CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 17 May 2011

SULUK DI SISI AHLI TAREQAT

APAKAH SULUK DI SISI AHLI TAREQAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala p uji bagi Allah. Maha Suci Allah yang menjadikan ruang dan yang menempatinya, Maha Suci Allah yang menjadikan masa dan zaman. Maha Suci Allah yang menjadikan gerak dan diam.Maha Suci Allah yang menjadikan hidup dan Harapan.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول  ولا قوة
الا بالله، سبحانك لا علما لنا الا ما علمتنا انك أنت العليم الحكيم
كمدين درفد ايت مك :
Pengertian Suluk dapat di petik dan kitab asy-Syari’ah wa at-Atriqah muka surat 99 sebagai berikut :
والطريقة فى الواقع هي اسم ثان للاحسان المذكرأو انها الطريقة التى يمكن بها الحصول ( الاحسان ) وهو الذى يقال له التصوف أو سلوك أو سمه بما شئت فانما هي تعبرات واللفظ مختلفة والمقصود واحد.
Maksudnya; Dan Tareqat sebenarnya nama lain bagi IHSAN yang tersebut (dalam Hadith), atau ia merupakan jalan yang dengannya memungkinkan tercapai sifat IHSAN, dan dialah yang disebut juga TASAWUF atau SULUK atau apa saja nama yang kamu mahu namakan, sesungguhnya itu hanyalah perbezaan dari sudut penghuraian dan lafaz sedangkan maksudnya satu jua.

Tidak perlu banyak pengertian, memahami maksudnya sudah cukup. Suluk bererti jalan orang-orang yang berjalan, iaitu berjalan menuju ma’rifatullah. Selalunya ia dilakukan dalam tempoh-tempoh tertentu, sebagai contoh sepuluh hari atau empat belas hari,
(Asy-Syari’ah wa at-Atriqah ms 99).
Dalam tempoh masa tersebut kita dilatih menghayati kehidupan para Sahabat dan Rasulullah S.A.W. ini dapat dilihat dalam susunan jemaah yang menghadiri suluk. Sila rujuk Kitab Asy-Syari’ah wa at-Atriqah ms 99 hingga 118 bawah tajuk ATHTHORIQAH untuk lebih jelas maksud suluk. Sangat jauh dengan makna “BERTAPA”. Seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.

SULUK   jalan ke arah atau untuk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf; ilmu ~  untuk mencapai kesempurnaan batin.
( Kamus Dewan ms. 1238 )
TAPA   usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dll) dengan cara berpantang makan, mengasingkan diri dll.
( Kamus Dewan ms. 1294 )

PEMBUKAAN SULUK
Sebenarnya istilah tersebut tidak begitu tepat, kerana tujuan majlis tersebut adalah untuk menyatakan kepada guru bahawa kita hadir untuk mendapat bimbingan zahir dan batin untuk beribadat dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. dalam tempoh masa tertentu. Ianya lebih merupakan majlis ‘akad untuk menerima bimbingan dan tunjuk ajar bagi mengamalkan sunnah dan ibadat dengan betul.
Majlis tersebut dilakukan pada hari pertama mengerjakan Suluk, bagi orang lelaki dilakukan dengan Tuan Guru dan wanita dengan Isteri Guru atau sesiapa yang diwakilkannya untuk melaksanakan tugas Guru di kalangan kaum wanita.

SANDARAN MENJALANI SULUK
Suluk yang difahami dan kami berpegang dengannya, bukan merupakan pekara yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Dalam Kitab Riadus Solihin diriwayatkan sebagai berikut:
وعن أبى سليمان مالك بن الحويرث رضي الله عنه قال أتينا النبي صلى الله عليه وسلم ونحن شببة متقاربون فأقمنا عنده عشرين ليلة وكان رسول  الله صلى الله عليه وسلم رحيما رفيقا، فظن اناقداشتقنا أهلنا فسألنا عمن تركنا من أهلنا فأخبرناه، فقال أرجعوا الى أهلطم فأقيموا فيهم وعلموهم ومروهم وصلوا صلاة كذا فى حين كذا وصلاة كذا فى حين كذا، فاذا حضرت الصلاة فلييؤذن لكم أحدكموليؤمكم أكبركم، متفق عليه. زاد البخارى فى رواية له : صلوا كما رأيتموني أصلى.
Maksudnya; Daripada Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairith R.D.H. katanya kami daripada kumpulan pemuda telah pergi menemui Rasulullah S.A.W. kami semua tinggal di tempat Rasulullah S.A.W.  selama dua puluh malam ( untuk belajar ilmu-ilmu agama). Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang sangat penyayang dan lemah lembut, (Baginda mengambil berat terhadap kami, dan keluarga kami yang ditinggalkan di kampung ), lalu baginda bertanya kepada( setiap) kami tentang “ Siapakah keluarga yang ditinggalkan itu “. Kami semua memberi tahu baginda ( akan hal masing-masing), seterusnya baginda bersabda (setelah selesai 20 hari) “ Pulanglah kamu kepada ahli keluarga kamu masing-masing, tinggallah bersama-sama mereka, didiklah mereka,           ( dengan memberi ilmu pengetahuan yang berguna ), perintahkan mereka supaya bertaqwa kepada Allah. Dirikan sembahyang lima waktu mengikut waktu yang ditentukan).
Apabila sampai waktu sembahyang, hendaklah ada seorang diantara kamu semua yang melaungkan azan, dituntut kamu semua bersembahyang berjemaah. Orang yang akan menjadi imam sembahyang hendaklah orang yang lebih tua, ( lebih ‘aiim dan mencukupi syarat).

Imam Bukhari menambah dalam riwayatnya ungkapan dalam hadith tersebut; “Dan sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu semua melihat aku sembahyang. (Riadus Solihin ms. 344).

SULUK MELATIH BERADAB DENGAN ADAB YANG BAIK
Adab suluk itu terbahagi kepada tiga, iaitu adab sebelum, semasa dan selepas suluk.
Adab sebelum suluk;
1. Setelah mendapat seorang mursyid (yang diyakininya) yang sempurna Syariat zahirnya, hendaklah ia meyelesaikan apa-apa pekerjaan yang boleh mengganggu ketenangannya semasa suluk. Sesuai dengan maksud dalam hadith di atas, dimana Rasulullah S.A.W. bertanya mengenai keluarga yang ditinggalkan kepada kumpulan pemuda yang datang kepadanya dan tinggal bersamanya selama 20 hari.
2. Bekalan suluknya halal, bukan dari sumber yang haram.
3. Hendaklah dirasakan bahawa ia pergi suluk itu bagaikan tak kembali lagi (mati), maka dilakukanlah perangainya atau ke!akuannya seperti orang yang tahu ia akan mati esok hari, oleh itu banyakkan taubat, mohon izin dan memohon maaf kepada kedua ibubapa serta keluarganya.
قل ان الموت الذي تـفرون منه فانـه ملاقيكم
Dan sabda Rasulullah S.A.W.
تركت فيكم واعظتين صامتا وناطقا فالصامت الموت والناطق القرآن.
4.Rasakan didalam hati bahawa dirinya yang banyak mempunyai dosa dan kekurangan, lalu ia sangat mengharap kepada keampunan dan pertolonganTuhannya yang Maha Rahman dan Maha Rahim.
ولو أنهم اذ ظلموا أنفسهم جاؤْك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما
5. Zahirkan perasaan tersebut di hadapan Gurunya serta mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingannya dalam beramal dalam tempoh tertentu. Sesuai dengan hadith di atas.

Adab Semasa Suluk
Pertamanya membersihkan niat iaitu hanya kerana Allah dan menuntut keridhaanNya semata-mata, tiada yang lain selain dari itu sama ada kerana perkara keduniaan ataupun akhirat, apakah lagi yang diperlukan oleh seorang hamba setelah mendapat keredhaanNya.
Membersihkan diri dari segala kekotoran zahir dengan mandi taubat kamudian sembahayang sunat taubat dua rakaat dengan niat bertaubat dari sekalian dosa kecil dan besar zahir dan batin.
Kalau kita kata sembahayang sunat taubat tiada dalil syaraknya, maka harus diingat dua pekara;
Pertama sembahayang taubat itu cuma sunat, bukan fardu, bida’ah jika menambahkan dalam fardu, sunat taubat lebih merupakan adat dalam ibadat, adat yang tidak mengandungi syirik dan khurafat dan disertakan dengan niat menghampirkan diri kepada Allah( ( تقرب الى الله adalah dibolehkan, sepertilah perkara harus yang disertakan dengan niat kerana Allah adalah digalakkan.
Dalam ‘adat tidak berlaku ‘ibadat, kerana ‘adat tidak berasaskan syarak. Tetapi dalam ‘ibadat ada ‘adat, kerana ‘ibadat itu adalah perlakuan manusia, ‘adat juga perlakuan manusia, sebagia contoh ‘adat orang ahli ‘ibadat mengekalkan wudhu’, adat orang bersuluk tidak makan daging dan sebagainya, dimana perkara sunat dan meninggalkan yang harus, menjadi adat dalam kehidupan mereka. ‘ADAT DALAM ‘IBADAT ITU TIDAK TERPISAH.

Kedua untuk mengelakkan keraguan niatlah sembahayang sunat wudhu’ atau sunat mutlaq, jika tidak dalam waktu yang dilarang sembahayang kecuali dengan sebab. Adalah tidak patut diperdebatkan sehingga menimbulkan kebencian di kalangan umat. Kerana yang paling utama ialah mengikhlaskan hati kepada Allah.
Kemudian membanyakkan taubat, selawat dan membaca Quran dan hadiahkan pahalanya kepada kedua ibubapa guru-guru sekalian ahli silsilah Tareqat. Membanyakkan wirid dan doa yang munasabah dengan tujuan suluk itu.
Mengurangkan makan dan yang lebih baik tidak memakan makanan yang bernyawa. Tidur seperti yang disunatkan, ingatkan sebagai kita berada dalam perut ibu, dalam keadaan lemah, begitulah dalam amal, kita berada dalam kandung guru, artinya berada dalam hati   ( ingatan) guru. Mengekalkan air sembahayang, setiasa berzikir      ( dalam hati ) beserta ingatan kepada Allah S.W.T. Selalu mendapatkan bimbingan guru dalam amalannya, mengekalkan sembahayang jemaah.

Dalam pergaulan pula semua jemaah dilatih melaksanakan adab bersahabat, sesuai dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Antara adab adab yang besar dan tidak boleh diabaikan ialah; Menghormati guru
لاترفعوا أصواتكم فوق النبي
Tidak mengangkat suara bila berbicara di hadapan beliau.

Menghormati orang tua dan orang yang berilmu (khasnya semasa berzikir)
ليس منا من لم يوقر كبيرنا ولم يرحم صغيرنا ولم يعرف لعاملنا
(dipetik dari kitab Asysyariah wa ath-Thariqah m.s 203, solat berjemaah ( sesuai dengan hadith di atas )
Menghadiri majlis amal / zikir, kurang bercakap dan membanyakkan berzikir ( واذكروا الله ذكرا كثيرا )   memberi tahu orang yang lebih tua (dalam amalan) jika ada apa-apa masalah semasa berzikir atau suluk, tidak membuat keputusan sendiri, tidak mengada- adakan atau menambah-nambah dalam amalan kecuali dengan bimbingan guru, sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah dan kepada Sahabat-sahabat utama dan sebagainya dan akhlak yang baik seperti semasa makan dengan adabnya, hindarkan percakapan yang membawa kepada perdebatan ( الذين هم عن اللغوى معرضون ) dan yang sia-sia, bercakap mengenai agama dan amalan, tidak bersikap memaksa kepada sesiapa sahaja dan memudahkan ( يسـر ولا نعسـر )   berusaha mengikh!askan hati dalam mentaati perintah, sehingga hilanglah rasa beban semasa melaksanakan suruhan atau taklif, bahkan teringat-ingat hendak melakukannya. (inilah maksud – رفع التكليف )
Jika ada di kalangan jemaah yang melakukan kesilapan atau kesalahan, hendaklah segera mengakui kesilapan kepada guru atau wakilnya, ( قل الحق ولو كان مرا ) ini bertujuan melatih diri berlaku jujur dalam pergaulan dan kehidupan, guru akan menggunakan pendekatan ( Taqarrub ilallah – ( تقرب الى الله  seperti di dalam hadith di- atas  ( رحيما رفيقا ) dalam membuat keputusan. dimana orang itu dimaafkan dengan penuh kasih sayang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. terhadap para Sahabat R.H. atau diperintahkan melakukan beberapa perkara nawafil ( النوافل ) yang tidak membebanka sesiapa, sesuai dengan tujuan Suluk itu dilakukan. Menjaga ‘aib sahabat, bukankah ada hadith Rasulullah S.A.W. “sesiapa yang menjaga ‘aib saudaranya, necaya Allah akan menutup ‘aibnya di Hari Kiamat nanti
Terdapat peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W. dimana Rasulullah S.A.W.  menyuruh sahabat membanyakkan Istighfar, terdapat pula Hadith Rasulullah S.A.W. menyuruh Sahabatnya melakukan solat sunat. Walaupun hadith mengenai Fadhailul a’mal ( ( فضائل الاعمال tersebut kebanyakannya dhaif ( ضعيف ) adalah dibolehkan mengikutnya sebagai penggalak amal bahkan dituntut mengikut pesanan yang baik, khasnya pesanan yang dikatakan dari Rasulullah S.A.W. Bukan dalam perkara ( عاصى ) atau maksiat, kenapa kata-kata dari yang lain kita raikan? Kalau begitu ada agenda lain di sebalik sikap itu. ( المنافقون فى أسفل الدرك من النار )
Semua yang dilakukan didalam suluk tercatat kukuh dalam sunnah Rasul S.A.W. Kami mematuhi guru hanya dalam adab yang tidak bertentang dengan Sunnah.
السع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب أو كره مالم يؤمر بمعصية .....الحديث
Andai kata dapat kita hayati sepenuhnya adab-adab semasa Suluk, kita akan dapat merasakan kehidupan Sahabat bersama Rasulu!lah
S.A.W. Itu bukan bererti kita mengaku sebagai Sahabat dan guru sebagai Rasulul!ah S.A.W. jauh sekali, jauh sekali perbezaan diri kami dengan peribadi Sahabat dan Rasulullah S.A.W. Itu Cuma menghayati kehidupan mereka, meniru-niru akhlak mereka sesuai dengan Syariah. Seperti yang dijelaskan oleh pengarang kitab Asysyariah wat Tariqah
الان لباغنا عن النبوة وقرب القيامة صارت البدعة تنتشر وتجسط ظلمها أغلب العلم وأصبحت السنة نادرة وغربية، وأصبحت أنوارها مستورة فشذوا أزركم لاحياء السنن المتروكة ونشر الطوم الشرعية واتخذوا هذا الامر الوسيلة العظمى لحصول على رضاء البارى جل شأنه واعلموا أن فى هذا قرب الجنف المحمدى ايضا فقد ورد فى الحديث الشريف أنه صلى الله عليه وسلم قال : تمسك بسنتي هند فساد امتي فله اجر ماتة الشهيد.
( الشريعة والطريقة ص –  107 دان 108 )
Maksudnya, “ Kini telah menjauh dari kita zaman kenabian dan menghampiri kiamat, maka jadilah bida’ah bertebaran, meliputi seluruh alam kegelapannya mengalah/menutupi alam Dan bermulalah Sunnah menjadi ganjil dan pelik, dan bermulalah cahayanya tertutup. Maka berusahalah dengan sekuatnya untuk menghidupkan Sunnah yang telah ditinggalkan ( oleh kebanyakan manusia) dan sebarkanlah ilmu-ilmu Syariah. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai “ WASILAH” yang utama bagi mencapai Ridha Allah al-Bari Jalla Sya’nuh. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pekerjaan ini adalah menghampirkan ( ajaran Muhammad) yang telah jauh         ( ditinggalkan) Sesungguhnya telah warid dari Hadith Rasul yang mulia Bahawa sesungguhnya Rasulullah s..a.w. telah bersabda “Sesiapa yang berpegang dengan sunnah ku ketika kerosakan        ( merata) di kalangan umat ku maka baginya balasan seratus syahid”. (107 & 108).

Andainya kita memahami pengertian suluk dengan betul pasti kita akan menyukainya bahkan menggalakkannya, jangan difahamkan suluk seperti yang difahami umum terutama oleh mereka yang tidak suka manusia lain menjadi baik, dan menentang usaha menghidupkan sunnah Rasul S.A.W. disaat kerosakan ( akhlak) berleluasa dalam masyarakat. Mereka itu termasuk dalam golongan INKARUS SUNNAH, kecuali Sunnah yang sesuai dengan fikiran mereka.
Maka ditafsirkan Suluk dengan tafsiran yang tidak ada kena mengena dengan suluk yang dilakukan oleh mereka yang benar dalam agamanya. Melalui tafsiran mereka sendiri lalu mereka memfatwakan sebagai sesat atau terkeluar dan syariat Islam atau kafir atau murtad, Sebenamya yang sesat itu adalah suluk yang mereka tafsirkan, bukan suluk mereka yang benar dalam “perjalanannya” dan bersandar pada Sunnah Rasul S.A.W.
Maka mereka berfatwa berdasarkan fitnah, dapatkah diyakini secara Qat’i ( قطعى ) keilmuan seseorang (kadang-kadang berdasarkan penyelidikan pihak tertentu sahaja) yang membuat kajian sebelum sesuatu perkara itu difatwakan? Jika tidak (yakin dengan qot’i berarti kita berhukum berdasarkan, hujjah yang bertaraf Zan (ظن ) Bukankah keterangan yang bertaraf zon (ظن )   tidak boleh mensabitkan hukum (jauh sekali sampai kepada hukum ” HAD “ ) bahkan keterangan yang menjadi dasar fatwa bertaraf waham dan tidak boleh menjadi pegangan dalam agama.
Atau ada yang berpendapat ( berdasarkan fatwa) ia dibolehkan untuk golomgan tertentu dan haram untuk golongan yang selainnya? ( والله أعلم )  Untuk mencapai taraf qat’i hampir kepada mustahil, tetapi keterangan ( hasil kajian ) tersebut harus mencapai kepada taraf “ Baiyiinah “ kalaupun tidak Syahid ( الشاهد ) Ingatlah Firman Allah: al-Buruj: 9.
ان الذين فـتــنوا المؤمنين والمؤمنات ثم لم يتوب فلهم عذاب جهنم ولهم عذاب حريق
Dan mereka yang memfitnah orang-orang beriman lelaki dan perempuan sedangkan mereka tidak bertaubat maka bagi mereka azab dan neraka Jahannam bagi mereka azab yang sangat pedih”.

Dari apa yang disebutkan di atas dapat difahami tujuan suluk adalah untuk menghayati ibadat dan rnenghayati Sunnah dalam pergaulan, mudah-rnudahan ia terikut-ikut dalam kehidupan seharian di luar suluk. Kerana itulah ada adab di luar suluk yang perlu diraikan oleh setiap mereka yang menjalani suluk. Adab itupun adalah sesuai dengan sunnah seperti yang disebutkan di atas tadi. Ianya tak ubah seperti KEM MOTIVASI yang dianjurkan oleh mereka yang pakar dalam ilmu psikologi. Inilah rahsia kejayaan umat terdahulu, Suluk adalah merupakan kem motivasi yang telah disediakan oleh Rasulullah S.A.W, bukan teori saikologi, musuh Islam amat takut usaha menghidupkan kaedah motivasi yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. ini.
Dalarn masa yang sama (suluk) mendidik hati ingat kepada Rasulullah S.A.W. Ingat kepada Rasulullah membawa kita ingat kepada Allah. Sesuai dengan keterangan al-Quran.
الله فاتــبــعونى يحـبـبـكم الله وان كنتم تـحـبـون
Pandang jemaah ……. ingat kehidupan Sahabat ( ikuti adab-adab mereka). Pandang Guru ..... Ingat Rasulullah, bukan guru itu adalah Rasulullah maksudnya ingat akan Sunnahnya yang sama-sama kita berusaha mengamalkan dan hayatinya dalam masa kita bersuluk dan di luar suluk, guru cuba sedaya upaya menghayati kehidupan Rasulullah semampunya dengan sesempurnanya. Bukan memandang guru itu sebagai atau sebenarnya Rasulullah S.A.W. Itulah tafsiran yang dibuat buat atau direka-reka, sedangkan ia jahil dalarn hal tersebut dan di hatinya penuh dengan sifat kebencian dan takbur dalam kebodohan.
Dalam Kitab ( الشريعة والطريقة )  pengarangnya memetikk kata-kata Syeikh al-Islam Husin Ahmad al-Madani sebagai berkata :
 ” Sesungguhnya Syeikh Islam Husin Ahmad al-Madani Rahimahullah menguatkan lagi hujjahnya dalam kitab kitab kecilnya yang banyak menegaskan bahawa maksud yang sebenarnya daripada suluk itu adalah IHSAN, beliau menegaskan dalam sebuah risalahnya iaitu عزز المحترم  Adapun maksud atau tujuan sebenar daripada (makna) dan matlamat suluk adalah LHSAN yakni bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya (Allah). (Al-Hadis). Bermaksud bahawa orang yang salik akan lahir dihatinya( dalam suluknya) pemilikan perasaan yang kuat ( ingatan kepada Allah ) pada peringkat permulaannya dan adapun kesudahannya adalah keredaan Allah S.W.T. (ms. 109).

MENGATASI MASALAH SOSIAL
Kami tidak menentang keruntuhan akhlak dalam masyarakat dengan kekerasan atau menghukum dengan fatwa-fatwa yang tidak jelas, juga tidak hanya melalui andaian akal semata-mata, dengan teori-teori social yang entah dari mana asal-usulnya. Bukan tidak boleh berteori, tetapi dalam perkara dasar yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tidak perlu kepada teori lagi.
Tetapi kami mendekati mereka dan mengajak mereka menghayati Sunnah Rasulullah S. A. W. (zikir). Dengannya hati menjadi tenang ( الا بذكر الله تطمئن القلوب )  mudah-mudahan lahirlah insan yang baik akhlaknya.
Kenapa harus kita halang perkara yang baik ini, akibatnya nanti Method Motivasi yang bersumberkan agama kita akan hilang atau bercampur aduk dengan kebatilan kerana kita tidak pernah ambil peduli atau menjaganya bahkan berusaha menghapuskannya.
سبــحان اللــه
Kami membantu pihak pemerintah mengatasi masalah sosial (secara tidak langsung) setakat yang termampu. menghayati kehidupan berumah tangga, berjiran bersahabat di dalam suluk dan di luar suluk seboleh-bolehnya sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat R.H.
Persilakan membuat kajian mengenai amalan suluk dan tujuannya secara ‘adil dan ikhlas, berpandukan al-Quran dan Hadith, Athsar Sahabat, Tabi’in dan Tabi’it  Tabi’in.
Selalunya orang akan bertanya masalah tidak sembahyang Jumaat, polimik persoalan ini sudah lama dilakukan, dan sudah banyak jawapan yang diberikan, Syeikh ‘Abdul Somad al-Palimbani dalam SAIRU AS-SALIKIN ( سير السالكين ) Hujatul Islam  al-Imam al-Ghazali menjelaskannya dalam HIDAYAH AS-SALIKIN ( هـداية السالكين )

Jelasnya ia adalah pekara khilafiah dikalangan ‘AIim Ulamak dalam Fekah dan Furu’iyah. ( orang yang bersuluk tidak menafikan wajib Jumaat keatas lelaki muslim yang cukup syarat-syaratnya, Cuma berbeza dalam perlaksanaannya semasa suluk ). Kalau begitu kenapa kita harus bersikap terlalu keras keatas yang tidak sependapat dengan kita? Itu bukan sikap Salafiah yang tidak meraikan pandangan orang lain walaupun ada sandaran Syaraknya...
Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sangat memuliakan Rasulullah S.A.W dalam seluruh kehidupan, setiap sesuatu yang dikatakan dari Rasulullah S.A.W kita terima sebagai kebenaran. Jika ianya bertentangan dengan akal kita tetapi itulah kehendak syarak maka wajib kita taat, andainya perkhabaran darinya dianggap lemah        ( dari sudut sanadnya), dan terdapat khabar yang lebih sohih, hendaklah berpegang dengan yang sohih atau asoh ( dan meraikan yang dianggap lemah. Begitulah dengan yang lainnya.
Jikalau perkhabaran itu dianggap maudhu’ atau perkhabaran palsu   ( tetapi tidak bercangah dengan zahir syarak - yakni dalam pekara harus bukan yang haram atau syirik) raikannya sebagai pesanan yang baik seperti perkhabaran Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”, Perintah menuntut ilmu sudah jelas wajibnya di sisi syarak. yang jadi masalah, tempatnya “negeri China”. Saya ingin bertanya. adakah belajar di negeri China itu dilarang oleh syarak? Kalau ianya tidak dilarang, apa masalahnya dengan perkhabaran tersebut, cuma janganlah ditahkikkan sandarannya kepada Rasulullah S.A.W, kerana sudah jelas ia bukan perkhabaran dari Rasulullah S.A.W, itulah adab kita dengan Rasulullah S.A.W,  tetapi yakinlah bahawa kebaikan itu adalah salah satu “WAJAH” Rasulullah S.A.W,  andainya perkhabaran itu baik ia termasuk dalam wilayah kebaikan, ( لايتمثل الشسطان بي )  atau ia sebagai penggalak atau perangsang kepada usaha menuntut  ilmu yang sememangnya dituntut. Jika sikap ini ada dalam diri seseorangn ia akan berakhlak dengan akhlak yang baik dan mematuhi pemimpin atau pemerintah, walaupun bukan semua yang dibuat oleh pemerentah, tetapi haram bagi kita menjatuhkannya dan menghuru-harakan Negara tegurlah mereka dengan nada yang mereka suka selagi tidak membelakangkan syarak. Kalau nasihat tidak didengari. maka bukan kewajipan kita memaksa penguasa patuh kepada pendapat kita, serahkan urusan itu kepada Allah sebagai pemilik kita semua. 
Tajuk di bawah ini..ada berkaitan..InsyAllah...

 Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali 1059 M/ 450 H - 1111 M / 505 H : ILMU LADUNI.


Kulit Buku " ILMU LADUNI"...oleh ABU HAMID MUHAMMAD AL GHAZALI.


 Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 7.


Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 8.


Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 9.

Begitulah al-Imam al-Ghazali hidup beramal dengan cara "bertapa" selama 10 atau 11 tahun. Pada masa inilah jiwanya yang ragu menjadi tenang dan beliau mengetahui bahawa jalan tasawuf itulah jalan yang benar. Dalam tempoh ini beliau boleh dikatakan sebagai golongan wali Allah..hidup selepas kira kira 500 tahun kemudian daripada Hijrah Nabi Muhammad Saw. Benarlah Rosul dan Nabi...memang tiadak ada lagi...namun golongan wali Allah dan alim ulamak..warisatul anbia' tetap ada hingga hari Qiamat. 

Komen RASAkkb..KERUINGku VOICE.

Pada saya perkataan "bertapa" itu tidaklah tepat...boleh digantikan dengan perkataan "bersuluk" dalam amalan orang yang bertariqat. Maka bukan semua tariqat itu SESAT. Harap pihak pihak yang suka memBORONG semua tariqat SESAT..dapatlah memberikan penjelasan terhadap...amalan Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali ini...kerana karangan beliau Kitab Ihya' Ulum al Din atau al Risalah al Ladunniyyah...menjadi kitab rujukan tersohor juga dalam pengajian ilmu ilmu Islam.


Riwayat Hidup Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali...ms 10.

Sunday, 15 May 2011

Masjid-Masjid Terapung...edaran dadah Asia Tenggara.

SUMBER :http://ustaznaim.blogspot.com/2011/05/masjid-masjid-terapung.html
Masjid-Masjid Terapung yang indah dan begitu artistik senibinanya



1. Masjid Di Jeddah


2. Masjid Terapung Dubai

3. Masjid Selat Melaka


4. Masjid Tengku Tengah Zaharah, Trengganu


5. Masjid Tanjung Bungah



6. Masjid Raya, Indonesia



7. Masjid Haj Ali, Mumbai , India

Posted @ www.isuhangat.net




Aliran dadah ke Malaysia (Lihat dadah masuk dari negara mana?)


Belanjawan yang 'terpaksa' ditanggung kerajaan untuk penagih

Note: Jika dulu Syarikat Hindia Timur (British) menggunakan candu (dadah) untuk mengkhayalkan orang China yang mereka jajah. Adakah strategi yang sama digunakan untuk merosakkan anak muda Melayu di negara ini? 

Jangan nak salahkan bangsa lain...sedangkan bangsa Melayu yang mengawal pasukan berUNIFORM..polis, kastam, imigresyen, rela, tentera...kawal sempadan darat dan laut...kenapa Melayu ...terutama di Felda jadi pengedar dan penagih dadah..???

Suroh Al Fatihah..Cinta Dunia Takut Mati.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (1)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (2)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِِ (3)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلۡدِّينِ (4)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (5)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (6)
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلاَ ٱلضَّآلِّينَ
(7)
SUMBER : http://dilemaduniaislam.blogspot.com/2011/02/cinta-duniatakut-mati.html


CINTA DUNIA,TAKUT MATI

Rasulullah s.a.w. bersabda, 


"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”.

 Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”

Komen blogger : Yang dikatakan DUNIA itu..bila kita TIDAK ingat / tidak ZIKIR pada Allah Swt..SOLAT pun jadi DUNIA.. jika kita LALAI kepada Allah Swt..Neraka WAIL untuk orang yang lalai dalam solat...apatah lagi yang TIDAK SOLAT..
Buang air dalam tandas..tidak jadi amalan DUNIA..jika kita patuhi SYARI'ATnya..

Hadis riwayat Abu Daud

"YA ALLAH, JADIKAN AKU DAN KELUARGA KU SENTIASA INGAT PADA MU YA ALLAH"




Saturday, 14 May 2011

Ringankan BEBAN dunia...menuju AKHIRAT.


***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan
"Dan demikian (pula)Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Al-Baqarah: 143)



***
SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: “Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana.”



Teringat saya kata-kata hikmat yang ditulis oleh seorang ahli pondok: “Walau banyak mana pun harta yang kamu kumpulkan di muka bumi ini, suatu hari nanti akan musnah jua hartamu itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi. Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di muka bumi ini, maka suatu hari nanti kamu tetap akan diazab dalam perut bumi.”



Beliau melanjutkan dengan berkata: “Walau bagaimanpun kamu berlagak dan bertakabur di atas muka bumi ini, suatu hari nanti kamu tetap akan dihina dalam perut bumi. Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan minum minuman haram, suatu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.”



Ya, sesungguhnya jarak masa kehidupan sekarang ini (berada di atas bumi) dengan berada di bawahnya (memasuki kubur) tersangat dekat, tetapi kebanyakan orang tidak mempedulikannya, mereka dibuai kelekaan untuk memperbanyak habuan dunia seperti harta benda, pangkat dan kuasa. Dalam mengejar impian ini, mereka tidak peduli sama ada perlu memijak kawan dan juga lawan malah sehingga sanggup menikam kawan dari belakang termasuklah melakukan fitnah. Hal inilah yang berleluasa sekarang ini.



Seorang bijak pandai pula mengandaikan perjalanan kehidupan ini bagaikan kembara ke puncak gunung. Di kaki gunung (sebelum memulakan pendakian), tentulah beban kita banyak (misalnya makanan, minuman dan pelbagai peralatan) tetapi semakin tinggi dakian kita, bebanan semakin berkurangan kerana sebahagian makanan sudah dihabiskan sehinggalah sampai ke puncak gunung beban dipikul hampir habis; tetapi hal sebaliknya berlaku kepada sebahagian besar manusia.



Selain memikul bebanan yang berat, mereka mengutip sisa-sisa di sepanjang laluan menjadikan perjalanan mereka semakin lama semakin sukar. Mereka sendiri menggalas beban yang tidak diperlukan malah ada yang memikul peti sejuk untuk ke puncak gunung yang bersalji. Cuba kita teliti kehidupan kita, apakah kita sudah rasa memadai dengan apa yang kita ada? Malah ada hadis yang menyebut jika kita ada dua buah lembah emas, kita rasa itu tidak memadai, kita mahu lembah ketiga dan seterusnya.



Demikianlah perjalanan kehidupan yang meletihkan. Peluang hidup disia-siakan, dihabiskan semata-mata bagi mengumpul harta, dinar dan emas perak yang semuanya tidak laku apabila sampai di puncak gunung nanti (matilah).



Apabila emas, perak, pangkat dan kuasa menjadi buruan, berleluasalah gejala sosial yang maha hebat sekarang ini. Masyarakat sudah teruk, bahana keruntuhan institusi keluarga sudah dirasai dengan meningkatnya kes bunuh, bunuh diri, penderaan, zina, pembuangan bayi dan aneka maksiat lain.



Itulah kawan fikir saya pada majlis tasawuf berkenaan berkata, semakin meningkatnya usia kita yang menghampiri kematian, kurangkanlah sedikit demi sedikit kelazatan dunia sebaliknya tingkatkan amalan ke alam sana sehingga apabila hampir ‘yakin’ (mati), dunia dapat kita tinggalkan dengan reda dengan keberuntungan akhirat seolah-olah sudah memanggil-manggil kita!

by 
Sekadar hiasan.
Saya petik:
[SH] KULAIJAYA – Sepuluh remaja bawah umur termasuk empat perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam berhubung kes mencabul kehormatan dan rogol seorang remaja berusia 13 tahun.

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan berusia 15 tahun dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol remaja berusia 13 tahun itu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di bawah jambatan kereta api di Batu 21, berhampiran stesen hentian kereta api di sini, 1 Mei lalu.

Manakala dua remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa itu dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencapai sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan terhadap ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret, Zainon Anuar dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun ini.

Sementara itu, tujuh lagi remaja yang terbabit diletakkan di bawah perlindungan dan pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa berkenaan ditemani rakan-rakannya untuk bertemu dengan teman lelaki yang baru dua hari menjalin hubungan cinta dengannya pada malam kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dirogol oleh teman lelakinya sebaik sahaja tiba di tempat kejadian dan turut dicabul oleh rakan-rakan teman lelakinya itu.

P/s: Pembaca DCM yang mempunyai anak remaja, sila ambil perhatian. Mahiaddin hanya bimbang pelajar sekolah menjadi gemuk, jadi anda perlu sentiasa mengawasi anak-anak sendiri! 

PAHLAWAN ISLAM...salahuddin-al-ayubi.


Kisah tokoh terbilang ini sangat terkenal dikalangan seluruh umat yang cintakan kepimpinan Islam. Keperibadiannya, ketokohannya cukup melambangkan dia seorang guru, panglima dan hamba Allah yang terpilih untuk kita jadikan ikutan. Kini makamnya terletak di belakang Masjid Umawi, Syria.

Siapakah yang bakal menggantikan tempat beliau pada zaman kita sekarang?
Aku sempat mengambil sedikit maklumat ringkas yang ditulis oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM) dari laman sesawang. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Wednesday, 11 May 2011

CIRI-CIRI ORANG YANG BERMAKRIFAT.




YANG SUCI FAHAM DAN LUAS ILMU
CIRI-CIRI ORANG YANG BERMAKRIFAT
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu
Terjemahan  Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 


Maka iaitu dalam demikian itu(anugerah dan tegah) berkenalkan Diri-Nya kepadamu dan menghadapkan dengan keadaan Sayang-Nya atas mu.
Keterangan Suluk


Setelah difahami dengan sejelasnya akan hakikat sebenarnya di sebalik sesuatu anugerah dan tegah sebagaimana yang telah dibincangkan dalam beberapa keterangan yang lalu,  maka sedarilah kita bahawasanya tujuan sebenarnya kurnia dan tegah itu adalah kerana Dia(Allah) ingin memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya.  Kenal...... sama ada dengan pengenalan mahu pun dengan penyaksian diri.    Dibawa dirimu dengan keadaan Sayang-Nya kepadamu supaya diketahui,  dikenali atau disaksikan betapa Agung dan betapa  Maha Tinggi-Nya Ketuhanan Allah yang dengan segala sifat-sifat-Nya Yang Maha Sempurna yang terzhohir melalui/di sebalik Anugerah dan Tegahan dari-Nya.
Untuk itu,  hendaklah difahami bahawasanya Dia(Allah) dalam menyatakan Tajali-Nya kepadamu,  bisa datang dalam pelbagai wajah dan bentuk,  supaya disaksikan yang banyak dalam yang satu dan yang satu dalam yang banyak.  Tidak ada bezanya,  dan tiada sedikitnya diskriminasi,  hanya yang ada Keesaan dan Kesatuan Zat Allah yang bersifat dengan segala sifat-Nya  Yang Jalal dan Jamal.  Selebih-lebih  keterangannya berkaitan dengan perihal ini  ialah dengan memasuki bidang rasa dan bidang hal yang tidak mampu untuk tafsirkan walaupun dengan susunan kata yang berjelujur.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis


Maka sayugianya bagimu hai hamba,  bahawa jangan engkau perbezakan antara keduanya jikalau engkau kehendaki akan makrifat Tuhanmu;  dan tiada diperhamba-Nya akan dikau akan kasih bagi bahagian nafsumu.

Keterangan Suluk


Dengan keterangan di atas,  maka bertemulah kita dengan petunjuk kepada apa yang dicari-cari oleh mereka yang ahli ilmu,  ahli amal,  ahli mujahadah,  ahli zikir,  ahli suluk,  ahli thoriqat dan yang lain-lainnya.   Makrifat akan Tuhan-Nya itulah titik akhir pencarian mereka.  Maka untuk itu wahai ahli-ahli ilmu,  wahai ahli-ahli amal,  ahli-ahli zikir dan yang lain-lainnya;
Sedarilah jika engkau ingin mendapatkan makrifat akan Tuhanmu itu,  maka wajib bagimu(di sisi ahli sufi),
  • tidak membeza-bezakan antara kurnia dan tegah,
  • tidak liar dan jinak dengan kehadiran kedua-duanya,
  • tidak memandang dan menilik kepada bentuk-bentuk habuan atau musibah,
  • tidak terpinga-pinga dengan kehadiran Warid dan Tajali-Nya,

tetapi bahkan pandanglah dan syuhudlah kepada Keesaan dan Keagungan Sifat-Sifat,  Zat Ketuhanan Yang Wajibal Wujud.   Inilah pandangan dari hati yang punya Makrifat;  tidak memandang dan  membeza-bezakan bentuk-bentuk yang datang,  Tidak terpengaruh dengan rupa dan wajah yang terzhohir tetapi bahkan menyatukan segala sesuatu dalam Lautan Keesaan Tuhan.


Dengan memiliki pandangan yang berMakrifat ini,   maka lepas bebas dan merdekalah diri engkau daripada  sujud dan memperhambakan diri kepada keinginan hawa nafsumu.

Sebenarnya,  suka dan duka kepada kurnia  dan tegah itu,   adalah daripada feel dan sifat orang-orang yang terhijab dan terdinding daripada memandang Esa Ketuhanan-Nya Allah.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis


Maka barangsiapa berasa sakit dengan tegah,  maka iaitu mahjub;  dan barangsiapa melihat dalamnya(tegah sebagai) kurnia,  maka iaitu kepadanya tiada mahjub.  Dan hanya sahnya diperoleh demikian itu daripada suci fahamnya dan luas ilmunya.

Keterangan Suluk


Keterangan di atas adalah untuk memperihalkan berkenaan hal-ahwal ahli-ahli Mahjub(yang terdinding daripada melihat hakikat).   Antara contoh orang-orang yang mahjub(terhijab dari memandang hakikat) ialah mereka yang berasa sakit dengan sesuatu tegah.
  • Tidak senang dengan kedhoifan dan kekurangan diri dan ingin sekali kepada kekuasaan dan kelebihan di sisi manusia,  maka ini Ahli Mahjub;
  • Tidak senang dengan kesusahan dan kesakitan dan senang sekali dengan kemudahan hidup dan keselesaan diri,  maka ini Ahli Mahjub;
  • Tidak senang kerana tidak kesampaian sesuatu hajat(seperti harta,  anak,  ilmu,  keramat  dsb) dan ingin sekali setiap cita-cita dan impian hidup tercapai,  maka ini pun dari golongan ahli Mahjub;
  • Liar apabila kedatangan bala dan musibah,  tetapi jinak hati dengan sesuatu nikmat,  maka ini pun ahli Mahjub juga.

    • Termasuk juga di sini,  melenting apabila diri dikritik,  senang apabila idea/pandangan ilmu diikuti
    • menyalahkan orang itu dan orang ini semasa musibah,  tetapi menyabitkan kelebihan diri bila kedatangan nikmat.

Sebaliknya pula,  sesiapa yang melihat di dalam tegahan itu sebagai satu kurnia dari Allah Taala,  maka mereka inilah yang layaknya dipanggil Ahli Makrifat atau Ahli Hakikat yang tiada mahjub(terdinding) untuk Menyaksikan Keesaan Tuhan-Nya Yang Maha Meliputi..


Dan sesungguhnya tidak akan dapat menyedari dan menyaksikan akan lautan Keesaan Tuhan itu melainkan pada mereka yang telah suci fahamnya dan luas ilmunya.
  • Suci fahamnya dengan maksud,  kefahaman yang hasil daripada kesedaran jiwa untuk mengenali hakikat Ketuhanan Allah yang tidak bersandarkan kepada sebarang ilmu,  mana-mana makhluk,  dan apa-apa dalil atau burhan.
  • Luas ilmunya dengan maksud,  meliputi segala pengetahuannnya  dari yang zhohir kepada yang batin,  dari yang yang rendah kepada yang tinggi,  dari awal kepada yang akhir,  dari yang satu kepada yang banyak,  dan dari yang banyak kepada yang satu,  dari Yang Qadim kepada yang baru.

Jika mereka berdalil pun,  mereka akan berdalil dengan sesuatu yang Qadim(Allah),  bukannya dengan sesuatu yang baru(Alam).  Keluasan ilmu mereka bukanlah dengan Pengajian Insani tetapi hasil dari Pengajian Rabbani,  di mana  segala apa yang dimiliki dan yang diperihalkan adalah semata-mata dengan bersandar dan berpegang kepada Allah Taala. 
  Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis


Dan kata Ibrahim Al-Khowas ra.;
Tiada ada fakir hingga ada dalamnya dua perkara.
  • Pertama, berpegang kepada Allah dan
  • Kedua,  syukur kepada Allah bagi barang yang diperoleh daripada dunia.
Keterangan Suluk


Fakir sebagaimana maksud di atas bukanlah ia bermaksud fakir miskin yang tiada harta benda dan wang ringgit,  tetapi ianya adalah merujuk kepada seorang hamba yang lepas bebas daripada sebarang kehendak,  keinginan dan pergantungan melainkan kepada Allah semata-mata.  Tidak cenderung kepada usaha memperolehi sebarang  anugerah kurnia dan tidak pula liar dengan apa-pa tegahan yang datang bahkan memiliki hati yang sentiasa jinak dengan Allah Taala.
Tiada seorang fakir itu dikatakan fakir yang hakiki melainkan dari mereka yang punya sifat sebagaimana berikut;
  • Pertama, Apa yang mereka mahukan,  ialah Allah Taala;
    • dengan berjinak hati kepada Allah,
    • sentiasa bersandar dan berharap hanya kepada Allah,
    • melakukan sesuatu amal kebajikan kerana Allah semata-mata
      • bukannya kerana itu atau ini,
      • atau kepada itu atau kepada ini,
      • atau untuk itu atau untuk ini;
    • yang menunjukkan mereka itu hanyalah berpegang dan bergantung kepada Allah semata-mata.
  • Kedua, Sentiasa bersyukur dengan sentiasa memandang kepada Yang Memberi(Allah),  bukannya kepada apa yang diberi dan siapa yang memberi daripada apa-apa nikmat keduniaan yang dikurniakan kepadanya.


Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis


Dan kata  mereka itu(sufiah);
Setengah daripada alamat dihinakan Allah bagi hamba itu [ialah] disampaikan segala hajatnya dalam negeri dunia ini dengan segera.


Keterangan Suluk


Keterangan di atas boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan penting untuk seseorang yang masih banyak melekat pandangan hatinya kepada nikmat-nikmat keduniaan.
  • Tidak semua kesenangan,  kemudahan dan keberhasilan maksud yang dihajati itu menunjukkan ianya sebagai satu Anugerah Nikmat pemberian dari Allah Taala.
  • Tidak semua keistimewaan diri yang diperolehi itu menunjukkan diri telah dimuliakan oleh Allah Taala.
  • Tidak semua kemasyhuran dan kelebihan ilmu atau kelebihan amal,  atau ramainya pengikut-pengikut menyatakan ianya sebagai sesuatu yang Allah muliakan,

tetapi ketahuilah ianya mungkin boleh menjadi tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu sedang dihinakan dengan segera di dunia ini.


Bagaimana mungkin akal yang tumpul atau mata hati yang buta dapat menerima kenyataan di atas sebagai sesuatu yang menghinakan sedang diri sentiasa dikunjungi,  dimuliakan,  kata-kata sentiasa dipatuhi,  hajat permintaan sentiasa dikabulkan???.  Sebenarnya seseorang yang sentiasa dipenuhi hajat dan cita-rasanya akan mudah untuk cenderung kepada tilikan dan pandangan kepada dirinya,  malahan mungkin terjerumus kepada perhambaan dan pergantungan kepada masyiwallah(sesuatu selain dari Allah seperti makhluk,  kekeramatan dsb),   yang akan membenihkan sifat-sifat sombong,  ego,  takkabur,  ujub,  riya dan lain-lain sifat-sifat yang hina secara tersembunyi .

Berlainan dengan seseorang yang sentiasa ditegahkan hajatnya,  sentiasa merendahkan diri,  bertaqarrub kepada Allah  dan mengharapkan keredhoaan dari Allah semata-mata.  Inilah hal-ahwal hamba-hamba yang diberikan kemuliaan yang disegerakan di dunia ini.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Maka barangsiapa mengetahui daripada-Nya lain daripada barang yang telah tersebut itu,  maka sanya memberi sakit akan dikau itu tegah kerana ketiadaan faham engkau daripada Allah Taala dalamnya.

Dan jikalau faham engkau,  nescaya engkau puji akan Dia atas tiap-tiap  hal;  dan barangsiapa mengetahui akan Allah  mengasih padanya dan menganuherahi atasnya dan sangat menyayang padanya,  maka tiadalah mengapa barang yang dihadapkan kepadanya.


Keterangan Suluk


Sesiapa yang memahami anugerah dan tegah itu mengikut pandangan dan kefahaman kebanyakan manusia yang tidak punya cahaya makrifat,  maka kesannya ialah akan merasa sakit dan susah dalam menerima sesuatu tegahan dan ketidaksampaian hajat dan keinginan.  Mereka akan menilai sesuatu itu mengikut kefahaman yang tohor dan dangkal.  Ini adalah kerana mereka tidak punya pandangan dan kefahaman yang menembusi kepada wujudnya sifat-sifat Allah di dalam tiap-tiap sesuatu yang mendatangi.

Berlainan dengan seseorang yang punya kefamanan yang suci dan luas ilmunya,  yang hasil dari makrifatullah,  nescaya mereka akan memuji dan bersyukur kepada Allah di atas tiap-tiap hal sama ada susah atau senang,  bala atau nikmat,  tegah atau kurnia.  Ini adalah kerana pada mana-mana hal yang datang itu menunjukkan wujudnya perhatian dan tilikan serta anugerah Allah kepadanya.

Dan barangsiapa yang mengetahui dan menyedari bahawa Allah Taala sentiasa mengasihinya dan sentiasa melimpahkan anugerah kurnianya walaupun tanpa dipinta serta sangat menyayangi padanya melebihi kasih sayang ibu-bapa,  maka samalah padanya kurnia dan tegah,  susah dan senang,  bala atau nikmat.  ada atau tiada,  puji atau maki  yang menunjukkan tidaklah dikisahkan barang apa yang dihadapkan kepadanya.   Hal dirinya ialah sentiasa bersyukur dan memandang kepada Allah Taala.
  • Syukur dalam kurnia,
  • Syukur dalam tegahan,
  • Syukur dalam susah,
  • Syukur dalam senang,  dalam bala,  dalam nikmat,
  • Syukur sewaktu ada dan sewaktu tiada,
  • Syukur pada maki dan puji manusia.

Dengan kerana ini,  Tok Pulau Manis melanjutkan syarahannya dengan mendatangkan ....................

Kata Sheikh Abu Osman Al-Magribi ra.;
Bermula segala makhluk itu sekelian mereka itu serta Allah dalam maqam Syukur dan menyangka mereka itu bahawasanya mereka itu dalam maqam sabar.

Keterangan Suluk


Memang sepatutnya semua makhluk itu sentiasa berada dalam Maqam Syukur sekiranya mereka sentiasa memandang kepada Yang Memberi bukan kepada apa yang diberi.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis


Dan kata mereka itu(sufiah);
Tiadalah sempurna faqir itu hingga ada menilik Allah baginya dalam tegah itu afdhal daripada tilikan kurnia-Nya.

Keterangan Suluk


Dengan kata lainnya,  kata-kata sufiah di atas boleh ditegaskan sebagai;

Faqir yang sempurna atau Ahli Makrifat yang sejati itu ialah mereka yang lebih suka untuk menilik dan memandang Allah Taala dalam waktu tegahan melebihi kesukaannya untuk menilik Allah sewaktu mendapat sesuatu kurnia dari Allah Taala. 
 
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis


Dan setengah daripada segala wajah kurnia dalam tegah  dan tegah dalam kurnia itu bahawasanya Allah Taala...........


Terjemahan  Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 


Terkadang dibukakan bagimu pintu taat dan tiada dibukakan bagimu pintu Qabul.  Maka dihukum denganmu dosa.  Maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya,  kerana bahawasanya orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya,  kerana bahawasanya orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka jadilah ia menyesal  dan Ihtiqar dirinya.  Maka adalah demikian itu sebab dalam sampaimu.
Keterangan Suluk


Bersambung lagi dalam pengajian yang berikutnya di bawah tajuk   Memahami Kepada Segala Hakikat
 


[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya

Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar