http://as-syazuli.blogspot.com/
Penta’rifan:
- -ِِ Al-Istisna’ merupakan akad yang meminta seseorang buat sesuatu barang, semua modal dalam tanggungannya.
- - Ini bermakna dalam aqad istisna’, orang yang menerima tempahan yang mengeluarkan modal, berbeza dengan salam orang yang menempah yang mengeluarkan modal dan berbeza dengan ijarah orang yang mengupah yang mengeluarkan modal.
Hukum bai’ Istisna’
- - Qias melarang jual beli seperti ini, kerana ini termasuk dalam jual beli barang yang tiada namun akad ini diharuskan berdasarkan istihsan kepada u’ruf kerana telah menjadi kebiasaan orang ramai berurusan dengan cara ini pada setiap zaman tanpa diingkari oleh mana-mana ulama’. Ini boleh diiktibarkan sebagai ijma’. Ibunu masu’d berkata:
“ Apa yang dilihat orang muslim itu baik maka disisi Allah juga baik”
Syarat-syaratnya:
1 - Mesti dijelaskan barang yang ditempah jenisnya, ukuranya, bilangannya, sifat-sifatnya.
2 - Hendaklah barang yang biasa ditempah oleh manusia, seperti kasut, bekas-bekas dan lain-lain.
3 - Tidak disyaratkan dalam akad ini mesti berwaktu seperti yang disyaratkan dalam bai’ salam.
Hukum-hukum yang berkaitan dengan istisna’:
1 - Akad istisna’ mengikut pandangan doktor Wahbah Al-Zuhaili merupakan akad ( لازم) iaitu akad yang memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak untuk batalkan. Tidak boleh batal melainkan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mengelakkan kemudaratan dan kerugian.
2 - Seandainya barang yang ditempah menepati ciri-ciri yang diminta sampai pada orang yang menempah, dia wajib membelinya.
3 - Orang yang menerima tempahan juga wajib menjual barang tersebut, bila barang tersebut telah sampai dan dilihat oleh si penempah.
Perbezaan bai’ salam dan bai’ istisna’
1 - Barang yang ditempah di dalam bai’ salam bersifat hutang, manakala dalam istisna’ bukan hutang.
2. Disyaratkan di dalam bai’ salam asal kena ada waktu yang tepat, tidak pada bai’ istisna’
Rujukan:
1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)
10.15am 12/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Kuantan Pahang.
No comments:
Post a Comment