CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 21 February 2014

Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad

http://www.pendapatanda.com/2014/02/implikasi-pemikiran-kassim-ahmad.html

Terlanjur menulis dan memberikan pendapat terhadap Kassim Ahmad, rasanya perlu dilanjutkan lagi pula kepada implikasi pemikiran Kassim Ahmad. Entah kenapa isu Kassim Ahmad membuatkan saya asyik memikirkan tentang beliau sejak dua tiga hari ini tanpa henti.

Saya bukanlah seorang pemikir. Kassim Ahmad ya!. Walaupun tahap kekerapan saya berfikir mungkin sama kerap dengan Kassim Ahmad, itu masih tidak melayakkan diri dikategorikan sebagai seorang pemikir.

Saya yakin pembaca di luar sana juga sama kekerapannya menggunakan akal untuk berfikir, tapi belum tentu dapat melayakkan diri masuk dalam kumpulan para pemikir di negara kita.

Hanya orang yang diangkat martabatnya sebagai pemikir sahaja akan diperbincangkan pemikirannya. Kita ada pemikiran Mahathir, kita ada pemikiran Tuan Guru Nik Aziz, kita ada juga pemikiran Haji Yusuf Rawa. Semua orang tersebut dikaji pemikiran mereka atas tiket seorang pemimpin.

Pemikiran Kassim Ahmad Atas Tiket Apa?

Kebanyakan orang di negara kita yang dikaji pemikirannya banyak berkisar daripada arena kepimpinan. Mereka berada di tahap tertinggi dalam urusan memimpin kumpulan yang mereka ketuai.

Bagaimana pula dengan pemikiran Kassim Ahmad, atas tiket apa dia diangkat sbagai seorang pemikir?, kalau dilihat daripada tugasnya sebagai seorang ketua kumpulan, dia ternyata gagal sebagai pemimpin.

Dia tidak mampu membawa kumpulannya ke tahap yang boleh dibanggakan. Dia sendiri akhirnya tersingkir dan kemudiannya masuk menyertai kumpulan yang ditentangnya sejak muda.

Satu lagi cara untuk naik jadi pemikir adalah dengan memberikan tumpuan kepada arena falsafah. Mungkin itulah landasan yang Kassim Ahmad ambil untuk melayakkan dirinya digelar sebagai pemikir. Memikirkan jalan penyelesaian untuk manusia terokai agar mendapat kejayaan dalam kehidupan.

Saya teringat kata-kata Socrates ketika ditanya tentang perkahwinan, katanya,

"...by all means get married! if you are lucky, you get a good wife. If not, you become a philosopher!"

Nampaknya Socrates samada buat lawak atau serius menghubungkan ahli falsafah sebagai hasil daripada isteri yang menyusahkan.


Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad

Ada satu perkara penting yang Kassim Ahmad ketengahkan, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam mengamalkan agama Islam. Al-Quran semata-mata dan tidak mengambil Hadith sebagai sumbur rujukan hukum.

Malah Kassim Ahmad nampaknya menolak syahadatain, Dia hanya selesa dengan ayat Aku naik saksi tiada Tuhan melankan Allah. Bagi Kassim Ahmad pengakuan Aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah adalah satu perbuatan mendewa-dewakan Nabi.

Apakah dia bermaksud tiada penghormatan patut diberikan kepada Rasul yang di mana segala perintah Tuhan di salurkan untuk diamalkan dan diajar pada manusia? itu saya tak pasti. Yang jelasnya Kassim Ahmad seperti mahu mrngabaikan peranan Nabi dalam mendidik kita bagaimana mengamalkan Al-Quran.

Bagi Kassim Ahmad, kita sendiri, dan seluruh manusia ada keupayaan untuk membaca Al-Quran dan ambil faham ikut keupayaan masing-masing. Bagaimana pula peranan orang Arab yang mengajar bangsa lain yang tak tahu bahasa arab untuk memahami Al-Quran?

Mungkin jika Bangsa Arab atau bangsa lain yang belajar Bahasa Arab lalu menghuraikan Al-Quran ke dalam bahasa bangsanya, turut sama ditolak oleh Kassim Ahmad atas alasan takut manusia mendewakan pula para ilmuan tersebut.

Lantas akhirnya Al-Quran hanya tinggal dalam Bahasa Arab dan Kassim Ahmad sendiri tidak berpeluang untuk membaca tafsir Qran dalam Bahasa Inggeris. Berkemungkinan Kassim Ahmad akan tetap sebagai salah seorang pengikut fahaman sosialis sahaja dan hanya merujuk falsafah golongan tersebut serta para pemikir terdahulu yang terdiri daripada bangsa Yunani dan India atau China.

Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad Terhadap Hukum Hakam Islam

Apabila hadith tidak ditapis, diklafikasikan mana yang betul mana yang palsu, maka mengamalkan Al-Quran hanya terbatas pada pengalaman orang yang membacanya sahaja. Tidak ada lagi aliran undang-undang yang sekata dalam membentuk masyarakat.

Kesemua kitab fikah, kitab tauhid dan kitab akhlak hanya tinggal sebagai kerta cadangan yang tidak akan diguna pakai secara besar-besaran. Universiti Al-Azhar tidak akan keluarkan pakar hadith atau pakat syariat atau pakar undang-undang Islam kerana peranan para ulama atau ustaz tidak diperlukan.

Akan berlaku satu rombakan besar terhadap struktur pemikiran dunia yang akhirnya pemikiran barat sahaja akan naik terutamanya dalam arena ekonomi dan teknologi. Begitu juga dalam bab undang-undang berkemungkinan kita akan mengikut sistem Greek atau Yunani atau India atau China atau Mesir. Kerana mereka lah antara bangsa yang lebih awal menjalani kehidupa yang bertamadun.

Pendapat Anda Terhadap Implikasi Pemikiran Kassim Ahmad

Akhirnya saya sendiri yang pening. Terlalu banyak memikirkan tentang isu menarik ini. Terfikirkan bagaimana Kassim Ahmad bersolat, bagaimana Kassim Ahmad melaksanakan puasa, memikirkan bagaimana Kassim bersuci, menunaikan Haji memberikan zakat dan sebagainya...

Kassim Ahmad akan menulis semula kesemua tatacara amalan tersebut atau apa...? atau ibadah adalah urusan individu. Terpulang kepada setiap individu untuk menunjukkan rasa perhambaannya pada Tuhan mengikut apa yang dia fahami daripada Al-Quran...? Wallahualam.

Friday, 14 February 2014

TOK AYAH ZID KEDAI LALAT, Kelantan

Satu kajian oleh : FAKEH KHALIFAH SAKA

http://leekubo.blogspot.com/2010/10/tok-ayah-zid-kedai-lalat.html

1. Adalah amat sukar untuk kita membaca sendi-sendi pemikiran seorang yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah Zid Kedai Lalat. Ramai orang menuduh beliau sebagai wahabbi. Apa yang kita takut ialah rumusan yang kita buat bercanggah dengan niat hakiki dan sendi pemikiran tuan empunya diri. Apatah lagi sifat zuhud, arif dalam ilmu alat, tidak memusuhi ahlul bait dan tasauf membuatkan kita semakin sukar untuk mengasingkan kaca daripada ribuan permata. Maka diambil inisiatif kecil ini untuk menggariskan beberapa fakta yang menzahirkan asas-asas pemikiran beliau sebagai alat kita menimbang dan membuat kesimpulan.

Rasulullah SAW & Maulid Nabi

2. Seorang blogger bernama Hanif bin Salleh telah menyiarkan tazkirah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.[1](di sini) Berikut ialah beberapa isi penting tazkirah tersebut :-

a. Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

b. Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain. Kat kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'.

3. Berikut ialah beberapa isi penting yang dipetik dari khutbah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Masjid Yayasan al-Bukhari, Alor Malai, Alor Setar, Kedah pada 21 Mac 1998 [2](disini) dan (disini) :-

a. Zaman nabi tidak ada maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman tabi'in tidak ada maulud. Kita buat maulud ni pertamanya kerana kita nak tanding dengan orang Kristian, waktu orang Eropah, askar sabil menyerang Palestin, dia menduduki Baitul Maqdis depa pun sambut perayaan jugak iaitu setiap 25 Disember mereka merayakan Krismas untuk menyambut kelahiran Nabi Isa.

b. Ertinya 40 tahun kemudian daripada nabi kita lahir barulah ada hubungkait kita dengan dia. Sepatutnya kita besar-besarkan hari Nuzul Quran, dalam bulan Ramadhan Allah Taala bawak turun ayat Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq. Ini ayat pertama sebagai tali berjuntai turun dari langit untuk menyelamatkan manusia di muka bumi, hari tu sepatutnya kita besarkan bersungguh-sungguh, hari Nuzul Quran kita panggil, dalam bulan Ramadhan, tapi hari nabi beranak, nabi beranak tak da apa, dia ni macam budak kampung aja, tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga sampai ketahun yang ke 40 barulah hubungkait dia dengan kita ada…oleh yang demikian kalau kita nak besar-besarkan maulud jugak, besarkanlah tapi jangan lupa hakikat sebenar sambut Nabi Muhammad bukan kerana dia beranak, tapi kerana dia terima wahyu, dari wahyu tulah kita reti benda apa Allah, benda apa malaikat, benda apa dosa pahala, benda apa syurga, benda apa neraka dan benda apa nafsu.

4. Seorang blogger penyokong Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bernama Kelab Greenboc pada 13 Februari 2010 telah menjelaskan bahawa Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran. Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadhilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. [3](disini)

NOTA TAMBAHAN 

Kenyataan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat turut disokong oleh seorang blogger Ibn Yusof yang pro Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[4] (disini) Apa yang paling menarik sekali ialah beliau turut mempamerkan keratan akhbar HARAKAH yang menunjukkan Abdul Hadi bin Awang mempunyai aliran pemikiran yang sama dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

5. Dalam laman forum Asyraaf diperincikan secara jelas kenyataan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 28 Oktober 2008 terhadap Ahlul Bait yang menentang gerakan Islam PAS. Berikut ialah beberapa isi penting untuk renungan[5] disini:-

a. Saya nak kirim salam kepada dia (Datuk Syed Ali Alhabshee), biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini kerana berpunca dari golongan Syed. Semua bapa saudara Nabi adalah Syed. Ini kepala yang melawan Nabi. Jangan kata kepada saya yang membawa perpecahan. Sekarang ni, orang Arab juga pengkhianat termasuk baka Syed, biar dia faham.

NOTA TAMBAHAN

Sepuluh hari kemudian (8 November 2008) telah berkata Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bahawa "Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya. "Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku. "Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa".[6]disini




b. SOALAN - Tok Guru kata baka syed ni semua pengkhianat. Adakah semua ? JAWAPAN - Bukan semua, saya nak beritahunya yang memecah belah ialah orang yang melawan gerakan islam yang dibawa PAS, termasuklah golongan syed.


NOTA TAMBAHAN
Fahaman ”PAS ialah Islam, Islam ialah PAS” telah menyebabkan Habib Omar Bin Hafiz turut dilabel sebagai pemecah-belah gerakan Islam PAS kerana tidak menyokong parti tersebut. Anak Abdul Hadi bin Awang telah membawa Timbalan Mufti Yaman untuk berceramah menyesatkan beliau di pondok dan madrasah milik penyokong PAS.[7](disini)

Al-Quran & Al-Hadith 

6. Seorang muridnya yang bernama Abu Hasan Chan[8](disini)menyatakan bahawa; Nik Aziz yang ketika 35 tahun dahulu dia pernah mengajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Saya berulang-alik setiap minggu ke Masjid Muhammadi mendengar beliau mengajar tafsir al-Qur’an dan Hadith.Saya terpikat dengan Nik Aziz kerana keilmuannya bukan kerana dia seorang tokoh politik. 

 Cara dia mengajar tafsir al-Qur’an ialah gaya seorang yang luas ilmu lughah bahasa Arab dan matang dalam ilmu nahu Arab. Saya berkata begini kerana ketika itu saya masih lagi mentah dalam ilmu lughah dan nahu. Nik Aziz apabila dia mula menafsirkan satu-satu ayat al-Qur’an , dia akan huraikan kalimah-kalimah al-Qur’an yang diberi makna dari segi bahasa, kemudian dia ada juga menyebut kaedah dan peraturan nahu bahasa Arab, menyebut asbabul-nuzul , sirah nabi, isu semasa tempatan dan isu semasa global. 

Ibarat-ibarat dan perbandingan seharian adalah senang difahami dan menyentuh dalam ke dalam lubuk jiwa …yang Nik Aziz memberi penekanan kepada fiqhud-dakwah (cara-cara berdakwah dan menjawab tentangan musuh-musuh Islam). Jika Nik Aziz menggambarkan suasana neraka , kita akan merasa bahawa seolah-olah kita melihat neraka itu sendiri dan amat gerun sekali. Jika Nik Aziz menghurai tentang suasana syurga, kita akan merasa penuh harapan semoga Tuhan mengampun kita dan masukkan kita ke dalam syurga.

7. Maka atas kurnia bakat inilah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih cenderung untuk memilih mahzab aliran Syed Sabiq yang menganjurkan kebebasan bertaqlid berdasarkan ijtihad al-quran dan hadith.[9] (disini) Maka tidak hairanlah dari segi hukum-hakam feqah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bebas mengambil salah satu, gabungan atau bebas mutlak mana-mana pendapat 4 mazhab yang sesuai dengan pertimbangannya. Misalnya dalam kolum tetap beliau dalam akhbar HARAKAH yang bertajuk Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama[10],(disini) Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengatakan :-

a. Pengarang Kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa di antara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai di perkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan. Sesungguhnya ia adalah dari perbuatan jahiliyyah.

b. Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati. Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ? jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

8. Manakala dalam bab tauhid pula, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih cenderung kepada aliran Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayim yang menurut pertimbangannya mudah difahami dan bebas dari unsur bidaah. Perkara ini jelas dapat dibuktikan melalui ketegasan beliau mempertahankan kritikan terhadap pengajian sifat 20[11]sila muat turun (disini)dengan merujuk dalil-dalil hujjah beberapa buah kitab, khususnya karangan Syed Sabiq.
Tauhid Mengenal Allah[12]


9. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat melalui kitabnya yang bertajuk Tafsir Surah Yunus, ada menyebut bahawa :-


a. Dalam kitab-kitab usul dan kitab-kitab tauhid ada dua istilah, dua perkataan yang sering diulang-ulangkan. Satu uluhiyyah satu lagi dipanggil rubbubiyyah. Perkataan-perkataanuluhiyyah dan rubbubiyyah, digubal dan dicipta ulama kita bagi memudahkan kita orang kampung memahami (Baris 09, Halaman 22).

b. Tuhan sudah menentukan bahawa fesyen hidup manusia di dunia kena menunggu masa kerana sewaktu Aku buat dunia pun Aku menunggu masa, menunggu jarak tertentu (Baris 26, Halaman 23).

c. Lepas daripada siap langit dan bumi Tuhan kata: Aku pun istawa. Kalau terjemah makna kampung istawa ertinya duduk bersila seperti saya duduk bersila sekarang; di panggil istawaitu aku duduk bersila (Baris 36, Halaman 23).

d. Dengan sebab masa manusia beribu-ribu tahun lagi melihat orang-orang berkuasa apabila hendak bercakap benda penting dia duduk dahulu di atas kerusi maka Allah Taala pun begitu juga (Baris 27, Halaman 24).

Tasauf al-Ghazali

10. Pendirian Nik Abdul Aziz bin Nik Mat terhadap tasauf telah dinukil dengan kemas oleh anak muridnya yang bernama Abu Hasan Chan[13] (disini), iaituantara kelebihan Nik Aziz ialah beliau mampu mengajar kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali dalam teks bahasa Arab. 

Amat jarang sekali orang di Malaysia ini berkemampuan mengajar teks ini dalam bahasa Arab. Beliau seorang yang “tabahhur” (ibarat lautan) dalam ilmu lughah. Beliau kadang-kadang menyebut petikan nahu matan al-alfiah menghiasi kuliah-kuliah ugama dan mengajar teks-teks kitab.

KESIMPULAN

11. Berbanding dengan fahaman wahabbi di Perlis; Tok Ayad Zid Kedai Lalat tidak melarang orang ramai belajar kitab-kitab tua mazhab Syafie atau beramal dengannya.[14] juga disini 

Beliau juga tidak menghalang masyarakat dari belajar dan mengaji sifat 20 yang diasaskan Imam al-Asy'ari ra dan Imam al-Maturidi ra. Beliau tidak menentang golongan tasauf, golongan ahlul bait atau golongan ulama pondok; selama mana kelompok ini tidak menentang gerakan dakwah yang dipacu jemaah PAS. 

12. Ulama silam Nusantara, termasuk ulama silam Fathani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran dan hadis. Namun mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam. Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan iaitu al-Quran, Hadith, Ijma’ al-Ulama dan Qiyas as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata.[15] (disini)


13. Tok Ayah Zid Kedai Lalat telah memilih jalan yang berbeza sama sekali daripada ulama-ulama Melayu nusantara seperti Syeikh Daud Abdullah al-Fathani, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Samad al-Falimbangi dll. 

Cukup bersandarkan kepada kefakehan dalam ilmu al-Quran dan Hadith semata-mata; beliau telah memilih tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma’ wa sifat yang diasaskan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayim sebagai pegangan iktiqad. 

Manakala mazhab Syed Sabiq yang bebas taqlid menjadi pilihan dalam menentukan hukum-hakam feqah – maka tak hairanlah pegangan sedemikian ini menjadi sumber lahirnya fatwa-fatwa baru yang pelik-pelik dan berubah-ubah mengikut keperluan masa, keadaan dan tempat.

14. Adapun hukum beraqidah sepertimana di Para 13 di atas, tidaklah berani kita membuat kesimpulan. Eloklah kita rujuk kepada deklarasi tiga pondok utama di Kelantan mengenainya. Pondok-pondok yang kita maksudkan itu adalah (1) Madrasah an-Najmiah, Pondok Geting, Tumpat; (2) Madrasah Diniah al-Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan (3) Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh.


Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
· Tok Ayah Zid Kedai Lalat
· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
· Jom Kenali Dr Maza & Co
· Ahlul Bait Yang Dicerca


UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
· Rasulullah Budak Kampung
· Maulid Tandingi Krismas
· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; 

mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

FAKEH KHALIFAH SAKA

[12] Kenyataan yang sama diperolehi dari CD kuliah beliau di Kelab PAS mengenai Surah al-Fath (Siri Ke-5)


Posted by leekubo at 9:30 AM

2 comments:

awangdeman said...

salam berminat dengan ulasan saudara....October 19, 2010 at 10:34 PM
Anonymous said...

alhamdulillah... sungguh jelas ulasan saudara... cuma ana nak bagi info terkini je..selepas berlaku nya peristiwa2 yg saudar cerita diatas. iaitu mengenai fahaman tok ayah zid..ramai di kalangan tok2 guru dan sahabt2 tok ayah zid d kelate ni bersemuka dan berkongsi pandangan denganya secara hikmah,..dn alhamdulillah selepas ayah zid sdri faham n memahami fahaman AHlul sunnah wal jamaah dgn jelas.. 

maka beliau ambil sikap tidak menetang.. malah turut mengamalkan selawat kpd nabi secara pribadi..(perlu di ingat tok ayah zid bnyak menimba Ilmu di india pakistan,, jadi adab ilmu disana x macam kita belajar disini n yaman..ana sdiri pernah belajar di pakistan bberapa tahun.. 

ana faham situasi pemikiran ayah zid. dan ana sdiri pernah berfahaman sebegitu.) alhmdulillah berkat doa2 shabat n guru.. ana cepat memahmi kembali hakikat sebenar ahlul sunnah wal jamaah.. yang pasti,, ayah zid bukan wahabi.. atau pendakwah wahabi halus.. ana boleh pastikan dgn jelas dn yakin..January 31, 2011 at 1:26 AM

( بيع الاستصناع ) Bai’ istisna

http://as-syazuli.blogspot.com/

Penta’rifan:

- -ِِ Al-Istisna’ merupakan akad yang meminta seseorang buat sesuatu barang, semua modal dalam tanggungannya.

- - Ini bermakna dalam aqad istisna’, orang yang menerima tempahan yang mengeluarkan modal, berbeza dengan salam orang yang menempah yang mengeluarkan modal dan berbeza dengan ijarah orang yang mengupah yang mengeluarkan modal.

Hukum bai’ Istisna’

- - Qias melarang jual beli seperti ini, kerana ini termasuk dalam jual beli barang yang tiada namun akad ini diharuskan berdasarkan istihsan kepada u’ruf kerana telah menjadi kebiasaan orang ramai berurusan dengan cara ini pada setiap zaman tanpa diingkari oleh mana-mana ulama’. Ini boleh diiktibarkan sebagai ijma’. Ibunu masu’d berkata:

“ Apa yang dilihat orang muslim itu baik maka disisi Allah juga baik”

Syarat-syaratnya:

1 - Mesti dijelaskan barang yang ditempah jenisnya, ukuranya, bilangannya, sifat-sifatnya.

2 - Hendaklah barang yang biasa ditempah oleh manusia, seperti kasut, bekas-bekas dan lain-lain.

3 - Tidak disyaratkan dalam akad ini mesti berwaktu seperti yang disyaratkan dalam bai’ salam.

Hukum-hukum yang berkaitan dengan istisna’:

1 - Akad istisna’ mengikut pandangan doktor Wahbah Al-Zuhaili merupakan akad ( لازم) iaitu akad yang memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak untuk batalkan. Tidak boleh batal melainkan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mengelakkan kemudaratan dan kerugian.

2 - Seandainya barang yang ditempah menepati ciri-ciri yang diminta sampai pada orang yang menempah, dia wajib membelinya.

3 - Orang yang menerima tempahan juga wajib menjual barang tersebut, bila barang tersebut telah sampai dan dilihat oleh si penempah.

Perbezaan bai’ salam dan bai’ istisna’

1 - Barang yang ditempah di dalam bai’ salam bersifat hutang, manakala dalam istisna’ bukan hutang.

2. Disyaratkan di dalam bai’ salam asal kena ada waktu yang tepat, tidak pada bai’ istisna’

Rujukan: 

1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)

10.15am 12/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Kuantan Pahang.

Jakim: Valentine Day permulaan kepada gejala sosial

http://my.news.yahoo.com/jakim-valentine-day-permulaan-kepada-gejala-sosial-050047387.html

Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi sambutan Hari Kekasih kerana ia adalah permulaan kepada gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental yang disebabkan alkohol dan juga pembuangan bayi, kata khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini.

Khutbah bertajuk "Iman yang Mantap, Ummah Cemerlang" yang diperolehi daripada laman web Jakim berkata, salah satu permasalahan yang paling penting untuk disedari oleh umat Islam ketika ini ialah tentang "ghazwul fikri" atau "penjajahan pemikiran" yang berkait dengan pelbagai kehidupan manusia.

"Ghazwul fikri atau teori pengaruh ini menyebabkan sebahagian umat Islam ini terjebak dengan budaya kebebasan melampau sehingga tergelincir daripada sempadan ajaran agama Islam yang sebenar.

"Majlis sosial seumpama ini dilihat sebagai satu langkah permulaan ke arah peningkatan gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, menggugurkan kandungan dan membuang bayi yang boleh mengundang kepada bala bencana dan keruntuhan akhlak muda mudi.

"Justeru, kepada seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita memandang ke depan dengan berfikiran lebih positif untuk membentuk jati diri sebagai umat Islam yang boleh dicontohi oleh seluruh umat manusia sejagat," kata khutbah Jumaat itu.

Valentine Day, atau Hari Kekasih disambut bagi memperingati kekasih pada 14 Februari setiap tahun di seluruh dunia.

Khutbah Jakim berkata, isu berkenaan timbul disebabkan jauhnya umat Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad, di mana terdapat segelintir umat Islam yang meninggalkannya.

Selain itu, tidak dapat menilai pertembungan antara yang hak dan batil iaitu keimanan dan kekufuran; "Tafriqah" iaitu terjadinya perpecahan di kalangan umat itu sendiri dan; "Taklidiah" iaitu mengikut tanpa berpegang kepada prinsip yang sebenar.

"Akibatnya terdapat manusia tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

"Justeru, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian, agar menghindar sifat keji dan hina seperti malas bekerja.

"Saling melemparkan fitnah, mengadu domba, banyak berangan, terlibat dengan aneka ragam kemaksiatan dan terpengaruh dengan ajaran sesat dan meragukan serta terikut-ikut dengan budaya Barat yang merayakan hari-hari tertentu sebagaimana pada hari yang mulia ini lagi barakah ini,” katanya.

Pada 2004, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam yang menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Harussani berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutama apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya golongan muda yang masih cenderung untuk meraikan Hari Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun sudah banyak penerangan disampaikan oleh ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan mereka yang tersayang sebagai simbolik menyatakan cinta.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. - 14 Febuari, 2014.

Menilai hudud dengan hati munafik

menilai hudud dengan hati munafik ....hudud tidak berjaya kurangkan jenayah, kata bekas ketua hakim negara tapi wa tengok tak de hudud pun jenayah makin menjadi menjadi bila bagi penampar kat orang lain dah bukan ancaman....!!!!



kedua duanya syaitan.....maka mahathir adalah sifoonya

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut perundangan.

Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar jenayah, keadilan dan keamanan.

"Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia "

Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana situasi yang berbeza.

"Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya orang tua dan insaf.
"Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya.

Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus dipertimbangkan.

"Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya.

"Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara," katanya.

Abdul Hamid menjelaskan walaupun hukuman hudud dilaksanakan ke atas penganut Muslim sahaja, ianya masih bertentangan dengan Perlembagaan yang menjadi asas undang-undang negara.

"Jika ia dibuat hanya kepada Muslim, ia pasti bertentangan dengan Artikel 8 memandangkan ia mendiskriminasi atas asas agama dan maka itu ia bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.

Undang-undang negara berteraskan sistem perundangan “common law”, bagaimanapun undang-undang Syariah juga dilaksanakan oleh negeri kecuali Wilayah Persekutuan, namun Abdul Hamid menegaskan undang-undang Syariah tersebut mestilah selaras dengan Perlembagaan negara.

"Ramai orang berfikir memandangkan kesalahan hudud dan qisas diperuntukan dalam Syariah dan undang-undang Islam dibawah bidang kuasa negeri, maka Dewan Negeri boleh mengubal undang-undang sedemikian.

"Sebahagiannya tepat. Di Malaysia, sebarang undang-undang mestilah konsisten dengan Perlembagaan," katanya.

Beliau juga berkata Dewan Negeri tidak boleh meminda undang-undang Syariah untuk dilaksanakan ke atas bukan Muslim kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Abdul Hamid juga tidak menolak sekiranya hudud dilaksanakan secara rapi dan persediaan tidak mencukupi, seluruh agensi pihak berkuasa negara akan berdepan dengan kecelaruan.

"Polis tidak tahu apa patut mereka buat, pendakwaraya tidak tahu nak buat apa, peguam tidak tahu nak buat apa dan hakim juga tidak tahu nak buat apa.

"Peguam bergegas ke kedai buku untuk mencari apa saja buku mengenai subjek tersebut," kata Abdul Hamid menerangkan situasi yang berlaku di Sudan sebaik undang-undang Islam tersebut dilaksanakan.

http://penyapusial.blogspot.com/2014/02/menilai-hudud-dengan-hati-munafik-hudud.html#.Uv3xZ2KSxnM

Lebih mengejutkan Abdul Halim apabila kerajaan Sudan mengumumkan sekiranya doktor enggan memotong tangan penjenayah, kerajaan sendiri akan memberi latihan kepada hakim untuk menjalankannya.

Pelaksanaan hukum hudud diperjuangan oleh parti Islam PAS, bagaimanapun usaha tersebut sering menerima kritikan sama ada daripada rakan pembangkang Pakatan Rakyat serta kerajaan Barisan Nasional.

Tahun lalu, kerajaan PAS di Kelantan melontarkan sekali cadangan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Pengkritik tidak melihat usaha tersebut akan berjaya memandangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional masih memiliki kata putus ke atas pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut.

Pengkritik menegaskan penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Tahun lalu, negara jiran, Brunei Darussalam telah menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud.

Susulan pengumuman tersebut, kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama erat dengan Brunei termasuk menghantar pegawai bertanggungjawab bagi melihat pelaksanaan hukuman hudud di negara terbabit.

penyapu sial

Hudud adalah undang undang Islam, amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri berkata hudud tak mapu tangani jenayah, kita masih belum aplikasikannya namun sudah menyerah kalah, amat menyedihkan

Namun sebenarnya si setan nie bukan komen hudud tetapi mempertikaikan dan mempermainkan hukum Allah. Komen pulak secara terbuka dan terang-terangan. Rukun Iman yang pertama percaya kepada Allah. Kalau dah tak percaya akan hukum Allah ...... Apa nak jadi tak tau lah.

Kenapa lah nama je negara islam. Pemerintah pun orang islam tapi takut mengikut undang2 islam...pelik bebenor.

Tapi pelik apabila ia ia mempertahankan penggunaan Allah.

Nama "Allah", Yowtai Evangelist dan.. Kenapa Kristian Kemaruk Sangat "Nama" ini.

http://akhzaman.blogspot.com/2014/01/nama-allah-yowtai-evangelist-dan-kenapa.html

Menyentuh persoalan nama "Allah" yang semakin panas, saya petik tulisan seorang mangsa hinaan puak Cina Kristian (yowtai evangelist). Apa yang menyedihkan, bukan sahaja mereka menghina bangsa ini tetapi juga menghina agama suci Islam. Hina sangatkah bangsa Melayu pada pandangan mereka?

Mungkin orang ramai yang berada selesa di kampung atau institusi majori Melayu tidak merasai derita seperti sahabat kita yang terpaksa bernafas di tengah-tengah kesombongan kaum oportunis ini. Apa sebenarnya sebab mereka begitu kemaruk hendakkan nama Allah ini, ia akan terjawab setelah anda membaca keseluruhan luahan perasaan "mangsa" sepeti di bawah (Cacing "Baru" nak naik ke mata................. ??).

Mereka sebenarnya sedang menipu kita. Bodohnya kita semua dipermainkan sedemikian. Mereka (Yowtai) ada niat lain yang lebih menakutkan. Anak cucu kita adalah matlamat mereka. Itulah yang sedang mereka rancang. Kita sebenarnya hanyalah umpan untuk dikelirukan dan pastinya mereka gembira apabila ramai dari pejuang agama telah terpenjara. Apabila sebilangan besar dari kita berjaya dipenjara dalam sistem DEMOcrazy. Siapa sebenarnya "MasterMind" mereka? ?? Baca seterusnya...

Ini satu lagi pendedahan berani





APA MAKNA SEMUA INI? sila baca di sini

Cacing "Baru" nak naik ke mata................. ??

Dr Zakir

Sewaktu bekerja di sebuah syarikat yang majoriti pekerjanya bukan dari sebangsa dan bukan dari seagama, ada juga terasa bahang dari percikan api perkauman serta berbezaan agama dikalangan mereka terhadap saya yang minoriti ini. sementelahan ramai dari mereka bukan saja menganut agama "3 in 1", malahan mereka juga alim2 belaka dan sangat aktif menghadiri aktiviti keagamaan di hujung minggu.

Namun di waktu itu, bahang perbezaan agama tidaklah terlalu panas, hanya sepoi2 bahasa je di bawa angin lalu kerana keadaan masih terkawal.

Tapi lama-kelamaan bahang yang asalnya terasa hanya sipi2, akhirnya mencapai klimaknya terutama bila mereka berjaya mendapatkan beberapa buah negeri di Tanah Melayu hasil dari perjuangan pilihanraya democrazy. 

Ia berlaku bilamana pada suatu hari ketika saya yang sudah naik angin terpaksa bergaduh mulut dengan seorang pegawai operasi (yang berlainan bangsa dan menganut agama 3 in 1). 

Disebabkan terasa dirinya yang so called berpangkat tinggi itu dicabar oleh seorang pekerja melayu Islam, maka terkeluarlah kata2 yang selama ini agaknya dipendam sekian lama di dalam lubuk hatinya yang paling dalam terhadap orang Melayu Islam.

" I don't care if your god is Allah, but you have to do what you are supposed to do as i instructed" ujar pegawai operasi tersebut dengan nada yang cukup marah seperti sudah tidak dapat ditahan lagi.

Saya agak terkejut dengan reaksi serta kata2 yang dilontarkan itu, "eh....kita cakap pasal kerjalah......yang engkau kaitkan dengan Tuhan aku tu kenapa? Apasal tiba2 naik angin semacam je dan sebut Allah, aku tak sentuh pun walau sekelumit tentang agama dan pegangan kau" getus hati saya bersendirian.

Pada waktu itu, isu kalimah Allah memang sudah berleluasa, saya yakin dan percaya isu tersebut juga sering dibincangkan oleh mereka semasa menghadiri service di rumah ibadat mereka saban minggu.

"Oh...engkau terbawa2 dengan isu kalimah Allah yang sedang diperjuangkan tu dengan niat nak menyesatkan orang Melayu Islam lah" getus hati saya lagi, berkata2 sendiri.

Sekiranya saya diwaktu dan ketika ini masih bekerja di syarikat tersebut, saya tidak dapat mengagak sejauh mana pula bahang yang terpaksa dihadapi, lebih2 lagi dimasa ini mereka sudah nekad untuk berdakwah secara terang2an dikalangan rakyat Malaysia dengan modus operandi pergi kesatu2 tempat secara berkumpulan (10-20 orang), kemudian bergerak dalam kumpulan kecil (2-4 orang), berjalan dari rumah ke rumah sambil mengedarkan risalah sesat mereka kepada penghuni rumah.



Maka adakah cacing sudah naik kemata atau "baru" je nak naik ke mata......???
Nota: maksud peribahasa cacing naik ke mata - kelakuan atau perbuatan yang melampau..

Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan missionari yowtai evangelist itu seperti cacing naik ke mata," kata seorang pegawai agama.


Dulu ditahun 80an dan 90an, kita biasa mendengar isu2 kristianisasi yang giat dijalankan diseluruh nusantara terutamanya di Indonesia. Jika diamati, Malaysia adalah satu2nya negara yang masih belum dapat mereka tawan untuk dipersembahkan kepada grand master mereka demi melengkapkan agenda new world order di fasa terakhir ini.

Cubaan demi percubaan telah dilaksanakan secara sembunyi mahupun samar2 demi mencapai agenda Israel Raya.

Memandangkan Tanah Melayu "nampak" agak ampuh untuk diterjah, maka mereka yang sudah terlalu kesuntukan masa serta amat terdesak telah mengenepikan segala halangan sama ada dari sudut Undang2/Perintah Sultan/Sensitiviti Agama/Perlembagaan/Kontrak Sosial dan apa2 sahaja yang sedang kita cuba pertahankan ini, dan mereka tanpa dapat ditahan2 lagi telah keluar berdakwah secara terang2an pula di tengah masyarakat.

Ya.... bila keadaan 'panas' ini berlaku, sudah tentu hati kecil kita mula mencari2 dan tercari2 sumber ilmu/maklumat yang boleh menjadi pedoman dan bekalan untuk menghadapi hari2 mendatang yang nampak seperti semakin panas cuacanya

Seorang rakan telah melihat video2 syarahan oleh Dr Zakir Naik, seorang genius muslim yang berasal dari India. rakan tersebut juga melihat video syarahan oleh Syaikh Maulana Hisham Kabbani, seorang lebanon-american muslim yang bermastautin di USA, juga seorang genius muslim yang telah banyak membuat sumbangan kepada dunia islam diperingkat antarabangsa

Kedua2 genius muslim tersebut telah banyak memberi lontaran2 idea terutama mengenai perbandingan agama. Dr Zakir Naik adalah seorang penghafal kitab2 agama yang super-duper genius, yang direzekikan Tuhan untuk memahami semua kitab2 seperti veda, purana, injil, bible, perjanjian lama, perjanjian baru, hadis bukhari, hadis muslim dan sudah semestinya Al Quran juga

Alim ulama sebegini merupakan suatu anugerah daripada Tuhan kepada ummat islam yang dahagakan ilmu serta petunjuk yang benar, yang amat diperlukan disaat dan ketika ini untuk berhadapan dengan penganut2 agama 3 in 1

Sesungguhnya cubaan musuh dalam melaksanakan agenda israel raya dan new world order yang didalangi oleh yowtai evanglis itu adalah benar belaka. 

Sebagaimana Malaysia merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan iman dan Islam yang bertunjangkan aqidah sunnah wal jamaah itu juga adalah benar.

Dan semua ini merupakan 'muqadimah' bagi suatu perjuangan yang akan diterajui nantinya oleh Nabi Isa AS dalam memperbetulkan aqidah manusia2 yang menganut agama 3 in 1.... yang mana janji Tuhan bahawa Nabi Isa AS itu akan turun dari langit dan memerangi serta membunuh dajjal juga adalah benar.

Jadi sama2lah kita rapatkan saf2 tautan hati sesama umat islam, renungkanlah dalam2 kearah wajah2 comel tulus-mulus adik2 dan anak2 kita yang masih kecil, kenangkanlah susah-payah serta cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para pemudi/pemuda serta anak2 remaja kita, yang mungkin masih terlalai dengan rempit/bohsia/dadah, ingatilah juga kakak/abang/saudara-mara kita yang setiap masa berhempas-pulas bekerja siang-malam demi survival menghadapi kos sara hidup yang semakin meninggi................. 

Sayangi iman mereka sebagaimana kita menyayangi iman diri kita sendiri.............. apakah mereka juga sedar akan cabaran yang sedang kita hadapi? adakah mereka prihatin tentang dugaan new world order? ................ adakah mereka perasan dengan kelibat yowtai-evangelis yang sudah mula 'mengganas' dengan agenda agama 3 in 1? ......................... adakah mereka juga akan mula berminat mendengar hujah2 ilmiah perbandingan agama oleh Dr Zakir Naik dan Syaikh Maulana Hisham Kabbani ? ...................... adakah?................ adakah?.....


YA.......
.............ambillah langkah pertama untuk mula menyayangi dan prihatin terhadap saudara2 seagama kita.
.............ambillah langkah pertama untuk mula menjaga tepi kain2 jiran tetangga kita kalau2 mereka didatangi oleh tetamu larangan yowtai-evangelis itu.
............ambillah langkah pertama untuk mula berdoa dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan iman semua umat islam tanpa mengira latar-belakang dan walau siapapun mereka.

YA ..... 
.......... ambillah langkah2 pertama itu kerana ia merupakan sumbangan yang boleh kita berikan demi melihat kelangsungan agama Islam yang benar tetap utuh bertapak di bumi bertuah ini

artikel asal, penghargaan kepada sahabat saya Wangsa

ps/ Ini hanyalah permulaan kepada yang lebih besar.. ?? bukan sahaja alkitab dan nama "Allah" .......... MEREKA AKAN MENGIMPOT SEGALA MACAM BENCANA DARI INDONESIA KE MALAYSIA.. adakah anda setuju?

jika masih belum peduli
tunggu sahaja kemusnahan yang dahsyat

You might also like:

Dicatat oleh TMG di 5:08 PM

9 comments:


gambar tu Dr Zakir Naik bukan Dr Zaki..... harap diperbetulkan///Reply

Replies


Terima kasih atas teguran anda

Reply


inilah bala yg Allah SWT turunkan pada kita yg tak sayang pada agama..bila pemimpin yg berkuasa tidak mendaulatkan Islam secara kaffah maka tunggulah kehancuran yg bakal melanda..dan kepada kita umat Islam yg btul2 sayangkan agamanya jgn risau kerana janji Allah itu benar..Dia akan gantikan puak yg zalim kepada yg puak yg Dia kasihi dan puak itu mengasihi Allah..insyaallah..sama2 kita berdoa..

tentang agenda kristianisasi..tak usahlah kita melatah tak tentu pasal..selagi kita berpegang teguh dengan tali Allah..akidah kita takkan tergugat..maka selamatkanlah anak cucu kita dgn ajaran yg sebenar..insyaallah mereka akan selamat..

minta maafla..aku bkn penyokong mana2 parti..aku hanya menyokong mereka yg melaksana atau ada cita2 nk melaksanakan islam..tp pemerintah yg ada skarang mmg tak pandai menangani isu kalimah Allah ini..sori to say..mereka hanya menambahkan kebencian sesama manusia..menggunakan isu agama utk meraih sokongan..jijik sungguh..celaru abeh anak muda kita..tak kira baik parti pemerintah atau pembangkang..Reply


kalau kita perhati, yang ramai penganut kristian yang begitu taksub dengan 3in1 ni adalah kaum cina dan india. Paling ketara ialah kaum cina sendiri. Target mereka bukanlah pada agama Islam tapi melayu. Kerana mostly malay agama Islam, mereka sering menindas sama seperti mereka menindas pembantu rumah dari negara seberangReply


Boleh tuan admin bikin artikel siapa yowtai-yowtai tersebut? Kita pun tak pasti siapa yowtai ni. Nak meneka pun tak baik teka-teka.Reply

Replies


Mereka Berada Di Celah-Celah Kita

http://asalmelayu.blogspot.com/2013/07/mereka-berada-di-celah-celah-kita.html

Reply


terima kasih saudara anon. memang benar mereka ada di celah2 kita. telah lama mereka ingin jahanamkan melayu dan rampas kuasa (spt komunis), kini peluang mereka amat cerah kerana ...... fikirkanlah sendiriReply


Salam incek Admin.

Kita sering menyalahkan mereka tentang itu dan ini, tetapi kita sendiri sering menelan apa sahaja najis yang mereka bawa. Buka link ini baca dan fikirkan: Melayu Adik Beradik Yahudi

Seringkali kita berkata tentang kemenangan yang di janjikan untuk kita, tapi majoriti umat islam kita hari ini sudah terlalu jauh meninggalkan jati diri melayu dan sudah amat terpesong dari kehidupan islam yang asal. Lihat di sini bagaimana cara dan kaedahnya hamba Allah ini keluar dari penghambaan dunia moden: Cinta Lanang Gabrul The Final Conclusion.Reply

Replies


Terima kasih Cik Salju. Memang itulah kenyataannya.

Namun bukan mudah kita hendak menarik keluar segala racun yang sudah sekian lama mencengkam/menghasut sehingga melemahkan iman. Kita hanya boleh mengingatkan, yang lain terserah pada ampunya diri. 

Masalah yang ada sudahlah berat, kini ditokok pula oleh masalah baru, atas nama politik dan human right. Islam bakal dipinggirkan lagi. Jangan hairan jika seluruh umat Islam Malaysia akan semakin terkeliru tentang agamanya da nusaha mencari jati diri. 

Usah risau, Cina dan India di Malaysia semakin naik tocang bila melayu dah semakin lemah lemah. Ditokok pula oleh melayu yang semakin celaru mengangkat pemimpin islam liberal sebagai ketua. 

Bukan setakat itu sahaja, mereka yang mengaku beriman dan tak tanggal rupa islamnya juga termakan hasutan untuk mengangkat manusia ini sebagai pemimpin atau, gembira jika dia jadi PM. Umat islam dipermainkan. Apa boleh buat ???

Islam akan hancur binasa jika umatnya berpecah belah. Satu hari nanti jika tidak dibendung akan berlaku bunuh membunuh sebagaimana di negara arab. Islam jenis apakan jika begini?

Mereka akan terus menghasut........