CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 25 November 2011

Tanduk Syaitan Selamatkan Amerika


Ibu pejabat konglemerat Kingdom Holding dipusat bandar Riyadh (Najd) di miliki oleh
Alwaleed bin Talal Al Saud - Mercu tandanya tanduk setan!

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umat Islam antara bahaya yang besar diakhir zaman adalah munculnya fitnah dan setan dari Najd, sekarang ini dinamakan Riyadh iaitu pusat pemerintahan kerajaan Saud di Saudi Arabia.

Kemunculan Saudi Arabia itu sendiri merupakan satu episod kelam umat Islam kerana ia secara rasminya menumbangkan kerajaan khalifah yang telah tertegak hampir 1000 tahun. Pengasas kerajaan tersebut, Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Friendship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Sebelum kita melihat lebih jauh akibat yang kita telah lihat (secara fakta) fitnah yang keluar bersama tanduk setan tersebut disini saya paparkan hadis-hadis sahih dari Rasulullah yang menceritakan secara terperinci tentang sifat-sifat kaum tersebut.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Selain menunjukkan nama tempat tersebut, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan ciri-ciri orang atau penduduk di tempat tersebut. Diantaranya Rasulullah s.a.w menyebutkan kalau orang-orang disana [tempat munculnya fitnah] adalah orang yang berhati sombong dan angkuh termasuk pengembala unta atau dikenal dengan sebutan Ahlul wabar.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

حدثنا عبدالله بن عبدالرحمن أخبرنا أبو اليمان عن شعيب عن الزهري حدثني سعيد بن المسيب أن أبا هريرة قال سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول جاء أهل اليمن هم أرق أفئدة وأضعف قلوبا الإيمان يمان والحكمة يمانية السكينة في أهل الغنم والفخر والخيلاء في الفدادين أهل الوبر قبل مطلع الشمس

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Abul Yaman dari Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab bahwa Abu Hurairah berkata aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Penduduk Yaman datang, mereka bertingkah laku halus dan berhati lembut iman di Yaman, hikmah di Yaman, kelembutan ada pada penggembala kambing sedangkan kesombongan dan keangkuhan ada pada orang-orang Faddadin Ahlul Wabar [arab badui] di arah terbitnya matahari [Shahih Muslim 1/71 no 52]

Kedua hadis di atas menyebutkan tempat munculnya fitnah adalah tempat pada arah timur matahari terbit dimana orang-orang disana dikenal sebagai pengembala unta, orang yang berhati kasar sombong dan angkuh yang merupakan tabiat kebanyakan dari ahlul wabar atau arab badui. Ahlul wabar bisa diartikan sebagai orang arab badui karena tempat tinggal mereka terbuat dari al wabr atau bulu. Di masa Nabi s.a.w Ahlul wabar tinggal di Najd.

Selain menyebutkan ciri-ciri mereka, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan kabilah mereka yang dikenal sebagai Rabiah dan Mudhar. Rabi’ah dan Mudhar dikenal sebagai Ahlul Masyriq [penduduk timur] di masa Nabi s.a.w

حدثنا مسدد حدثنا يحيى عن إسماعيل قال حدثني قيس عن عقبة بن عمرو أبي مسعود قال أشار رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده نحو اليمن، فقال الإيمان يمان هنا هنا، ألا إن القسوة وغلظ القلوب في الفدادين، عند أصول أذناب الإبل، حيث يطلع قرنا الشيطان، فيربيعة ومضر

Telah menceritakan kepada kami Musaddad yang berkata telah menceritakan kepada kami Yahya dari Isma’il yang berkata telah menceritakan kepadaku Qais bin Uqbah bin Amru Abi Mas’ud yang berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan tangannya kearah Yaman dan berkata “Iman di Yaman disini dan kekerasan hati adalah milik orang-orang Faddadin [arab badui atau pedalaman] yang sibuk dengan unta-unta mereka dari arah munculnya tanduk setan [dari] Rabi’ah dan Mudhar [Shahih Bukhari no 3126]

Mereka sibuk menghabiskan wang berpesta semata-mata kerana unta padahal saudara Islam mereka sedang dibunuh dibumi Palestin!

Saud Selamatkan Ekonomi Amerika

Salah seorang lelaki terkaya didunia sekarang ini ialah Putera Alwaleed bin Talal bin Abdulaziz Al Saud, kerabat diraja Saudi. Kisah beliau memperolehi kekayaan secara tiba-tiba adalah sukar dipercayai dan misteri. Beliau menubuhkan syarikat sendiri pada umur 14 tahun, billionaire umur 31 tahun dan sekarang ini 56 tahun dalam senarai Forbes ke 26 terkaya didunia. Beliau menjadi perhatian masyarakat pelaburan antarabangsa apabila beliau menyelamatkan Citibank (Bank Riba Terbesar didunia - mempunyai kepentingan yahudi) dari bangkrap yang mengancam ekonomi Amerika. Beliau mendapat mandat untuk menambahkan sahamnya dalam bank tersebut ketika Saudi berkerjasama dengan tentera Amerika menakluk Iraq dalam perang teluk tahun 1991.

Selepas itu beliau bekerjasama erat dengan penyangak-penyangak ekonomi yahudi mengembangkan perniagaannya tanpa mengira halal haram dari perbankan riba-kapitalis hinggalah rangkaian hotel perjudian terkemuka, Grand Monte Carlo Casino.

Antara syarikat-syarikat mempunyai kepentingan yahudi yang menjadi penyumbang besar kepada Israel yang diselamatkannya dengan wang pelaburan saud ialah;  AOLApple Inc.MCI Inc.MotorolaFox News, Citigroup Inc., The Plaza Hotel (New York), Fairmont Hotel, Four Seasons Hotels Inc., Mövenpick Hotels & Resorts AG,PepsiCo Inc, The Walt Disney Company, Time Warner Inc..

Kita hairan kenapakah ulamak-ulamaknya yang begitu berkira dengan isu remeh-temeh tetapi mendiamkan diri terhadap tindak-tanduk golongan atasannya yang terang-terang terlibat dengan bukan sahaja dengan pekerjaan yang mungkar tetapi secara langsung bersama dengan musuh Islam!

Keluarga Saud melalui Putera Alwaleed ini belum lagi merasa berpuas hati dengan pembangunan di Riyadh (Najd) sekarang ini. Benarlah ingatan Rasulullah s.a.w dalam satu hadis panjang mengenai Iman, Islam, Ehsan dan tanda-tanda kiamat; berlumba-lumbanya Arab Badui membina bangunan pencakar langit sebagai menunjukkan keangkuhan. Mereka sekarang ini merancang untuk membina bangunan pencakar langit di Riyadh (Najd) yang tiada lagi tolak bandingnya didunia ini yang dinamakan Kingdom Tower. Sekali lagi pembinaan yang memberikan kepentingan kepada kapitalis dan juga penyangak ekonomi yahudi. Inilah cara yang terselindung oleh yahudi mendapatkan sumber kewangan bagi meningkatkan kekuatan Israel melalui pembiayaan kewangan secara riba-kapitalis melalui projek mega tersebut.  http://www.msnbc.msn.com/id/43988244/ns/world_news-mideast_n_africa/t/worlds-tallest-building-coming-saudi-arabia/#.TsowtHOzUwR

Bangunan pencakar langit tiada tolak bandingnya lagi!


Dari manakah kekayaannya?

Satu persoalan yang ditimbulkan oleh penganalisis ekonomi antarabangsa ialah dari manakah datangnya sumber kewangan Putera Alwaleed kerana dari segi pulangan pelaburannya tidak memungkinkan beliau menguasai syarikat-syarikat gergasi tersebut. Mengikut kenyataannya beliau memulakan perniagaannya pada tahun 1979 adalah menggunakan sumber peribadinya yang diberikan oleh bapanya sebanyak $30,000. Beliau juga mendakwa menggadaikan rumahnya sebanyak $400,000 dan juga hasil elaun di raja sebanyak $15,000 sebulan. Padahal dengan jumlah sedemikian untuk sara hidup sebagai putera raja sahaja tidak mencukupi apatah lagi untuk modal empayar perniagaan berbilion dollar.

Apakah beliau hanyalah orang perantara sahaja bagi pelaburan dinasti Saud? Para penganalisis ekonomi membuat analisa dan unjuran dengan segala pelaburannya diluar negara dan dalam negara Saudi hanyalah menyumbangkan 1/10 dari pendapatannya, inilah menimbulkan misteri dikalangan penganalisa. http://www.economist.com/node/187913

Sebenarnya tidak ada rahsia, kekayaannya adalah bersumber dari jutaan jemaah haji yang bertandang setiap tahun ke Mekah dan Madinah, dan tentu sekali hasil minyak yang melimpah ruah yang menjadi millik keluarga di raja saud itu sendiri. http://www.forbes.com/profile/abdullah-bin-abdul-aziz-al-saud/

Umat Islam diabad ini dilalaikan dan terkeliru dengan isu sunnah-syiah hingga tidak nampak segala bahaya yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. Kita terutamanya mengira bahawa bahaya itu akan datang dari syiah Iran yang akan menolong yahudi satu ketika nanti tetapi tidak nampak apakah gerakan yang sedang dilakukan oleh yahudi di keliling tanah suci umat Islam sendiri. kita tidak nampak bahawa revolusi Iran pada tahun 1979 yang lalu merupakan satu tamparan kepada yahudi yang ingin menjadikan Israel Raya dengan kerjasama Shah Iran. Yahudi setelah berjaya menjadikan Turki sebagai negara rahsia Zionis melalui Kamal Atartuk menerima kesan yang hebat membantutkan rancangan perluasannya. Kalaulah tidak ada pertolongan Allah menegakkan revolusi Islam Iran nescaya kehidupan kita sebagai Umat Islam tidak lagi aman seperti sekarang ini, padahal dengan segala propaganda Amerika dan Zionis sekarang inipun umat Islam sudah menerima pelbagai tekanan.

Dengan takdir Allah tabir tipudaya fitnah ini semakin tersingkap, rahsia semakin terbongkar. Siapakah musang berbulu ayam yang membuatkan dunia Islam bercelaru ketika ini akan terbongkar. Sila baca kajian yang mendedahkan tipudaya yahudi dilaman berikut;
  1. http://www.strategic-culture.org/news/2011/10/25/the-doenmeh-the-middle-easts-most-whispered-secret-part-i.html
  2. http://www.strategic-culture.org/news/2011/10/26/the-doenmeh-the-middle-easts-most-whispered-secret-part-ii.html

ShareKeep unreadSend to

    Persamaan Cubaan Bunuh Obama dan Duta Saudi

    Oscar Ramiro Ortega-Hernandez penembak White House

    Seorang lelaki umur 21 tahun bernama Oscar Ramiro Ortega-Hernandez dari Idaho telah ditahan atas cubaan membunuh Obama atau pun pegawai-pegawainya. Ini berikutan tembakan yang dilepaskan olehnya tepat mengenai tingkap white house tetapi terhalang oleh cermin kalis peluru. Motif cubaan membunuh seperti yang dikemukakan kepada mahkamah adalah ganjil iaitu beliau mendakwa Obama adalah "anti christ" yang menimbulkan kebenciannya. Sumber mahkamah juga mengatakan mungkin lelaki itu mempunyai masalah mental. Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada mengemukakan sumber bahawa Obama adalah mungkin pengikut kumpulan rahsia Knights Templer.

    Dakwaan terhadap beliau menimbulkan lebih persoalan kerana didapati beliau mempunyai tattoo yang mempunyai tulisan ISRAEL dikiri tengkuknya. Siapakah sebenarnya beliau? Apakah dia Mossad? 

    Tattoo ISRAEL jelas di tengkoknya

    Kebolehannya membuat tembakan dari dalam kereta pada waktu malam dan tepat mengenai tingkap white house membayangkan beliau seorang penembak professional dan bukannya seorang mempunyai masalah mental seperti yang dilapurkan polis.

    Pihak berkuasa menjumpai didalam keretanya selaras senjata semi-automatik Romanian Cugir SA lengkap dengan teropong jauh. Senjata ini juga banyak digunakan oleh tentera US dalam perang Iraq. Sekali lagi persoalan bagaimana seorang yang mempunyai masalah mental mendapat senjata yang terkawal dan melepasi kawalan keselamatan untuk melancarkan serangan tersebut.

    Tetapi mengikut sumber FSB bahawa serangan itu dilancarkan oleh anggota salah satu cartel dadah Mexico yang sedang bertarung merebut kuasa kerajaan mexico. Terdapat dua kumpulan cartel dadah Mexico yang sedang berperang setakat ini iaitu Sinaloa Cartel dan Los Zetas Cartel, yang telah mengorbankan lebih 40,000 nyawa. Tetapi kumpulan Sinaloa Cartel dilapurkan mendapat bantuan senjata dan immunity dari CIA bagi mengimbangi kumpulan Los Zetas Cartel yang mampu menumbangkan kerajaan Mexico.http://www.washingtontimes.com/news/2011/aug/11/was-cia-behind-operation-fast-and-furious/

    Jadi persamaan yang saya cuba kaitkan dalam kononya cubaan bunuh Obama dan cubaan membunuh duta Saudi (yang didakwa US di rancang Iran) adalah melibatkan cartel dadah Mexico!http://www.miamiherald.com/2011/10/11/2449467_p2/us-says-iran-plot-to-kill-saudi.html
    Apakah ini amaran CIA terhadap Obama supaya melancarkan perang terhadap Iran atau menerima nasib seperti John F. Kennedy? 

    No comments:

    Post a Comment