CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 1 February 2014

Umat-muhammad-dan-pengikut-imam-mahadi

Bersatulah dibawah satu "payung". Berpautlah pada tali Syahadahsepenuhnya dalam Jemaah Akhir Zaman yang berjuang kerana Allah. Mereka bakal menjadi tulang belakang khalifah terakhir yang bakal muncul.


Peralihan minda hasil dari sogokan berterusan tanpa sedar menjadikan manusia akhir zaman hilang pedoman. Tidak mampu mentafsir setiap kejadian dengan waras. Buruk telah disangka baik begitu juga sebaliknya. Minda telah dikelirukan melaui pelbagai sumber. Akhirnya wujudlah kumpulan manusia yang pendek akal, lemah daya fikir dan keras hatinya. Perkara terburuk berlaku ialah tidak ikhlas serta "mementingkan diri sendiri"

antara agen perosak minda

Mudahkah anda mentafsir permainan Dajjal padahal Yakjuj dan Makjuj yang berada di hadapan mata pun anda tidak kenal? Oleh itu usahlah bermimpi untuk menentang Dajjal jika anda bersendirian. Masihkah anda tidak mahu bersatu?. Untuk itu adalah lebih baik kembalilah bersatu dengan kumpulan hamba Allah yang ikhlas. Semoga mendapat pertolongan Allah SWT.

Masihkah anda mengaku sebagai manusia beriman jika segala sifat manusia beriman telah terlucut dari hati anda? Takut tak bersebab, setia tak bertempat dan yang paling dahsyat ialah menjadi pengikut tegar sesaorang pemimpin yang telah terzahir nyata kemunafikannya. Jika anda tidak dapat menelah sifat munafik, maka anda berada terlalu jauh daripada kumpulan manusia beriman.

Inilah FITNAH dalam FITNAH yang paling menggusarkan kaum yang beriman. namun bagi mereka yang tidak punya keimanan, tidak pernah terdetik di hati malah sering memberi pelbagai alasan dan helah. 

Andai kita masih setia kepada Baginda Rasulullah, maka adalah lebih mudah untuk kita menyertai mereka yang mengorbankan diri kerana Allah. Berjuang di jalan Allah mempertahankan iman dan jemaah. Bersatulah kerana Allah bukan kerana yang lain termasuk parti politik.

Masihkah anda menanti munculnya Imam Mahadi? Bersediakah anda menyahut seruannya nanti? Sejauhmanakah anda telah berusaha menyediakan tapak untuk Imam Mahadi berdiri? Atau... anda juga termasuk kaum munafik, nauzubillah.

Saya ketengahkan pandangan sahabat yang benar-benar sayangkan agamanya. Lihatlah pengorbanannya tanpa jemu mengajak kaum muslimin bersatu. Telitilah pandangan beliau yang amat jernih memaparkan hasil selidik dari penerokaan segenap ruang fitnah di merata tempat di dunia. Hanya untuk kita fahami dan ambil iktibar.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama dan ad-deen Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” - (Quran, al-Imran: 103)
-----

BANGKITLAH KAMU SEMUA SEBAGAI SATU KESATUAN UMMAH YANG GAGAH TANPA MOTIF POLITIK MELEBIHI NIAT SUCI MEMELIHARA AGAMA ISLAM SEMATA-MATA.
TEMPAT kita berpijak sudah kelihatan. Kita tidak berpijak di atas bumi, sebaliknya kita sudah sedar bahawa kita sedang berpijak di atas lantai yang dibina oleh para konspirator (rujuk bahan bacaan konspirasi).


Lantai yang mempunyai corak sudah sedikit kelihatan, tapi masih terdapat debu-debu yang menghalang penglihatan kita terhadap rupa sebenar lantai yang kita sedang pijak. Ada seperti gambar di atas lantai, tetapi gambar itu berselerak dan tidak bersusun.

Debu-debu harus dibersihkan dahulu daripada lantai supaya mudah kita melihat apakah cebisan-cebisan itu. Apabila debu-debu dibersihkan, kaki pula semakin terasa berpijak tanpa lagi dikotorkan oleh kotoran-kotoran yang menghalangi kulit kaki kita daripada menyentuh lantai yang sebenar.

Besar juga lantai ini. Namun walau sebesar manapun ia, debu-debu harus segera dibersihkan. Ini baru lantai di tingkat Ground Level, belum lagi kita melihat lantai-lantai di tingkat-tingkat bawah tanah yang juga harus dibersihkan.

Apa-apapun, kita bersihkan dahulu lantai yang kita sedang pijak ini.
--

SEJAK artikel pertama hingga yang terakhir sebelum ini, pembaca blog ini diberikan pelbagai input mencakupi sejarah, sains, keagamaan, helah media dan sebagainya (Umat Terakhir edisi kedua). Matlamat kami dalam artikel-artikel terdahulu pula adalah untuk menyediakan maklumat asas kepada anda semua yang sedang cuba kami kejutkan.

Artikel-artikel sebelum ini ditulis secara berperingkat-peringkat dan saling berkaitan antara satu sama lain supaya anda dapat memahami setiap yang berkait dan terkait. Tujuan lain pula ialah untuk membolehkan segelintir yang sedang cuba untuk sedar supaya dapat melihat gambaran ‘tempat’ atau ‘lantai’ atau ‘dunia’ yang sedang kita hidup sekarang. Terima kasih kepada anda kerana ingin sedar dan mahu kembali mentaati perintah Allah.

Rupa bentuk lantai juga sudah diterangkan sedikit-sedikit dalam artikel-artikel tertentu (edisi kedua) yang berupa penyusunan sedikit puzzle. Daripada berpijak di atas hamparan najis dan kejahilan yang memaksa muntah keluarkan iman dari dalam diri, kini sudah kelihatan rupa lantai itu, sedikit bersih dari sebelum ini walaupun belum benar-benar bersih.

Sekarang, ambil kembali iman yang dimuntah keluar itu, bersihkan dan sucikan ia, jadikan ia sebagai pakaian diri. Iman itu masih ada di atas lantai, ambil kembali, letakkan ia di mahkota jasad di puncak kepala di sisi akal. Tempatkan juga ia di dalam jiwa dan di kelopak mata, di pintu hikmah, di jendela bibir dan di seluruh jasad. Jangan lagi dibuang atau dimuntahkan iman itu kerana ia jauh lebih berharga daripada lautan emas, malah jauh lebih berharga daripada nyawa anda sendiri.

Lantai itu sudah kelihatan, tetapi masih ada debu-debu. Sebelum membersihkan debu-debu itu, ambil semula iman anda yang dibuang sebelum ini. Bersihkan ia menjadi suci kembali. Tidak tahu cara untuk membersihkannya? Mulakan dengan memuji kekuasaan, kebesaran dan keesaan Allah.

Kemudian menyelam ke dalam sungai Rukun Iman yang mana airnya mengalir dari syurga dan apabila timbul semula dipermukaan, kelihatan seperti berada di alam baru.. alam Rukun Islam.. bernafaslah dengan udara syurga udara Dua Kalimah Syahadah. Basahkan anggota badan dengan wuduk, sedarkan diri di mana kedudukan Kaabah dan menghadap ke arahnya, dirikan solat, tunaikan zakat dan akan jadi lebih mudah untuk perjalanan iman Tauhid yang seterusnya.

Masih belum mahu ‘mengutip’ kembali iman? Masih ada di kalangan kita yang mahu melakukan maksiat? Baiklah, anda diberi pilihan terakhir. Anda bebas berbuat maksiat jika mampu mengikut syarat-syarat ini:

- Jangan makan rezeki yang diberikan Allah, carilah sumber rezeki lain yang bukan diciptakan dan bukan dianugerahkan Allah.Jangan bernafas dengan udara yang diciptakan Allah, carilah udara lain yang tidak diciptakan Allah.

- Jangan tinggal di bumi yang diciptakan Allah, carilah bumi lain yang tidak diciptakan Allah.

- Jangan benarkan Malaikat Izrail menjalankan perintah Allah untuk mengambil nyawa anda, marahi dia dan suruhlah Izrail pergi ke tempat lain dan tidak lagi menganggu hidup andaJangan ikut malaikat-malaikat yang menjaga neraka apabila kamu dibawa ke neraka, sebaliknya katakan kepada mereka bahawa kamu mahu ke syurga meskipun kamu tidak layak ke syurga Allah walaupun hanya untuk mencium bau harumnya.

- Katakan kepada malaikat-malaikat itu bahawa kamu manusia keturunan Adam yang jauh lebih mulia daripada mereka. Jika tidak mampu melaksanakan lima syarat di atas, cukuplah dengan melaksanakan dua syarat terakhir ini.

- Jangan benarkan Allah memerintahkan Izrail untuk mengambil nyawa anda dan jangan benarkan Allah menggulung dunia ini di hari kiamat, ini syarat utama.

Mampu laksanakan?

Jika mampu mengikut syarat-syarat itu, anda bebas melakukan maksiat dan kemungkaran di muka bumi ini. Tetapi, apakah manusia mampu melakukannya?Anda perlu jawab sendiri soalan ini. Apabila sedar tidak mampu, maka bersegeralah kembali dan taati perintah-Nya. Tiada lagi pilihan, tiada lagi kompromi untuk membuat pilihan.

Sekarang, siapa lebih berkuasa? Allah Maha Berkuasa atau anda lebih berkuasa?Kutip semula iman yang dibuang, kemudian sucikan dan pakailah ia menjadi sebahagian diri. Jangan dibuang lagi. Masih ada masa untuk mengutip iman anda. Tidak perlu berpayah mencari, ia di depan mata. Hanya ambil dan sucikan. Sedarkan diri kepada tujuan asal kita diciptakan. Dengan itu, anda memulakan hidup baru di atas jalan selamat.

Tanpa iman, kerja membersihkan debu-debu di atas lantai konspirasi akan menjadi sia-sia kerana sudah mengenal musuh manusia yang juga memusuhi Allah, tetapi tidak mahu kembali ke jalan Allah. Jadi sia-sia kerana sudah kenal musuh tetapi masih mahu mengikut telunjuk musuh dan lebih rela menjadi hamba tegar yang mentaati musuh. Kalau tiada lagi terdetik di hati untuk kembali beriman, maka sia-sia juga anda membaca artikel kali ini. Daripada terus membuang masa, ada baik jika anda membaca di titik akhir muka surat kedua ini sahaja.
--

Profil di sebalik debu
Dia hanya meminjam nama-nama watak mitos

Gambaran mengenai musuh terlukis di atas lantai namun itu bukan profil sebenar musuh. Mana satu musuh yang kita cari, Lucifer atau Dajjal? Kita mencari profil seorang manusia yang disebut-sebut Nabi Muhammad (perenggan-perenggan seterusnya hanya ditulis sebagai Muhammad, anda diminta berselawat setiap kali nama Rasulullah disebut) dalam hadis-hadis sebagai pesanan kepada umat yang disayangi baginda.

Persoalan yang pernah ditimbulkan seperti adakah Horus itu Dajjal, adakah Quatzelcoatl itu Dajjal, adakah Maharaja Shi Huang Di itu Dajjal atau Merlin itu Dajjal, sudah dijelaskan dalam artikel pertama. Persoalan besar di sini ialah adakah Dajjal yang hadir pada setiap zaman sejarah manusia itu memperkenalkan dirinya dengan nama-nama itu ketika kehadiran awalnya dahulu?

Mengapa Horus diagungkan Illuminati? , mengapa kalendar Mayan kerap menjadi promosi Illuminati untuk ‘menerangkan’ kiamat? , mengapa Merlin menjadi kepercayaan mistik di Eropah? , mengapa dan mengapa?

Sisi yang harus dipandang ialah semua kisah itu (Horus, Shi Huang Di, Mayan dan Merlin dan banyak lagi mitos) tersergam sebagai sejarah manusia yang diselubungi mitos-mitos. Namun, apa sebenarnya kisah sejarah manusia?

Setiap kita yang mempelajari sejarah tamadun dunia akan dihidang dengan tamadun Mesir purba, tamadun Maya, tamadun China dan tamadun Eropah yang menyelitkan mitos-mitos itu untuk disogok supaya diterima sebagai fakta di sebalik mitos.

Ditambah pula lagi dengan teori evolusi yang berusaha memadamkan ‘sejarah manusia yang sebenar’ secara halus? Lalu dikatakan manusia asal evolusi daripada spesies beruk yang tidak berpakaian tinggal di dalam gua, berkembang dan berkembang menjadi manusia membina tamadun mengikut peredaran zaman batu awal, paleolitik, mesolitik, zaman gangsa dan kemudian menjadi moden. Begitukah kisahnya sejarah manusia?

Allah menurunkan al-Quran kepada Muhammad melalui Malaikat Jibrail adalah untuk membebaskan manusia daripada kejahilan dan kebodohan. Menerangi manusia dengan ilmu dari Allah melalui al-Quran.

Pengetahuan sejarah manusia juga tersergam jelas di dalam al-Quran. Adam dijadikan sebagai makhluk terbaik dibekalkan akal untuk hidup di bumi, Adam tidak turun ke bumi sebagai beruk tetapi sebagai manusia yang sempurna. Sejarah manusia diceritakan di dalam al-Quran melalui kisah para nabi yang hidup dalam kelompok masyarakat mungkar yang mewah dan maju, maka terpakaikah istilah zaman batu jika kita benar-benar meneliti maksud ayat-ayat Allah dengan mendalami kisah para nabi?

Sejarah manusia adalah rentetan kisah-kisah Adam, Idris, Nuh, Hud sehingga Muhammad yang menjelaskan mengenai kemegahan tamadun-tamadun umat terdahulu seperti diungkapkan di dalam al-Quran. Al-Quran menjelaskan kemegahan tamadun umat para nabi, maka sekali lagi perlu dipersoalkan.. di mana letaknya zaman batu?

Skala masa untuk sejarah manusia bukan diukur dengan zaman batu, paleolitik, mesolitik, zaman gangsa atau sebagainya. Tetapi skala jarak waktu sejarah manusia diukur melalui kisah para nabi yang mana nama-nama para nabi itu sudah diajarkan terlebih dahulu kepada Adam sebelum dia diturunkan ke muka bumi. Sejarah para nabi juga kerap mengenai pencapaian kemajuan manusia dalam tamadun mereka sehingga menjadi kufur serta derhaka.

Sekali lagi, di mana letaknya istilah zaman batu di dalam al-Quran? Sejarah manusia yang ada di dalam al-Quran sarat dengan penjelasan mengenai kemegahan tamadun silam. Al-Quran diturunkan bukan hanya sebagai panduan hidup, tetapi menceritakan (mengingatkan) kembali kepada Bani Israel mengenai kisah-kisah sebenar sejarah manusia (zaman para nabi) yang telah mereka putar belit dalam kitab-kitab mereka. Tidak ada umat para nabi dari zaman batu. Tidak ada.

Faham dengan semua permainan ini?

Dajjal bukan Horus, bukan Quatzelcoatl, bukan Shi Huang Di, bukan Merlin dan bukan semua mereka itu yang diselitkan dalam sejarah-sejarah tulisan manusia.Tetapi mitos sejarah mengenai mereka itu diciptakan Dajjal sendiri untuk menggambarkan secebis kecil mengenai dirinya. Dajjal mengawal perjalanan sejarah manusia dan menggelapkannya, maka tidak hairan jika dia menyelitkan secebis kecil mengenai profilnya di dalam kisah-kisah mitos.

Permainan manipulasi watak dalam mitos purba adalah salah satu kepakaran lelaki ini. Bagaimana ia dilakukan? Kita ambil contoh ini sebagai penjelasan mudah:

B tahu segala-galanya mengenai A dan juga tahu bahawa A mahu mengenali C. B tahu bahawa A juga kerap menghantar bunga kepada C dengan hanya berani memperkenalkan diri sebagai ‘secret admirer’. Tetapi C tidak tahu siapa sebenarnya A. Bagaimanapun, A tidak pernah memberitahu hasrat itu kepada C. Tetapi B memang sudah lama tahu bahawa A amat meminati C. Dalam masa yang sama, B mempunyai niat jahat untuk mempermainkan C. Lalu, B menceroboh e-mail milik A dan mula berchatting dengan C di internet menggunakan ID milik A. B juga secara curi-curi memeriksa senarai nombor telefon dalam Blackberry kepunyaan A untuk mendapatkan nombor telefon C. Lama-kelamaan, B mula menghubungi C dan memperkenalkan dirinya sebagai A yang kerap bermain ‘secret admirer’ selama ini. Hubungan C dengan B menjadi semakin rapat kerana C menyangka B itu adalah individu bernama A.

A adalah watak yang dimanipulasi
B adalah individu khilaf identiti yang memanipulasi,
C adalah mangsa manipulasi

Ia mewujudkan tanggapan yakin bahawa C percaya bahawa B itu adalah A. Sedangkan B hanya mahu mempermainkan C dengan permainan minda (game of trust) untuk mewujudkan kepercayaan bahawa dia adalah A yang kerap menghantar bunga selama ini.

C adalah persamaan yang mewakili kita semua.
--

Dajjal mahu kita umat Islam (dalam pencarian konspirasi ini) menyangka bahawa Horus itu adalah dia. Dajjal memanipulasi kisah Horus dengan memasukkan unsur-unsur yang menggambarkan profil dirinya dalam mitos-mitos Mesir purba. Kisah kelahiran Horus pula terlalu selari dengan kisah tradisi kelahiran Jesus (Nabi Isa) dalam kepercayaan Nasrani.

Dajjal bukan sahaja memanipulasi mitos kelahiran Horus, tetapi turut memanipulasi tradisi kelahiran Jesus mengikut kepercayaan Nasrani (bukan mengikut kepercayaan akidah Islam). Ia berkaitan susunan gugusan bintang Three Kings, matahari dan bumi yang selari ketika saat kelahiran itu pada hari ke-25 bulan terakhir dalam kalendar Masihi dan Kalendar Matahari Mesir purba. Susunan bintang itu sama seperti dalam kelahiran Horus dan Jesus.

Persamaan ini wujud disebabkan Dajjal mahu bermain Game of Trust, sub kecil dalam taktik mind control. Dalam setiap manipulasi watak, Dajjal meninggalkan satu mesej yang sama (common relations) iaitu dia akan kembali apabila waktu sudah tiba. Dajjal bukan Horus, Merlin atau sebagainya, Dajjal hanya memanipulasi kisah-kisah mitos mengenai mereka.

Jadi, siapakah manusia penderhaka yang umat akidah Tauhid (umat setiap para nabi yang mengkhabarkan perihal Dajjal) gelar ia sebagai Dajjal itu? Siapakah Dajjal? Jawapan yang paling selesa ialah hanya Allah dan Rasul-Nya serta makhluk-makhluk terpilih sahaja yang tahu. Tapi kita ambil satu lagi contoh untuk mendapatkan gambaran seterusnya, kita gunakan pendekatan self influence:

Dajjal adalah pengkarya. Dia banyak menghasilkan karya-karya ‘agung’ dalam sejarah manusia. Karya yang ditulis oleh orang-orang lain tetapi berinspirasikan idea-idea daripada ruang lingkup pemikirannya sendiri.

Karya yang berunsurkan sejarah, mitos dan kisah-kisah dongeng dalam lipatan tamadun purba. Karya yang berupa kitab-kitab pagan, kitab-kitab agama selain Tauhid, kitab-kitab ramalan masa depan, kitab-kitab kuno masyarakat purba. Memutar belit, menokok tambah dan melemahkan maksud asal setiap baris ayat dalam kitab-kitab purba adalah sebahagian kepakarannya.

Itu belum lagi dicampur dengan karya-karya moden yang dijadikan bahan tontonan. Bukan mahu menyentuh secara serius mengenai karya Hollywood, tapi terlalu banyak persamaan dalil hadis mengenai Dajjal dengan watak-watak dalam karya Hollywood.

Bagaimana timbul persamaan-persamaan itu? Mudah, Dajjal adalah pemilik karya atau pencetus idea terhadap sesuatu karya dan dia akan menyelitkan secebis kisah hidupnya dalam setiap hasil karya Hollywood. Ia sama seperti rangsangan psikologi, self influence seseorang penulis novel yang berkarya. Ia adalah psikologi dan perbuatan biasa di kalangan pengkarya:

Kami melakukan kajian rambang terhadap sampel berjumlah 120 penulis novel di negara-negara seperti Malaysia, England, Amerika, Singapura, Mesir, Jerman, Afrika Selatan, Australia dan Indonesia. Kajian mendapati 98 peratus penulis novel memasukkan sebahagian kecil mengenai diri mereka ke dalam watak utama atau watak tambahan dalam karya pertama mereka. Manakala 87 peratus lagi memasukkan sebahagian lain mengenai diri mereka ke dalam watak-watak karya novel-novel mereka yang seterusnya. Lagi 76 peratus pula didapati menjadikan watak-watak dalam hampir semua karya mereka mempunyai sedikit persamaan dengan diri mereka sendiri. Walaupun kajian belum melalui proses saringan statistik secara lebih teliti, angka-angka awal menunjukkan kebanyakan pengkarya gemar menceritakan mengenai diri mereka melalui paparan watak-watak yang dicipta mereka dalam novel. Ia adalah satu rangsangan psikologi yang biasa semasa menghasilkan karya bagi setiap manusia bergelar pengkarya. Dajjal juga manusia, dia juga pengkarya, psikologinya juga sudah tentu sama. Kajian yang disebutkan tadi belum menjalani proses penelitian secara akademik dan hanya sebagai maklumat rambang dan belum didedahkan kepada umum. Sama juga seperti penulis artikel ini yang memasukkan sedikit idea sendiri tanpa didorong faktor lain untuk menjelaskan maksud. Ia satu proses yang biasa.

Kita sudah mengetahui bahawa Dajjal adalah pengkarya. Kita juga sudah tahu bahawa Dajjal berkarya di Hollywood dan banyak mempengaruhi penulis-penulis karya di Eropah mahupun Amerika. Kita gali sedikit lagi.

Penulis-penulis skrip di Hollywood bergerak dalam satu persatuan untuk ‘bertukar’ dan ‘berkongsi’ idea. Melalui persatuan ini, kita mungkin dapat mengenal pasti secebis lagi profil Dajjal.

Hollywood Scripwriting Institute, Hollywoood Script Consultant dan beberapa lagi agensi yang mengkelompokkan penulis-penulis skrip di Hollywood sentiasa menghasilkan skrip-skrip yang menggambarkan secebis kecil atau sebahagian besar mengenai diri atau kisah hidup Dajjal. Penulis-penulis skrip yang bernaung di bawah agensi-agensi itu pula kerap melakukan ‘persamaan watak’ yang menepati latar belakang Dajjal secara fizikal ataupun kisah hidupnya.

Persamaan-persamaan itu pula tidak dikesan oleh masyarakat Barat, tetapi hanya dapat dikesan di kalangan umat Islam yang maklum mengenai perihal hadis yang menyentuh kedatangan Dajjal. Tidak lupa juga, ia turut dikesan oleh orang bukan Islam yang mengkaji persoalan The Anti-Christ dari perspektif Islam dengan meneliti hadis-hadis berkaitan.

Jadi, Dajjal ‘ada’ di sebalik agensi-agensi penulisan skrip di Hollywood. Ia sama ada Dajjal menguruskan sendiri agensi itu atau diuruskan oleh pengikut-pengikut setia. Kita ada dua pilihan kebarangkalian iaitu:

Dajjal sahaja yang mengenali dirinya sendiri, maka dia sedang seronok berkarya di agensi-agensi itu kemudian menghantar karya-karya itu melalui ‘pintu’ yang menghubungkan dunia nyata dengan alam yang didiaminya. Atau... Dajjal melantik orang-orang tertentu untuk menguruskan agensi-agensi itu selepas menyampaikan ‘naskah’ lisan mengenai dirinya untuk diubahsuai menjadi skrip dan difilemkan

Ia hanya kebarangkalian, tetapi satu kepastian di sini ialah, dia sememangnya ‘individu khilaf’ yang mentadbir sebagai COO (Chief Operational Officer) di Hollywood. Tetapi, sekali lagi, kita bukan serius untuk mengorek rahsia Hollywood di sini. Ia hanya sebagai membuka tapak baru untuk digali supaya menjadi lebih luas. Paling penting ialah bukan seberapa dalam lubang yang digali kerana hasilnya tetap sama yang bezanya hanya ukuran kedalaman, tetapi berapa luas kawasan yang perlu digali itu lebih penting.

Dajjal bukan watak-watak mitos sejarah secara fizikal. Dia adalah pengkarya yang menulis mitos-mitos sejarah untuk menggambarkan dirinya. Dia adalah pengkarya yang masih giat berkarya di mata dunia. Kita adalah penontonnya. Karya-karya itu pula disampaikan dalam bentuk halus untuk menguasai minda kita terhadap keperwiraan watak-watak penyelamat. Dia sedang bermain psikologi dengan kita. Dia sedang berhibur melihat kita sebagai mangsanya.

Tapi, psikologinya juga hampir sama seperti kita kerana dia juga manusia.Predictable (boleh diramal) pada satu-satu masa, dan unpredictable (tidak boleh diramal) dalam masa-masa lain. Ia sesuatu yang biasa dalam kamus sifat-sifat manusia.

Sekarang, dia adalah suspek utama dalam kes yang kita siasat. Suspek yang belum dikenali secara nyata. Suspek yang suka meninggalkan bukti kerana suka berseronok dengan jenayah yang dilakukan. Suspek yang pakar dalam bidang forensik. Meninggalkan bukti tanpa dapat dijejak. Dia juga memiliki minda seorang penjenayah. Dia sememangnya manusia bijak yang memilih haluan hidupnya sendiri untuk bergelumang kesesatan yang menyesatkan.

Namun, kita bukan fokus kepada Dajjal di sini yang menjadi musuh kita. Fokus sebenar kita ialah untuk kembali waras dan kembali menjadi kuat sebelum berdepan dengan musuh sebenar.
--

Mengasingkan debu
Bukan semua debu di atas lantai itu najis konspirasi

Bagaimana semua ini bermula? Gerakan konspirasi yang menjunjung cita-cita peribadi Dajjal bermula secara sangat mengelirukan dengan kekusutan. Namun kekeliruan dan kekusutan itu boleh dirungkai satu persatu. Untuk merungkai kekusutan, sikap berhati-hati dan penuh sabar harus diutamakan supaya kekusutan itu dapat dileraikan tanpa putus-putus untuk mendapatkan hasil sehelai demi sehelai.

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan(dan ikatan-ikatan). “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. (Quran, al-Falaq: 1-5)

Tidak dapat dijelaskan maksud “orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” kerana kami bukan ahli bijak pandai dalam mentafsir al-Quran mengikut pelbagai maksud perkataan dalam sesuatu perkataan Arab. Jika ada yang bijak dalam tafsir, kami sedia mendengar pendapat anda atau juga ‘disekolahkan’ kami jika perlu.

Namun, ayat berkenaan membawa maksud seorang individu secara khusus. Mungkin khusus kepada seorang individu semasa kenabian Muhammad yang menjadi musuh baginda atau juga ayat itu membawa maksud seorang individu lain secara khusus yang mencakupi zaman selepas Muhammad. Maka, siapa individu khusus itu? Apa yang dilakukan orang itu? Sejak bila orang itu mula mengerjakan kerja dengkinya itu?

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihiryang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." - (Quran, al-Baqarah: 102)

Mungkin, di situlah konspirasi bermula. Sejak sejarah kaum Sulaiman. Bukan bermula sejak zaman Sulaiman, tetapi dimulakan dengan mengambil rahsia yang hilang selepas kewafatan Sulaiman. Dalam artikel-artikel sebelum ini, dijelaskan mengenai peranan Knights Templar dalam menghidupkan gerakan penyembahan syaitan melalui amalan sihir untuk menguasai dunia. Sebagai imbasan, Knights Templar menemui sejumlah dokumen teks mengenai amalan sihir yang diamalkan kaum Yahudi semasa zaman Sulaiman yang tertanam di Jerusalem (Baitul Maqdis) selepas kewafatan Sulaiman.

Pengetahuan sihir melalui teks itu kemudian dikaji dan digunakan untuk kepentingan sesetengah manusia. Penelitian mereka seterusnya menemui satu ‘masalah’ iaitu harus melakukan ‘perjanjian’ dengan kuasa lain iaitu iblis dan syaitan sebelum dijanjikan apa-apa kejayaan. Akhirnya, mereka ‘terperangkap’ dan terpaksa memenuhi syarat-syarat perjanjian untuk menjayakan cita-cita peribadi Lucifer. Sebagai balasan, mereka dijanjikan kesenangan dan penguasaan dunia tanpa batas asalkan cita-cita peribadi Lucifer dapat dipenuhi. Dalam psikologi para iblis dan syaitan, ‘perjanjian’ amat diperlukan bagi ‘mengikat’ pengikut mereka dengan balasan ‘kesetiaan’ yang tidak berbelah bahagi.

Hasil perjanjian inilah yang membawa masalah kepada dunia manusia sepanjang sejarah kenabian selepas Sulaiman sehingga selepas kewafatan Muhammad dan sepanjang sejarah manusia. Perjuangan para nabi adalah untuk mengekang dan menyampaikan amaran mengenai berita bahaya ini sehingga setiap nabi memperingatkan kaum mereka mengenai bencana ini.

Cara untuk mengekang ialah dengan akidah Tauhid melalui penyembahan total terhadap Allah dan memusuhi kekafiran syaitan. Tanpa pengikut di kalangan manusia, syaitan tidak mampu memiliki apa-apa kuasa dan kekal tergolong dalam orang-orang yang kerugian. Tetapi masalah di sini ialah, kita berdepan dengan agenda pengikut-pengikut tegar di kalangan manusia yang mentaati syaitan. Maka apakah debu-debu yang sudah mereka tabur menjadi kotoran yang berlapis-lapis tebalnya sehingga menutup semua kisah benar? Bagaimana mereka menabur semua debu-debu itu sehingga ramai dari kalangan manusia menemui mati kerana ‘sesak nafas’ akibat debu-debu yang menyesakkan?

Meniti sejarah hubungan antara tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani menyaksikan ketiga-tiga agama ini tidak pernah menjalin hubungan baik secara akidah meskipun ketiga-tiga agama ini mempunyai isi kandungan kitab suci yang hampir sama dalam sesetengah persoalan.

Dalam kerajaan Islam Madinah semasa kepimpinan Muhammad, kaum Yahudi dan Nasrani menerima layanan baik secara politik dan ia diakui sendiri oleh rabai (lebih selesa dengan ejaan R.A.B.A.I berbanding R.A.B.B.I yang jika disalah sebut menjadi Rabbi dengan sebutan yang menyamai maksud Tuhan) rabai Yahudi dalam tulisan-tulisan moden.

Namun, hubungan antara agama Yahudi dengan Nasrani tidak pernah menyaksikan keserasian dari segi akidah mahupun politik meskipun kedua-dua agama ini berkongsi kitab yang sama, Bible Old Testament.

Hubungan yang penuh konflik ini bermula sejak lahirnya agama Nasrani Triniti yang mana penganut agama ini menuduh Yahudi membunuh Jesus melalui komplot yang penuh niat jahat. Konflik juga tercetus apabila timbul perbalahan akidah yang mana Nasrani percaya bahawa Jesus adalah Tuhan, manakala Yahudi pula tidak mempunyai kepercayaan sedemikian. Ia menimbulkan konflik di mana Nasrani menuduh Yahudi membunuh Tuhan mereka. Maka, berlaku pertelagahan yang berpanjangan antara kedua-dua agama ini dalam sejarah.

“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” – (Quran, at-Taubah: 30)

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham (Yahudi dan Nasrani), mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” -(Quran, an-Nisa: 157)

“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).”- (Quran, al-Hasyr: 14)

Allah melalui perantaraan Jibril menyampaikan wahyu kepada Muhammad dengan menerangkan perkara-perkara ini. Quran menjelaskan mengenai masalah konflik yang melanda Yahudi dan Nasrani dalam perihal kekeliruan mereka sendiri. Ayat yang menerangkan masalah konflik yang bergelora ‘di dalam kain’ mereka (Yahudi dan Nasrani) sendiri.

Malah, catatan sejarah juga merekodkan perbalahan ini (sila rujuk peristiwa pembakaran Jerusalem oleh tentera Rom melalui sumber-sumber lain seperti Flavius Josephus, juga boleh rujuk peristiwa penindasan terhadap kaum Nasrani ketika zaman Rom). Bahkan Bible New Testament yang menjadi kepercayan Nasrani juga banyak mencela kaum Yahudi. Ia jelas menunjukkan hubungan kedua-dua agama ini bermula dengan ketegangan berpanjangan dari sudut persoalan ‘kematian’ Jesus dan status Jesus sebagai nabi palsu (sangkaan Yahudi) serta anak tuhan (mengikut sangkaan Nasrani)..

Namun, timbul satu kejanggalan sejak rahsia yang tertimbus di runtuhan istana Sulaiman berjaya digali keluar oleh Knights Templar. Kejanggalan itu wujud dan menimbulkan kehairanan di kalangan pengkaji teks-teks sejarah tiga agama (Islam, Yahudi dan Nasrani) yang lahir di rantau Semit. Catatan sejarah merekodkan perbalahan antara Yahudi dan Nasrani serta keadaan sejahtera mereka di kerajaan-kerajaan Islam.

Bagaimanapun, keadaan menjadi aneh selepas tamat Perang Salib di Jerusalem. Keanehan itu tidak lain dan tidak bukan ialah wujud hubungan baik secara tiba-tiba antara Yahudi dan Nasrani. Ia semakin ketara selepas tamat Perang Dunia Pertama (WW1) dan Perang Dunia Kedua (WW2). Hubungan baik yang penuh konspirasi.

Allah melalui wahyu kepada Muhammad memberi amaran kepada umat Islam mengenai perkara ini melalui al-Quran, Allah berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” - (Quran, al-Baqarah: 120)

“Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (sesat) dari yang baik (beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” - (Quran, al-Anfal: 37)

Dalam ayat di atas, perkataan Yahudi dan Nasrani disebut dengan jelas dalam satu baris ayat, tidak seperti ayat-ayat lain (hanya ayat yang berbentuk amaran). Dalam ayat-ayat lain, panggilan ganti nama diberikan kepada mereka ialah seperti ‘golongan ahli kitab’, ‘orang-orang yang diberikan kitab’ dan ‘ahli kitab’ (al-Baiyina: 98, al-Hadid: 29, al-Maidah: 15, 19, 47, 59, 65 dan 77, an-Nisa: 123, 153, 159 & 171, al-Imran: 64, 65, 69, 70, 71, 72, 75, 98, 99, 113 & 199, al-Baqarah: 105 & 109). Dalam ayat-ayat yang Allah sebut mereka sebagai ahli kitab pula hanya diberi penekanan maksud kepada Yahudi dan Nasrani yang diletakkan di dalam kurungan ataubracket seperti “(Yahudi dan Nasrani)” atau seperti contoh ayat di bawah:

“Wahai ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).” -(Quran, an-Nisa: 171)

Di dalam ayat di atas, Allah menyebut ahli kitab yang merujuk kepada Yahudi dan Nasrani. Para penterjemah al-Quran pula menterjemahkan ahli kitab itu sebagai Yahudi dan Nasrani melalui kaedah-kaedah penterjemahan. Hasil penterjemahan itu, para penterjemah memberi penekanan maksud kepada istilah ‘ahli kitab’ dengan meletakkan penjelasan maksud merujuk kepada Yahudi dan Nasrani yang ditempatkan di dalam bracket untuk memudahkan pemahaman pembaca al-Quran. Perkataan Yahudi dan Nasrani diletakkan dalam satu bracket atau kurungan.

Tetapi bagi ayat 120 surah al-Baqarah, Allah secara terang menyebut perhubungan antara Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka menundukkan umat Islam supaya mengikuti agama mereka, nama Yahudi dan Nasrani disebut jelas dalam ayat itu tanpa menggunakan istilah ‘ahli kitab’ seperti dalam ayat-ayat lain. Ayat itu juga menjelaskan bahawa ada ‘hubungan yang tidak sepatutnya berlaku’ antara Yahudi dan Nasrani untuk menundukkan umat Islam yang mengikuti syariat Muhammad.

Hubungan yang tidak sepatutnya berlaku ini pula dijelaskan Allah melalui ayat 157 surah an-Nisa seperti di perenggan terdahulu melalui baris ayat ‘orang-orang yang telah berselisih faham’ yang menunjukkan ada timbul konflik serius antara sesama mereka dan juga melalui keterangan"..permusuhan di antara mereka (Yahudi dan Nasrani) sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah.." dalam sural al-Hasyr ayat 14.

Walaupun Allah menerangkan bahawa ada konflik jelas antara Yahudi dan Nasrani berhubung kepercayaan mereka, namun Allah memberi amaran kepada umat Muhammad bahawa kedua-dua kaum itu akan bekerjasama meruntuhkan akidah Islam melalui ayat 120 surah al-Baqarah: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka.."

Maka, penerangan mengenai kejanggalan terhadap hubungan baik yang tidak sepatutnya berlaku tetapi akhirnya berlaku inilah yang memberi petunjuk untuk kita menjejak konspirasi Yahudi yang bekerjasama dengan Nasrani berpandukan keterangan al-Quran melalui ayat-ayat berupa amaran. Siapakah Yahudi dan Nasrani yang mengadakan kerjasama itu seperti dimaksudkan Allah melalui amaran-Nya dalam ayat itu (al-Baqarah: 157)?

Sekarang, barulah kita lihat kepada situasi semasa yang berlaku pada zaman moden ini. Israel (negara Yahudi Zionis) mengadakan kerjasama dengan negara-negara Eropah dan Amerika (negara-negara Nasrani) dalam komplot menguasai rantau Tebing Barat dan dunia Arab. Ia adalah satu kejanggalan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi akhirnya sudah pun berlaku iaitu kerjasama erat antara Yahudi dan Nasrani.

Sisi lain, adakah benar mereka itu benar-benar Yahudi dan Nasrani? Kita selarikan pula dengan plot Knights Templar yang akhirnya menemui rahsia di bawah runtuhan istana Sulaiman. Ia menjadi titik tolak kepada bermulanya gerakan agama syaitan orde baru (satanism, penganut digelar satanist) untuk mengejar material keduniaan melalui politik orde baru. Kerjasama itu sedang berlangsung dengan rancak.

Sekitar tahun 1784 hingga 1787 pula, dilaporkan Illuminati dianggotai oleh 2,500 keluarga di seluruh Bavaria dan Eropah. Dalam tempoh yang sama, beberapa dokumen Freemason dirampas oleh pihak keselamatan Bavaria dan menahan beberapa orang ahli Illuminati dan Freemason. Mereka yang ditahan dan dipenjara selama beberapa tahun itu pula dilaporkan terdiri daripada para saintis (yang menggerakkan Altar Sains) yang giat ‘mengubah’ pola pemikiran masyarakat Eropah kepada satu tahap ‘pembaharuan’ yang membahayakan keselamatan seluruh benua itu, ia meliputi pembaharuan politik dan cara hidup beragama bagi mencapai ‘kemajuan’ dalam erti kata ‘sebenar’ (terlalu duniawi).

Selepas Revolusi Peranchis pula, golongan Satanist yang berselindung di sebalik agama Yahudi (Judaism) dan Nasrani ini giat menjalankan rancangan menjayakan perang-perang dunia. Juga timbul secara tiba-tiba kerjasama antara orang Yahudi dengan bangsa Eropah di Barat dalam pelbagai aspek seperti kewangan, perniagaan dan politik. Kerjasama ini pula menjadi anjuran para bangsawan dan pembesar.

Hubungan baik antara Yahudi dan Nasrani ini pula hanya sekadar ‘maya’ atau ‘ilusi’ bagi mengaburi penganut kedua-dua agama itu untuk kembali berbaik dan mengadakan hubungan yang lebih baik. Padahal, golongan satanist itu sebenarnya bukan penganut Yahudi (Judaism) mahupun Nasrani. Mereka sebaliknya bersembunyi di sebalik kedua-dua agama itu untuk mengaburi mata orang-orang Yahudi dan Eropah yang menganut Nasrani. Ia adalah kerjasama yang penuh muslihat. Perkara ini sudah lama terbongkar di Barat.

Jadi, siapakah maksud Yahudi dan Nasrani yang disebut Allah dalam surah al-Baqarah itu? Adakah ia bermaksud Yahudi dan Nasrani yang bertegang muka sesama mereka sepanjang sejarah silam oleh kerana akidah mereka berbeza dan saling tuduh menuduh? Jangan kata anda tidak tahu, Allah sudah memberi amaran dengan jelas. Baca al-Quran dan fahami maksud dengan cermat. Di sini, kita perlu cermat untuk tidak menyamakan antara Yahudi Judaism, Yahudi Ortodoks dengan Yahudi Zionis. Terdapat perbezaan yang membezakan Zionis dengan lain-lain premis Yahudi.

Selama sejarah Nasrani-Yahudi, jelas wujud perbalahan kerana ada perbezaan ketara antara kedua-duanya. Kini tiba-tiba muncul kerjasama. Dalam aspek pemikiran politik, kerjasama akan wujud apabila kedua-dua pihak menemui titik persamaan. Apakah persamaan itu? Allah juga sudah memberitahu mengenai persamaan mereka ini melalui al-Quran. Persamaan yang disebut dalam al-Quran pula selari dengan keadaan semasa yang terpapar jelas akidah syaitan yang dianut golongan yang berselindung di sebalik Yahudi dan Nasrani itu.

“Orang-orang yang beriman, (mereka) berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” - (Quran, an-Nisa: 76)

Jelas keterangan al-Quran terhadap semua konspirasi penganut agama syaitan ini? Cukup jelas. Al-Quran sudah lebih awal sejak 1,400 tahun lalu lagi sudah mendedahkan konspirasi penganut agama syaitan ini yang keras berusaha melenyapkan akidah Tauhid.

Allah sudah menjelaskan segala-galanya kepada umat Muhammad, jadilah orang-orang yang berfikir dengan panduan Allah. Jadilah orang-orang yang mahu selamat.
--
Memulihkan pernafasan
Mengembalikan kewarasan selepas disesakkan debu-debu

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “Ahlul Bait” dan hendak membersihkan (diri) kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” -(Quran, al-Ahzab: 33)

Kita tahu selama ini kita hanyut dibuai keseronokan dunia dalam buaian nafsu nafsi ciptaan Yahudi dan Nasrani yang berkonspirasi. Kita juga tahu industri hiburan Hollywood, Bollywood, perbankan dan bermacam-macam lagi itu berada dalam kekuasaan mereka. Kita juga tahu kita hidup dalam sistem mereka sehingga kita menerima dan menelan realiti ciptaan secara ‘terprogram’ dan ‘bersistematik’seperti lebah-lebah yang bekerja untuk menjayakan projek sarang lebah madu.

Kita bangun pagi di rumah (lebih rugi jika meninggalkan Subuh) di kawasan-kawasan perumahan yang terancang seperti susunan sarang lebah. Kawasan perumahan pula dibina berdasarkan idea kejuruteraan dari Barat untuk tujuan mewujudkan masyarakat yang ‘teratur’. Kita kemudian keluar berpusu-pusu menaiki kenderaan (asap kereta dan bas pula mencemarkan udara yang kita sedut) untuk menuju tempat kerja seperti lebah-lebah keluar mencari nektar pada bunga-bunga.

Wang gaji bulanan pula dimasukkan melalui bank-bank yang mengamalkan sistem riba. Kita bekerja untuk menjayakan sistem riba melalui gaji bulanan tanpa kita sedar. Masyarakat kita (seluruh dunia) disusun untuk bekerja seperti lebah-lebah belaan yang dikerah menghasilkan madu untuk keuntungan tuan mereka (yang menggerakkan sistem riba kesukaan Yahudi dan Nasrani).

Bermula dari keluar rumah seperti lebah meninggalkan sarang, sehinggalah wang gaji kita juga disusun rapi untuk menjayakan sistem ini. Kita sebenarnya sedang bekerja untuk mereka. Lihat, begitu halus tipu daya ini. Sistem riba itu pula menjadikan mereka itu semakin mewah dan kaya raya untuk memerangi kita apabila termaktub waktu tepatnya.

Untuk keluar dari kemelut tipu daya yang menyesakkan ini, kita perlu kembali (insaf) sebelum kembali (mati). Dirikan solat (mengukuhkan keimanan) dan tunaikan zakat (hidup dalam sistem ekonomi Islam), itu perintah Allah kepada kita supaya terselamat daripada sistem kafir.

Hayati secebis daripada ayat 33 surah al-Ahzab: “...Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu...”

Apa yang mencemarkan diri kita selama ini? Ia adalah sistem kafir yang menyesakkan kewarasan kita dalam mengenal hikmah-hikmah perintah Allah. Sistem kafir yang mencakupi seluruh kehidupan kita, hiburan, ekonomi, politik dan banyak lagi.

Bagaimana mahu kembali hidup dan berdiri gagah meskipun lutut sudah terketar-ketar dipukul oleh tangan-tangan penabur fitnah? Caranya ialah mengembalikan sistem yang diredhai Allah. Sistem Allah tidak akan berjaya didirikan oleh kita yang sudah terketar-ketar lutut akibat kesakitan sekian lama ini tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan-Nya.

Maka apa pula syarat itu?

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama dan ad-deen Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” - (Quran, al-Imran: 103)

Sistem kafir menjadi berjaya kerana ia dijayakan secara kolektif termasuk kita yang bertindak sebagai pelaku yang menjayakannya. Ia juga mampu diruntuhkan jika dilakukan secara kolektif.

Dalam usaha untuk meruntuhkannya, kita perlu meruntuhkan sambil mendirikan sistem Allah pada masa yang sama. Kita harus bergerak secara kolektif, bersatu-padu, tidak bercerai-berai dan kekal bersaudara. Kita harus bertindak sebagai kumpulan yang beralih kepada sistem Islam secara besar-besaran.

Bertindak sebagai pendesak dengan memaksa majikan-majikan memasukkan wang gaji bulanan ke dalam bank-bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam, ia lantas meranapkan sistem riba. Jika kita bersatu-padu, tiada daya di pihak lain untuk membantah. Allah juga telah memberikan janji-Nya kepada manusia-manusia yang bersatu padu. Kumpulan-kumpulan NGO aliran Islam juga wajar menambah bilangan ahli untuk memberi sokongan dalam memainkan peranan ini. Jangan tidur lagi.

Tiada yang kurang atau lemah dalam sistem Allah. Di Britain, sistem perbankan Islam diiktiraf sebagai sistem paling sempurna yang tidak bersifat penindas sebagaimana sistem konvensional yang mereka perkenalkan kepada kita untuk diamalkan. Mereka sendiri menolak sistem konvensional ciptaan mereka dan memilih sistem Islam. Ia sudah terbukti. Cuba selak majalah Times.

Juga di Britain, sekolah-sekolah yang dikendalikan gereja menyediakan makanan yang menepati hukum dan prinsip halal sebagaimana diamalkan Islam termasuklah dari segi penyembelihan mahupun menyamak najis-najis berat, malah lembu atau kambing yang dijadikan makanan di sekolah-sekolah Kristian di negara itu disembelih sendiri oleh orang Islam yang menyebut Bismillah di rumah-rumah sembelih kendalian orang Islam.

Mereka mengamalkan perintah Allah kerana tahu ia adalah jalan terbaik, tetapi mereka tetap mendustakan nikmat-nikmat Allah seperti disebut secara berulang-ulang di dalam surah ar-Rahman. Mereka tahu ia jalan terbaik dan mengamalkannya, tetapi kekal mendustakan.Cuba selak buletin bulananChristian Bulletin.

Di Israel ‘Zionis Raya’, tiada kandang babi di negara itu. Juga tiada sistem riba yang menekan pelanggan runcit. Mereka juga mengamalkan sistem kutipan dana menyerupai zakat. Mereka mengamalkan sistem yang selari dengan Islam. Tetapi pada masa yang sama menjadi seperti golongan yang disebut dalam surah ar-Rahman, iaitu golongan yang mendustakan nikmat-nikmat Allah.

Lihat, betapa Islam adalah jalan terbaik dan diamalkan pula oleh musuh-musuh.Kita perlu bersatu padu mengamalkan ajaran Islam secara mutlak tanpa kompromi. Malangnya, kita berterusan berpecah akibat termakan hasutan proksi-proksi Zionis di negara ini supaya mengamalkan sistem kafir. Proksi-proksi ini pula wujud dalam semua parti politik di negara ini.

Sistem politik Islam harus segera dikembalikan. Bagaimana mengembalikannya? Kita perlu bersuara lantang memihak kepada Islam secara kolektif, bukan lagi berpihak kepada mana-mana parti atau individu politik yang berjuang demi nafsu-nafsi semata-mata.

Syarat utama ialah bersatu demi Islam sebagaimana diperintahkan Allah dalam ayat-ayat-Nya. Itu adalah syarat mutlak. Tiada pilihan lain lagi.Jadilah pendesak dalam kumpulan yang besar dan bertindak dengan penuh hikmah sambil menolak kekerasan kerana Islam itu penuh dengan kelembutan berhikmah.

Jadilah pendesak yang tidak mahu lagi diadakan acara hiburan yang melalaikan, tetapi jangan bertindak keras, bertindaklah seperti orang Islam yang berbudi pekerti mulia. Jadilah pendesak yang mendesak supaya parti-parti politik yang dianggotai orang Islam segera bersatu demi kepentingan umat Islam, tetapi jangan berkeras dan bertindaklah seperti orang Islam yang berhati mulia.

Politik akan menjadi suci jika ia berjuang demi Islam, bukan demi parti dan kepentingan individu semata-mata sehingga membelakangkan Islam hanya untuk sesuap nasi politik. Bersatu dengan mematikan fahaman permusuhan dan mengembalikan persaudaraan.

Kita bukan bercakap mengenai politik kepartian yang sudah lama buntu, tetapi kita bercakap mengenai umat Islam yang harus bersatu. Kepada ahli-ahli parti politik, tiada ruang untuk anda berbahas mengenai politik kepartian yang penuh emosi keanak-anakan di sini. Tiada ruang untuk semua itu. Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Hubungan rakyat negara-negara Islam (mahupun di Malaysia dan Indonesia di rantau ini) perlu segera sedar mengenai hubungan kita dari sudut agama. Jangan lagi dimainkan oleh demonstrasi anti sesiapa, demonstrasi-demonstrasi itu dianjurkan oleh orang-orang bukan Islam untuk menimbulkan permusuhan antara dua wilayah Islam di rantau ini iaitu Malaysia dan Indonesia.

Sila kenali siapa orang yang menggerakan kumpulan demonstrasi, sila selidik apa agama mereka dan sila selidik siapa yang menggerakkan mereka. Sila selidik dengan cermat dan segera sedar semua itu.

Mereka mahu kita bermusuhan, bersengketa dan bertelagah kerana ia akan merugikan umat-umat di wilayah-wilayah Islam ini sendiri. Mereka mahu kita bertelagah dengan memainkan isu-isu Red Herringyang remeh temeh untuk menimbulkan kemarahan dan saling memaki dan tuduh menuduh di luar skala kewarasan.

Mereka mahu kita berpecah untuk melihat kita lemah. Akal perlu segera waras. Demi Islam. Jika tidak mahu mengaku bahawa kita daripada kelompok bangsa yang sama, itu tidak mengapa. Tetapi jangan menolak persamaan yang ada pada kita di dua negara bersebelahan ini iaitu Islam. Kita memikul tanggungjawab untuk memurnikan hubungan sesama Islam.Jangan terperangkap dalam permainan orang kafir. Jangan jadi orang-orang kerugian lagi terpedaya.

Mungkin ada orang-orang politik yang membaca blog ini yang dianggap sama sahaja seperti blog-blog politik sampah yang lain. Bagi orang-orang politik, maklumat blog tidak lebih daripada sampah. Kita tidak berbicara mengenai politik kepartian di sini. Tapi, anda perlu memikirkan sesuatu jika benar kamu orang Islam yang tidak melacurkan agama suci ini demi cita-cita politik sempit. Baik dari parti bendera ‘biru’ atau ‘hijau’ atau apa ‘warna’ sekalipun selagi ia melibatkan keahlian orang Islam yang ramai, anda perlu memikirkan sesuatu.

Jika golongan politik ini masih sombong untuk bertindak demi Islam, maka masyarakat pula harus bersatu sebagai pendesak. Mendesak dengan menjadikan perpaduan umat Islam sebagai motif utama, bukan lagi fahaman kepartian tegar kebudak-budakan. Permasalahannya, cukup tegarkah parti-parti politik ini dalam mendaulatkan Islam?

Andai terlewat untuk mendesak sedangkan parti-parti kafir dari pelbagai warna bendera sedang bersatu sesama mereka secara senyap, Islam mungkin tersungkur satu masa nanti menyaksikan umat-umatnya menangis kekesalan di negara ini kerana ingkar untuk bersatu sebagaimana perintah Allah supaya bersatu.

Kita sudah diberi panduan bersatu melalui anjuran al-Quran supaya mampu berdiri kuat dengan hidup bersatu sebagai satu umat yang tidak berpecah belah, tetapi menafikan nikmat hikmah perintah-Nya dengan melanggar segala perintah-Nya dengan selamba demi kepentingan politik dunia.

Semua ini tidak mampu dijayakan secara bersendirian. Ia memerlukan kerjasama kolektif yang ramai dalam jumlah mewakili majoriti umat Islam di negara ini. Sekali lagi, jika kita bersatu, tiada daya di pihak lain untuk menafikannya.

Bagaimana untuk memulakan penyatuan ini? Di sini hanya sebagai langkah. Mudah, anda beramai-ramai sila jadi anggota pertubuhan NGO Islam yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Sila berhati-hati untuk tidak menganggotai NGO yang cenderung menyokong sesebuah parti. Kemudian desak NGO-NGO ini untuk bersatu pula sesama mereka. Kumpul keahlian seramai mungkin, jika boleh jadikan keahlian mencapai jutaan umat Islam, maka lakukan segera. Kita perlukan orang Islam yang menolak politik kepartian. Jika majoriti daripada kita masih taksub dengan politik parti keanak-anakan dengan selamba menolak perintah Allah supaya bersatu, maka tunggu sahaja keruntuhan yang dijanjikan Allah jika kita tidak bersatu.

Jika anda adalah presiden atau ahli majlis sesebuah NGO Islam, anda juga perlu bertindak dengan menolak fahaman kepartian. Anda sebagai ahli majlis tertinggi NGO perlu giat melakukan promosi mengumpul keahlian baru. Korbankan jawatan anda dalam NGO dengan menggabungkan semua NGO Islam dan memilih kepimpinan tunggal. Semoga pengorbanan anda diberikan ganjaran besar di sisi Allah.

Mengimbas kempen perluasan wilayah Islam yang digerakkan Khalid al-Walid suatu masa dahulu, dia mengerahkan ketua setiap puak (masih ada sedikit sisa fahaman puak kabilah di kalangan orang Arab ketika itu, sehingga kini pun ia masih bersisa) untuk menghantar sekumpulan tentera bersama ketua angkatan masing-masing untuk berdakwah di Iraq, Parsi serta menentang Rom. Meskipun setiap puak itu hadir bersama ketua angkatan tentera mereka, namun mereka disatukan dibawah satu kepimpinan tunggal yang akan memimpin setiap tentera dari setiap kabilah.

Khalid memimpin semua mereka itu dalam kempen-kempennya dan memperoleh kejayaan. Inilah yang harus dicontohi NGO-NGO Islam. Generasi awal Islam sudah membuktikan bahawa mentaati perintah Allah dengan bersatu pasti dijanjikan kejayaan. Jangan hanya asyik bercakap mengenai kegemilangan tamadun Islam suatu masa dahulu tanpa melakukan apa-apa pengorbanan untuk melihat agama Allah kembali teguh. Jangan hanya tahu bercakap megah di hadapan wartawan hanya semata-mata mahu popular di dada akhbar seolah-olah faham setiap inci era kegemilangan tamadun Islam sedangkan anda hanya tahu bercakap dan bercakap dengan megah seperti burung kakak tua tanpa berbuat apa-apa demi membawa Islam kembali ke landasannya. Maaf jika berkecil hati, teguran sinis secara pojok nakal dari ayat-ayat ikhlas para wartawan memang memedihkan.

Mengapa NGO Islam amat diperlukan, kerana ia menjamin kebebasan daripada belenggu mana-mana parti politik. Meskipun ada NGO Islam yang lebih cenderung terhadap sesebuah parti politik, kami yakin bahawa anda juga tidak selesa dengan keadaan itu. Maka, berusahalah untuk membebaskan diri. Sila tukar kepimpinan baru jika perlu. Berkenaan Sisters in Islam (SIS), tidak perlu diterangkan lagi mengenai mereka. SIS dan NGO-NGO Islam Liberal yang lain juga akan hancur dengan sendiri jika gabungan tunggal semua NGO Islam bersatu padu dengan keahlian mencecah puluhan juta orang Islam. Puluhan juta.

Sama juga dengan NGO-NGO munafik lain, mereka juga akan hancur seperti SIS. NGO juga tidak seharusnya bersikap cenderung ke arah mana-mana parti politik, jika ia berlaku, ia boleh dianggap sebagai sayap tidak rasmi sesebuah parti politik. Jika ikhlas demi Islam, politik kepartian yang gemar tuduh menuduh, fitnah menfitnah, kutuk mengutuk, keji mengeji dan cerca mencerca itu berjalan di atas landasan Islamkah? Maka, amat diperlukan NGO yang menolak kecenderungan menyokong mana-mana parti. Jangan pula mudah terpedaya dengan motto-motto atau slogan-slogan NGO yang kononnya berjuang demi Islam tetapi pada masa yang sama turut sama mengamalkan fahaman politik kepartian kebudak-budakan.

Debu-debu konspirasi itu masih ada di lantai atau sudah dihembus keluar, itu bergantung kepada di titik mana anda sedang berpijak sekarang. Jika selesa dengan debu yang melekat di tapak kaki, maka hiduplah. Kalau selesa dengan kaki yang bebas daripada debu, maka hiduplah.

Lantai di Ground Level sudah kelihatan sedikit agak jelas di beberapa sudut. Maka, lakukan sesuatu untuk memastikan debu-debu itu tidak kembali. Jika menguruskan pembersihan Ground Level pun kita gagal, jangan lagi bermimpi untuk melihat tingkat-tingkat bawah tanah yang lain yang penuh dengan selut dan najis busuk yang perlu dibersihkan.

Perubahan boleh dilakukan jika prinsip pelaksanaannya betul. Di sini, satu prinsip gerakan pemurnian umat Islam secara global mungkin sesuai dalam konteks masa kini... Synergy: Think Local Affects Global.

Jika tidak mampu melakukan perubahan secara global, cukuplah jika setiap daripada kita bergerak membuat perubahan secara lokal di tempat masing-masing dengan segala sumber dan kekuatan yang ada. Apabila setiap daripada kita di seluruh negara melakukan perkara yang sama di kawasan lokal masing-masing tidak kira di kawasan perumahan, flat rakyat, kampung-kampung atau bandar-bandar, ia secara tidak langsung akan memberi kesan secara nasional.

Jika setiap masyarakat dunia di setiap negara Islam juga melakukan perkara yang sama, ia akan bertukar menjadi satu gerakan secara nasional di negara masing-masing yang memperlihatkan umat Islam semakin bersatu dan teguh. Apabila setiap negara Islam melakukan perkara yang sama, ia akan bertukar menjadi satu gerakan besar secara global. Ia memberi kesan berganda secara timbal balik. Ini adalah masa untuk menyingkirkan semua debu dengan melakukan tindakan waras. Ini adalah masa untuk memurnikan tenaga.

BERSATU dan BANGKITLAH demi ISLAM, sebelum terlambat. Inilah fokus kita.. BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM

Friday, 31 January 2014

Nafsu bukan diri. Diri sebenar diri itu, adalah…


Hj. Shaari Bin Hj.Mohd Yusof


http://makrifattokkenali.com/2014/01/31/nafsu-bukan-diri-diri-sebenar-diri-itu-adalah/

Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.

Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri!. Nafsu itu, adalah sebahagian drp diri dan bukannya diri. Nafsu itu, adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?.

Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu. Bolehkan kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati?. Jadi nyatalah bahawa nafsu itu, bukan diri. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri, tanpa bergantung kepada sesiapa!.

sekarang saya akan bergerak ke Janda Baik

Drp hj shaari

Nafsu bukan diri. Diri sebenar diri itu, adalah……………….

Sunday, 19 January 2014

TARIKAT DAN SOFI BERTENTANGAN DENGAN ISLAM?




http://as-syazuli.blogspot.com/2008/06/adakah-tarikat-dan-sofi-bertentangan.html

PENGENALAN

Terdapat pelbagai kitab yang membincangkan tentang tarikat sofi, antara yang terawal ialah “Tobakot Al-sofiah” karangan Abu Abdul Rahman (412 hijrah) dan “Risalah Al-Qusyairiah Fi Ilmi Taswuf” karangan Abu Qasim Abdul Karim bin Hauzan Al-Qusyairi(465) hijrah.

Ilmu tasawuf merupakan satu manhaj tarbiah dalaman dan luaran yang boleh mehjadi pemangkin kepada seorang muslim untuk mncapai martabat ihsan yang telah dita’rifkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w :”melakukan ibadah seolah-olah kamu melihat Allah sekiranya kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya Dia melihatmu”(Sohih Bukhari).

Tasawuf merupakan program tarbiah, yang mengutamakan permbersihan jiwa daripada segala penyakit yang merosakkannya, yang mana penyakit-penyakit tersebut menyebabkan wujudnya satu hijab (halangan) diantara seorang hamba dan tuhannya, dan menyebabkan rosaknya hubungan seseorang itu dengan tuhannya, insan-insan lain, dan makhluk-makhluk ciptaan Allah sekaliannya.

Oleh kerana itu, tarikat sofi merupakan satu madrasah yang mana madrasah tersebut membantu pengikutnya untuk membersihkan diri daripada segala kotoran jiwa dan memperbaiki akhlak yang buruk bagi membolehkan seseorang itu memenuhi hadaf (tujuan) diutuskan junjungan besar s.aw sepertimana sabda baginda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

Sesungguhnya, sudah menjadi tabiat nafsu seseorang manusia itu diserang dan dirosakkan oleh sekolompok penyakit jiwa seperti: Riya’(melakukan sesuatu untuk tujuan menunjuk-nunjuk) Takabbur(bangga dengan kehebatan diri) ananiah (keakuan) pemarah, bakhil, dendam, suka memaksa, hasad dengki, cenderung untuk melakukan maksiat, tamak halobA dan lain-lain. Sepertimana Firman Allah Taa’la ketika menghikayatkan kisah seorang perempuan yang mulia:

وما أبرئ نفسى إن النفس لامارة بالسوء إلا ما رحم ربى إن ربى غفور رحيم

Maksudnya: “ Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh tuhanku. Sesungguhnya tuhanku maha pengampun lagi maha penyayang.”

CIRI-CIRI TARIKAT

Oleh kerana itu, golongan salaf(sebelum) kita telah menyedari kepentingan didikan jiwa dan keperluan untuk membersihkannya daripada penyakit-penyakit jiwa. Oleh kerana itu tarikat ini telah diwujudkan untuk membolehkan ulama-ulama kita bukan sahaja mampu mengubati diri mereka sendiri malah mampu mengubati jiwa-jiwa masyarakat yang semakin hari semakin parah disebabkan serangan penyakit hati yang betalu-talu. Semestinya bagi sesebuah tarikat itu mencakupi beberapa sifat utama:

1. Berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, oleh kerana itu tidak dapat dinafikan tarikat sofiah ini merupakan manhaj(jalan) Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah ianya bukanlah tarikat sofiah bahkan ianya adalah tarikat yang ditolak dan ditegah oleh syara’.

2. Tidak dinamakan sebuah tarikat seandainya didikan yang terkandung didalamnya terpisah daripada didikan yang terkandung dalam syaria’h, bahkan tarikat itu merupakan sebutir daripada butiran-butiran mutiara yang wujud didalam didikan syaria’h.

CIRI-CIRI TASAWUF

Tasawuf juga mempunyai tiga ciri yang mana ciri-ciri tersebut digalakkan dan diseru di dalam Al-quran supaya dilakukan oleh orang-orang yang beriman:

1. Menumpukan didikan jiwa, muraqabah (merasakan diri diperhatikan Allah) dan membersihkannya daripada segala keburukan. Ini bersesuaian dengan firman Allah:

{ونفس وما سواها * فألهمها فجورها وتقواها* قد أفلح من زكاها* وقد خاب من دساها}
Maksudnya: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah ilhmkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya.” (As-syams 7-10)

2. Berzikir mengingati Allah sebanyak banyaknya. Firman Allah:

{يأيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا}

Maksudnya: “Wahai orang2 yang beriman berzikirlah (ingati Allah) sebanyak-banyaknya” (Al-Ahzab 41)

Sabda nabi:
{لا يزال لسانك رطبا بذكر الله}

Maksudnya: “ Basahilah lidah kamu dengan zikrullah” (Sunan Ahmad dan Sohih Ibnu Hibban)

3. Zuhud dalam kehidupan di dunia, tidak mencintai dunia dan cenderung kepada kehidupan akhirat.

{وما الحياة الدنيا إلا لعب ولهو وللدار الآخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون}

Maksudnya: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan senda gurauan. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa adakah kamu tidak memikirkannya?”. (Al-An’aam 32)

SEBAB WUJUDNYA PELBAGAI ALIRAN TARIKAT

Syeikh-syeikh yang membimbing anak-anak muridnya berzikir , membantu mereka dalam proses pembersihan jiwa, dan mengubati penyakit-penyakit yang wujud didalam hati-hati mereka, merupakan seorang guru dan pembimbing yang menetapkan manhaj yang tertentu yang bersesuaian untuk mengubati penyakit yang dihadapi oleh hati pesakit-pesakitnya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menasihatkan setiap insan yang meminta nasihat daripada beliau dengan nasihat yang pelbagai dan bersesuaian dengan diri insane tersebut. Seorang lelaki telah datang menemui beliau dan berkata: “ Wahai Rasullullah khabarkan kepadaku sesutau yang membolehkan diriku jauh daripada kemurkaan Allah”, maka nabi berkata: “Jangan marah” (Sohih Bukhari).

Dan datang seorang yang lain dan berkata: “ Khabarkan kepadaku sesuatu yang aku boleh hidupkan amalanku dengannya, maka nabi berkata kepadanya: “Sentiasalah basahi lidahmu dengan berzikir kepada Allah”.(Musnad Ahmad, Sohih Ibnu Hibban), sebahagian daripada sahabat ada yang memperbanyakkan solat malam, sebahagian yang lain ada yang memperbanyakkan bacaan al-quran, zikir sedekah dan lain-lain.

Ini tidak bermakna pengikut tarikat perlu meninggalkan segala urusan dunia, akan tetapi seseorang pengikut tarikat hanya perlu memperbanyakkan ibadah tertentu untuk menjadi wasilah mardhiatullah( keredaan Allah). Asas perbuatan tersebut adalah berdasarkan berbilangnya pintu didalam syurga yang satu, yang menunjukkan pelbagai cara boleh digunakan untuk memasuki sesebuah syurga.

قال النبي : { "لكل أهل عمل باب من أبواب الجنة يدعون بذلك العمل ولأهل الصيام باب يدعون منه يقال له الريان"}

Sabda Nabi: “Bagi setiap pengamal (kebajikan) akan (melalui) satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang akan menyerunya kerana amal tersebut (yang dilakukannya) dan untuk ahli puasa mereka akan diseru oleh pintu yang digelar ‘Ar-Rayan’ ” (Sohih Bukhari)

Rentetan daripada kewujudan pelbagai uslub dan cara untuk memasuki syurga ilahi, maka wujudlah pelbagai jenis tarikat yang berbeza-beza amalannya, sebahagiannya menumpukan ibadah zikir, sebahagian yang lain menumpukan ibadah puasa, solat dan ibadah-ibadah lain yang seumpama dengannya. Sungguhpun begitu, walaupun berbeza-beza uslub dan amalan tapi tujuan mereka hanyalah satu untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, yang mana dengan keredhaan itu membolehkan mereka memasuki syurga melalui salah satu daripada pintu-pintunya.

Bersambung………

5.30pm 10/06/2008

Syari' Madrob, Mansurah

Mesir. ِ

Rujukan:

1- Al-Fatawa (Dr A’tiah Saqar)

2- Al-bayan (Dr Ali Jumaa’h)

3- Tafsir Al-Quran Al-Karim

4- Dan lain-lain

Friday, 11 October 2013

Alsubki2..Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

http://alsubki2.blogspot.com/2009/06/ilmu-akidah-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html
SUNDAY, JUNE 21, 2009


Ilmu akidah bersumber karya ulama silam Melayu

SHeikh Nuruddin Ar-Raniri antara ulama yang terawal mengarang ilmu akidah di alam Melayu pada abad ke-16.

Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SAGHIR ABDULLAH

ILMU Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah sangat luas jika dibicarakan dari sumber-sumber asalnya yang meliputi berpuluh-puluh, beratus-ratus bahkan ribuan kitab.

Sebahagian kecil sejarah ringkas Ilmu Tauhid di Dunia Melayu dalam beberapa judul penting yang telah ditulis oleh para ulama Dunia Melayu, telah penulis perkenalkan dalam ruangan-ruangan sebelum ini dan dimuatkan juga dalam buku Faridatul Faraid, Sheikh Ahmad al-Fathani.

Maka dirasakan tidak perlu ia diulang perkara yang sama. Oleh itu, untuk perbicaraan ini, penulis hanya mengehadkan kepada sumber-sumber tradisional karya ulama dunia Melayu sahaja.

Senarai kitab akidah ulama dunia Melayu

Sebelum memasuki sejarah penulisan akidah Islami yang berhaluan Ahlus Sunnah wal Jamaah di Dunia Melayu, terlebih dahulu ada baiknya penulis senaraikan pelbagai judul kitab yang dikarang oleh ulama-ulama silam kita.

Karya-karya akidah itu dapat dibahagi kepada empat corak iaitu:

Karya ilmu tauhid yang khas membicarakan tentang itu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Karya ilmu tauhid yang khas membicarakan tentang itu yang ditulis dalam bahasa Arab.

Karya tauhid yang ditulis dalam karya ilmu fiqh atau tasauf yang diletakkan di bahagian permulaan kitab yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Karya tauhid yang ditulis dalam karya ilmu fiqh atau tasauf yang diletakkan di bahagian permulaan kitab yang ditulis dalam bahasa Arab.

Daripada keterangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa ulama-ulama silam Dunia Melayu berkebolehan mengarang kitab-kitab dalam bentuk bahasa Arab yang setaraf dengan orang-orang Arab sendiri.

Bahawa demikian pentingnya ilmu tauhid (akidah) sehingga dalam perbicaraan mengenai fiqh atau tasauf pun masih juga membicarakan perkara akidah.

Disimpulkan bahawa ulama silam Dunia Melayu sependapat bahawa “Mengenal Allah dan Rasul-Nya melalui akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah wajib, mendapat tempat yang pertama dan utama dari ilmu-ilmu lainnya”.

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani dalam karyanya Jumanatut Tauhid dalam bentuk syair menulis, maksudnya: “Dan sesudah itu maka Ilmu Tauhid itu pada pelbagai ilmu, seumpama matahari di antara sekelian bintang”.

Adapun senarai kitab akidah yang disenaraikan tersebut dapat dijelaskan sebagai yang berikut:

i. Karya Ilmu Tauhid Dalam Bahasa Melayu

Antara karya-karya yang berkaitan untuk bahagian ini telah ditemui agak banyak. Antaranya ialah:

Ilmu Tauhid karya Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah) yang ditulis dalam tahun 1032 H (kira-kira 1622 M),

Durarul Faraid bisyarhil ‘Aqaid karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri, tahun penulisan 1045 H (kira-kira bersamaan 1635 M).

Bidayatul Hidayah karya Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, tahun penulisan 1170 H (kira-kira 1757 M).

Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, tahun penulisan 1178 H (kira-kira 1764 M).

Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin wa Yufsiduhu min Riddatil Murtaddin karya Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, tahun penulisan 1188 H (kira-kira 1774 M).

Kifayatul Mubtadi fi Ushuli I’tiqadil Mursyidin, atau dengan judul lain iaitu Irsyadu Athfalil Mubtadi-in fi ‘Aqaidid Din wa Ad’iyah an Nafi’ah ad Din karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani (tiada disebut tahun penulisan).

Risalatu Ta’alluqi bi Kalimatil Iman karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Dhiyaul Murid fi Ma’rifati Kalimatit Tauhid karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani (tiada disebut tahun penulisan).

Ad Durruth Tsamin fi ‘Aqaidil Mu’minin karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1232 H (kira-kira 1817 M).

‘Iqdatul Jawahir karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1245 H (kira-kira 1831 M).

Warduz Zawahir li Hilli Alfazhi ‘Iqdil Jawahir karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1245 H (kira-kira 1831 M) dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya.

ii. Karya Ilmu Tauhid Yang Khas Yang Membicarakan Tentang Itu Yang Ditulis Dalam Bahasa Arab

Kitab-kitab Ilmu Tauhid yang ditulis oleh ulama silam Dunia Melayu dalam bentuk bahasa Arab tidaklah sebanyak seperti yang ditulis dalam bahasa Melayu. Di antara yang dapat dicatat disenaraikan seperti berikut:

Jumanatut Tauhid karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tahun penulisan 1293 H (kira-kira 1876 M).

Munjiatul ‘Awam karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tahun penulisan 1293 H (kira-kira 1876 M).

Sabilus Salam atau dengan judul yang lain Minhajus Salam karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tahun penulisan 1306 H (kira-kira 1888 M).

Fat-hul Majid fi Syarhid Durril Farid fi ‘Ilmit Tauhid karya Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani, tahun penulisan 1294 H (kira-kira 1877 M).

Nuruzh Zhalam ‘alal Manzhumati al-Musammah bi ‘Aqidatil ‘Awam karya Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani, tahun penulisan 1277 H (kira-kira 1860 M).

Syarhul Futuhatil Madaniyah fisy Syu’bil Imaniyah karya Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani, tanpa menyebut tahun penulisan.

Perlu penulis sebutkan bahawa selain Sheikh Ahmad al-Fathani dan Sheikh Nawawi al-Bantani, terdapat beberapa ulama Dunia Melayu yang menjalankan aktivitinya di Mekah yang juga meninggalkan beberapa karya dalam bahasa Arab termasuk karangan perkara akidah.

Mereka ialah Sheikh Muhammad Mukhtar bin Atarid Bogor, Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau (pernah menjadi Imam dan Khatib Mazhab Syafiie di Mekah), Sheikh Abdul Hamid Kudus (juga pernah menjadi Imam dan Khatib Mazhab Syafiie di Mekah menggantikan Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau).

iii. Karya Tauhid Yang Ditulis Dalam Karya Ilmu Fiqh Yang Diletakkan Di Bahagian Permulaan Kitab (Dalam Bahasa Melayu)

Sebagai petanda bahawa perkara akidah tradisional menurut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpunca dari Sheikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi sangat penting, maka ulama-ulama Dunia Melayu dalam kitab-kitab fikah yang dikarang terlebih dahulu menulis tentang akidah tersebut di bahagian awal karya fikah berkenaan.

Demikian juga dilakukan terhadap kitab-kitab tasauf. Di antara kitab-kitab fikah ataupun tasauf yang didahului dengan ilmu akidah di antaranya:

ada bahagian awal Hidayatus Salikin karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, tahun penulisan 1192 H (kira-kira 1778 M).

Siyarus Salikin (jilid 1) karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, tahun penulisan 1194 H (kira-kira 1780 M).

Hidayatul Muta’allim wa ‘Umdatul Mu’allim karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1244 H (kira-kira 1828 M).

Fathul Mannan li Shafwatiz Zubad karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1249 H (kira-kira 1833 M).

Al-Jawahirus Saniyah fi Syarhil ‘Aqaidid Diniyah karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1252 H (kira-kira 1836 M).

Sullamul Mubtadi fi Ma’rifatil Muhtadi karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1252 H (kira-kira 1836 M).

Furu’ul Masail wa Wushulul Washail karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tahun penulisan 1254 -1257 H (kira-kira 1838-1841 M).

Mathla’ul Badrain wa Majma’ul Bahrain karya Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, tahun penulisan 1303 H (kira-kira 1885 M).

Wusyahul Afrah wa Ashbahul Falah karya Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, tahun penulisan 1313 H (kira-kira 1895 H).

Bahjatul Mubtadin wa Farhatul Mujtahidin karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tahun penulisan 1310 H (kira-kira 1892 M).

‘Unwanul Falah wa ‘Unfuwanus Shalah karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tahun penulisan 1319 H (kira-kira 1902 M) dan

Di bahagian awal Al-Fatawal Fathaniyah karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tahun penulisan 1323 H (kira-kira 1905 M).

iv. Karya Tauhid Yang Ditulis Dalam Karya Ilmu Fiqh Yang Diletakkan Di Bahagian Permulaan Kitab (Dalam Bahasa Arab)

Di bahagian ini hanya dapat disenaraikan beberapa karya Sheikh Nawawi al-Bantani sebagai contoh. Hal ini disebabkan kurang mendapat maklumat dan sedikit sekali ulama silam Dunia Melayu melakukannya.

Di antara kitab-kitab karya Sheikh Nawawi al-Bantani tersebut ialah:

Di bahagian awal Syarah Sullamul Munajah, Mirqatu Shu’udit Tashdiq fi Syarhi Sullamit Taufiq, dan Ats Tsimarul Yani’ah fir Riyadhil Badi’ah, yang kesemuanya kitab tersebut tiada dinyatakan tahun penulisan.

Sebuah lagi adalah di bahagian awal kitab Syarah Kasyifatis Saja ‘ala Safinatin Naja fi Ushuliddin wal Fiqh, tahun penulisan 1277 H (kira-kira 1860 M).

Demikianlah senarai ringkas karya-karya ulama silam Dunia Melayu yang membahas perkara akidah Islamiah yang sekali gus dari tahun-tahun penulisan. Dengan ini dapat kita ketahui bahawa ilmu tersebut telah ditulis bersama-bersama dengan ilmu-ilmu keislaman di bidang lainnya, yang dapat kita kaji sejak abad ke-16 Masihi lagi.

Kita berkeyakinan bahawa ilmu-ilmu yang membahas perkara akidah telah sampai di rantau ini dibawa serentak dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.

SUKATAN PELAJARAN ILMU TAUHID TRADISIONAL DI DUNIA MELAYU

Dalam dunia pendidikan moden, kita mengenal istilah sukatan pelajaran atau kurikulum. Walaupun istilah tersebut dalam pendidikan tradisional tidak diperkenalkan secara meluas, namun dari karya-karya peninggalan mereka dapat kita mengerti bahawa hal itu telah berlaku sejak lama di Dunia Melayu.

Kurikulum pelajaran tauhid secara tradisional dapat dibahagi kepada berikut, iaitu: Peringkat Awal/Permulaan, Peringkat Menengah dan Atas dan Peringkat Pembahasan dan Penyelidikan. Peringkat-peringkat tersebut dapat dibicarakan satu persatu bahagiannya sebagai berikut:

I. Peringkat Awal/Permulaan

Dimaksudkan dengan Peringkat Awal / Permulaan ialah orang-orang yang baru memasuki pelajaran Ilmu Tauhid dan tidak terikat dengan umur.

Adakalanya seorang kanak-kanak yang berumur tujuh tahun atau seorang yang telah tua hingga melebihi 40 tahun mereka wajib diberi pengertian asas tauhid dengan cara menghafal.

Bezanya hanyalah cara menyampaikannya sahaja, tentu saja tidak sama menerapkannya antara seorang kanak-kanak dengan seorang yang telah berumur.

Untuk peringkat ini Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani sekurang-kurangnya telah menyusun dua kitab Ilmu Tauhid iaitu Irsyadul Ithfal dan ‘Iqdatul Jawahir.

‘Iqdatul Jawahir tersebut selain merupakan asas akidah, dapat juga digunakan sebagai penolong ke arah sastera klasik kerana ia ditulis dalam bentuk syair dua bait, dua bait tak ubahnya seperti ‘Gurindam Dua Belas’ gubahan Raja Ali Haji dari Riau.

Barangkali gaya bahasa sastera Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti tersebut telah mempengaruhi sasterawan yang berasal dari Riau itu. Ini kerana tidak dapat dinafikan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah termasuk salah seorang guru kepada Raja Ali Haji sewaktu dia ke Mekah dalam tahun 1245 H (kira-kira 1831 M), iaitu tahun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyelesaikan karya beliau ‘Iqdatul Jawahir.

Selain mengarang dua kitab dalam bahasa Melayu untuk peringkat ini, Sheikh Ahmad al-Fathani juga menekankan supaya kanak-kanak digalakkan menghafal akidah berbentuk dalam bahasa Arab.

Hal ini disedari beliau kerana untuk pengiktirafan menjadi seorang ulama peringkat antarabangsa adalah dimestikan menguasai bahasa Arab dalam pelbagai bentuk keilmuannya.

Ada empat karya Sheikh Ahmad al-Fathani untuk peringkat ini, iaitu dua dalam bahasa Arab dan dua dalam bahasa Melayu.

Judul kitab dalam bahasa Arab ialah Jumanatut Tauhid dan Munjiatul ‘Awam. Kedua-duanya ditulis di Mesir dan telah diuji oleh pengarangnya mengajar kedua-dua kitab itu di Masjid Jamek Azhar, Mesir kepada orang-orang yang bukan berasal dari Dunia Melayu.

Dua karya Sheikh Ahmad al-Fathani untuk Peringkat Awal dalam bahasa Melayu pula ialah An Nurul Mubin dan ‘Aqidah Ushuluddin Pendek.

Dalam kedua-dua kitab kecil tersebut, beliau menyimpulkan seluruh akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah untuk kanak-kanak dan orang awam adalah meliputi beberapa perkara berikut, antaranya: tentang rukun Islam, rukun iman, Sifat Kamalat yang wajib bagi Allah ada 13 sifat, demikian juga lawannya, kemudian ditambah lagi tujuh sifat yang dinamakan Sifat Ma’nawiyah dan sebagainya yang banyak tidak dapat dimuatkan keseluruhannya di sini.

Dua karya yang beliau tulis dalam bahasa Arab yang berbentuk syair pula. Kandungannya jauh lebih lengkap daripada yang ditulis dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dimaklumi kerana kedua-dua kitab bahasa Arab itu adalah untuk diajar di pondok-pondok yang bercorak pengkaderan bukan untuk orang awam.

Dari segi akidah jelas mencerminkan suatu ajaran yang dapat dipertanggungjawabkan. Ditinjau dari segi bahasa Arab, Sheikh Ahmad al-Fathani nampaknya berusaha supaya dari peringkat kanak-kanak lagi perlu diajar bahasa Arab yang begitu tinggi hingga sampai kepada gaya bahasa sasteranya.

Ditinjau dari segi kelengkapan kandungan, sebagai contoh seperti tertulis dalam Jumanatut Tauhid pada bait pertama (tidak dapat dipaparkan contoh dalam bahasa Arab) iaitu, maksudnya, “bahawa wajib memelihara kulliyat lima atau enam perkara, iaitu: agama Islam, diri, harta, nasab, kehormatan, dan akal”.

Pada bait yang lain antaranya ditinjau dari sudut politik, bahawa untuk memelihara yang tersebut itu adalah “menghendaki kepada pentadbiran yang baik pula”.

Politik yang baik dan pentadbiran yang baik menurut Sheikh Ahmad al-Fathani dalam karyanya yang lain ialah menurut yang telah diperintahkan Allah kepada para RasulNya. Diakui atau tidak ketokohan ulama kita ini mengkaderkan tokoh-tokoh politik di Dunia Melayu melalui akidah Islamiah yang berkesinambungan memerlukan analisis, pengkajian dan pandangan secara jujur secara saksama dan mendalam.

Sebagai bukti, sehingga tertulis dalam buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 1989, halaman 182 sebagai yang berikut: “Di Tanah Melayu pada masa itu, telah ada tokoh yang menganjurkan agar negeri Kelantan dan Patani membentuk sebuah negara Islam. 

Tokoh tersebut ialah seorang ulama terkenal di Mekah. Beliau ialah Sheikh Haji Wan Ahmad bin Haji Wan Muhammad Zain yang berasal dari Patani. Beliau menganjurkan agar negeri Kelantan dan Patani bersatu untuk menentang Siam dan membentuk sebuah kerajaan Islam yang akan dilindungi oleh Empayar Turki”.

Di bahagian akhir kitab Jumanatut Tauhid diperlengkapkan dengan beberapa bait pengertian akidah yang bersangkut paut dengan tasauf. Untuk melengkapi akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah di peringkat awal sebagai pengkaderan di pengajian pondok tersebut, Sheikh Ahmad al-Fathani menulis di dalam Munjiyatul ‘Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam dengan beberapa bait tentang tanda-tanda kiamat.

Penutup

Seterusnya untuk dua peringkat yang tidak dibicarakan lagi iaitu peringkat Menengah/atas dan peringkat perbahasan/ penyelidikan dalam sukatan ilmu tauhid tradisonal di Alam Melayu ini akan disambung perbicaraannya pada ruangan yang sama pada minggu hadapan.

Untuk bahagian pertama ini, dapat disimpulkan bahawa ulama-ulama silam Dunia Melayu yang dapat dipercayai dan dipertanggungjawabkan ilmunya di bidang akidah Islamiah telah berhasil mengarang ilmu tersebut dalam banyak judul kitab, sama ada dalam bahasa Melayu mahupun dalam bahasa Arab.

Malahan terdapat beberapa judul kitab akidah yang ditulis dalam bahasa Arab dapat diajarkan di luar Dunia Melayu, termasuk orang-orang Arab sendiri menggunakan karya ulama Melayu tersebut.

Saturday, 5 October 2013

HAJJI KE MEKAH DAN HAJJI ROHANI KE HAKIKAT HATI

21: HAJJI KE MEKAH DAN HAJJI ROHANI KE HAKIKAT HATI


Pekerjaan hajji menurut syariat ialah mengunjungi ka’abah di Makkah. Ada beberapa syarat berhubung dengan ibadat hajji: memakai ihram – dua helai kain yang tidak berjahit menandakan pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf keliling ka’abah sebanyak tujuh kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan tinggal di sana sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan korban di Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang dua rakaat berhampiran dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. 

Bila semua ini dilakukan pekerjaan hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika terdapat kecacatan pada pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. Allah Yang Maha Tinggi berfirman: 
“Sempurnakan hajji dan umrah kerana Allah”. (Surah al-Baqarah, ayat 196).

Bila semua itu telah selesai banyak daripada hubungan keduniaan yang ditegah semasa pekerjaan hajji dibolehkan semula. Sebagai tanda selesainya pekerjaan hajji seseorang itu melakukan tawaf terakhir sekali sebelum kembali kepada kehidupan harian.

Ganjaran untuk orang yang mengerjakan hajji dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya: 

“Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana”. (Surah al-‘Imraan, ayat 97).

Orang yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya.

Pekerjaan hajji kerohanian memerlukan persiapan yang besar dan mengumpulkan keperluan-keperluan sebelum memulakan perjalanan. Langkah pertama ialah mencari juru pandu, pembimbing, guru, seorang yang dikasihi, dihormati, diharapkan dan ditaati oleh orang yang mahu menjadi murid itu. 

Pembimbing itulah yang akan membekalkan murid itu bagi mengerjakan hajji kerohanian, dengan segala keperluannya.

Kemudian dia mesti menyediakan hatinya. Untuk menjadikannya jaga seseorang itu perlu mengucapkan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” dan mengingati Allah dengan menghayati kalimah tersebut. 

Dengan ini hati menjadi jaga, menjadi hidup. Ia hendaklah mengingati Allah dan berterusan mengingati Allah sehingga seluruh diri batin menjadi suci bersih daripada selain Allah.

Selepas penyucian batin seseorang perlu menyebutkan nama-nama bagi sifat-sifat Allah yang akan menyalakan cahaya keindahan dan kemuliaan-Nya. 

Di dalam cahaya itulah seseorang itu diharapkan dapat melihat ka’abah bagi hakikat rahsia. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s melakukan penyucian ini: 

“Janganlah engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud”. (Surah al-Hajj, ayat 26).

Sesungguhnya ka’abah zahir yang ada di Makkah dijaga dengan bersih untuk para pekerja hajji. Betapa lebih lagi kesucian yang perlu dijaga terhadap ka’abah batin yang ke atasnya hakikat akan memancar.

Selepas persediaan itu pekerja hajji batin menyelimutkan dirinya dengan roh suci, mengubah bentuk kebendaannya menjadi hakikat batin, dan melakukan tawaf ka’abah hati, mengucap di dalam hati nama Tuhan yang kedua- “ALLAH”, nama yang khusus bagi-Nya. Ia bergerak dalam bulatan kerana laluan rohani bukan lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Akhirnya adalah permulaannya.

Kemudian ia pergi ke Padang Arafah hati, tempat batin yang merendahkan diri dan merayu kepada Tuhannya, tempat yang diharapkan seseorang dapat mengetahui rahsia “La ilaha illa Llah”, “Yang Maha Esa, tiada sekutu”. Di sana ia berdiri mengucapkan nama ketiga “HU” – bukan sendirian tetapi bersama-Nya kerana Allah berfirman: 

“Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”. (Surah al-Hadiid, ayat 4).

Kemudian dia mengucapkan nama keempat “HAQ”, nama bagi cahaya Zat Allah – dan kemudian nama kelima “HAYYUN” – hidup Ilahi tang darinya hidup yang sementara muncul. Kemudian dia menyatukan nama Ilahi Yang Hidup Kekal Abadi dengan nama keenam “QAYYUM” – Yang Wujud Sendiri, yang bergantung kepada-Nya segala kewujudan. Ini membawanya kepada Musdalifah yang di tengah-tengah hati.

Kemudian dia di bawa ke Mina, rahsia suci, intipati atau hakikat, di mana dia ucapkan nama yang ke tujuh “QAHHAR” – Yang Meliputi Semua, Maha Keras. Dengan kekuasaan nama tersebut dirinya dan kepentingan dirinya dikorbankan. Tabir keingkaran ditiupkan dan pintu kebatilan diterbangkan.

Mengenai tabir yang memisahkan yang dicipta dengan Pencipta, Nabi s.a.w bersabda, “Iman dan kufur wujud pada tempat di sebalik arasy Allah. Keduanya adalah hijab memisahkan Tuhan daripada pemandangan hamba-hamba-Nya. Satu adalah hitam dan satu lagi putih”.

Kemudian kepada roh suci dicukurkan daripada segala sifat kebendaan.

Dengan membaca nama Ilahi ke lapan “WAHHAB” – Pemberi kepada semua, tanpa batas, tanpa syarat – dia memasuki daerah suci bagi Zat. Kemudian dia mengucapkan nama kesembilan “FATTAH” – Pembuka segala yang tertutup.

Memasuki ke tempat menyerah diri di mana dia tinggal mengasingkan diri, hampir dengan Allah, dalam keakraban dengan-Nya dan jauh daripada segala yang lain, dia mengucapkan nama yang ke sepuluh “WAHID” – Yang Esa, yang tiada tara, tiada sesuatu menyamai-Nya. 

Di sana dia mula menyaksikan sifat Allah “SAMAD” – Yang menjadi sumber kepada segala sesuatu. Ia adalah pemandangan tanpa rupa, tanpa bentuk, tidak menyerupai sesuatu.

Kemudian tawaf terakhir bermula, tujuh pusingan yang dalam tempoh tersebut dia mengucapkan enam nama-nama yang terakhir dan ditambah dengan nama ke sebelas “AHAD” – Yang Esa. Kemudian dia minum daripada tangan keakraban Allah. 
“Dan Tuhan mereka membuat mereka meminum minuman asli”. (Surah Insaan, ayat 21).

Cawan yang di dalamnya minuman ini disediakan ialah nama yang kedua belas “SAMAD” – Sumber, yang menunaikan segala hajat, satu-satunya tempat meminta tolong.

Dengan meminum dari sumber ini dia melihat semua tabir tersingkap daripada wajah keabadian. Dia mendongak melihat kepada-Nya dengan cahaya yang datang daripada-Nya. Alam ini tiada persamaan, tiada bentuk, tiada rupa. Ia tidak mampu diterangkan, diibaratkan, alam yang tidak ada mata pernah melihatnya, tiada telinga pernah mendengarnya dan tiada hati manusia yang ingat. 

Kalam Allah tidak didengar dengan bunyi atau dilihat dengan tulisan. Kesukaan yang tiada hati manusia boleh merasai ialah kelazatan menyaksikan hakikat Allah dan mendengar percakapan-Nya: 

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada kebaikan-kebaikan”. (Surah al-Furqaan, ayat 70).

Kemudian pekerja hajji itu dibebaskan daripada semua perbuatan yang daripada dirinya dan bebas daripada ketakutan dan dukacita. 
“Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita”. (Surah Yunus, ayat 62).
Akhirnya tawaf selamat tinggal dilakukan dengan mengucapkan semua nama-nama Ilahi.

Kemudian pekerja hajji kembali ke rumahnya, ke tempat asalnya, bumi suci di mana Allah ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik dan paling indah. Ketika kembalinya itu dia mengucapkan nama kedua belas “SAMAD”, perbendaharaan yang daripadanya semua keperluan makhluk dibekalkan. Itu adalah alam kehampiran Allah. Itulah tempat kediaman pekerja hajji batin, dan ke sanalah mereka kembali.

Hanya itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal mampu terima. Selepas itu tiada berita yang boleh diberi kerana selebih daripada itu tidak boleh disaksikan, tidak dimengerti, tidak mampu difikir atau diterangkan. Nabi s.a.w bersabda, “Ada ilmu yang tinggal tetap seumpama khazanah yang tertanam. 

Tiada siapa yang boleh mengetahuinya dan tiada siapa boleh mendapatkannya melainkan mereka yang menerima ilmu Ilahi”, tetapi bila diperdengarkan kewujudan ilmu demikian, yang ikhlas tidak menafikannya.

Manusia yang memiliki pengetahuan biasa mengumpulkan apa yang boleh dikumpulkan di permukaan. Orang yang memiliki ilmu ketuhanan mengeluarkan dasarnya. Hikmah kebijaksanaan orang arif adalah sebenar-benar rahsia bagi Allah Yang Maha Tinggi. Tiada siapa yang tahu apa yang Dia tahu kecuali Dia sendiri. 

“Sedang mereka tidak meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi, dan memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya”. (Surah al-Baqarah, ayat 255).

Mereka yang dirahmati, yang dikurniakan sebahagian ilmu-Nya adalah nabi-nabi dan kekasih-Nya yang berjuang untuk datang hampir kepada-Nya. Firman-Nya: 

“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7). 

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang sangat baik”. (Surah Ta Ha, ayat 8).

Dan Allah paling mengetahui.