CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 5 January 2013

Mengenal Allah Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri


Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!


Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!

Mari sama-sama kita lihat ungkapan seni Tok’ Kenali melalui katanya, selagi kita masih mengaku “adanya diri”, selagi itulah sifat “adanya Allah itu” tidak akan dapat kita lihat. Bilamana kita mengadakan sifat adanya diri, bererti kita telah menafikan sifat adanya Allah. Kita tidak boleh untuk mengadakan (menwujudkan) atau menggabungkan serentak antara kedua-dua sifat makhluk dengan sifat Allah!. 

Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada (tidak wujud). Sila rujuk sifat dua puluh. Sekiranya kita itu bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita telah mengadakan dua sifat wujud (dua sifat ada). Bererti kita telah menduakan sifat Allah, iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi diri makhluk, bermakna disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Ssedangkan sifat wujud itu, hanya hak bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk. 

Bagi yang menduakan sifat Allah, hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak boleh diampun Allah. Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada). yang wujud dan yang bersifat ada itu, adalah hanya bagi Allah, hanya bagi Allah dan hanya bagi Allah!…………………………………………………………………………………….
Kita semua belajar dan kita semua tahu yang bahawasanya sifat “ada” itu adalah hanya sifat bagi Allah!. Manakala sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana kita tidak ada sifat, apa lagi yang hendak kita perkira-kirakan dalam soal ingat kepada Allah!. Setelah sekalian makhluk bersifat tidak ada, bermakna yang ada itu, adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah, buat apa lagi ingat kepada selain Allah!.


No comments:

Post a Comment