CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday, 19 June 2011

JAM Gergasi Di MEKAH.


JAM Gergasi Di MEKAH.



Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa?


  Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.

Perbandingan
Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,

5 kali lebih besar dari Big Ben di London

Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Popout

Makkah Moden

Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.

Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya
Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.

Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi).  16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..

Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.


Kadar Termurah RM633 

Moevenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah, Mecca,
mewah

Raffles Makkah Palace, Mecca,
untuk siapa?

Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bersebelahan Masjidil Haram

Spesifikasi bangunan menara jam
Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..

Popout

Amaran

Di sisi lain jika ditinjau, kelihatan ada sesuatu yang sedang di tunjukkan oleh Allah swt kepada umat Islam. Semakin moden manusia, semakin jauh mereka meninggalkan yang hak dan mementingkan kekuasaan, pengaruh dan kemegahan.

Umat Islam majoritinya sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan malah ada yang sedang dizalimi dan menjadi mangsa kebiadaban musuh, di masa yang sama ada pihak yang lain sanggup membelanjakan berbillion dollar untuk menaja kemasyhuran dan kemegahan. Jika tidak berlaku di Makkatul Mukarramah, ia tidak begitu ketara tetapi kini apabiila ia dibina benar-benar besebelahan Masjid al Haram yang terletaknya Kaabah, mengundang perhatian masyarakat Islam.

"Kompleks Hotel 7 Bintang" itu untuk siapa sebenarnya jika bukan untuk golongan atasan yang hidup mewah atau para pemimpin negara atau ahli keluarga di raja. Mampukah orang awan yang biasanya membawa wang hanya secukup hidup ketika mengunjungi Tabah Suci semasa menunaikan Fardhu Haji menginap di sana? Tentu sekali tidak. Mereka tidak layak.

Bagaimana pula perasaan mereka (orang awam) yang majoritinya miskin melihat golongan yang bermewah-mewah ini? Tanpa di sedari cabaran keimanan yang cukup hebat telah mulai melanda umat ini. Itu belum diambil kira tahap keimanan yang tergugat dengan adanya bangunan raksasa tersergam di sebelah Kaabah. Sekali gus meronta iman semasa menunaikan ibadat. Apakah dengan ini cahaya Kaabah akan turut merosot dan pudar di hati kaum Muslimin?

Mungkin juga kerajaan Arab Saudi yang kaya raya ini akan bermurah hati memberikan subsidi kepada jemaah yang miskin untuk sama-sama menikmati nikmat Allah ini. Sepatutnya ia berlaku begitu, sebagai Umara yang diberi amanah menjaga kepentingan jemaah di Tanah Suci Makkah ini. Jika ini terjadi, pembinaan tersebut merupakan satu anugerah Allah kepada umat Islam, tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu bencana, mengambarkan kemurkaan Allah kepada kita kerana mementingkan dunia berbanding akhirat

Persoalan seterusnya ialah siapa penguasaha projek ini selain kerajaan Arab Saudi? Apakah wujud matlamat yang terselindung di sebalik nada merdu yang dialunkan  "menaikkan imej kaum Muslimin dan memberi keselesaan kepada jemaah"?

Sesiapa yang pernah ke Mekah akan dapat mengesahkan bahawa bandar suci ini sudah semakin segar menuju ke arah sebuah pusat perniagaan dan pusat pelancungan berbanding menjadi tumpuan melaksanakan amal ibadah. Pelabur luar juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari projek mega seperti ini.

Ibadah Haji bakal bertukar menjadi aktiviti pelancungan? Satu suara yang amat menggerunkan kerana ia merupakan sesuatu yang terkeluar dari norma kemurnian Tanah Suci..

Seterusnya kita lihat situasi semasa, siapa yang akan menguruskan hotel mewah ini? Hotel, Pusat Belibelah dan Pangsapuri Mewah. dikendalikan oleh berbagai syarikat tempatan dan luar negeri termasuk syarikat besar seperti Fairmont, Raffles dan Movenpick.

Kata seorang bloger 
Super-skyscraper yang dibangunkan di Makkah ini hanya tiga minit dari Masjidil Haram. Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick. Akan ada Raffles Makkah. Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream dalam restoran dengan pandangan atas Kaabah. 
Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore (original) dan Raffles Dubai.
Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.
Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci. Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!'  'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.
Budaya apa yang mereka bawa? 
Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel has 858 guestrooms. Guestrooms have city or courtyard views. Guestrooms have LCD televisions with satellite channels and free movie channels. Complimentary wireless and wired high-speed Internet access is provided. All accommodations provide desks, in-room safes (accommodate laptops), and speakerphones. Beds have Select Comfort mattresses, signature bedding, and Egyptian cotton linens. Each unit is individually decorated and furnished. All units feature coffee/tea makers. Bathrooms offershower/tub combinations with handheld showerheads, and rainfall showerheads. Bathrooms also include phones, bathrobes, and designer toiletries. Additional amenities include washers/dryers, sofa beds, and separate sitting areas. In addition, a turndown service is offered nightly,housekeeping is available daily, and amenities available on request include irons/ironing boards. Cribs (infant beds) and rollaway beds are available. All guestrooms at Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel are non-smoking. 
  • American Express
  • Diners Club
  • JCB International
  • MasterCard
  • Visa
Bin Laden

Fenomena Bin Laden ini juga agak ganjil. Ketika dunia memprovok kejahatan dan keganansan melalui seorang yang juga bernama Bin Ladin (sebagai "pengganas terganas" di dunia) terpacul pula Bin Ladin Group yang mempunyai keunggulan serta mampu membina sebuah bangunan hebat di dunia. Adakah ia berlaku secara kebetulan? Penonjolan nama Bin Laden ini seolah satu permainan yang saling bertentangan. Siapa Bin Laden sebenarnya? Jika diambilkira Osama Bin Laden yang terkenal itu, ia adalah seorang boneka ciptaan CIA yahudi-amerika bagi membolehkan Islam diperangi dan pada waktu yang sama wujud pula Binladen Group yang kaya raya besekutu dengan para pereka bentuk bangunan dan kontrektor Barat. Menjadi sahabat baik kerajaan Saudi serta sering sahaja mendapat ruang dalam bidang hartanah di sana. Perkara yang merisaukan ialah sejauh manakah sentuhan masons dalam usaha menggugat keimanan orang Islam? Persoalan ini semakin kuat menerjah minda kita semua.

Benladin Group dikesan sebagai salah sebuah syarikat yang berpengaruh di rantau Arab terutama Arab Saudi dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan beberapa syarikat besar di USA.Arkitek: Dar Al-Handasah Consultants (Shair & Partners) (U.K.) Limited beroperasi di UK (London)

Cuba perhatikan bentuk bangunan Abraj al Bait ini. Ia mengambil bentuk sebuah bangunan yang terkenal di New York,USA iaitu Empire State Building. Kemiripan reka bentuknya amat ketara. Sementara jamnya pula meniru teknologi Big Ben, London.

Empire State Building
Big Ben, London
Rungutan

Luahan rasa marah seorang muslim apabila mengetahui perkara ini. Adakah kerajaan Saudi mahu mendengar keluhan seperti ini?
"What the hell Saud Family is thinking turning this holiest place into New York City? Mashaallah! Agreed turn Jeddah into New York but not Makkah. Never heard or read from scholars that a place like New York would strengthen your faith". 
Pandangan seorang bloger, "Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini seolah ‘mengejek’ kemanusiaan. Meninggalkan seribu masalah yang menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti kemiskinan, bencana alam, jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan sebagainya. Dari satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah dengan akal dan ilmu. Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun".

"Bahkan di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia."
kaabah
Rancangan Saudi membangun Makkah menjelang tahun 2020 . Mengapa 2020?
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Ada satu riwayat yang panjang iaitu sebuah hadis percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat: Kita petil hanya sebahagian kecil dari hadis tersebut yang menyentuh persoalan ini. 

".... Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat , pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘. (Hadith Riwayat Muslim)

Mungkin ada dari pembaca yang dapat memberikan huraian yang lebih jelas terhadap maksud ayat ini.

1. Orang-orang tak beralas kaki 
2. Orang-orang tak berpakaian
3. Orang-orang yang melarat
4. Pengembala kambing.

Bagaimana ia dapat dikaitkan dengan perkataan "membanggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi"?  Terutama dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Sebelum ini sukar bagi kita menemui sesaorang yang mampu mengemukakan hujah mengenainya dan jika pun ada, masih belum dapat memberikan kupasan yang memuaskan. Di manakah logiknya bangunan yang tinggi menjulang langit dibina oleh manusia kerdil tersebut terutama di negara Barat, contoh terdekat ialah Menara Petronas. Apabila munculnya Abraj al Bait ini terpancar satu pandangan yang lebih kukuh.

Pertama Baginda saw merupakan orang Arab dan berbicara di Tanah Arab kepada orang Arab. Lebih jujur kita katakan ia melibatkan secara terus dengan masyarakat Islam di Tanah Arab. Kedua. siapa gembala kambing, orang tak berkasut dan orang tak berbaju di Tanah Arab? Siapa mereka ini berdasarkan masa Baginda hidup? Kemunasabahannya, ia menjurus kepada masyarakat yang tinggal di pendalaman, hidup melarat dan pekerjaan mereka hanya menternak kambing. Mereka ialah masyarakat yang digelar Badwi.
Raja Abdullah


Apa pula kaitan antara orang Badwi dengan menara Abraj al Bait ini? Untuk itu kita kena menoleh kembali sejarah lampau dari mana asal datangnya kerabat diraja Saudi Arabia sekarang.


Gambar Abraj al Bait dari Flicr.com

Friday, 17 June 2011

Solat-dan-lima-jenis-manusia.


SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj

Perkatan "ALLAH" : haramkan-buku-anas-zubedy???


Berikut MR petik posting dari blogger http://www.toksenawi.blogspot.com/ memperincikan hujah penulisan anak muda Anas Zubedy yang kalut dan menyimpang dari landasan yang sebenar.

MR mengenali blogger Tok Senawi yang memang mendalam kajian beliau tentang bible dan MR menyokong jika buku ini diharamkan..

Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.

Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.

Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar). 

Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!

Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40. 

Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)

Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.

Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!

Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain. 

Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3 

Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung! 

"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6

Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya? 

Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah.

 Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!

Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.

"Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".

Perkataan "ALLAH" : jawapan-ulamak-tersohor.


Popout


Bila bercakap guna "kepala bawah" beginilah jadinya, Allah pun dipersendakan. Ketua Umum ini memang hebat otak sebelah bawahnya. Sememangnya dia extraordinair, orang lain kuat otak kanan atau kiri tapi dia kuat otak bawah. Tidak dinafikan dan semakin terserlah.

Lihat sahaja video di atas. Bagaimana hujah beliau mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbanding dengan ulamak tersohor, Dato Dr Harun Din Al-Hafiz.

Tetapi TS cukup pasti, kepada pendokong pejuang "Maharaja Liwat" ini, apa saja yang beliau katakan "is Gospel Truth", kerana jawatannya selaku Ketua Umum. Tetapi kepada yang berakal, pastinya apa yang dinyatakan oleh Dato Dr Harun Din itu " is Qur'anic Truth".


TS juga telah berkali-kali membicarakan isu Bible ini dengan memberikan beberapa bukti jelas yang tidak melayakkan dan tidak dibolekan kalimah Allah digunakan oleh kitab tersebut. Mungkin TS tidak dapat sebut semuanya disini tetapi TS sedia memberikan penjelasan lanjut jika diminta.

Ketuanya sudah pasti Umum sudah tahu. Begitulah signifikannya jawatan tersebut sehingga membolehkan seseorang itu berkata apa-sahaja-sesuka-hati-dan-sedap-mulutnya-tanpa-perlu-fikir-dan-semua-orang-kena-terima. Hebat!!! 

Kepada TS mudah sahaja. Kalau semua orang Kristian nak guna nama Allah boleh dengan syarat, ucaplah dulu kalimah ini;


selesai ucap, maka pakailah kalimah tersebut.


Dalam posting TS baru-baru ini, juga telah didedahkan tentang sebuah tulisan oleh Anas Zubedy berkenaan isu yang sama. Kini terang lagi jelas pluralisme agama semakin menular menyelusuri dalam setiap inci kehidupan kita, umat Islam.


Tidak hairan juga apabila penulis tersebut dengan confident mengatakan kalimah Allah boleh dipakai kerana bapa pluralisme pun macam tu jugak! Yalah! Bapa borek anak rintik, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


Oleh itu marilah sama-sama kita pertahan perkara ASAS dan POKOK kepada keimanan kita dan anak-anak kita. Janganlah kita menjadi dayus dalam mempertahankan urusan Allah. Percayalah Allah akan membantu kita sekiranya kita ikhlas memperjuangkan hak Allah.


Monday, 13 June 2011

Kitab Kasyful Ghoibiyah : Neraka Dan Ahlinya.


Kitab Kasyful Ghoibiyah...muka surat 111.
Mohon maaf..fotokopi asal dah hilang..


Bermula bab yang ke 9, pada menyatakan sifat NERAKA dan sifat ahlinya. (tersebut di dalam khabar) bahawa Jibroil Alaihisalam, datang ia akan Nabi Muhammad Saw. Maka sabda Nabi Muhammad Saw. " Ya, Jibroil, sifatkan olehmu bagiku neraka itu." Maka berkata ia, "Bahawasanya Allah Swt. menjadikan akan neraka, maka nyala ia akan dia 1000 tahun hingga merah ia.


Kemudian dipernyala ia akan dia 1000 tahun hingga putih ia. Kemudian dinyala ia akan dia 1000 tahun hingga hitam ia seperti malam yang mat kelam, tiada dipadam nyalanya dan tiada dipadam baranya.

(kata Mujahid), bahawasanya bagi neraka JAHANAM itu, ularnya seperti tengkok unta dan kala seperti besar baghal. Maka lari isi neraka kepada neraka daripada demikian ular dan kala itu, mengambil ia dengan mulut mereka itu, maka mengkupas ia akan kulit barang yang antara rambut hingga sampai kepada kuku. Maka tiada lepas mereka itu daripadanya melainkan lari kepada neraka. Dan di riwayat, daripada 'Abdullah bin 'Abaas daripada Nabi Muhammad Saw. bahawa di dalam neraka itu, ular seumpamatengkok unta. Maka disengat ia akan salah seorang daripada mereka itu, akan sekali sengat mendapat ia kan BISAnya 40 tahun.

Dan di riwayat, daripada Zaid Bin Wahab daripada Ibnu Mas'ud RA, bahawa api dunia kamu ini satu juzuk daripada 70 juzuk daripada demikian api neraka. Jikalau tiada bahawasanya diselam akan dia di dalam laut 2 kali, nescaya tiada boleh kamu mengambil menafaat daripadanya sesuatu.

(telah berkata Mujahid), bahawasa api kamu ini minta berlindung ia daripada api neraka. (diriwayat pada khabar), bahawa Allah Swt. menyuruh ia akan JIBROIL 'Alaihisalam kepada Malik neraka dengan bahawa mengambil ia daripada neraka. Maka datang ia dengan api itu kepada Adam Alaihisalam hingga boleh buat permasak dengan dia akan makanan. 

Telah berkata Malik, "Ya, Jibroil, berapa banyak yang engkau kehendak daripada api neraka?" Kata Jibroil, "Aku kehendak daripadanya kadar besar tamar / kurma." 

Kata Malik, " Ya, Jibroil, jika aku beri akan dikau kadar besar tamar, nescaya hancur 7 petala langit dan bumi daripada panasnya." Telah berkata Jibroil, " Kadar bijinya tamar." Telah berkata Malik,"Jika aku beri akan dikau, akan barang yang engkau kehendak, nescaya tiada turun dari langit satu titik hujan dan tiada tumbuh di dalam bumi oleh tumbuh tumbuhan."

Kemudian mnyeru oleh Jibroil, " Hai, Tuhan ku berapa aku ambil daripada api neraka.?" Firman Allah Swt. ambil olehmu kadar hama / debu terbang daripadanya....sambung InsyAllah m/ s 112.

Sunday, 12 June 2011

Kitab Hidayatus Salikin : Hasad Dengki; Kasihkan Dunia.


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217 hingga 220...



Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217


Ertinya : Kataku, demi bapaku dan ibuku, engkau ya Rosullah, siapa yang kuasa akan segala perkara ini dan siapa yang lepas daripadanya. Maka sabdanya : Hai, MU'AZ bahawasanya, mudah ia atas seseorang yang dimudahkan akan dia oleh Allah 'Azawajalla atasnya. Maka kata Kholid bin Mi'dan itu, maka tiada aku lihat akan seseorang yang terlebih banyak membaca QURAN yang 'Azim daripada Mu'az kerana ia mendengar Hadis ini. Dan kata Imam Al Ghozali Rohimullahu Ta'ala :..................ertinya, maka fikirkan dan bicarakan oleh mu hai orang yang gemar pada MENUNTUT ILMU, bagi segala perkara ini yakni segala sifat yang KECELAAN ini, dan ketahui olehmu, bahawa yang sebesar besar sebab yang membawa kepada tiap tiap segala sifat yang KEJAHATAN ini, di dalam HATI itu, iaitu orang yang menuntut ilmu kerana berkemuka-mukaan / berbantah bantah / berbahas bahas dan kerana MUNAKOSYAH yakni kerana...m/s 218.




Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 218

hendak mencela akan perkataan orang dan kerana hendak berbantah bantah dengan orang. Maka orang yang 'Auwah yakni orang yang tiada menuntut ilmu kerana yang demikian itu, jauh daripada kebanyakan perkara sifat yang KECELAAN ini. Dan orang yang baru menuntut ILMU FEQAH itu, iaitu yang dilontarkan akan dia bagi segala sifat yang kecelaan ini, yakni orang yang baharu menuntut ilmu feqah itu, kebanyakan ia bersifat dengan kecelaan yang tersebut di dalam bab yang ke-empat ini, dan iaitulah mendatangkan bagi binasa dengan sebab segala sifat ini. Maka tilik olehmu apa yang terlebih baik
yang engkau cita cita akan segala perbuatanmu, bahawa engkau menuntut kaifiyah / cara memeliharakan daripada yang membinasakan ini dan bimbang engkau dengan membaikkan akan HATImu dan membaikkan akan akhiratmu atau yang terlebih baik, engkau cita cita bahawa engkau masuk serta / bersama orang yang masuk di dalam membinasakan akan mereka itu, dan engkau tuntut daripada ilmu yang ia itu sebab bagi menambah akan KIBIR, RIYAK dan HASAD dan 'UJUB hingga binasalah engkau serta / bersama orang yang binasa. Dan lagi kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 219


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 219


ertinya dan ketahui olehmu, bahawa segala perkara yang TIGA ini yakni RIYAK, 'UJUB dan HASAD, itu iaitu daripada IBU segala sifat yang KEJAHATAN di dalam HATI dan adalah baginya satu tempat tambah dan iaitu sangat kasih akan dunia dan dari kerana inilah, sabda Nabi SAW : Bermula sangat kasih akan dunia iaitu KEPALA segala kesalahan dan segala KEJAHATAN dan segala DOSA dan segala MAKSIAT dan serta ini, maka dunia itu tempat BENDANG bagi akhirat 
yakni tempat mengambil bekal di dalam akhirat. Maka barang siapa mengambil daripada dunia dengan sekadar doruroh, yakni sekira kira hajat supaya menolongi ia dengan dia atas jalan akhirat, maka dunia itu MAZRO'AH yakni tempat mengambil bekal yang menfaat di dalam akhirat. Dan barang siapa menghendak akan dunia kerana bersedap sedap dan kerana bersuka suka dan bersenang senang, maka dunia itu, tempat membinasakan akan dia. Kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 220


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 220


ertinya, ketahui olehmu bahawasanya, dunia itu seteru bagi Allah Swt. dan seteru bagi Aulia nya dan seteru segala seteru bagi Allah Swt. Maka makna seteru ia bagi Allah Swt. itu bahawasanya, memutuskan ia akan jalan kepadanya (Allah) atas Aulia nya (wali walinya) dan dari kerana demikian itu, tiada MENILIK Allah Swt kepadanya selama menjadikan ia akan dia. Ada pun makna seteru bagi Auliaa Allah Swt, maka bahawasanya ia perhiasan bagi mereka itu dengan 

perhiasannya dan hendak menyatakan, ia akan mereka itu, dengan keelokannya dan dengan kebaikannya hingga MEMUALan mereka itu akan PAHIT sabar yakni kesusahan sabar pada memutuskan akan dia dan menjauh akan dia. Dan makna seteru bagi seteru Allah Swt. maka kerana ia memasukkan ia bagi mereka itu di dalam segala KEJAHATAN dengan tipunya dan pedaya nya dan memegang ia bagi mereka itu dengan jaringan hingga percaya ia dengan dia, dan berpegang mereka itu atasnya. Maka menjagakan akan mereka itu oleh sangat berkehendak yang ada mereka itu kepadanya, yakni sangat kasih akan mereka itu kepadanya/ dunia membawa ia kepada CELAKA mereka itu dan memasukkan akan dia ke dalam api NERAKA...na'uzubillahu minha...