CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday, 16 April 2014

29 Mei 1453M..Sultan Muhammad Al Fatih MENAWAN Kota ISTANBUL




Link Video di bawah ini...Sultan Muhammad Al Fatih





https://www.youtube.com/watch?v=bgFiStHTg48

Sebelum kita bercita-cita menjadi pengikut atau tentera al-Mahdi, kita lihat dulu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan kota Constantinople. apakah kita mempunyai sifat-sifat tentera al-Fatih? Dimana pengikut al-Mahdi nanti pasti mempunyai amalan yang tidak kurang dari amalan tentera al-Fatih.


Ini merupakan kandungan khutbah dari sebuah masjid di Shah Alam..


السلام عليكم


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri. Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak terpijak duri. 

Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam mengatur aktiviti seharian hidup kita agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat. Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada tenteranya yang keluar berjihad “ aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.”

Sidang jumat yang di rahmati Allah swt

Sekiranya kita menyusuri sejarah kegemilangan Islam kita akan dapati ramai raja-raja yang soleh dan berjiwa rakyat seperti al Najashi di Ethopia, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayyubi, Sultan Murad II di Turki, Aurangzeb di India dan juga beberapa sultan di alam Nusantara. Namun, sejarah juga memaparkan golongan bangsawan yang bersultan di mata, bertuhan di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Raja Farouk di Mesir dan Shah Iran di Iran.

Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulama-ulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan suruhan Allah swt. Salah seorang raja yang sentiasa mendampingi ulama dan sering mendapatkan pandangan ulama ialah Sultan Muhammmad al Fatih, sultan yang ke-7 dalam pemerintahan khalifah Uthmaniyyah. Sultan Muhammad al Fatih juga adalah pembuka kota Constantinople atau pun Istanbul. Pembukaan kota Constantinople membenarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:

“ Constantinople pasti akan ditawan. Sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah penaklukan tersebut dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut. (Riwayat Ahmad)

Hadis yang di ucapkan oleh Rasulullah saw ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak ini telah menimbulkan keinginan dan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam sebelum Muhammad al Fatih lagi. Mereka telah berusaha dan berjuang untuk menawan kota Constantinople. Usaha pertama telah di lancarkan pada 44Hijrah iaitu di zaman Mu’awiyah. Tetapi usaha tersebut di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah menemui kegagalan. 

Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Ayub al Ansari telah menyertai pasukan Yazid, walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun kerana ingin berada di dalam pasukan tentera yang terbaik. Beliau syahid di dalam peperangan dan berwasiat agar jasadnya di kuburkan di bawah kubu-kubu Constantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin di kuburkan di situ maka beliau menjawab ”kerana aku ingin mendengar hentakan tapak-tapak kaki kuda dari pasukan tentera yang terbaik semasa mereka membebaskan Constantinople.” 

Beberapa kempen lagi untuk menawan Constantinople di zaman Umayyah menemui kegagalan. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, beberapa usaha di teruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun ar Rashid. Ramai lagi raja-raja dan pemimpin Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople untuk menjadi sebahagian daripada tentera terbaik. Tetapi kira-kira 800 tahun kemudian pada 1453M, Muhammad al Fatih telah membenarkan dan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah

Apakah kehebatan Sultan Muhammad al Fatih dan tentera-tenteranya sehingga dirujuk sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera oleh Rasulullah saw? Apakah ciri-ciri dan sifat-sifat istimewa yang ada pada Muhammad al Fatih? Mengapa kejayaan ditakdirkan berlaku di tangan Muhammad al Fatih walaupun sudah ada percubaan yang pernah dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin? Kemunculan Muhammad al Fatih dan kejayaan menawan kota Constantinople bukan satu kebetulan. Ia di rancang dan di programkan oleh pemimpin sebelumnya lagi.

Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Muhammad al Fatih sangat menitikberatkan didikan agama terhadap anaknya. Ayahnya telah memanggil beberapa ulama terkenal di zamannya seperti Sheikh Shamsuddin al Wali dan Sheikh Ahmad Ismail al Kurani untuk mentarbiyyah anaknya. Muhammad al Fatih telah ditarbiyyah dengan jiwa jihad dan sifat tawaduk sejak kecil lagi. Ayahnya begitu perihatin dalam pembentukan keperibadian Muhammad al Fatih sehinggakan beliau memilih sendiri gadis yang hendak dijodohkan dengan anaknya. Beliau sedar bahawa seorang pemimpin yang baik mesti mempunyai isteri yang baik juga.

Di samping ilmu agama, Muhammad al Fatih juga di ajar ilmu peperangan, pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa kali beliau diberi latihan praktikal dengan memangku jawatan ayahnya walaupun di usia yang masih muda. Muhammad al Fatih juga mampu menguasai tujuh bahasa iaitu Turki, Arab, Greek, Latin, Serbia, Parsi dan Hebrew. Dengan menguasai tujuh bahasa, Muhammad al Fatih mampu mengkaji dengan lebih teliti kelemahan-kelemahan musuh-musuhnya dan dapat berkomunikasi dengan baik dengan bangsa-bangsa tersebut.

Muhammad al Fatih sangat menjaga diri dan pegawai-pegawainya daripada melanggar hukum Allah. Oleh sebab itu, pegawai-pegawai, pentadbir dan panglima-panglima tentera beliau terdiri daripada orang-orang-orang yang mematuhi syariat. Sultan Muhammad al Fatih pernah berpesan bahawa ulama adalah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhammad al Fatih di kelilingi oleh para ulama yang sentiasa menasihati beliau tentang permasalahan negara.

Sultan Muhammad al Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, tetapi konsisten dalam melakukan amalan-amalan yang sunat. Peristiwa pemilihan imam solat jumaat pada hari jumaat pertama selepas kota Constantinople ditawan mendedahkan sesuatu yang menarik. Muhammad al Fatih dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid untuk mendirikan solat jumaat. Pada mulanya, Sultan Muhammad al Fatih mencadangkan gurunya; Sheikh Shamsuddin sebagai imam. Namun, gurunya menolak cadangan tersebut. Untuk mencari siapa yang layak, baginda telah memerintahkan seluruh pegawai dan tenteranya berdiri.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” kata Sultan Muhammad al Fatih. Tiada seorang pun yang duduk.

“Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” Ada sebahagian daripada tentera yang duduk.

“Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat sunnat tahajud sejak baligh walaupun satu malam, sila duduk” Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al Fatih. Inilah peristiwa yang berlaku ketika pemilihan imam untuk solat jumaat yang pertama di masjid Hagia Sophia. Peristiwa ini menunjukkan betapa istiqamahnya Sultan Muhammad al Fatih dalam beribadat kepada Allah swt dan terserlah bahawa baginda sendiri adalah orang yang paling layak menjadi imam.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah

Sultan Muhammad al Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik bukan kerana ketaqwaan mereka sahaja. Mereka juga mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan keberanian. Untuk menembusi pertahanan kota Constantinople yang kebal di segenap penjuru perancangan yang rapi dan strategi serangan yang kreatif sangat diperlukan sesuai dengan firman Allah swt.


وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّ‌بَاطِ الْخَيْلِ تُرْ‌هِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِ‌ينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠


“Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” ( al Anfal:60)

Selepas menaiki takhta, Muhammad al Fatih mengkaji pelan kota Constantinople untuk mengenal pasti kelemahannya. Bentuk muka bumi, keadaan topografi, musim dan cuaca diambil kira dalam menentukan permulaan serangan dan kepungan. Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk diguna pakai. 

Beliau melantik jurutera yang terbaik untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak peluru seberat 300kg melebihi 1km. Sayidina Ali pernah berpesan bahawa “kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Mengambil iktibar dari pesanan ini, Muhammad al Fatih melakukan beberapa langkah strategik lagi dalam persediaan untuk menawan Constantinople.

Sultan Muhammad al Fatih mengambil langkah memencilkan kerajaan Rom Byzantin dengan mengikat perjanjian-perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di sekitar wilayahnya seperti Serbia dan Hungary. Benteng-benteng pertahanan di bina di tempat-tempat yang strategik untuk mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus sekaligus mengawal bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantin. Langkah ini memberi kesan yang lebih ke atas kepungan yang akan dilancarkan kemudian.

Pada 6 April 1453 Sultan Muhammad al Fatih mengetuai pasukan tentera yang terlatih seramai 250,000 orang untuk mengepung kota Constantinople. Tentera ini terdiri dari orang-orang yang soleh, sangat menjaga solat mereka, berani dan bersedia untuk syahid. Muhammad al Fatih juga membawa bersama tenteranya para ulama untuk memotivasikan barisan tenteranya dengan ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan tentang kemuliaan orang-orang yang gugur di jalan Allah. Setelah segala persiapan siap diatur, Sultan Muhammad al Fatih menghantar utusan kepada Raja Rom Byzantin meminta beliau menyerah kalah. Keengganan Raja Rom mengakibatkan kota Constantinople dikepung dan serangan dimulakan.

Pope di Rom menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi oleh tentera Rom untuk menghalang kemaraan kapal-kapal tentera Muhammad al Fatih. Kapal-kapal Muhammad al Fatih tidak dapat meneruskan perjalanan menuju ke bahagian belakang benteng pertahanan kota Constantinople. Mereka di serang dengan hebat dan terpaksa berpatah balik.

Sultan Muhammad al Fatih diberikan ilham yang luar biasa oleh Allah swt untuk mengatasi halangan rantai besi ini. Muhammad al Fatih mendapat idea untuk memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat. Beliau telah memanggil tenteranya dan mengarahkan mereka membawa kapal-kapal merentasi bukit pada waktu malam dan dilucurkan ke perairan di belakang kubu pertahanan kota Constantinople. 

Pada malam tersebut penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir dan nasyid serta lagu-lagu iman yang bersahutan dari tentera Muhammad al Fatih. Dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa tentera Muhammad al Fatih berjaya mengangkut 70 buah kapal merentasi bukit sejauh 5km dalam satu malam sahaja. Apa yang berlaku ini menunjukkan kebijaksanaan sultan, kesungguhan dan kegigihan tentera-tenteranya, dan juga kehebatan mutu kejuruteraan kerajaan Uthmani. 

Kejayaan ini adalah kejayaan yang hebat dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Semuanya ini adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambanya yang bertakwa, yang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata setelah segala perancangan, usaha dan tenaga di gembeling dan di curahkan.

Setelah pertempuran berlarutan selama 53hari, pada 29Mei 1453M kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam. Di atas kemenangan dan kejayaan menawan kota Constantinople inilah Sultan Muhammad di beri gelaran al Fatih yang membawa maksud pemenang atau pembuka yang berjaya membebaskan Constantinople dari pemerintahan Rom. Constantinople dijadikan ibukota yang baru Empayar Uthmani. Beliau telah menukar nama Constantinople kepada Islam Bol (atau Istanbul sekarang ini) yang bermaksud kota Islam.

Sultan Muhammad al Fatih mencapai kemenangan bukan kerana kepandaian dan kepintaran sahaja. Beliau dikurniakan kemenangan apabila tenteranya berjaya meninggalkan dosa-dosa. Beliau dan tenteranya berjaya memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pertolongan dari Allah swt. Allah swt berjanji akan memberi pertolongan kepada manusia yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah menegakkan syariat Allah. Allah berfirman di dalam surah al Haj ayat 40:


الَّذِينَ أُخْرِ‌جُوا مِن دِيَارِ‌هِم بِغَيْرِ‌ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَ‌بُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ‌ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ۗ وَلَيَنصُرَ‌نَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُ‌هُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠


Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata “ Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat ibadat dan juga masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt

Inilah dia tokoh yang seharusnya menjadi idola kepada anak muda zaman sekarang kerana Muhammad al Fatih baru berusia 25tahun ketika beliau mengetuai tentera untuk menawan Constantinople. Inilah dia tokoh yang sepatutnya berada di dalam silibus pendidikan sejarah di sekolah-sekolah di negara kita.

Sejarah telah memberitahu kita bahawa Salahuddin al Ayyubi telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Kristian Rom pada 27 Rejab 1187H dan beliau berbangsa Kurdis. Muhammad al Fatih telah membebaskan kota Constantinople dari tentera Kristian Rom pada 29 Mei 1453M dan beliau berbangsa Turki.

Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam yang akan membebaskan Palestin untuk kali ketiga. Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih ataupun tentera Salahuddin. 

Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt. Salahuddin al Ayyubi menyatukan bangsa-bangsa dan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari Mesir, Iraq hingga ke negeri-negeri di Syam di bawah payung Islam sebelum memulakan langkah untuk pembebasan Baitul Maqdis. 

Muhammad al Fatih mengemaskini pentadbiran dalam negeri, menyelesaikan masalah dalaman, memeterai perjanjian dengan negara-negara sekitar sebelum melancarkan serangan ke atas Constantinople. Untuk mengikuti jejak langkah mereka, bangsa Melayu Islam harus bersatu dan menyelesaikan masalah dalaman di negeri-negeri di Nusantara serta menjadi bangsa yang di segani sebelum bercita-cita melangkah ke peringkat antarabangsa. 

Kita mesti kembalikan izzah dan jatidiri bangsa Melayu dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat dan Cina di Timor. Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali.


Saturday, 12 April 2014

ULASAN : Bangsa Melayu tidak boleh dikalahkan oleh kuasa besar ???

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Meneliti perkembangan mutakhir ini, orang melayu sepatutnya semakin insaf perlunya bersatu dan kembali kepada keimanan dan akhlak Islam sebenarnya seperti yang contohkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W., tanpa mengira kedudukan dan perbezaan fahaman politik. Agenda sulit musuh telah berjaya memporakperandakan semua bangsa yang beragama Islam di atas muka bumi ini, kecuali Bangsa Melayu dengan kuasa outonominya yang masih boleh bertahan. Mari kita berdoa kepada Allah supaya kita Bangsa Melayu yang beragama Islam boleh terus bertahan dan menjadi pembela kepada golongan tertindas di Akhir Zaman.

ULASAN SATU...

Rasanya selagi MELAYU belum TERTINDAS macam rakyat Palestine...pemimpin politik MELAYU khasnya UMNO...tidak akan PUAS HATI...tidak akan PERCAYA pada pembalasan ALLAH...

Biasalah Sultan Melaka...hanya percaya kepada HANG TUAH...apabila HANG JEBAT sudah merampas KUASA ...barulah SULTAN terhegeh hegeh...nak membaikki KEROSAKAN pemerintahannya...

Para politikus MELAYU UMNO yang sedang BERKUASA...berperangai macam DATO DATO bangang ...bengong...yang hanya pandai MEMBODEK sultan yang BODOH... 
Anda senyum sinis?, ketawa? tidak yakin? terpulanglah... kerana anda bebas untuk berbuat demikian, namun anda sekali-kali tidak akan dan tidak boleh menafikan bahawa sekiranya itu adalah kehendak Allah Yang Maha Berkuasa.

Kita tahu bahawa Allah boleh sahaja berbuat sesuka kemahuannya kerana melalui akidah mengenal Tuhan seperti yang orang Melayu belajar melalui Sifat Dua Puluh. Dengan sifat Qudrah dan Iradah Allah, bolehkah anda menafikan Dia boleh menjadikan Bangsa Melayu sebagai Bangsa Penyalamat Akhir Zaman?
Memang orang Melayu lemah dari segi politik, ekonomi, persenjataan, teknologi, ICT dan aspek lain yang ada pada bangsa-bangsa kuasa besar dunia, tetapi bolehkah anda menafikan orang Melayu mempunyai kekuatan Aqidah yang jitu? Sejahat-jahat anak Melayu sekalipun tidak boleh menerima kalau ada sesiapa menuduh kafir.

Sejahat-jahat anak Melayu sekalipun dia tetap mengakui bahawa Allah adalah Penguasa Mutlak dan Muhammad adalah Nabi dan Rasulullah S.A.W. Jangan di cabar anak Melayu tentang agama dan akiqah mereka walaupun hakikatnya benar mereka jauh.
 
ULASAN DUA...

Berapa ramai anak MELAYU lelaki perempuan...tewas dengan DADAH...di kampung kampung dan di FELDA FELDA...yang 100% di KUASAi oleh parti BEROK UMNO...

Kalau ada pihak yang nak selamatkan anak MELAYU dengan ISLAM...seperti Jemaah Tabligh...PAS...ABIM...para berok JKKK keturunan UMNO...akan secepat KILAT mengadu ke sana sini...Maka POLIS berok Melayu...pun segeralah TUNJUK KUASA...

Percayalah wahai saudara-saudaraku bahawa kekuatan Aqidah akan mengalahkan semua kekuatan-kekuatan lain yang ada di muka bumi ini. Kekuatan Aqidah adalah kekuatan Allah. Janji Allah untuk melindungi orang-orang yang beriman, janji Allah untuk menolong orang-orang yang beriman, janji Allah untuk menolong orang-orang yang menolong agama Allah. Adakah anda tidak yakin dengan janji Allah? Justeru orang Melayu mesti yakin, orang melayu mesti kembali kepada Islam dan mantapkan aqidah masing-masing.
Apa bukti bahawa kuasa besar tiada kuasa? Apa bukti orang Melayu tidak boleh dikalahkan oleh kuasa besar dengan kehendak Allah? Apa bukti kecanggihan teknologi masa kini tidak boleh mengatasi kehendak Allah terhadap orang Melayu?

Nah! sudah terang lagi bersuluh! Misteri kehilangan pesawat orang Melayu dengan dua orang Pilot dan sepuluh orang anak kapal negara Melayu boleh menjawab semua soalan di atas.

Walaupun pelbagai spekulasi tentang kehilangan itu diperkatakan oleh banyak pihak, namun yang JELAS ditunjukkan ialah tiada mana-mana kuasa besar dalam dunia dapat merungkai perkara ini walaupun dikumpulkan segala macam teknologi canggih dengan perbelanjaan ratusan juta ringgit!

 ULASAN TIGA...

Sebenarnya MH370 itu...telah di RAMPAS oleh tentera laut Amerika...sebaik sahaja masuk kawasan kawalan udara Vietnam...seorang atau dua personel navy Amerika...telah matikan segala pancaran gelombang yang boleh di kesan radar...dan menghalakan pesawat itu ke Pulau Maldive dan mendarat Di Diego Garcia...pengkalan tentera laut SULIT kawalan rapi...di tengah Lautan Hindi...

Itu pasal lah CERITAnya...dah jadi macam cerita LAWAK MEGA...kejap hilang...kejap rampas...kejap di kesan...kejap tak di kesan...kejap cari kat Laut Cina...kejap cari kat Laut Andaman dan Selat Melaka...akhirnya di LAWAK kan jatuh kat...ke Laut JIN BERTENDANG...kapal laut dan kapal terbang ...tak pernah lalu pun...ke laut itu...

Apa makna semuanya ini? Maknanya ialah ORANG MELAYU TIDAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH MANA-MANA KUASA BESAR SEKALIPUN SEKIRANYA ALLAH MENJADI PELINDUNG DAN PENOLONG MEREKA! cubalah anda fahami wahai saudara-saudaraku orang Melayu...

ULASAN EMPAT...

Jadi apa ada kena mengena dengan MELAYU...malah KERAjaan Melayu UMNO...di MALUkan...diperkudakan ...supaya ikut Skript ...ciptaan Amerika...itu pasallah...segala MENTERI dan PEGAWAI...cakap gagap gagap...bolak balik dalam masa...DUA minggu pertama....
Wahai saudara-saudaraku orang Melayu UMNO, wahai saudara-saudaraku orang Melayu PAS, wahai saudara-saudaraku orang Melayu PKR, DAP dan LAIN_LAIN PARTI termasuk yang TIADA BERPARTI, marilah kita bersatu atas nama ISLAM, marilah kita bersatu atas landasan AQIDAH yang benar, marilah kita bersatu menjadi bangsa yang DIKASIHI ALLAH....

Yang menjadi penyebab Allah akan melindungi dan menolong kita lantas membawa Panji-panji Hitam dari Timur yang menjadi pembela keadilan Akhir Zaman bersama Al Mahdi yang ditunggu-tunggu!. Sesungguhnya KUASA ALLAH ADALAH KUASA MUTLAK yang apa sahaja boleh dilakukan mengikut KEHENDAKNYA.

Sebaiknya seruan supaya bersatu dibuat kpd semua rakyat Malaysia yg beragama Islam, bukannya hanya orang Melayu yg Islam shj. Bagaimana pula dgn orang India, Cina, Benggali, kaum Eropah dan etnik2 lain rakyat warga negara Malaysia yg beragama Islam, adakah mereka perlu dipinggirkan? Ada dikalangan suami isteri salah seorangnya Melayu, bagaimana pula pemisahan 'Melayu bersatu' itu hendak dibuat antara mereka, serta status Melayu anak2 mereka? Ini menunjukkan Islam perlu diutamakan bukan kerana 'Melayu'nya itu.

Tuesday, 25 March 2014

DEMOKRASI MELAHIRKAN HEDONISME




DEMOKRASI MELAHIRKAN HEDONISME

http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/4626-sn380-demokrasi-melahirkan-hedonisme

[SN380] Tatkala seluruh negara masih dirundung kesedihan dan sedang mendoakan dijumpainya MH370, pesawat Malaysia Airlines yang hilang dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur menuju Beijing, pada masa yang sama Bukit Jalil gegak gempita dengan pesta maksiat yang diraikan dengan penuh kebesaran secara terbuka. 

Pesta Future Music Festival Asia (FMFA) yang dikatakan dibuat secara senyap itu telah menggemparkan negara apabila 6 orang disahkan mati akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Lebih memalukan dan mendukacitakan, antara yang meninggal dan yang menyertai festival muzik antarabangsa itu adalah dari kalangan anak-anak muda Muslim. 

Sungguh memalukan dan mendukacitakan juga apabila pihak polis hanya bertindak untuk membatalkan konsert yang penuh dengan maksiat itu pada hari ketiga, setelah berlakunya kematian sehari sebelumnya. Umum mengetahui bahawa pesta seumpama itu memang tidak sah jika tidak disertai dengan arak dan dadah, malah perzinaan juga. 

Di manakah letaknya maruah Malaysia yang pemerintahnya mengaku sebagai sebuah “Negara Islam”? Apakah konsert liar ini bertepatan dengan konsep wasatiyyah (sederhana) yang dicanangkan oleh Perdana Menteri sehingga pesta maksiat ini dibenarkan oleh kerajaan? Apakah sudah tidak ada mufti dan alim ulama dalam kerajaan yang berani menegur tindakan maksiat pemerintah ini? Atau semuanya lebih memilih untuk menjadi syaitan bisu dek pendapatan lumayan yang diperolehi setiap bulan?

Liberalisme, Hedonisme Dan Penjajahan 

Sesungguhnya tragedi yang berlaku itu tidak dapat lepas dari budaya liberalisme yang sudah parah di Malaysia. Muncul dan menyebarnya budaya liberalisme di tanah air kita ini bukanlah proses yang berlaku secara semula jadi, tetapi merupakan hasil dari proses liberalisasi budaya yang dijalankan secara terorganisasi dan sistematik dan proses ini sudah semestinya tidak terlepas dari perancangan Barat ke atas umat Islam. 

Agama Islam yang dianut oleh majoriti penduduk negeri ini tidak pernah mengajar semua ini. Budaya liar itu merupakan budaya Barat yang dibawa masuk seiring dengan penjajahan sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental di negeri kaum Muslimin. Jadi, masuk dan berkembangnya budaya liberalisme di Malaysia ini memang tidak dapat dipisahkan dari konspirasi Barat yang licik dan rapi ke atas umat Islam.

Konspirasi liberalisasi budaya oleh Barat terhadap negeri Muslim berjalan selari dengan motif penjajahan. Dengan liberalisasi budaya itu, masyarakat di negeri-negeri Muslim, termasuk Malaysia, akan kehilangan identiti Muslim mereka, lalu memakai baju Barat, malah dengan bangga melakukannya, tanpa mempertimbangkan lagi halal atau haram. 

Inilah yang dikehendaki Barat yakni agar umat Islam menjadi pengekor mereka dan kalau boleh, masuk ke dalam agama mereka. Akhirnya, penjajahan dan pengekoran terhadap Barat tidak lagi dipandang sebagai suatu masalah, malah menjadi lambang kemajuan. 

Fahaman hedonisme mengajarkan manusia untuk mengejar kenikmatan material dan jasadi serta melakukan apa sahaja yang boleh mendatangkan kenikmatan, termasuk kesenangan yang lahir dari hubungan seks (luar nikah). Fahaman ini tercermin dalam slogan fun (kesenangan/pesta), food (makanan) dan fashion (busana). 

Dengan fahaman hedonisme ini manusia didorong untuk mengejar kenikmatan dengan jalan bersenang-senang tanpa memandang lagi halal atau haram, termasuk di dalamnya dengan berpesta, melakukan seks bebas demi mendapatkan kenikmatan dan diikuti dengan makanan/minuman arak dan dadah serta berpakaian (berfesyen) yang gila-gila, malah ada yang hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. 

Pendek kata, budaya kufur ini mengajar manusia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai kemuncak kepuasan dan kenikmatan dalam hidup. FMFA hanyalah secebis dari manifestasi budaya kufur hedonisme yang diamalkan di negara ini. 

Sama ada sedar atau tidak, budaya hedonisme telah lama ditanamkan dan diizinkan oleh kerajaan melalui media elektronik mahupun media cetak, melalui program-program yang bernuansakan hiburan, muzik, fesyen, festival dan lain-lain, termasuklah dengan kewujudan pub, disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Kebanyakan program dan suasana seumpama ini merupakan ‘salinan dan tiruan’ dari program dan suasana yang sama di Barat. 

Kita dapat saksikan bagaimana anak-anak kecil sudah dididik dengan pertandingan muzik, nyanyian, tarian, fesyen dan terkinja-kinja di pentas. Malah berapa ramai dari kalangan ibu bapa yang bangga anaknya begitu. 

Rancangan televisyen dan juga festival yang berlangsung di dalam masyarakat juga seolah-olah tidak sah jika tidak disertai dengan muzik, nyanyian dan tarian. Jadi tidak hairanlah kalau anak-anak muda Islam terbius dengan hedonisme dan terlibat dengan konsert liar seperti FMFA, kerana segala-galanya sudah ‘disediakan’ secara sistematik sejak dari kecil lagi.

Itu dari satu aspek. Dari aspek lain yang lebih penting, sesungguhnya budaya hedonisme itu tidak wujud dan tidak akan boleh berkembang kecuali dalam sistem demokrasi! Budaya kufur itu tidak akan boleh berkembang kecuali di dalam sistem kufur juga. 

Budaya liar itu sesungguhnya berjalan seiring dengan proses pendemokrasian (democratisation) yang sedang diamalkan di negeri-negeri Muslim, termasuklah Malaysia. Semakin liberal sesuatu negeri itu, maka ini bermakna semakin baiklah proses pendemokrasiannya di mata dunia dan inilah apa yang cuba dicapai oleh Malaysia. 

Punca Kemaksiatan Merajalela

Fenomena hedonisme dengan segala akibat buruknya dari tahun ke tahun cenderung semakin meningkat baik secara kuantitatif mahupun kualitatif. Kerosakan sistematik ini tentu tidak terjadi begitu sahaja tetapi mesti ada penyebabnya. Allah SWT berfirman, 

“Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan (perbuatan) manusia, kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian balasan daripada perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) [TMQ ar-Rum (30):41]. 

Menurut ayat ini, pangkal penyebab semua kerosakan di seluruh muka bumi ini adalah hasil perbuatan manusia. Para mufasirin menjelaskan bahawa “perbuatan tangan” yang dimaksudkan adalah perbuatan “dosa dan maksiat” yang dilakukan oleh manusia. 

Al-Jazairimenafsirkannya: bi zhulmihim wa kufrihim wa fisqihim wa fujurihim(kerana kezaliman, kekufuran, kefasikan dan kejahatan mereka). Al-Baghawi menyebutnya bi su’ dzunubihim(kerana keburukan dosa-dosa mereka). 

Tidak jauh berbeza, Ibnu Katsir memaknainya dengan bi sabab al-ma’asi(kerana kemaksiatan-kemaksiatan). Al-Zamakhsyari dan Abu Hayyan menuturkan bi sababma’asuhim wa dzunubihim (kerana perbuatan maksiat dan dosa mereka). Menurut al-Alusi, kesimpulan tersebut sejalan dengan firman Allah SWT, 

“Musibah apa saja yang menimpa kalian adalah akibat perbuatan tangan kalian sendiri” [TMQ asy-Syura (42):30]. 

Dengan kata lain, kerosakan yang berlaku adalah disebabkan oleh pelanggaran manusia terhadap deen Allah, baik akidah mahupun syariah, itulah yang menjadi punca kerosakan. Kesimpulan ini amat jelas jika dikaitkan dengan ayat sebelum dan sesudahnya, serta nas-nas lainnya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, 

“Jika zina dan riba telah tampak di suatu negeri, maka sesungguhnya mereka telah menghalalkan diri mereka dengan azab Allah [HR at-Thabrani dan al-Hakim].

Sejak runtuhnya Khilafah pada 3 Mac 1924, seluruh aturan hidup kita sekarang sudah tidak lagi diatur oleh wahyu tetapi diatur oleh sistem buatan manusia. Sistem Khilafah yang berasal dari Islam telah digantikan dengan sistem demokrasi. 

Sekularisme yang merupakan akidah kepada demokrasi telah dijadikan aturan hidup. Baik sekularisme mahupun demokrasi, kedua-duanya adalah hasil dari produk tangan-tangan manusia. Demokrasi merupakan sistem kufur yang datangnya dari Barat. 

Demokrasi meletakkan kedaulatan di tangan manusia. Ia mengajar dan memberikan hak kepada manusia untuk membuat undang-undang dengan mengenepikan undang-undang Allah SWT. 

Demokrasi menjunjung empat jenis kebebasan yakni kebebasan berakidah, bertingkah laku, berpemilikan dan bersuara. Idea kebebasan inilah yang telah mewujudkan kerosakan yang amat parah di dalam tubuh umat Islam dan seterusnya melahirkan kerosakan yang tidak boleh dibaiki lagi di dalam negara. 

Liberalisme dan hedonisme adalah lahir dari idea kebebasan di bawah sekularisme. Sekularisme adalah idea dasar yang memisahkan peranan agama dari pengaturan kehidupan. Sekularisme menuntun manusia untuk menempatkan agama hanya pada skop individu dan wilayah spiritual sahaja. 

Sekularisme mengajar bahawa manusia bebas mengatur hidupnya dan Tuhan tidak boleh campur tangan di dalamnya. Dalam penetapan baik-buruk, ideologi ini mendasarkan pada asas manfaat material (materialisme), mengikut hawa demi mencapai kesenangan (hedonisme). Konsep halal dan haram tidak ada dalam kamus penganut sekularisme. 

Kerana itulah, oleh pemerintah yang mengamalkan sekularisme, FMFA bukannya dilihat dari sisi halal-haram, tetapi manfaat yang dapat diraih seperti pendapatan dari sewa tapak stadium, harga tiket, aspek keuntungan dari sudut pelancongan dan lain-lain. Inilah antara punca kerosakan apabila manusia menghalalkan apa yang Allah haramkan!

Tanggungjawab Dan Penyelesaian

Tidak dinafikan bahawa setiap individu yang terlibat di dalam kemaksiatan akan menanggung dosa atas apa yang dilakukannya. Namun, perlu diingat bahawa dosa turut ditanggung oleh mereka yang membiarkan (apatah lagi membenarkan) kemaksiatan itu berlaku. 

Pihak polis yang mengetahui akan hal ini, malah pergi berkawal di tempat maksiat tersebut, namun tidak menghalangnya, maka mereka juga menanggung dosa. Pihak Jabatan Agama, yang mengetahui akan hal ini, tetapi tidak mengambil tindakan, baik sebelum mahupun sesudah penganjuran pesta maksiat tersebut, adalah turut berdosa. 

Ini kerana, pihak polis dan Jabatan Agama adalah pihak yang berkuasa untuk menghalang (dan mengambil tindakan terhadap) maksiat tersebut tetapi mereka tidak melakukannya. Sungguh ajaib dengan sikap pihak berkuasa ini kerana berapa banyak dari program-program agama yang mereka pantau dan batalkan, tetapi program maksiat sebesar ini dibiarkan!

Walau bagaimanapun, dosa yang lebih besar ditanggung oleh pemerintah yang membenarkan kemaksiatan itu berlaku!!! Tindakan pemerintah ini bukan sahaja mengundang dosa ke atas mereka, malah sebenarnya mengundang azab Allah ke atas kita semua. Na’uzubillah min zalik. Sabda Rasulullah SAW, 

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak akan mengazab segolongan umat kerana perbuatan (dosa) segelintir orang dari kalangan mereka, sehinggalah apabila mereka melihat kemungkaran dilakukan secara terang-terangan di hadapan mereka, yang mereka mampu untuk mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya. 

Maka, jika itu terjadi, Allah pasti akan menurunkan balasan (azab) kepada segelintir pelaku dosa itu dan keseluruhan umat tersebut” [HR Ahmad].

Apa pun, kaum Muslimin secara keseluruhannya tidak boleh hanya berpeluk tubuh menyaksikan apa yang berlaku. Sesungguhnya siapa sahaja yang berdiam diri dari kemaksiatan yang berlaku di sekelilingnya turut mendapat saham dosa yang dikerjakan oleh orang lain. Justeru, apakah yang seharusnya dilakukan oleh setiap Muslim? 

Oleh kerana kekufuran, kemaksiatan, dan perbuatan dosa merupakan penyebab terjadinya kerosakan, maka penyelesaiannya adalah dengan cara mencegah atau menghilangkan segala kemaksiatan tersebut dan seterusnya mengembalikan semula perjalanan kehidupan sesuai dengan tuntunan syariah. 

Selama kemaksiatan terus merajalela, jangan berharap pula kerosakan di muka bumi ini akan berhenti. Itulah mafhumnya secara ringkas. 

Ibnu Katsir mengutip paparan Abu al-Aliyah ketika menjelaskan Surah 30:41 di atas yang menerangkan bahawa siapa sahaja yang bermaksiat kepada Allah di muka bumi, sungguh dia telah melakukan kerosakan di muka bumi. 

Baiknya bumi dan langit disebabkan kerana penerapan hukum Allah, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud di mana Rasulullah SAW bersabda, “Had (hukum hudud) yang ditegakkan di muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada turunnya hujan selama 40 hari.” 

Hal itu kerana jika hudud ditegakkan, ia dapat membuatkan manusia - sebahagian besar atau kebanyakan manusia - meninggalkan perbuatan yang diharamkan. Sebaliknya, jika manusia melakukan maksiat, maka itu menjadi sebab bagi lenyapnya berkah dari langit dan bumi. 

Seperkara lagi yang perlu diingat adalah bahawa berhenti dari maksiat dan kembali kepada syariah Islam itu mestilah secara kaffah (total) sebagaimana perintah Allah di dalam Surah al-Ma’idah ayat yang ke-3. 

Jika belum total, bererti masih ada ruang untuk kemaksiatan dan mengundang kehinaan serta azab Allah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat ke-85. Maka, setiap Muslim wajib berusaha untuk menerapkan syariah dan mendirikan semula Daulah Khilafah, bukan sahaja bagi mencegah segala kemaksiatan ini, malah bagi mengeluarkan mereka dari saham-saham dosa pelaku maksiat tersebut.

Khatimah

Wahai pemerintah! Sesungguhnya HizbutTahrir ingin menyatakan dengan tegas bahawa kamu bertanggungjawab di atas segala kemaksiatan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini yang terhasil dari sistem sekular yang kamu terapkan. 

HizbutTahrir sudah banyak kali mengingatkan kamu dan kami tidak akan berhenti mengingatkan kamu walaupun kamu tidak pernah mendengar nasihat dan peringatan yang kami sampaikan. 

Kamu boleh terus memekakkan telinga kamu dari nasihat kami dan kamu boleh terus membenarkan segala kemaksiatan berlangsung…ya kamu boleh melakukan semahu kamu di dunia ini kerana kuasa ada pada kamu. 

Jika kamu masih ingin mendengar, kami dengan ini mengingatkan kamu kepada hari di mana kamu tidak akan mempunyai kuasa dan keupayaan walaupun sedikit.

Pada hari itu, Allah tidak akan melupakan sedikit pun apa yang kamu telah lakukan di dunia ini dan neraka ketika itu terbentang luas di hadapan kamu. Nauzubillah min zalik.

Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines “Ditangkap” Oleh Tentera Laut Amerika

Berita dari Australia, Amerika dan sekutunya...TIDAK boleh DI PERCAYAI sohihnya...

MH370-Russia “Hairan” 

http://idahsalam.blogspot.com/2014/03/mh370-russia-hairan-bagaimana-pesawat.html

Written By canang on Selasa, 25 Mac 2014

Russia “Hairan” Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines “Ditangkap” Oleh Tentera Laut Amerika
Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.
Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku. http://www.whatdoesitmean.com/index1753.htm

Anda mungkin juga meminati:

Monday, 24 March 2014

Pilihanraya HANYA lah..SATU pilihan TERPAKSA untuk umat ISLAM???

PilihanRAYA yang diamalkan sekarang...bukan lah satu proses memilih pemimpin yang MEMENUHI syariat ISLAM...kerana yang berperangai IBLIS dan SYAITAN pun...menawarkan DIRI untuk jadi pemimpin...

Di sudut pengundi atau PEMILIH pulak...yang TAK BERIMAN pun..diberikan HAK samarata seperti orang berIMAN...

Maka apakah patut kita yang berIMAN buat :

1. Untuk masakini, kita libatkan diri juga dalam proses pengundian..jika peluang BESAR untuk memberikan kemenangan kepada CALON dan parti politik..yang dipercayai akan melaksanakan SYARIAT ISLAM lambat launnya...

2. Libatkan diri juga..jika undi kita..dapat menghalang CALON atau parti politik...yang melakukan KEZALIMAN...penipuan...merompak harta negara melalui projek negara...putar belit dalam melaksanakan pilihanraya...

http://cenangau.blogspot.com/2014/03/kajang-move-berjaya-walaupun-majoriti-berkurang-1445.html#axzz2wwa8VFx1

Kalau sokongan pengundi Cina untukPRK Kajang menggambarkan sokongan pengundi Cina seluruh negara, 'Kajang Move' tu kalau pun masih boleh berjaya Putrajaya tapi akan terpaksa melalui jalan yang cukup sukar.

Malaysiakini melaporkan: 

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7. - Mkini. Extracel Digital Malaysia Pembekal Utama Set Al-Quran Digital Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar 
Juga dilaporkan: 

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya.

'Langkah Kajang' itu merujuk kepada strategi PKR untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan dan seterusnya bagi menawan Putrajaya. - Ibid.Aku dok ingatkan 'Kajang Move' akan dianggap berjaya kalau undi majoriti meningkat atau lebih extrim lagi macam angan-angan Azmin, Chew Mei Fun hilang deposit. Bila majoriti kurang 1445 undi kira 'Langkah Kajang' tu gagal la.

Rupa-rupanya berjaya gagalnya 'Kajang Move' tu bergantung kepada tahap sokongan pengundi golongan muda. Kalau itu indikatornya memang betul la 'Kajang Move' tu berjaya.

Cuma yang aku mushkilnya bila Anwar atau PKR ada sebut berjaya gagalnya 'Kajang Move' tu bergantung kepada tahap sokongan pengundi golongan muda. Mungkin la ada kut tapi aku yang taktau pasai memang aku tak pernah ambil peduli pun pasai 'Kajang Move' tu yang dari awal aku anggap 'Sketsa Bangang'.

Ataupun mungkinkah faktor sokongan pengundi muda tu baru ja Kak Wan 'jumpa' selepas keluar keputusan PRK Kajang.

Malaysiakini juga melaporkan:

Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.

Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan PKR di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini dikuasai merupakan kubu kuat Umno, katanya. - Ibid.Macam dapatan yang Ilham Centar terbitkan semalan, aku rasa peti Undi yang dikatakan kuat Umno sebelum ni dan berjaya dikuasai kali ni tu bukan pasai depa kalih dari sokong BN kepada sokong PKR tapi depa tu sebelumm ni pun tak sokong BN dan depa sokong calon bebas. Kali ni depa undi Wan Azizah pulak atas dasar kaum Melayu/Islam.

Selain dari 'perubahan sokongan' pengundi muda dan pengindu melayu tu kena tengok jugak pola sokongan pengundi Cina.

TheMalaysianInsider melaporkan:

Walaupun berpihak kepada PKR, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, sokongan pengundi Cina terhadap BN meningkat 7% kepada 25% berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). - TMI.Kalau betul sokongan pengundi Cina kepada PR menurun sebanyak tu dalam PRK Kajang menggambarkan sokongan pengundi Cina seluruh negara, 'Kajang Move' yang bermatlamat nak rampas Putrajaya tu kalau pun masih boleh berjaya akan terpaksa melalui jalan yang cukup sukar.

Anda mungkin juga meminati:


Tuesday, 18 March 2014

Yang mengaku MELAYU dan beragama ISLAM jugalah...yang BUNUH MELAYU dan ISLAM...



http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/03/penganjur-future-music-festival-asia.html

Agaknya inilah cara pelaksanaan konsep Maqasid Syariah yang begitu galak diwar-warkan oleh PM 1Malaysia yang wasatiyyah.


Dalam keadaan seluruh dunia sedang murung dan tertanya-tanya mengenai nasib 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang ghaib, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tragedi di hadapan mata:

BERITA SINGAPURA KATA 6 MATI

BERITA MALAYSIA KATA 5 MATI (UTUSAN)

PENGANJUR KATA 1 MATI (SUMBER)

Tak kiralah, 6, 5 atau 1 orang mati. Hakikatnya remaja atau remaja-remaja itu tetap mati. Mati kerana hadir parti maksiat. Mati sebelum menjadi dewasa dan berpeluang belajar tentang sepak terajang dunia kehidupan. Kelmarin remaja-remaja ini masih ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan. Hari ini keluarga dan rakan-rakan dihurung kedukaan. 

Syarikat Livescape, penganjur pesta maksiat itu pengasasnya memakai nama Islam. Tetapi, antara penajanya termasuk syarikat arak, rokok, IT Service provider, barangan jenama dan paling mendukacitakan - Tourism Malaysia:



Berapakah nilai sebuah nyawa anak muda? Adakah Malaysia wajar menjadikan anak muda yang berniaga dengan cara ini sebagai ikon? Banggakah kita?

IQBAL AMEER (KIRI) DAN PENGARAH BERSAMA LIVESCAPE (SUMBER)

Membuat laporan polis di atas kejadian kematian pengunjung tidak akan membersihkan dosa di tangannya. 

Iqbal seharusnya bertaubat. Carilah rezeki lain di bumi Allah ini yang halal, yang bersih dari gejala dadah, arak dan rokok. Gunakan usia yang masih muda itu untuk mencari keredaan Allah.

Hadith Riwayat Ibn Majah dan al-Tabrani menyebut:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.

Kita yang dewasa, tua dan berpengalaman, tugas kita mengingatkan dan membimbing yang muda dan mentah. Bukankah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu seorang bapa bernama Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz yang beragama Islam?

Inilah akibatnya apabila Kebudayaan di bastardised (digampangkan) dengan pelancongan.

Fikir-fikirlah.

Saturday, 15 March 2014

Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia

http://akhzaman.blogspot.com/2012/05/bukti-konspirasi-yahudi-melemahkan.html

Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Yahudi di ambang kemusnahan dunia. Ramai diantara penulis dunia yang tidak sehaluan dengan Yahudi semakin berani menukilkan berita kepalsuan dan kebobrokan perancangan Yahudi Sedunia untuk mencabar taqdir yang telah Allah tetapkan. Yahudi sedaya upaya melalui pelbagai saluran akan cuba menutup sebaran maklumat berkenaan.

Dunia sudah menghampiri kiamat.





Lihatlah hasil kerja Yahudi yang sedang memporak perandakan dunia Islam. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia (wang riba menjadi senjata). Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia melakukan kerja bodoh. Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan. 



Akibat darinya tidak ramai manusia akan berminat lagi untuk mengkaji dan memperhebahkan perbuatan jahat Yahudi kepada orang ramai. Artikel atau rencana hebat sebegini hanya tinggal diam sebagai tulisan yang tidak bermenfaat. Hanya sebilangan kecil dari manusia masih terus mencari maklumat dan cuba memahaminya. Inilah sebahagian dari mereka yang beruntung. Selebihnya hanya menjadi makanan ruji bangsa Yahudi.

Cuba anda tanyakan anak-anak anda, berapa ramaikah dari mereka yang faham permainan Yahudi ini? Berapa ramai pula dari mereka yang pernah membaca "Protokol Zionis"? Atau paling ringkas, sejauh mana mereka tahu apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari kerja jahat Yahudi?

Sebahagian besar umat Islam sebagaimana yang telah mereka (Yahudi) rancang, sedang enak dilekakan dan seterusnya ditarik keluar dari keinginan untuk mengkaji perkara ini. Bukan sahaja anak-anak muda malahan orang dewasa juga terutama para ibu lebih suka kepada hiburan dari berita semasa. Anak muda amat sibuk denga facebook dan telefon bimbit model baru dari membaca bahan-bahan ilmiah. Para ibu pula sibuk dengan telenovela atau drama Korea. Ia berlaku dalam semua rumah orang Islam kecuali sedikit.

Kesan dari semua kejadian ini, semakin hari semakin kurang penentangan terhadap Yahudi. Inilah yang mereka harapkan.

Mereka (Yahudi) berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan "Protocols of Elder of Zion" ataupun seperti apa yang kita kenal "Protokol Zionis". Untuk itu mereka berkonspirasi demi konspirasi atau jika perlu mengadakan konspirasi atas konspirasi berlapis-lapis. 

Bukanlah mudah bagi manusia biasa untuk memahami permainan mereka, malah cerdik pandai pun terpedaya dan secara tidak sedar telah menjadi alat mereka. Paling mudah untuk kita lihat ialah pekerja, pegawai dan pengusaha sesabuah bank atau finance. Mereka semua tidak sedar bahawa mereka telah menjadi alat permainan Yahudi. Jikalau mereka sedar sekalipun, mereka tidak akan dapat keluar darinya kerana habuan yang mereka terima amat lumayan.

Para akautan misalnya telah sekian lama bertugas sebagai "juru bawa" alat-alat penting Yahudi, menjadi pakar ekonomi untuk berterusan menyemarakkan wang riba. Ramai yang berkempen untuk menggoda anak muda menjadi pemegang baru kad kredit. Kad hutang yang penuh prestij ciptaan bank Yahudi ini (termasuk Bank atas nama Islam). Memerangkap mereka dalam beban hutang dan terus menerus menjadi hamba kepada riba. Untuk menjadi seorang akauntan, mereka wajib mempelajari bagaimana untuk membuat keuntungan hasil riba. Adakah mereka sedar mengenainya?

Namun dosa mereka bergantung kepada niat dan hajat mereka. Bukan kita yang layak membuat hukuman. Apa yang kita hendak sampaikan ialah, tiada manusia di zaman akhir ini akan mampu melepaskan diri dari perangkap yang mereka (Yahudi) sediakan. Jika dalam keadaan terpaksa, yakni tiada pilihan, masih ada harapan mendapat pengampunan dari Allah Azzawajalla. Jika tidak, kita bakal diazab oleh Allah di hari akhirat kelak. 



Apa yang berlaku dewasa ini, masing-masing akan cuba berhelah dan mendakwa bahawa mereka dalam keadaan terpaksa, namun hati kecil mereka pasti meronta jika mereka hanya beralasan. Semua bergantung kepada niat sesaorang. Kita tidak akan memanjangkan persoalan dosa pahala riba ini, biarlah ahli fekah memberikan pandangan. 

Kebergantungan manusia akhir zaman terhadap sistem Yahudi telah menyeluruh. Ia ada dalam semua sistem. Dengan sebab itu konspirasi dapat mereka jayakan dengan kemas dan penuh rahsia. 

Zaman sebelum ini, Yahudi hanya menumpukan perhatian mengumpul seberapa banyak dana dan emas. menguasai ekonomi dunia. Menganjurkan seluruh masyarakat menggunakan wang kertas sebagai "nota kewangan" mengganti emas, secara tidak langsung memaksakan riba. Setelah kekayaan melimpah ruah, mereka menyusun strategi selanjutnya iaitu untuk memperolehi kuasa politik pula. Konspirasi demi konspirasi diatur menjurus kepada kepentingan ini. Terus menerus berlaku sejak Amerika mula mendominasi politik dunia. Selepas perang dunia kedua.

Kini mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya menguasai keseluruhan muka bumi dengan mengujudkan apa yang mereka rancang sejak awal iaitu NWO (New World Order). "Kerajaan Baru Dunia" ini sebenarnya ialah "Satu Kerajaan Dunia" atau "Kerajaan Tunggal Dunia". Kerajaan Pimpinan Yahudi di Israel. Kerajaan-kerajaan lain yang ada hanyalah sebagai wakil daerah sahaja. Sesuai dipanggil PROKSI kepada pemerintah pusat (Israel).

Sekarang mereka sedang ghairah menyedut dan meratah setiap inci padang pasir Arab. Mana-mana pemimpin Arab yang tidak mahu mengikut kata akan dibunuh melalu konspirasi terancang yang halus dan licik. Setelah Arab menjadi lemah dan hanya bergantung sepenuhnya kepada USA (jentera Israel) maka tiada lagi tentangan untuk Israel melebarkan tanah jajahannya dari tebing Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Tigris di Syria. Inilah Israel Raya yang luas terbentang. Merekalah tuan punya kerajaan seluruh dunia (menggantikan USA).

Sekarang kita mungkin dapat rasakan kebenaran bahawa revolusi di Syria itu hanyalah papan catur Yahudi untuk menghidupkan Israel Raya. Jika demikian, untuk apa sokongan diberikan kepada penentang al Assad? Jawapannya ialah untuk memudahkan wujudnya Greater Israel. Masyarakat dunia digesa memberi sokongan kepada pemberontak. Assad dilabelkan sebagai "zalim" sebagaimana Saddam dan Ghadafi. Sokongan dari penganut Islam amat diperlukan untuk menutup sebarang rahsia penglibatan mereka. Secara tidak langsung, kita kaum Muslimin juga bersepakat membantu kewujudan Israel raya.

Pelbagai keburukan Assad muncul satu persatu. Seolah telah diatur mengikut skrip. Proksi Yahudi Amerika diangkat sebagai pengganti pemerintah sebagaimana yang berlaku di Iraq, Tunisia, Aljeria, Libya, Mesir dan sudah semestinya Syria juga nanti. PBB digunakan sebagai alat mempermudahkan Yahudi menguasai kerajaan-kerajaan Arab ini.

Libya sekarang masih belum selesai dan terjebak pula dalam perang saudara. Media Yahudi yang begitu heboh memburuk-burukkan Muammar satu masa dahulu, kini diam membisu seolah tiada apa-apa yang berlaku di sana. Samalah juga dengan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Mari kita lihat bukti bahawa revolusi Arab itu sebenarnya satu konspirasi Yahudi. Satu artikel yang sendirinya membuktikan Arab Spring adalah satu pembohongan nyata. 
Pengaruh Yahudi semakin melebar

Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Siri BERSIH adalah salah satu flatfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan "CHANGE". 

Anwar dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa "we want change". Dia tahu bahawa kita semua sudah maklum bahawa perkataan ini asalnya dari USA semasa menceroboh negara Islam. Dia ingin memberitahu kepada kita bahawa dia dilindungi oleh satu kuasa besar. Dia sudah tidak takut lagi.

Sebelum bermulanya demostrasi BERSIH 3.0, Anwar dan beberapa pegawainya telah membuat pertemuan dengan beberapa pegawai kedutaan luar. Untuk apa? Lihat artikel sebelumnya. Jadi jangan hairan jika selepas ini akan ada berbagai-bagai berita buruk mengenai Malaysia terutamanya terhadap Najib Tun Razak. Ia akan digerakkan oleh semua agensi berita dunia (milik Yahudi). 

Secara kebetulam BERSIH 3.0 memberikan jawapan terhadap teka-teki ini. Pegawai Polis dipukul sehingga hampir mati. Kenderaan polis diterbalikkan hanya dengan persepsi bohong bahawa di bawah kenderaan itu ada mangsa yang dilanggar.

demonstrasi bermula ganas belajar dari siapa?

Terbaru diedarkan video menunjukkan Anwar sendiri secara berisyarat memberi arahan kepada Azmin agar hadangan yang menghalang laluan ke Dataran Merdeka dibuka. Dalam satu sesi sidang media di pejabat PKR, Anwar dan Azmin gagal memberi penjelasan berkaitan dengannya walaupun diasak bertubi-tubi. Mereka tergagap dan hilang punca apabila ada diantara pemberita mengatakan mereka sendiri dengar arahan Azmin kepada pembantunya supaya membuka penghadang tersebut.

Kita akan ketahui sama ada kenyataan itu benar atau sebaliknya dari cara jawapan diberi. Sekarang terjawaplah permasalahan siapa yang bertanggung jawab terhadap penyerbuan demostran ke Dataran Merdeka serta mencabar arahan mahkamah. Apa tujuan arahan tersebut, kita sedia maklum. Memang benar Anwar cuba sembunyikannya, Azmin dan Tian Chua juga bermatian menafikannya.



Kita tidak peduli bentuk jawapan yang berbelit-belit itu, tetapi apa yang kita dapat lihat dari peristiwa BERSIH ini ialah adanya tangan gelap dibelakang tindakan mereka. Mereka telah siapkan perancangan dengan rapi. Signal dari Anwar adalah penentu bila rempuhan akan dilakukan. 

Sengaja lakukan provokasi mengharap ada kemalangan (kematian) menimpa peserta demonstrasi membolehkan siri berikut (yang lebih besar) dapat dilakukan (ver 4.0). Sebab itu juga mereka sengaja menolak arahan Dewan Bandaraya dan mahkamah. Setakat hendak "duduk dan bantah" mengapa mereka mesti menolak tawaran 4 lokasi yang ditawarkan kepada mereka?

Sebaliknya yang berlaku ialah para peserta demo aman (duduk bantah) ini sendiri yang mengkasari pegawai keselamatan. Kali ini polis bersikap penuh sabar sehinggalah mereka mengganas dan menyerbu untuk menguasai Dataran Merdeka. Agama dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin mereka. Perkataan jihad telah difatwakan bukan pada tempatnya. Wajarkan menawan Dataran Merdeka itu dikatakan satu "jihad"?

Anwar merancang sebagaimana trend Arab Spring. Siapa yang mengasuhnya? Apa matlamatnya? Selepas ini pasti akan ada lagi siri selanjutnya sehinggalah Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. Saya percaya akan ada kejutan hebat dalam masa terdekat. Biarlah saya rahsiakan penemuan ini dan jika tiada halangan saya akan cuba poskan artikel khas mengenainya kemudian. Perancangan ini amat menakutkan siapa sahaja yang mendengarnya dan ia masih lagi dirahsiakan demi menjaga keamanan negara.

Malaysia adalah pilihan USA selepas Syria. Menakutkan? Ia bukanlah satu penipuan atau sengaja diada-adakan. Ada sumbernya yang cukup jelas. Cuba baca dari beberapa artikel di ABATASA2. Semoga mendapat petunjuk mengenainya.

Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai apa yang bakal melanda negara kita, eloklah kita lihat apa yang telah ditulis oleh sahabat blog ini di bawah, sebagai bukti Arab Spring adalah agenda Yahudi..

Revolusi ArabTidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis. Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah (konon) kebangkitan Islam di akhir zaman (yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti), maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya dan helah musuh-musuh Allah SWT ini.

Mereka (umat Islam) tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompok secret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran :

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. {1}

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. 

{2}Firman Allah SWT di dalam Al-Quran sendiri telah membuktikan betapa tidak akan redha bangsa Yahudi terhadap umat Islam. Portal berita Islam terbesar Indonesia, Era Muslim telah menerbitkan satu artikel bertajuk Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah. Artikel tersebut adalah manifestasi daripada persoalan yang diutarakan oleh seorang individu bernama MuammarF berkaitan hujah ulama terkemuka dunia, Sheikh Imran N Hosein pada 2003. Sebelum berlaku Arab Spring lagi, Syekh Imran sudah tahu peristiwa itu akan berlaku.

Soalan : Apakah benar, jatuhnya para ditaktor di Timur Tengah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah adalah sebahagian daripada sandiwara Zionis ?

Jawapan : Alasan Syeikh Imran Hossein mendakwa akan berlakunya revolusi Timur Tengah memang sangat wajar. Sejak lama dahulu, Rabbai Fischmann, anggota Jewish Agency for Palestine, di depan UN Special Committee of Enquiry pada 9 Julai 1947 sudah mengatakan bahawa The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Ia termasuk sebahagian dari Syria dan Lubnan.Wilayah itu mencakupi wilayah Timur Tengah, tidak terkecuali Arab Saudi.

Jika anda perhatikan, siapakah yang beruntung dari terbongkarnya kabel diplomatik yang dilancarkan wikileaks antara Amerika dengan Negara-negara sekutunya? Israel atau dunia Islam? Di tengah krisis yang menerpa hampir seluruh Negara Timur Tengah, menariknya hanya Israel negara yang relatif masih bertahan.

Sejak tahun 2006, seperti dilaporkan oleh The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The new maps of muslim world and middle east tergambar jelas rancangan perubahan peta dunia Islam di mana Amerika Syarikat akan memecah berbagai dunia Islam. Yang menariknya adalah Saudi yang akan dipecah menjadi tiga bahagian: Sunni, Syiah, dan sacred state (seperti daerah istimewa).

Melihat kepada persitiwa akhir-akhir ini, mungkin rancangan AS itu akan cepat terwujud. Kedudukan Arab Saudi sekarang diserang dari pelbagai sudut. Dari dalam, mereka diserang liberalisme. Sedangkan di Selatan mereka akan dikikis oleh Syiah Yaman. Para ahli politik dunia Arab menyebut bahawa perang antara Arab Saudi dan Iran sudah berlangsung di sempadan Saudi-Yaman. Houthi yang lebih taat kepada Iran dan mempunyai persamaan ideologi dijangka akan menyebarkan mazhab Syiah di Jazirah Arab. {3}

Kita memang sangat setuju dengan kejatuhan para diktator Arab di berbagai negara Islam. Namun menggantikan Mubarak, Ben Ali, dan Gaddafi dengan sistem demokrasi juga adalah tidak bagus. Dimana ada demokrasi, pasti disana ada Yahudi. Sekarang kita boleh lihat dengan jelas adakah parti-parti Islam yang komitmen untuk menjadikan negarannya dengan konstitusi syariat pasca revolusi?

Di Tunisia, Abdul Hamid Jalashi dari Parti An Nahdhah, mengatakan, “Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekuler Pluralistik.” Di Mesir, dalam pertemuan dengan senator Demokrat (10/12) dari Massachusetts, pejabat Ikhwanul berjanji untuk menghormati hak-hak sivil dan perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani pada masa lalu, termasuk mengkaji kembali perjanjian damai Mesir dengan Israel.

Di Maghribi, lebih teruk. Dalam sebuah wawancara Al-Arabiya dengan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Marocco, Abdullah bin Kiran, menegaskan bahawa akan memerintah sebagai parti politik dan bukan sebagai parti beragama. 

“Agama milik masjid dan kami tidak akan ikut campur dalam kehidupan peribadi warga,” ujarnya. Bin Kiran juga membantah bahawa partinya akan memaksakan jilbab pada perempuan Maghribi.

Who is this rebel “spokesman” pathetically asking Israel for help?Di Libya, kedutaan besar Israel akan berdiri disana pasca tumbangnya Gaddafi. Jurucakap pembangkang Libya, Ahmad Shabani yang juga merupakan orang yang rapat dengan Israel. 

Kepada Akhbar Hareetz Israel, (2/8/11), Shabani pernah meminta Israel untuk turun padang menengahi keadaan yang kacau bilau di Libya. “Kami meminta Israel menggunakan pengaruhnya di masyarakat internasional untuk mengakhiri rejim Gaddafi dan keluarganya,” katanya.

Kenapa Israel sangat berkepentingan terhadap isu Libya? Kerana dalam senarionya, Libya akan dijadikan penguat pangkalan pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah. Dengan meletakkan kepentingan Zionis di Libya, Mesir, Tunisia, Al Jazair, Somalia, dan Sudan, ia akan mengukuhkan jalur kekuatan ekonomi Israel dan otomatis membentuk order dunia baru (New World Order) yang semakin meng-hegemoni. Wallahua'lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi) {4} 

Semua yang berlaku di Timur Tengah kini adalah tipu muslihat Yahudi Zionis sebagai salah satu usaha mereka untuk menyambut Antichrist. Mungkin anda tidak percaya. Berikut adalah beberapa petikan menarik daripada buku-buku dan hujah beberapa tokoh Kristian dan Yahudi :

Third World War, which will begin between Israel and her Arab neighbors and spread to the entire world. Literally, out of the smoke and destruction of this Third World War, Antichrist will come striding! {5}

"...secara keseluruhannya, secara rahsia pemuka Yahudi sedang menyediakan tempat kembalinya Raja mereka (dibaca Dajjal) dari jalur keturunan Nabi Daud untuk memimpin dunia dan gerakan Freemason yang bertindak sebagai jaringan dan objektif kita. Gerakan Freemason telah digunakan bagi memanipulasi masyarakat (dunia) ke arah pelan yang dipilih oleh pemuka Yahudi untuk menguasai dunia." {6}

Dan dibawah adalah kenyataan rasmi daripada seorang cendiakawan Katholik Russia, Prof Sergei Nilus, yang dibunuh sebelum sempat melancarkan buku keduanya yang mendedahkan perancangan Yahudi Zionis dalam penantian kemunculan Raja mereka. Ia dipetik dari buku beliau bertajuk The Great Within The Small.

"….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh….."

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat."

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan….. Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.” {7} 

Penguasaan anasir jahat untuk memanipulasikan gereja bukan sekadar satu plot cerita satu karya seni semata-mata seperti yang dipaparkan di dalam novel Dan Brown, Angle and Demons, tetapi ia juga adalah satu kebenaran yang telah lama terlepas dari pandangan kebanyakan pihak. Buktinya, pada awal tahun 1770-an, Adam Weishaupt sendiri telah memeluk agama Kristian Katholik hingga dilantik menjadi paderi di gereja besar Ingolstadt. {8}

p/s: Dan Brown sendiri dalam novelnya, menyebut "all rituals, science, artworks and monuments in this novel are real."______________________________________________
1. QS Ali-Imran 3: 54
2. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
3. Jika benar Syiah akan menguasai Jazirah Arab suatu ketika nanti, maka merekalah yang akan menjadi golongan yang diperangi oleh Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadith sahih antaranya, Dari Jabir bin Samurah r.a dan dari Nafi' bin Atabah bin Abu Waqqash berkata : Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah menaklukkannya untuk kalian. 

Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah menaklukkannya untuk kalian." Nafi' berkata; Jabir berkata; "Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." [Hadith Riwayat Imam Ahmad: 1458] Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Nafi' bin Atabah. Rujukan lanjut - Amin Muhammad Jamaluddin, Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal, hlm 122

4. Petikan artikel terbitan EraMuslim.com, Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah, http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/imran-hosein-dan-konspirasi.html

5. http://www.cuttingedge.org/news/n1056.html

6. The Protocol of the Meetings of Elders of Zion, Protokol 4, 30. Buku Muhammad Nurani Maarif,Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 103.

7. Ibnu Yaacob, Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud, http://dajjal.wordpress.com/2007/12/08/teori-dajjal-sebagai-perancang-konspirasi-yahudi-sudah-lama-wujud/

8. Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol Yahudi, Moon Media Enterprise, hlm 45
petikan dari MACJAY.net

Dari beberapa siri BERSIH, kita sekarang sedang memulakan period pertama helah yang sama sebagaimana diterangkan di atas sana. Kepentingannya mungkin tidak sama sebagaimana matlamat bangunkan The Greater Jews sebagai The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Tetapi ia akan menjadikan NWO mudah dilaksanakan. Buat sementara waktu umat Islam negara ini masih berkeras menolak kewujudan kerajaan dunia yang dikawal Yahudi, dibimbangi akan melambatkan proses tersebut.

Teliti semua episod Arab Spring (revolusi?) tersebut, adakah ia berpaksikan Islam? Jelas sekali tidak. Ia berperanan melebarkan Liberalisma dan Demokrasi Yahudi. Demokrasi akan membantu NWO (New World Order) sebagai kenyataan.

Telusurilah dengan hati nurani satu persatu peristiwa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Juga apa yang berlaku esok dan hari mendatang. InsyaAllah akan menjelaskan lagi bukti yang diketengahkan ini. Kekelabuan fakta menjadikan kita termangu-mangu dan salah langkah. Persepsi dendam kesumat dimarakkan agar rakyat melupakan kebaikan yang pernah diterima (perkara sama berlaku kepada Libya).

Pihak Barat dalam diam telah berkerjasama untuk mengangkat proksi USA sebagai pemerintah negara walaupun mereka tahu dia mempunyai masalah moral yang berat. USA telah berkomplot dengan negara sahabat dengan alasan untuk menghalang kebangkitan China. Itu hanya gimik Yahudi semata-mata sama seperti cerita ingin merampas minyak dari negara Arab yang diperangi (Iraq dan Libya). Licik permainan mereka.

Tidak banyak bezanya apa yang berlaku di sana dan di sini. Hanya manusia yang sudi berfikir akan dapat melihat muslihat halus ini. Sejak 2008 usaha menamatkan keamanan dan keharmonian terus berjalan. Kemarahan dan dendam terus dipupuk bagi membangkitkan sifat memberontak (hasilnya tidak banyak membawa kebaikan, lihat Indonesia yang penuh siri demonstrasi. Majukah negara Indonesia?). Pemberontakan mencetus huru hara dan kemusnahan. Apa kebaikannya?

Usahlah mendabik dada mengatakan anda seorang pahlawan memertabatkan bangsa dan negara. Jauhilah dari sikap hipokrasi. Akuilah bahawa anda sebenarnya seorang pendendam dan tidak punya sifat murni sebagai pemaaf. Pemaaf adalah sifat para Nabi dan Wali Allah. Sebaliknya kita membawa wadah bertentangan. Islam yang berakhlak ialah Islam yang suka memaafkan kesilapan sesama Islam. Anda bagaimana?

Ini bukanlah satu propaganda atau membangunkan sengketa sesama umat. Ia adalah bahan untuk difikirkan secara waras sejauh mana kita terbabit dalam merealisasikan impian Yahudi. semoga saya dan anda terhindar dari menjadi alat pekakas mereka.

Semoga Allah menamatkan segera niat Yahudi ini dan menyelamatkan Malaysia dari dikuasai mereka. Amin Amin Amin Ya Rabbal alamin.