Kenyataan Media
Sembilan orang anggota Hizbut Tahrir
Malaysia (HTM) telah ditahan oleh pihak polis semasa melakukan konvoi
berkereta di sekitar Muar, Johor semalam (11/03/2017). Mereka ditahan di
Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar bersama dengan enam buah kereta yang
mereka naiki yang ditampal dengan pelekat yang tertulis “Demokrasi
Sistem Gagal, Khilafah Solusi Tunggal”.
Konvoi tersebut dilakukan oleh
Hizbut Tahrir sempena memperingati 93 tahun kejatuhan Khilafah iaitu
pada 3 Mac 1924 dan bertujuan menjelaskan kepada umat Islam bahawa
sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia khususnya dan di dunia Islam
umumnya, sejak kejatuhan Khilafah, telah gagal dan satu-satunya solusi
kepada permasalahan umat Islam ialah dengan kembali menegakkan Negara
Khilafah, yang mana Al-Quran dan Al-Sunnah akan diterapkan sebagai cara
hidup kita dalam semua aspek.
Kesembilan orang yang ditangkap itu
telah ditahan lokap semalaman sebelum dibawa ke mahkamah Majistret Muar
hari ini untuk direman. Mahkamah memberikan perintah reman selama empat
hari ke atas mereka bermula hari ini (12/03/2017).
Cubaan peguam untuk
berjumpa dengan mereka tidak dibenarkan oleh pihak polis. Difahamkan
yang mereka ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen
505 Kanun Keseksaan, Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984.
Penahanan ini terjadi setelah baru-baru ini
empat orang anggota HTM didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat atas
kesalahan menghina pihak berkuasa agama di Selangor kerana bertindak
bertentangan dengan fatwa yang mengharamkan Hizbut Tahrir. Sebelum itu,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak mengenakan sekatan
undang-undang ke atas laman sesawang HTM dan semua laman sesawang Hizbut
Tahrir di seluruh dunia.
Inilah “kebebasan bersuara” yang
diamalkan dan diagung-agungkan di bawah sistem demokrasi di Malaysia!
Suara-suara untuk mengembalikan semula sistem Islam di bawah Khilafah
disekat habis-habisan, manakala suara-suara yang menyeru kepada
sekularisme, liberalisme, pluralisme, LGBT, termasuk suara-suara yang
menghina hukum-hukum Islam oleh golongan-golongan tertentu, dibiarkan!
Aktiviti-aktiviti keIslaman yang dijalankan oleh Hizbut Tahrir ditekan
dan disekat dengan pelbagai cara, manakala aktiviti-aktiviti jenayah dan
kemaksiatan seperti rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pimpinan
negara, kewujudan pusat-pusat perjudian, kilang-kilang arak,
konsert-konsert nyanyian yang meruntuhkan akhlak, aktiviti khurafat para
bomoh yang dilakukan secara terbuka, pertandingan ratu cantik,
gengstarisme, jenayah ragut, rogol, penculikan dan lain-lain, masih
terbiar dan ada yang sengaja dibiarkan!
Nampaknya sekarang ini mengatakan
“sistem demokrasi gagal” telah menjadi satu jenayah di Malaysia! Dan
lebih buruk, menyatakan Khilafah sebagai satu-satunya solusi bagi umat
Islam, juga merupakan satu jenayah!
Walhal lisan mulia Rasulullah (saw)
telah menjelaskan bahawa pemimpin bagi umat Islam ialah Khalifah dan
negara bagi umat Islam ialah Khilafah, yang dengan izin Allah (swt) akan
kembali menaungi dunia tidak lama lagi, setelah berakhirnya zaman
kediktatoran sekarang. Menyampaikan apa yang telah disampaikan melalui
lisan mulia Rasulullah (saw) kini telah dijadikan oleh PDRM dan kerajaan
Malaysia sebagai satu jenayah!
Wahai mereka yang memiliki kekuasaan!
Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir tidak akan berhenti daripada menyatakan
bahawa sistem demokrasi merupakan sebuah sistem kufur lagi gagal, yang
datangnya dari Barat dan haram untuk umat Islam mengambilnya,
menerapkannya dan menyebarluaskannya.
Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir
tidak akan berhenti daripada menyampaikan Islam dan menyerukan serta
berusaha menegakkan Khilafah kerana Khilafah merupakan satu-satunya
solusi untuk umat Islam bagi menggantikan sistem kufur demokrasi yang
rosak lagi merosakkan yang berasal dari Barat ini.
Wahai mereka yang memiliki kekuasaan!
Anda boleh menangkap berapa ramai anggota Hizbut Tahrir sekalipun,
tetapi anda sekali-kali tidak akan dapat menghentikan usaha dakwah ini,
apatah lagi untuk menyekat kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah yang
sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir, yang telah dijanjikan oleh
Rasulullah (saw).
Ingatlah bahawa anda boleh memilih untuk menghalang
usaha dakwah Hizbut Tahrir dan terus hidup menderita dan terhina di
bawah sistem demokrasi yang kufur lagi gagal ini, atau memilih untuk
memberi sokongan kepada Hizbut Tahrir dan hidup mulia di bawah Negara
Khilafah yang dengan izin Allah (swt) akan berdiri tidak lama lagi.
Kami
mengingatkan anda kerana ketika ini (di dunia), anda masih boleh
membuat pilihan, namun di akhirat kelak, yang ada hanyalah penyesalan
yang tidak terhingga bagi orang yang lalai daripada peringatan.
﴿ وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ ﴾
Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata, ‘Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)? [Al-Shura (42):44]
﴿ وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ ﴾
Dan mereka berkata ‘Sekiranya
kami (dahulu) mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu), nescaya
tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala [Al-Mulk (67):10]
Akhir kalam, bebaskanlah segera kesemua
anggota kami yang anda tahan, semoga di akhirat kelak Allah akan
membebaskan anda daripada azabNya yang tidak terperi.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Ahad, 13 Jamadil Akhir 1438 H
12/03/2017 M
Ruj: HTM/PR/05/1438
Press Release
Is Delivering the Truthful Message that “Democracy is a Failed System, Khilafah is the only Solution” a Crime?
Nine members of Hizb ut Tahrir /
Malaysia (HTM) have been detained by the police during a car convoy
around Muar, Johor yesterday (11/03/2017). They were detained at the
Muar Police Headquarters along with their six cars plastered with
stickers that read “Democracy is a Failed System, Khilafah is the only
Solution”. The convoy was organized by Hizb ut Tahrir in an effort to
remind the Muslims of the destruction of the Khilafah (Caliphate) 93
years ago, that took place on 3rd of March 1924.
The convoy
was also meant to express the fact that the democratic system practiced
in Malaysia in specific and in the Muslim world in general, ever since
the destruction of Khilafah, has failed and the only solution to all the
Ummah’s problems is the re-establishment of Khilafah, by which Al-Quran
and As-Sunnah will be implemented as our way of life in all aspects.
The arrested nine have been locked up
overnight before taken to the Magistrate court today for a remand order.
The court gave a four-day remand on them starting from today
(12/03/2017).
The lawyer’s attempt to see them was denied by the police.
It is learnt that they were detained under Section 4 (1) of the
Sedition Act 1948, Section 505 of the Penal Code, Section 50 (3) of the
Societies Act 1966 and also under the Printing Presses and Publications
Act 1984.
The arrest came after four members of HTM were charged at the
Hulu Langat Shariah Court recently under the offence of insulting the
religious authorities in Selangor for acting contrary to the fatwa that
had banned Hizb ut Tahrir. Earlier, the Malaysian Communications and
Multimedia Commissions had imposed a legal restriction on the website of
HTM and all websites of Hizb ut Tahrir all over the world.
This is the “freedom of speech”
practiced and exalted under the democratic system in Malaysia! Voices to
restore the Islamic Khilafah are vigorously blocked, while voices
calling for secularism, liberalism, pluralism, LGBT (lesbian, gay,
bisexual and transgender), including voices insulting the Islamic laws
by certain groups, are ignored!
Islamic activities carried out by Hizb
ut Tahrir have been heavily constrained and prevented in numerous ways,
while crimes and vice activities such as bribery and corruption within
the leadership of the country, the existence of gambling centres, liquor
factories, immoral concerts, superstitious activities conducted openly
by shamans, beauty pageants, gangsterism, snatch theft, rape, kidnapping
and others, are still unattended to and some are even intentionally
ignored!
It seems now that expressing “democracy
is a failed system” has become a crime in Malaysia! And worse,
expressing that the Khilafah State is the only solution for Muslims, is
also a crime! This is despite the fact that the noble tongue of the
Prophet (saw) has explained clearly that the leader of the Muslims is
the Khalifah and that the State for the Muslims is the Khilafah, which
shall soon be re-established to shade the world after the end of today’s
dictatorship era. Uttering what had been uttered by Rasulullah (saw)
has now been made a crime by the police and the government!
O those who hold the power! Know that
Hizb ut Tahrir will continue to voice out that democracy is a Kufr and
failed system originating from the West and it is haram (forbidden) for
Muslims to take it, implement it and spread it. Know that Hizb ut Tahrir
will never stop calling for Islam and Khilafah, in our noble effort to
realize its establishment, because Khilafah is the only Islamic system
to replace the Kufr and flawed democratic system.
O those who hold the power! You can
detain as many members of Hizb ut Tahrir as you wish, but you can never
stop the da’wah of Hizb ut Tahrir, let alone to halt the return of the
Khilafah upon the method of the Prophethood that Hizb ut Tahrir is
working on and that which has been promised by the Prophet (saw).
Do
take heed that you can choose to continuously prevent our da’wah and to
continue living in misery and humiliation under this failed democratic
system, or choose to support us and live with pride and dignity under
the Khilafah State which shall soon be re-established by the will of
Allah (swt).
We remind you now because now (in this world), you can
still make a choice, whereas in the Hereafter, there will only be
infinite regret for those who turn away from the reminder.
﴿وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ﴾
And you will see the wrongdoers, when they behold the torment, they will say ‘Is there any way of return? [Ash-Shura: 44]
﴿وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ﴾
And they will say, ‘Had we but
listened or used our intelligence, we would not have been among the
dwellers of the blazing Fire.” [Al-Mulk:10]
Finally, do release all our members in your detention, so that in the Hereafter Allah may release you from His severe torment.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
12/03/2017 CE
Sunday, 13th Jumada II 1438 AH
Ref: HTM/PR/05/1438
Baca juga:
- Kenyataan Media: Rohingya: Ketidakberperikemanusiaan Pemerintah dan Keperluan Mendesak Terhadap Khilafah
- Kenyataan Media
- Kenyataan Media : Umat Islam Memerlukan Penerapan Syariah Secara Kaffah Di Bawah Khilafah, Bukannya RUU 355!
- Demokrasi haram diamalkan kerana ia adalah sebuah sistem bukan proses melantik pemimpin