-pelik dan berubah-ubah mengikut keperluan masa, keadaan dan tempat.
14. Adapun hukum beraqidah sepertimana di Para 13 di atas, tidaklah berani kita membuat kesimpulan. Eloklah kita rujuk kepada deklarasi tiga pondok utama di Kelantan mengenainya. Pondok-pondok yang kita maksudkan itu adalah (1) Madrasah an-Najmiah, Pondok Geting, Tumpat; (2) Madrasah Diniah al-Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan (3) Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh.
Assalamualaikum,
Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.
SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
· Tok Ayah Zid Kedai Lalat
· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
· Jom Kenali Dr Maza & Co
· Ahlul Bait Yang Dicerca
SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
· Rasulullah Budak Kampung
· Maulid Tandingi Krismas
· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra;
mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
Email:- fakeh@hush.com
[7] http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=8767&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=
[9] http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=1638&catid=44:arkib&mode=getshouts
[12] Kenyataan yang sama diperolehi dari CD kuliah beliau di Kelab PAS mengenai Surah al-Fath (Siri Ke-5)
2 comments:
awangdeman said...
salam berminat dengan ulasan saudara....October 19, 2010 at 10:34 PM
Anonymous said...
alhamdulillah... sungguh jelas ulasan saudara... cuma ana nak bagi info terkini je..selepas berlaku nya peristiwa2 yg saudar cerita diatas. iaitu mengenai fahaman tok ayah zid..ramai di kalangan tok2 guru dan sahabt2 tok ayah zid d kelate ni bersemuka dan berkongsi pandangan denganya secara hikmah,..dn alhamdulillah selepas ayah zid sdri faham n memahami fahaman AHlul sunnah wal jamaah dgn jelas..
maka beliau ambil sikap tidak menetang.. malah turut mengamalkan selawat kpd nabi secara pribadi..(perlu di ingat tok ayah zid bnyak menimba Ilmu di india pakistan,, jadi adab ilmu disana x macam kita belajar disini n yaman..ana sdiri pernah belajar di pakistan bberapa tahun..
ana faham situasi pemikiran ayah zid. dan ana sdiri pernah berfahaman sebegitu.) alhmdulillah berkat doa2 shabat n guru.. ana cepat memahmi kembali hakikat sebenar ahlul sunnah wal jamaah.. yang pasti,, ayah zid bukan wahabi.. atau pendakwah wahabi halus.. ana boleh pastikan dgn jelas dn yakin..January 31, 2011 at 1:26 AM
No comments:
Post a Comment