APAKAH SULUK DI SISI AHLI TAREQAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala p uji bagi Allah. Maha Suci Allah yang menjadikan ruang dan yang menempatinya, Maha Suci Allah yang menjadikan masa dan zaman. Maha Suci Allah yang menjadikan gerak dan diam.Maha Suci Allah yang menjadikan hidup dan Harapan.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة
الا بالله، سبحانك لا علما لنا الا ما علمتنا انك أنت العليم الحكيم
كمدين درفد ايت مك :
Pengertian Suluk dapat di petik dan kitab asy-Syari’ah wa at-Atriqah muka surat 99 sebagai berikut :
والطريقة فى الواقع هي اسم ثان للاحسان المذكرأو انها الطريقة التى يمكن بها الحصول ( الاحسان ) وهو الذى يقال له التصوف أو سلوك أو سمه بما شئت فانما هي تعبرات واللفظ مختلفة والمقصود واحد.
Maksudnya; Dan Tareqat sebenarnya nama lain bagi IHSAN yang tersebut (dalam Hadith), atau ia merupakan jalan yang dengannya memungkinkan tercapai sifat IHSAN, dan dialah yang disebut juga TASAWUF atau SULUK atau apa saja nama yang kamu mahu namakan, sesungguhnya itu hanyalah perbezaan dari sudut penghuraian dan lafaz sedangkan maksudnya satu jua.
Tidak perlu banyak pengertian, memahami maksudnya sudah cukup. Suluk bererti jalan orang-orang yang berjalan, iaitu berjalan menuju ma’rifatullah. Selalunya ia dilakukan dalam tempoh-tempoh tertentu, sebagai contoh sepuluh hari atau empat belas hari,
(Asy-Syari’ah wa at-Atriqah ms 99).
Dalam tempoh masa tersebut kita dilatih menghayati kehidupan para Sahabat dan Rasulullah S.A.W. ini dapat dilihat dalam susunan jemaah yang menghadiri suluk. Sila rujuk Kitab Asy-Syari’ah wa at-Atriqah ms 99 hingga 118 bawah tajuk ATHTHORIQAH untuk lebih jelas maksud suluk. Sangat jauh dengan makna “BERTAPA”. Seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.
SULUK jalan ke arah atau untuk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf; ilmu ~ untuk mencapai kesempurnaan batin.
( Kamus Dewan ms. 1238 )
TAPA usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dll) dengan cara berpantang makan, mengasingkan diri dll.
( Kamus Dewan ms. 1294 )
PEMBUKAAN SULUK
Sebenarnya istilah tersebut tidak begitu tepat, kerana tujuan majlis tersebut adalah untuk menyatakan kepada guru bahawa kita hadir untuk mendapat bimbingan zahir dan batin untuk beribadat dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. dalam tempoh masa tertentu. Ianya lebih merupakan majlis ‘akad untuk menerima bimbingan dan tunjuk ajar bagi mengamalkan sunnah dan ibadat dengan betul.
Majlis tersebut dilakukan pada hari pertama mengerjakan Suluk, bagi orang lelaki dilakukan dengan Tuan Guru dan wanita dengan Isteri Guru atau sesiapa yang diwakilkannya untuk melaksanakan tugas Guru di kalangan kaum wanita.
SANDARAN MENJALANI SULUK
Suluk yang difahami dan kami berpegang dengannya, bukan merupakan pekara yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Dalam Kitab Riadus Solihin diriwayatkan sebagai berikut:
وعن أبى سليمان مالك بن الحويرث رضي الله عنه قال أتينا النبي صلى الله عليه وسلم ونحن شببة متقاربون فأقمنا عنده عشرين ليلة وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم رحيما رفيقا، فظن اناقداشتقنا أهلنا فسألنا عمن تركنا من أهلنا فأخبرناه، فقال أرجعوا الى أهلطم فأقيموا فيهم وعلموهم ومروهم وصلوا صلاة كذا فى حين كذا وصلاة كذا فى حين كذا، فاذا حضرت الصلاة فلييؤذن لكم أحدكموليؤمكم أكبركم، متفق عليه. زاد البخارى فى رواية له : صلوا كما رأيتموني أصلى.
Maksudnya; Daripada Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairith R.D.H. katanya kami daripada kumpulan pemuda telah pergi menemui Rasulullah S.A.W. kami semua tinggal di tempat Rasulullah S.A.W. selama dua puluh malam ( untuk belajar ilmu-ilmu agama). Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang sangat penyayang dan lemah lembut, (Baginda mengambil berat terhadap kami, dan keluarga kami yang ditinggalkan di kampung ), lalu baginda bertanya kepada( setiap) kami tentang “ Siapakah keluarga yang ditinggalkan itu “. Kami semua memberi tahu baginda ( akan hal masing-masing), seterusnya baginda bersabda (setelah selesai 20 hari) “ Pulanglah kamu kepada ahli keluarga kamu masing-masing, tinggallah bersama-sama mereka, didiklah mereka, ( dengan memberi ilmu pengetahuan yang berguna ), perintahkan mereka supaya bertaqwa kepada Allah. Dirikan sembahyang lima waktu mengikut waktu yang ditentukan).
Apabila sampai waktu sembahyang, hendaklah ada seorang diantara kamu semua yang melaungkan azan, dituntut kamu semua bersembahyang berjemaah. Orang yang akan menjadi imam sembahyang hendaklah orang yang lebih tua, ( lebih ‘aiim dan mencukupi syarat).
Imam Bukhari menambah dalam riwayatnya ungkapan dalam hadith tersebut; “Dan sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu semua melihat aku sembahyang. (Riadus Solihin ms. 344).
SULUK MELATIH BERADAB DENGAN ADAB YANG BAIK
Adab suluk itu terbahagi kepada tiga, iaitu adab sebelum, semasa dan selepas suluk.
Adab sebelum suluk;
1. Setelah mendapat seorang mursyid (yang diyakininya) yang sempurna Syariat zahirnya, hendaklah ia meyelesaikan apa-apa pekerjaan yang boleh mengganggu ketenangannya semasa suluk. Sesuai dengan maksud dalam hadith di atas, dimana Rasulullah S.A.W. bertanya mengenai keluarga yang ditinggalkan kepada kumpulan pemuda yang datang kepadanya dan tinggal bersamanya selama 20 hari.
2. Bekalan suluknya halal, bukan dari sumber yang haram.
3. Hendaklah dirasakan bahawa ia pergi suluk itu bagaikan tak kembali lagi (mati), maka dilakukanlah perangainya atau ke!akuannya seperti orang yang tahu ia akan mati esok hari, oleh itu banyakkan taubat, mohon izin dan memohon maaf kepada kedua ibubapa serta keluarganya.
قل ان الموت الذي تـفرون منه فانـه ملاقيكم
Dan sabda Rasulullah S.A.W.
تركت فيكم واعظتين صامتا وناطقا فالصامت الموت والناطق القرآن.
4.Rasakan didalam hati bahawa dirinya yang banyak mempunyai dosa dan kekurangan, lalu ia sangat mengharap kepada keampunan dan pertolonganTuhannya yang Maha Rahman dan Maha Rahim.
ولو أنهم اذ ظلموا أنفسهم جاؤْك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما
5. Zahirkan perasaan tersebut di hadapan Gurunya serta mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingannya dalam beramal dalam tempoh tertentu. Sesuai dengan hadith di atas.
Adab Semasa Suluk
Pertamanya membersihkan niat iaitu hanya kerana Allah dan menuntut keridhaanNya semata-mata, tiada yang lain selain dari itu sama ada kerana perkara keduniaan ataupun akhirat, apakah lagi yang diperlukan oleh seorang hamba setelah mendapat keredhaanNya.
Membersihkan diri dari segala kekotoran zahir dengan mandi taubat kamudian sembahayang sunat taubat dua rakaat dengan niat bertaubat dari sekalian dosa kecil dan besar zahir dan batin.
Kalau kita kata sembahayang sunat taubat tiada dalil syaraknya, maka harus diingat dua pekara;
Pertama sembahayang taubat itu cuma sunat, bukan fardu, bida’ah jika menambahkan dalam fardu, sunat taubat lebih merupakan adat dalam ibadat, adat yang tidak mengandungi syirik dan khurafat dan disertakan dengan niat menghampirkan diri kepada Allah( ( تقرب الى الله adalah dibolehkan, sepertilah perkara harus yang disertakan dengan niat kerana Allah adalah digalakkan.
Dalam ‘adat tidak berlaku ‘ibadat, kerana ‘adat tidak berasaskan syarak. Tetapi dalam ‘ibadat ada ‘adat, kerana ‘ibadat itu adalah perlakuan manusia, ‘adat juga perlakuan manusia, sebagia contoh ‘adat orang ahli ‘ibadat mengekalkan wudhu’, adat orang bersuluk tidak makan daging dan sebagainya, dimana perkara sunat dan meninggalkan yang harus, menjadi adat dalam kehidupan mereka. ‘ADAT DALAM ‘IBADAT ITU TIDAK TERPISAH.
Kedua untuk mengelakkan keraguan niatlah sembahayang sunat wudhu’ atau sunat mutlaq, jika tidak dalam waktu yang dilarang sembahayang kecuali dengan sebab. Adalah tidak patut diperdebatkan sehingga menimbulkan kebencian di kalangan umat. Kerana yang paling utama ialah mengikhlaskan hati kepada Allah.
Kemudian membanyakkan taubat, selawat dan membaca Quran dan hadiahkan pahalanya kepada kedua ibubapa guru-guru sekalian ahli silsilah Tareqat. Membanyakkan wirid dan doa yang munasabah dengan tujuan suluk itu.
Mengurangkan makan dan yang lebih baik tidak memakan makanan yang bernyawa. Tidur seperti yang disunatkan, ingatkan sebagai kita berada dalam perut ibu, dalam keadaan lemah, begitulah dalam amal, kita berada dalam kandung guru, artinya berada dalam hati ( ingatan) guru. Mengekalkan air sembahayang, setiasa berzikir ( dalam hati ) beserta ingatan kepada Allah S.W.T. Selalu mendapatkan bimbingan guru dalam amalannya, mengekalkan sembahayang jemaah.
Dalam pergaulan pula semua jemaah dilatih melaksanakan adab bersahabat, sesuai dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Antara adab adab yang besar dan tidak boleh diabaikan ialah; Menghormati guru
لاترفعوا أصواتكم فوق النبي
Tidak mengangkat suara bila berbicara di hadapan beliau.
Menghormati orang tua dan orang yang berilmu (khasnya semasa berzikir)
ليس منا من لم يوقر كبيرنا ولم يرحم صغيرنا ولم يعرف لعاملنا
(dipetik dari kitab Asysyariah wa ath-Thariqah m.s 203, solat berjemaah ( sesuai dengan hadith di atas )
Menghadiri majlis amal / zikir, kurang bercakap dan membanyakkan berzikir ( واذكروا الله ذكرا كثيرا ) memberi tahu orang yang lebih tua (dalam amalan) jika ada apa-apa masalah semasa berzikir atau suluk, tidak membuat keputusan sendiri, tidak mengada- adakan atau menambah-nambah dalam amalan kecuali dengan bimbingan guru, sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah dan kepada Sahabat-sahabat utama dan sebagainya dan akhlak yang baik seperti semasa makan dengan adabnya, hindarkan percakapan yang membawa kepada perdebatan ( الذين هم عن اللغوى معرضون ) dan yang sia-sia, bercakap mengenai agama dan amalan, tidak bersikap memaksa kepada sesiapa sahaja dan memudahkan ( يسـر ولا نعسـر ) berusaha mengikh!askan hati dalam mentaati perintah, sehingga hilanglah rasa beban semasa melaksanakan suruhan atau taklif, bahkan teringat-ingat hendak melakukannya. (inilah maksud – رفع التكليف )
Jika ada di kalangan jemaah yang melakukan kesilapan atau kesalahan, hendaklah segera mengakui kesilapan kepada guru atau wakilnya, ( قل الحق ولو كان مرا ) ini bertujuan melatih diri berlaku jujur dalam pergaulan dan kehidupan, guru akan menggunakan pendekatan ( Taqarrub ilallah – ( تقرب الى الله seperti di dalam hadith di- atas ( رحيما رفيقا ) dalam membuat keputusan. dimana orang itu dimaafkan dengan penuh kasih sayang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. terhadap para Sahabat R.H. atau diperintahkan melakukan beberapa perkara nawafil ( النوافل ) yang tidak membebanka sesiapa, sesuai dengan tujuan Suluk itu dilakukan. Menjaga ‘aib sahabat, bukankah ada hadith Rasulullah S.A.W. “sesiapa yang menjaga ‘aib saudaranya, necaya Allah akan menutup ‘aibnya di Hari Kiamat nanti
Terdapat peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W. dimana Rasulullah S.A.W. menyuruh sahabat membanyakkan Istighfar, terdapat pula Hadith Rasulullah S.A.W. menyuruh Sahabatnya melakukan solat sunat. Walaupun hadith mengenai Fadhailul a’mal ( ( فضائل الاعمال tersebut kebanyakannya dhaif ( ضعيف ) adalah dibolehkan mengikutnya sebagai penggalak amal bahkan dituntut mengikut pesanan yang baik, khasnya pesanan yang dikatakan dari Rasulullah S.A.W. Bukan dalam perkara ( عاصى ) atau maksiat, kenapa kata-kata dari yang lain kita raikan? Kalau begitu ada agenda lain di sebalik sikap itu. ( المنافقون فى أسفل الدرك من النار )
Semua yang dilakukan didalam suluk tercatat kukuh dalam sunnah Rasul S.A.W. Kami mematuhi guru hanya dalam adab yang tidak bertentang dengan Sunnah.
السع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب أو كره مالم يؤمر بمعصية .....الحديث
Andai kata dapat kita hayati sepenuhnya adab-adab semasa Suluk, kita akan dapat merasakan kehidupan Sahabat bersama Rasulu!lah
S.A.W. Itu bukan bererti kita mengaku sebagai Sahabat dan guru sebagai Rasulul!ah S.A.W. jauh sekali, jauh sekali perbezaan diri kami dengan peribadi Sahabat dan Rasulullah S.A.W. Itu Cuma menghayati kehidupan mereka, meniru-niru akhlak mereka sesuai dengan Syariah. Seperti yang dijelaskan oleh pengarang kitab Asysyariah wat Tariqah
الان لباغنا عن النبوة وقرب القيامة صارت البدعة تنتشر وتجسط ظلمها أغلب العلم وأصبحت السنة نادرة وغربية، وأصبحت أنوارها مستورة فشذوا أزركم لاحياء السنن المتروكة ونشر الطوم الشرعية واتخذوا هذا الامر الوسيلة العظمى لحصول على رضاء البارى جل شأنه واعلموا أن فى هذا قرب الجنف المحمدى ايضا فقد ورد فى الحديث الشريف أنه صلى الله عليه وسلم قال : تمسك بسنتي هند فساد امتي فله اجر ماتة الشهيد.
( الشريعة والطريقة ص – 107 دان 108 )
Maksudnya, “ Kini telah menjauh dari kita zaman kenabian dan menghampiri kiamat, maka jadilah bida’ah bertebaran, meliputi seluruh alam kegelapannya mengalah/menutupi alam Dan bermulalah Sunnah menjadi ganjil dan pelik, dan bermulalah cahayanya tertutup. Maka berusahalah dengan sekuatnya untuk menghidupkan Sunnah yang telah ditinggalkan ( oleh kebanyakan manusia) dan sebarkanlah ilmu-ilmu Syariah. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai “ WASILAH” yang utama bagi mencapai Ridha Allah al-Bari Jalla Sya’nuh. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pekerjaan ini adalah menghampirkan ( ajaran Muhammad) yang telah jauh ( ditinggalkan) Sesungguhnya telah warid dari Hadith Rasul yang mulia Bahawa sesungguhnya Rasulullah s..a.w. telah bersabda “Sesiapa yang berpegang dengan sunnah ku ketika kerosakan ( merata) di kalangan umat ku maka baginya balasan seratus syahid”. (107 & 108).
Andainya kita memahami pengertian suluk dengan betul pasti kita akan menyukainya bahkan menggalakkannya, jangan difahamkan suluk seperti yang difahami umum terutama oleh mereka yang tidak suka manusia lain menjadi baik, dan menentang usaha menghidupkan sunnah Rasul S.A.W. disaat kerosakan ( akhlak) berleluasa dalam masyarakat. Mereka itu termasuk dalam golongan INKARUS SUNNAH, kecuali Sunnah yang sesuai dengan fikiran mereka.
Maka ditafsirkan Suluk dengan tafsiran yang tidak ada kena mengena dengan suluk yang dilakukan oleh mereka yang benar dalam agamanya. Melalui tafsiran mereka sendiri lalu mereka memfatwakan sebagai sesat atau terkeluar dan syariat Islam atau kafir atau murtad, Sebenamya yang sesat itu adalah suluk yang mereka tafsirkan, bukan suluk mereka yang benar dalam “perjalanannya” dan bersandar pada Sunnah Rasul S.A.W.
Maka mereka berfatwa berdasarkan fitnah, dapatkah diyakini secara Qat’i ( قطعى ) keilmuan seseorang (kadang-kadang berdasarkan penyelidikan pihak tertentu sahaja) yang membuat kajian sebelum sesuatu perkara itu difatwakan? Jika tidak (yakin dengan qot’i berarti kita berhukum berdasarkan, hujjah yang bertaraf Zan (ظن ) Bukankah keterangan yang bertaraf zon (ظن ) tidak boleh mensabitkan hukum (jauh sekali sampai kepada hukum ” HAD “ ) bahkan keterangan yang menjadi dasar fatwa bertaraf waham dan tidak boleh menjadi pegangan dalam agama.
Atau ada yang berpendapat ( berdasarkan fatwa) ia dibolehkan untuk golomgan tertentu dan haram untuk golongan yang selainnya? ( والله أعلم ) Untuk mencapai taraf qat’i hampir kepada mustahil, tetapi keterangan ( hasil kajian ) tersebut harus mencapai kepada taraf “ Baiyiinah “ kalaupun tidak Syahid ( الشاهد ) Ingatlah Firman Allah: al-Buruj: 9.
ان الذين فـتــنوا المؤمنين والمؤمنات ثم لم يتوب فلهم عذاب جهنم ولهم عذاب حريق
Dan mereka yang memfitnah orang-orang beriman lelaki dan perempuan sedangkan mereka tidak bertaubat maka bagi mereka azab dan neraka Jahannam bagi mereka azab yang sangat pedih”.
Dari apa yang disebutkan di atas dapat difahami tujuan suluk adalah untuk menghayati ibadat dan rnenghayati Sunnah dalam pergaulan, mudah-rnudahan ia terikut-ikut dalam kehidupan seharian di luar suluk. Kerana itulah ada adab di luar suluk yang perlu diraikan oleh setiap mereka yang menjalani suluk. Adab itupun adalah sesuai dengan sunnah seperti yang disebutkan di atas tadi. Ianya tak ubah seperti KEM MOTIVASI yang dianjurkan oleh mereka yang pakar dalam ilmu psikologi. Inilah rahsia kejayaan umat terdahulu, Suluk adalah merupakan kem motivasi yang telah disediakan oleh Rasulullah S.A.W, bukan teori saikologi, musuh Islam amat takut usaha menghidupkan kaedah motivasi yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. ini.
Dalarn masa yang sama (suluk) mendidik hati ingat kepada Rasulullah S.A.W. Ingat kepada Rasulullah membawa kita ingat kepada Allah. Sesuai dengan keterangan al-Quran.
الله فاتــبــعونى يحـبـبـكم الله وان كنتم تـحـبـون
Pandang jemaah ……. ingat kehidupan Sahabat ( ikuti adab-adab mereka). Pandang Guru ..... Ingat Rasulullah, bukan guru itu adalah Rasulullah maksudnya ingat akan Sunnahnya yang sama-sama kita berusaha mengamalkan dan hayatinya dalam masa kita bersuluk dan di luar suluk, guru cuba sedaya upaya menghayati kehidupan Rasulullah semampunya dengan sesempurnanya. Bukan memandang guru itu sebagai atau sebenarnya Rasulullah S.A.W. Itulah tafsiran yang dibuat buat atau direka-reka, sedangkan ia jahil dalarn hal tersebut dan di hatinya penuh dengan sifat kebencian dan takbur dalam kebodohan.
Dalam Kitab ( الشريعة والطريقة ) pengarangnya memetikk kata-kata Syeikh al-Islam Husin Ahmad al-Madani sebagai berkata :
” Sesungguhnya Syeikh Islam Husin Ahmad al-Madani Rahimahullah menguatkan lagi hujjahnya dalam kitab kitab kecilnya yang banyak menegaskan bahawa maksud yang sebenarnya daripada suluk itu adalah IHSAN, beliau menegaskan dalam sebuah risalahnya iaitu عزز المحترم Adapun maksud atau tujuan sebenar daripada (makna) dan matlamat suluk adalah LHSAN yakni bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya (Allah). (Al-Hadis). Bermaksud bahawa orang yang salik akan lahir dihatinya( dalam suluknya) pemilikan perasaan yang kuat ( ingatan kepada Allah ) pada peringkat permulaannya dan adapun kesudahannya adalah keredaan Allah S.W.T. (ms. 109).
MENGATASI MASALAH SOSIAL
Kami tidak menentang keruntuhan akhlak dalam masyarakat dengan kekerasan atau menghukum dengan fatwa-fatwa yang tidak jelas, juga tidak hanya melalui andaian akal semata-mata, dengan teori-teori social yang entah dari mana asal-usulnya. Bukan tidak boleh berteori, tetapi dalam perkara dasar yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tidak perlu kepada teori lagi.
Tetapi kami mendekati mereka dan mengajak mereka menghayati Sunnah Rasulullah S. A. W. (zikir). Dengannya hati menjadi tenang ( الا بذكر الله تطمئن القلوب ) mudah-mudahan lahirlah insan yang baik akhlaknya.
Kenapa harus kita halang perkara yang baik ini, akibatnya nanti Method Motivasi yang bersumberkan agama kita akan hilang atau bercampur aduk dengan kebatilan kerana kita tidak pernah ambil peduli atau menjaganya bahkan berusaha menghapuskannya.
سبــحان اللــه
Kami membantu pihak pemerintah mengatasi masalah sosial (secara tidak langsung) setakat yang termampu. menghayati kehidupan berumah tangga, berjiran bersahabat di dalam suluk dan di luar suluk seboleh-bolehnya sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat R.H.
Persilakan membuat kajian mengenai amalan suluk dan tujuannya secara ‘adil dan ikhlas, berpandukan al-Quran dan Hadith, Athsar Sahabat, Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in.
Selalunya orang akan bertanya masalah tidak sembahyang Jumaat, polimik persoalan ini sudah lama dilakukan, dan sudah banyak jawapan yang diberikan, Syeikh ‘Abdul Somad al-Palimbani dalam SAIRU AS-SALIKIN ( سير السالكين ) Hujatul Islam al-Imam al-Ghazali menjelaskannya dalam HIDAYAH AS-SALIKIN ( هـداية السالكين )
Jelasnya ia adalah pekara khilafiah dikalangan ‘AIim Ulamak dalam Fekah dan Furu’iyah. ( orang yang bersuluk tidak menafikan wajib Jumaat keatas lelaki muslim yang cukup syarat-syaratnya, Cuma berbeza dalam perlaksanaannya semasa suluk ). Kalau begitu kenapa kita harus bersikap terlalu keras keatas yang tidak sependapat dengan kita? Itu bukan sikap Salafiah yang tidak meraikan pandangan orang lain walaupun ada sandaran Syaraknya...
Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sangat memuliakan Rasulullah S.A.W dalam seluruh kehidupan, setiap sesuatu yang dikatakan dari Rasulullah S.A.W kita terima sebagai kebenaran. Jika ianya bertentangan dengan akal kita tetapi itulah kehendak syarak maka wajib kita taat, andainya perkhabaran darinya dianggap lemah ( dari sudut sanadnya), dan terdapat khabar yang lebih sohih, hendaklah berpegang dengan yang sohih atau asoh ( dan meraikan yang dianggap lemah. Begitulah dengan yang lainnya.
Jikalau perkhabaran itu dianggap maudhu’ atau perkhabaran palsu ( tetapi tidak bercangah dengan zahir syarak - yakni dalam pekara harus bukan yang haram atau syirik) raikannya sebagai pesanan yang baik seperti perkhabaran Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”, Perintah menuntut ilmu sudah jelas wajibnya di sisi syarak. yang jadi masalah, tempatnya “negeri China”. Saya ingin bertanya. adakah belajar di negeri China itu dilarang oleh syarak? Kalau ianya tidak dilarang, apa masalahnya dengan perkhabaran tersebut, cuma janganlah ditahkikkan sandarannya kepada Rasulullah S.A.W, kerana sudah jelas ia bukan perkhabaran dari Rasulullah S.A.W, itulah adab kita dengan Rasulullah S.A.W, tetapi yakinlah bahawa kebaikan itu adalah salah satu “WAJAH” Rasulullah S.A.W, andainya perkhabaran itu baik ia termasuk dalam wilayah kebaikan, ( لايتمثل الشسطان بي ) atau ia sebagai penggalak atau perangsang kepada usaha menuntut ilmu yang sememangnya dituntut. Jika sikap ini ada dalam diri seseorangn ia akan berakhlak dengan akhlak yang baik dan mematuhi pemimpin atau pemerintah, walaupun bukan semua yang dibuat oleh pemerentah, tetapi haram bagi kita menjatuhkannya dan menghuru-harakan Negara tegurlah mereka dengan nada yang mereka suka selagi tidak membelakangkan syarak. Kalau nasihat tidak didengari. maka bukan kewajipan kita memaksa penguasa patuh kepada pendapat kita, serahkan urusan itu kepada Allah sebagai pemilik kita semua.
Tajuk di bawah ini..ada berkaitan..InsyAllah...
Tajuk di bawah ini..ada berkaitan..InsyAllah...
Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali 1059 M/ 450 H - 1111 M / 505 H : ILMU LADUNI.
Kulit Buku " ILMU LADUNI"...oleh ABU HAMID MUHAMMAD AL GHAZALI.
Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 7.
Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 8.
Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 9.
Begitulah al-Imam al-Ghazali hidup beramal dengan cara "bertapa" selama 10 atau 11 tahun. Pada masa inilah jiwanya yang ragu menjadi tenang dan beliau mengetahui bahawa jalan tasawuf itulah jalan yang benar. Dalam tempoh ini beliau boleh dikatakan sebagai golongan wali Allah..hidup selepas kira kira 500 tahun kemudian daripada Hijrah Nabi Muhammad Saw. Benarlah Rosul dan Nabi...memang tiadak ada lagi...namun golongan wali Allah dan alim ulamak..warisatul anbia' tetap ada hingga hari Qiamat.
Komen RASAkkb..KERUINGku VOICE.
Pada saya perkataan "bertapa" itu tidaklah tepat...boleh digantikan dengan perkataan "bersuluk" dalam amalan orang yang bertariqat. Maka bukan semua tariqat itu SESAT. Harap pihak pihak yang suka memBORONG semua tariqat SESAT..dapatlah memberikan penjelasan terhadap...amalan Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali ini...kerana karangan beliau Kitab Ihya' Ulum al Din atau al Risalah al Ladunniyyah...menjadi kitab rujukan tersohor juga dalam pengajian ilmu ilmu Islam.
Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 10.
No comments:
Post a Comment