http://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/01/18/17-kelebihan-mereka-yang-menghafaz-al-quran/
1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.
8) Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan
nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada SEPULUH orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk
neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara
biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.
No comments:
Post a Comment