CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday, 9 June 2011

يس Suroh Yaasiiin...Keimanan.


Elok rasanya...sebelum membaca Suroh يس pada setiap malam Jumaat di surau surau atau masjid...dijelaskan makna, tafsiran dan sejarah...3 atau 4 ayat...supaya tidak mencuri masa untuk membaca Suroh يس itu...oleh ustaz atau guru kepercayaan yang ada ilmu tafsir. InsyAllah...dalam 5 bulan / 20 minggu...khatamlah...dan boleh diulang semula. Maka tiadalah membaca Yaasiiin itu...hanya jadi 'adat atau ikut ikutan sahaja...turun temurun.

Aspek Keimanan Dalam Suroh يس Yaasiiin.

Bukti-bukti adanya hari berbangkit semula / Hari Qiamat; Al Quran itu bukan syair (ciptaan manusia); ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat sifatnya yang disediakan bagi orang mukmin; mensucikan Allah Swt. daripada sifat sifat yang tidak layak bagi Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari Qiamat atas segala perbuatannya di dunia.

Kali pertama bertugas sebagai guru sekolah menengah di SM Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan....Lepas CUTI Penggal Pertama persekolahan, bulan April tahun 1974, saya turun dari BAS EKSPRES MARA di KOTA BHARU, Kelantan pada kira kira 8.30 pagi ...naik bas dari Kuala Lumpur pukul 8.00 malam.
Zaman itu lebuhraya melalui Gua Musang belum ada lagi..lebuhraya itu dibuka pada 1983. Jadi bas Ekspres Mara melalui negeri Pahang dan Trengganu untuk sampai ke Kelantan..makan masa hampir 12 jam...dengan dua kali rehat.

Lepas sarapan pagi di gerai dalam Pasar Kota Bharu tingkat dua..saya pun turun mencari "Teksi"...beca roda tiga...yang masih bergelewak/banyak di bandar Kota Bharu...nak pergi ke rumah sewa kawan kawan saya di belakang Jalan Bayam dekat Stadium Besar...untuk lepak dan rehat rehat.

Dapatlah saya sebuah "Teksi"...saya pun duduk...pengayuh / penggateh teksi nih...agak saya berumur bawah 40 tahun...masih kuat dah gagah. Seperti biasalah dia pun bacalah بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...saya ingat beliau akan baca بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ sahaja...tetapi terus sambung baca سورة يس terus menerus.
Saya rasa terkejut...hai dia baca suroh Yasiiiin...sambil kayuh beca...ajer...tak tengok QURAN pun...hebat hebat...kata hatiku...

Aku nih Melayu Islam...cikgu pulak tuh...tak boleh baca..kalau tak tengok Quran...malu malu...kataku dalam hati...

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 يس (1)
Yaa Siin. 
وَالۡقُرۡآنِ الۡحَكِيمِ (2)
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
إِنَّكَ لَمِنَ الۡمُرۡسَلِينَ (3)
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
عَلَي صِرَاطٍ مُّسۡتَقِيمٍ (4)
Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
تَنزِيلَ الۡعَزِيزِ الرَّحِيمِ (5)
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
لِتُنذِرَ قَوۡمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمۡ فَهُمۡ غَافِلُونَ (6)
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
لَقَدۡ حَقَّ الۡقَوۡلُ عَلَي أَكۡثَرِهِمۡ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (7)
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
إِنَّا جَعَلۡنَا فِي أَعۡنَاقِهِمۡ أَغۡلاَلاً فَهِيَ إِلَي الأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (8)
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
وَجَعَلۡنَا مِن بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ سَدًّا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّا فَأَغۡشَيۡنَاهُمۡ فَهُمۡ لاَ يُبۡصِرُونَ (9)
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
وَسَوَاء عَلَيۡهِمۡ أَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لاَ يُؤۡمِنُونَ (10)
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.
Yasin bukan untuk dibaca pada malam Jumaat sahaja...bukan untuk bacaan bagi orang nak mati sahaja...atau nak buat kenduri arwah sahaja...patut kita KHATAM QURAN...setiap 4 bulan sekali...bukan hanya KHATAM suroh Yaasiiin sahaja.

Kita patut juga tahu makna tafsiran dan sejarah setiap ayat... yang sebanyak 83 ayat... suroh Yaasiiin itu...bersambung insyAllah.

Perang Salib Ketiga (1189-1192).


Perang Salib Ketiga
Sebahagian dari Perang Salib
Siege of Acre.jpg
Pengepungan Acre merupakan konfrontasi pertama dalam Perang Salib Ketiga
Tarikh1189 — 1192
TempatTimur Dekat (Anatolia, Levant, Israel)
HasilPerjanjian Ramla
Penziarah Kristian tidak bersenjata dibenarkan melawat Baitulmuqaddis, yang kekal di bawah kawalan Muslim.
Perubahan
wilayah
Kerajaan Cyprus ditubuhkan dari tanah Byzantine
Pihak bersengketa
Tentera SalibMuslim
Komander
Tentera Salib
Muslim
Kekuatan
Inggeris: 8,000 orang
Perancis: 2,000 orang[1]
Jerman: 15,000 orang[2]

Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah untuk merampas Jerusalem dari Salahuddin Al-Ayubbi.
Selepas kegagalan Perang Salib Kedua, dinasti Zengid menguasai Syriasepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang akhirnya disatukan oleh Salahuddin. Tentera gabungan Mesir dan Syria ini berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan Salahuddin menawan semulaBaitulmuqaddis pada tahun 1187. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru (walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah Richard I). Maharaja Suci Rom Frederick I Barbarossayang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air.
Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari Austriadan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan Baitulmuqaddis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi membenarkan penziarahKristian yang tidak bersenjata melawat bandar tersebut. Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober. Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat enam tahun kemudiannya.

[sunting]

Latar belakang
Apabila Jeneral Imad-ed-din Zangi wafat, tempatnya diganti oleh anaknya Nuruddin. Nuruddin yang ketika itu menguasai Damsyik dan seluruh Syria turut ingin menguasai Mesir yang diperintah Kerajaan Fatimiyyah. Nuruddin menghantar panglimanya Asaduddin Shirkuh ke Mesir. Shirkuh ditemani oleh anak saudaranya Salahuddin. Selepas kematian pakciknya pada 1169, Salahuddin Al-Ayubbimenggantikan tempatnya sebagai panglima, dan seterusnya menjadi sultan kedua-dua Mesir dan Syria selepas kewafatan Nuruddin pada tahun 1174. Dengan penyatuan itu, Salahuddin menjadi cukup kuat untuk berlawan dengan kerajaan Kristian di Palestin dan Lubnan. Pada tahun 1187, Salahuddin menawan Jerusalem(Baitulmuqaddis).
Sekali lagi penduduk Eropah merasa terhina. Mereka mendesak raja-raja Eropah untuk bersatu-padu menentang Salahuddin. Akhirnya Richard si Hati Singa, raja England, Philippe Augustus, raja Perancis dan Friedrich Barbarossa, raja Jerman dan Empayar Suci Rom, berpadu tenaga menuju ke Jerusalem. Cukai istimewa dikenakan di kedua-dua negara, Perancis dan England, untuk membiayai Perang Salib ini.

[sunting]

Masalah
Tetapi sebagaimana Perang Salib Kedua, perang ini juga menghadapi masalah. Friedrich mati dalam perjalanan ke Jerusalem dan kebanyakan tentera beliau pulang ke tanah air.
Sementara itu Richard dan Philippe menaiki kapal ke Jerusalem. Richard menawan Cyprus dalam perjalanan ke Jerusalem tetapi beliau menawannya dari saudara Maharaja Rom yang kemudiannya bermusuh dengan Richard. Tentera Perancis dan Inggeris mengepung Acre, sebuah kota pelabuhan dan berjaya menawannya setelah hampir dua tahun. Richard membunuh 2,700 orang tahanan dari Acre kerana duit tebusan yang diminta beliau tidak dibayar.

[sunting]Nota kaki

  1. ↑ J. Phillips, The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, 66
  2. ↑ A. Konstam, Historical Atlas of The Crusades, 124