Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus
DUA minggu lalu saya menulis mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka. Rupa-rupanya isu ini masih belum lagi selesai sehingga ke hari ini.
Ada yang dengan nada sinis menyuruh menutup mulut orang bukan Islam daripada menyebut kalimah mulia tersebut.
Sebenarnya mereka ini tidak memahami isu sebenar. Perkara yang perlu ditegah bukanlah kepada bukan Islam menyebut kalimah Allah tersebut tetapi menyebut kalimah mulia itu bagi merujuk kepada agama bukan Islam.
Pada minggu ini, saya merasa terpanggil untuk meneruskan tulisan saya dalam isu ini bagi menzahirkan apakah sebenarnya yang perlu dilakukan berdasarkan isu yang ditimbulkan ini.
Ada juga yang mempertikai lagu-lagu rasmi negeri juga menampilkan lirik yang menyebut kalimah Allah dan perlu juga dipinda. Ini juga merupakan pandangan yang menyongsang daripada apa yang diperkatakan.
Dalam lirik lagu rasmi kebanyakan negeri disebut kalimah Allah itu sebenarnya bagi merujuk kepada Allah yang Maha Esa. Tiada salahnya lirik tersebut walaupun ia dinyanyikan oleh orang bukan Islam. Ini adalah disebabkan Islam adalah agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan di kesemua negeri di Malaysia, melainkan Sarawak, Islam juga merupakan agama negeri.
Persoalan di sini bukanlah bagi orang bukan Islam menyebut kalimah Allah tetapi polemik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama bukan Islam.
Bukan juga menghalang orang bukan Islam membaca dan mengkaji al-Quran yang penuh dengan nama-nama Allah tetapi menyebut Allah dalam erti kata yang sebenar.
Adalah mustahil dengan hanya nyanyian lagu-lagu tersebut orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam. Persoalan ini sebenarnya tidak pernah timbul dan sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.
Penulis amat bersyukur apabila Majlis Syura PAS pada 13 Januari lepas telah membuat keputusan sebulat suara bahawa kalimah Allah adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
Oleh yang demikian, menterjemah kalimah God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
Keputusan ini juga sebenarnya menguatkan lagi saranan Sultan Selangor berkaitan dengan perkara yang sama. Penulis juga menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor yang begitu proaktif di dalam isu ini dan lantang menitahkan sedemikian bagi menjaga akidah umat Islam.
Majlis-Majlis Agama Negeri-Negeri dan para Mufti juga telah memainkan peranan aktif di dalam segala tindakan berkaitan dengan isu ini. Begitu juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dianggotai oleh beberapa NGO seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muafakat, ISMA, Pembina dan banyak lagi.
Keputusan Majlis Syura itu juga sebenarnya menyanggah tohmahan segelintir golongan yang mengatakan isu ini dibangkitkan untuk populariti pihak tertentu. Isu ini adalah isu akidah dan umat Islam tidak kira daripada kelompok manapun perlu bersatu menanganinya bersama.
Penulis amat berharap isu ini tidak dijadikan agenda politik mana-mana pihak tetapi bersama-sama memperjuangkan isu ini agar tindakan dapat diambil sewajarnya.
Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar
(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 18 Jan: Mahasiswa perlu berani ke depan menyatakan pendirian dan pendapat berhubung kebobrokan sistem pendidikan negara, kata aktivis mahasiswa, KS Bawani.
Menurut beliau, mahasiswa harus berfikiran terbuka, bukan sekadar hanya pandai mengangguk.
Mahasiswa perlu bangkit dan tidak boleh takut untuk bersuara. Sistem pendidikan yang memperbudakkan mahasiswa sehingga menjadi robot yang menidakkan kebebasan untuk menyatakan pendapat perlu diubah.
“Apa yang saya lakukan tempohari bukan untuk menjadi hero atau sengaja bertindak kurang ajar. Ia lahir atas rasa kesedaran dan tanggungjawab saya untuk menyatakan pandangan selepas moderator, Sharifah Zohra (Jabeen Syed Shah Miskin) mengecam penglibatan mahasiswa dalam politik serta keperluan pendidikan percuma pada negara,” katanya.
Beliau berkata pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), pagi tadi.
Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, tiga isu penting yang perlu dititikberat mahasiswa generasi kini adalah kebebasan bersuara, meneutralkan universiti dan menuntut pendidikan percuma.
“Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara, perkara 10 menyebut seseorang rakyat bebas menyatakan pandangannya.
“Jadi suara mahasiswa perlu didengar kerana ia bukan saja terkandung dalam perlembagaan tapi ia adalah prinsip asas dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
“Pemerintah juga perlu ingat, mahasiswalah yang akan memimpin negara di masa akan datang,” katanya.
Tambah beliau, universiti harus diberikan autonomi dan terikat dengan mana-mana parti,” kata Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu.
“Ikatan dengan kerajaan terutamanya elit pemerintah (Umno BN) yang sering melakukan program mendoktrinasi dan membodohi pelajar akan melahirkan mahasiswa yang tidak matang fikirannya,” kata Bawani.
“Manakala pendidikan pula adalah keperluan asas untuk semua, kerana itu ia perlu diberikan percuma.
“Pendidikan bukan komoditi, maka ia tidak boleh diniagakan atau dijadikan sumber perniagaan,” tegas Bawani yang juga Pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).
Turut hadir, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Wan Farel; Setiausaha Ameerah Muslimat PAS, Nurul Syuhada Shuib; wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan dan pimpinan mahasiswa lain.
Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..